Ceritaku pada 13 Ramadhan 1431 H


 Assalammualaikum

Maaf entry semalam sedikit emo,hari ini baru elok sikit mood *senyum .Alhamdulillah hari ini puan emak sudah beransur pulih ,terima kasih buat teman-teman yang sudi mendoakan kesembuhan demam puan emak.Bangun sahur tadi,puan emak yang bangun dulu dari yaty,kalo semalam masa puan emak sakit,puan emak kejut yaty suruh siapkan makanan sahur,pagi tadi,tiba-tiba je puan emak dah kejut bangun sahur,terus tanya kat dia "mak dah elok ke?,seraya dia jawab "adalah kurang sikit...Alhamdulillah,tak lah risau yaty nak ke tempat kerja pagi tadi.Dayah kalau puan emak sakit,dia memang prihatin,so ,tak perlu risau keadaan puan emak,dia boleh jaga dengan elok semasa ketiadaan yaty dan daus dirumah,tapi kalau puan emak da elok,hurm...asyik merayau je la ...*senyum

Ku masih mencari jalan penyelesaian header ku,ada yang membantu,antaranya Rina dan Lord Zara,thanks ya,dan yang lain jika ku tak perasan yang kalian ada utarakan sesuatu,ampun ya,even mereka  tak dapat menyelesaikan,tapi ku terharu kerana mereka sudi membantu.Kan ku sudah bilang,indahnya punya teman di taman maya ini,mereka sangat supportive.Maybe ada yang meluat untuk baca,asyik-asyik ku  puji dorang je..ku ingin sampaikan kepada mereka,ku sangat menghargai pertolongan seseorang,even orang hulurkan nilai sen rendah pun,ku akan kenang sampai bila-bila kerana kebaikan itu sangat indah untuk dikenang tetapi keburukan lebih baik dilupakan kerana takut jadi penyakit dalam hati.

 Harini seperti ku sudah bilang dalam entry lepas, Kak Ina ajak berbuka dirumah dia ,pasti keluarga mertua dia ada sama ,sebenarnya kan,ku segan nak pergi walaupun ke rumah kakak ku sendiri kerana ada keluarga mertua dia nanti,ahh...ku bukan keseorangan,kan daus,daya dan puan emak ada..layan je..*ketawa

ok lah,cukup kot sampai disini dulu,ku mahu solat Zohor.Oh ye,semalam dapat panggilan dari kakak sedara,dia nak tempah 300 biji chocolate chip,100 untuk dia ,100 untuk kak Ros dan 100 lagi untuk Fatin,uish...banyaknya ku bilang sama dia,dia jawab"ala boleh la,kuih tu sedap"..."hurm..okla".Tu belum termasuk untuk dirumah sendiri lagi tu. Maybe this week beli barang-barang untuk buat kuih raya.Maaf ya,tempahan online tidak dilayan =P *kejam sungguh statement itu..lalala.


Coretan IOG : dia masih lagi dingin denganku,ditanya ku buat salah apa,katanya tiada apa,ku tiada salah apa,ku tanya kenapa dia diam,dia bilang tiada benda nak cakap..hurm..apa-apa pun omogan kamu,ku rasa ada sesuatu yang kamu sorokkan dari ku,tak mengapalah..ku redha..ada hikmahNYA disebalik semua ini..



Love Peace Respect Share

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

8 coret kat sini:

ainz said...

Biskut coklat chip! Waahh..biskut fav ain tu..kami kat rumah ni sume buat sendiri..xmampu nk bli..kalo nk biskut yg sedap,harge dia pn sedap gak..tul x?heee

ayin~weeweet said...

header kamu knapa?saiz xngam ek?

yg kt pasal 'dia ' tu, sy nk ckp,sy pn slalu rs bnda sama.nasehat,kene byk sabr,kene ikot rentak dia,kene tabah selalu ya :)

Nur Hayaty said...

@ainz : hehe raya datang rumah,leh rasa kuih tu.hehe

ain,napa yaty tak leh buka blog ain,bila nak view je ,di keluar contain virus..huhu

Nur Hayaty said...

@ ayin : tak kira ubah size apa,besar ke,kecik ke,viewnya tetap sama..huhu..macam da distandardkan

"dia",yup diam je la sekarang,cakap pun hal2 penting je..tak mesra cam dulu..huhu =_=

syaza kelyza said...

rasanya better kalo besarkan header tu , nampak lagi mengancam gitu , heeee~ ;)

sedapnya mam coklat cip :D
feveret giler la ;)

Nur Hayaty said...

@syaza Kelyza : bukan tak mahu besarkan tapi standard size header template ni mmg camtu ,da ubah size bsar setill besar tu gak,sgt sedih,kalo nak tukar lain,syg pula,yaty suka template ni..huhu


hehe meh sini datang uma masa raya nanti,dapat makan chocolate chip yaty..hehe ^_^

Tomato Gurl's Life said...

Alhamdulillah mak yaty dah makin sihat..insyaAllah nati raya sihat sepenuhnya dah..yeah!!

p/s:cik tom baru nak order chocolate chip dgn yaty..huhu

Nur Hayaty said...

@cik tom : hehe,meh sini datang raya ke melaka,yaty hidangkan kuih tu,free of charge..hehe

thanks dear,puan emak da semakin elok..^__^

Muslimah Biasa

 
Copyright©2011-2012. Segala penulisan diatas adalah Hak Milik cahayakehidupan