Kadang-kadang dalam hidup kita ni kalau tak ada ganjaran,pasti tiada motivasi untuk langsaikan sesuatu kerja, macam kitalah,kita kan Hamba Allah, kalau kita buat amal kita pasti nakkan pahala dan rahmat dari Allah dan kita pasti mengimpikan untuk masuk ke Syurga Allah, begitulah dalam kehidupan seharian kita , dalam apa jua pekerjaan,kita pasti nakkan bonus atau merit,sebab dengan adanya habuan seperti itu kita lebih termotivasi untuk bekerja (nampak sangat kau mata duitan T_T)
Sebenarnya punyalah aku cerita panjang lebar , aku nak cerita ni tadi masa kat sekolah, as per aku janjikan aku nak bagi dorang biskut chocolate chip beserta nama mereka dibelakangnya, macam ala-ala kau beli sobiner kau suruh tukang jual tu tulis nama kau kat belakang sobiner,gitulah ,cuma aku punya ni tak long lastinglah,kiranya kalau dah ngap,dah hadam dalam perut,then terus keluar dari situ dan hilanglah kenangan "sobiner" itu >_<
teka-teki : sila nyatakan kedudukan nama, Farez, Ainul,Damia dan Haikal >_< , ofcourselah tulisan macam tak cantik sebab cikgunya bukan cikgu pendidikan seni =p. ukiran (lah sangat) dibuat mengunakan Choki-choki. terima kasih sudi baca,wassalam.
tengah-tengah depa makan biskut ni
"sedaplah ustazah,nanti ustazah buat lagi"
kemain sesorang request, ni nak beritahu ustazah bukan kerja cop duit tau tetapi janji Allah didalam Al-quran jika kita suka memberi Allah akan tambah,jika kita kufur ,azab Allah amatlah pedih (INGAT TU),inshaAllah selagi ada rezki,selagi itu cuba memberi kebahagiaan pada mu anak-anak muridku....*tacing*

Coretan Cahaya Kehidupan : Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad, wa'ala alihi wasohbihi wabarik wasallim