Dia menjalani proses untuk jadi yang lebih baik||MALU itu dia

Assalammualaikum readers,


Sebenarnya dah seminggu lebih aku kembali single *eh sejak bila plak aku ni bercinta? adeh...haih complicated aku nak cerita tapi biarlah begini (cam tajuk lagu Aril AF la plak).ok find aku nak tutup cerita,seperti aku kata tadi  BIARLAH BEGINI *capslock lebih kepada penekanan hekhek.


cinta seperti buih jika tiada sabun lenyaplah ia
(mood : jiwang)

Almost sebulan aku join satu program kat office,actually aku join sebab nak menjadi lebih baik dari sekarang,aku nak build self konfiden dalam diri,supaya aku berani jumpa korang semua.*aku seringkali SKIP gathering yang diadakan,maaflah aku bukan sombong,seriusly aku nak sangat join,aku nak sangat kenal korang terutama sekali Follower blog cahayakehidupan.com ini *hekhek kau ingat dorang nak jumpa kau ke?. Kenyataan nya aku MALU T_T .ada orang kata,nak dikenali kenalah berani,buang sifat malu itu,akudahcubapujukcintahatiaku tapi seringkali aku dikalahkan dengan perasaan MALU.Bukan salah aku,salah MALU lah kan =.=! .



Bowling @ MIBC Ayer Keroh

Tapi aku percaya,one day bila konfiden diri tu dah ada,tak payah korang ajak aku lah orang pertama send request nak pergi,time tu korang mesti excited nak jumpa aku kan..kan..kan..*perasan menebal.K papai..

Coretan IOG : bulan pertama : 2.7 no bertuah ni...keh..keh..keh...


Love.Peace.Respect

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

ANDAI LELAKI TAHU




p/s : CAPSLOCK = memberi penekanan

Coretan IOG : seratuslimapuluhjuta setuju 
Love.Peace.Respect

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Pertanyaan yang excited Tapiiii

Assalammualaikum readers,

Sudah empatpuluhlimaenam hari tak update blog kan,dasyattttt(tiru tagline Nazmi rajalawak).well,aku kan perdanamenteri terhormat,ofcoz aku tak ada masa nak update blog ye tak *ke longkang...kuikuikui.

Pernah tak korang rasa,ada orang excited tanya sesuatu,ingatkan nak beli tapi rupa-rupanya :

aku : laptop akak bateri kong,charger dah nazak,kalau ada duit nuffnang banyak dah lama akak beli IPAD
bff : ooo,blackberry dengan benda tu mana yang ok  kak? (aku mula rasa heran tetiba banding dengan BB)
aku : ooo ipad tu besaq (dia orang utara),BB tu Hp le sayang
bff; ye la,su nak tanya mana lebih best functionnya(aku makin konfius)
aku :hai cik ana sayang,ipad tu cam screen laptop,blackberry tu HP mana lah nak sama function nya.
bff : owh,su ingatkan HP
aku : ni mesti salah faham,ingat akak cakap pasal IPHONE la tu...isk...
bff : haah, ye ke,manalah su tahu
aku: adeh, asal nak beli HP baru ke?
bff: haha taklah saja je nak tanya

****************************
IPad VS IPhone

SAMA KAN *dush3

Blackberry VS Broadband
kembar Nama tapi tak seiras..ekekekek

 p/s : nasib baiklah BFF aku,kalau orang lain aku  dah sekel seratuslimapuluhjuta kali...agagagaga

tanggal 23 Februari ,bff aku dilahirkan,so Happy birthday ye cik ana sayang.InsyaAllah kalau ada umur boleh buat gatherting blogger dengan kengkawan kite.really appreciate i have u  in my life.prays for your happiness and may Allah bless you cik ana.amin.


cake for u cik ana sayang
i know u berangan nak jadi princess kan
larikkkks...=P
*ber I ber U...youuu...kuikuikuikui


Coretan IOG : Be Positive to get strong
Love.Peace.Respect

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Maaf Diri Ini Hanya Manusia Biasa Sahaja

aku

tiada 


untuk
nyatakan kegembiraan
malahan 
kesedihan itu
aku tanggung sendiri


Coretan IOG : innalillah wa inna ilahirroji'un (bahawa sesungguhnya kita kepunyaan Allah dan kita akan kembali kepadaNya)

Love.Peace.Respect

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Ada Super Power ke dik?

Assalamualaikum readers,

syyuh2 sambil sapu habuk yang bersarang dalam blog ini,almost 6 days tak update,bukan aku malas nak update tapi aku tak ada mood nak update *sama ke malas dengan tak ada mood? =P.

Semalam,aku tak tipu,ini cerita tersangatlah takjub and taksub,aku and kak ita pergi jogging kat Hutan Rekreasi Sungai Udang,then ada seorang budak kecil ni,lelaki,wow,power kot dia boleh lari sambil mendaki trek yang curam tanpa rasa penat pun, serius wei,aku siap kata kat kak ita "wah kak ita,kalau Uzair ni,dah suruh saya dukung dia ni.".pendek cerita aku sempat gak berkenalan dengan budak ni

"adik nama siapa"

"ajib"

"yang tu adik yang ni(tunjuk diri dia) abe" sambil tunjuk arah adik kembarnya

"oo ye ke,kuat ajib lari ye"

"haah" (ceh lagak betul..hakhak)

"ajib ni kembar ke"

"haah (sambil anggukkan kepala)"

ada super power ke dik? 
(yang ni aku tanya soklan dalam hati je,kalau tanya betul-betul tak memasal Abe ajib ni loyar buruk plak kan ..keh...keh..keh...)

aku pun blah lah dari situ sebab adik kembar dan maybe abang atau uncle nya datang ke arah ajib.By the way ajib tu maybe orang kelate because of dialek dia ABE..hehe budak-budak mana pandai tiru dialek..=P


muka abe ajib cam muka mamat korea ni
sambil jerit aku tipuuuu...=P

Lagi satu yang buat aku terpegun,aku terjumpa muka seorang pak cik yang dari jauh saling tak tumpah macam arwah abah aku,serius,dalam hati aku terus subhannallah Allahuakbar KAU beri aku melihat wajah real yang aku rindu setahun lebih yang lalu...huhu ..nak tegur aku segan ,aku just pandang je dia,nak nangis tak kuar air mata sebab aku penat mendaki trek...sayu dalam hati je..huhu =.=.
Salam Maulidur Rasul,semoga kita semua mencontohi Kekasih Allah yang tiada tolok bandingannya dan senantiasa berbuat baik supaya kelak kita akan mendapat syafaat dari nya.


Coretan IOG :  semoga Allah permudahkan urusanku,amin


Love.Peace.Respect

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

"Kadangkala Allah Berbicara Melalui ini"

Assalamualaikum readers,

setiap kesusahan disertai kemudahan selepasnya
setiap kesakitan diberi ubat ketenangan didalamnya
setiap ketidakadilan diberi kebenaran akhirnya
percayalah 
Allah tidak memberi ujian membatasi kemampuan hambaNYA
Tenanglah wahai hati
mintalah,berdoalah 
supaya Allah permudahkan urusanmu
amin yarabbal'alamin

Coretan IOG: sesungguhnya hanya DIA lebih mengetahui apa yang aku rasa =.=

Love.Peace.Respect

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Muslimah Biasa

 
Copyright©2011-2012. Segala penulisan diatas adalah Hak Milik cahayakehidupan