Tiada Daya dan Kekuatan Melainkan Dengan Allah || Pierre Andre


Entah mengapa, hati saya begitu terpanggil untuk berkongsi cerita Pierre Andre, wallahua'lam ,saya tak tahu nak taip apa tetapi hayatilah bingkisan Penghijrahan seorang Artis yang bernama Pierre Andre



UCAPAN Pierre Andre saat menerima trofi Anugerah Yasmin Ahmad pada Anugerah Skrin 2012 menggegarkan banyak jiwa. Bermacam persoalan dan andaian juga dibuat. Paling utama, kecenderungan anak sulung pelakon handalan Khatijah Tan itu terhadap ilmu agama terbuka jelas.

"Ya, benar sekarang saya sedang dalam penghijrahan untuk lebih mengenal agama dan Allah dan Rasul tetapi hijrah saya ini tidak akan berlaku secara drastik, saya takut fitnah," katanya membuka cerita tentang kehidupan baharu yang sedang dilaluinya ketika ini.

Jumaat lalu, Pierre membuka mulut di pentas yang disaksikan lebih empat juta penonton dengan kalimah 'Bismillah.'

"Anugerah paling hebat ialah kalimah 'Lailahaillallah,' jagalah kalimah ini dalam diri kita, love Allah dan love Muhammad," ucap Pierre dalam majlis itu.

Menghuraikan lagi mesej sebenar yang ingin disampaikannya, kata Pierre:

"Itu juga satu dakwah daripada saya. Saya memang minta doa kepada Allah agar jalan dakwah saya dibuka, dan Alhamdulillah saya diberikan kesempatan. Selama 10 tahun dalam bidang seni, itulah kali pertama saya diberi anugerah dan itulah siaran langsung pertama yang saya dapat untuk menyuarakan sedikit dakwah saya," katanya sambil meneruskan dengan satu pengakuan.

Demi untuk tidak mengelirukan khalayak terhadap perubahan yang berlaku ke atas dirinya, Pierre mengakui bahawa sudah lima bulan dia bergerak aktif dengan dengan mengikuti kumpulan tabligh.

"Saya sudah jadi pengarah filem sejak umur 21 tahun. Selama ini saya fikir itulah matlamat hidup saya. Akhirnya saya dapati hidup saya 'kosong.' Saya rasa dibohongi oleh dunia dan saya mula mencari.

"Seorang sahabat ajak saya menyertai tabligh. Pertama kali mencuba, saya terus jatuh cinta. Setakat ini, sudah empat kali saya keluar mengikuti aktiviti jemaah tabligh. Biasanya kami keluar selama tiga hari dan bermalam di masjid dan surau yang kami singgah. Alhamdulillah, Allah telah membuka pintu hati saya," katanya menyertai jemaah tabligh di Taman Permata, Ulu Kelang.

Berikut sedikit perbualan Sensasi Bintang bersama Pierre.

Mendalami agama itu banyak jalannya, kenapa pilih tabligh?

Orang selalu salah faham terhadap tabligh, tak kurang juga yang menuding jari masuk tabligh sebagai ikut ajaran sesat. Kita kena ingat, tabligh itu sifat Rasulullah. Rasulullah berdakwah selama bertahun-tahun sebelum turunnya hukum bersolat, puasa dan menunaikan zakat.

Bagaimana pula dengan kerja-kerja seni anda. Dunia hiburan sendiri dilihat lebih banyak mendedahkan seseorang itu ke jalan negatif?

Mulanya saya fikir begitu, tapi sahabat saya larang. Saya masih boleh berdakwah dalam bidang filem tapi kena lebih berhati-hati dalam bab agama. Paling utama kena masukkan unsur dakwah. Sekarang saya tiada karya terbaharu selain filem-filem yang telah dibikin sebelum saya berhijrah, jadi, jangan nilai siapa saya ketika dahulu, tapi nilai siapa saya ketika ini.

Mungkin ada perkembangan terbaharu yang lain?

Sekarang saya terlibat dengan projek filem pendek bersama kawan-kawan, selebihnya (saya) buat kerja-kerja penulisan. Saya mahu siapkan novel pertama, mungkin judulnya berbunyi Perjalanan Ke Darul Salam. Ia tentang penghijrahan seorang lelaki yang selama ini hidupnya kosong.

Adakah itu kisah sebenar yang berlaku kepada diri sendiri?

Tidak juga. Itu pemerhatian yang saya lihat selama ini.

Bagaimana amalan agama anda sebelum ini?

Selama ini pun saya percaya kepada Allah, tapi tahap keyakinan itu tidak seperti sekarang. Dahulu, saya Islam kerana dilahirkan sebagai orang Islam, sekarang saya Islam kerana kefahaman dan keyakinan saya terhadap agama Allah ini.

Ada sebarang sasaran?

Saya berminat mahu jadi pendakwah. Sebenarnya saya ada azam. Jika selama ini saya keluar selama beberapa hari sahaja, selepas ini saya mahu keluar rumah selama 40 hari pula. Kalau diizinkan Allah mungkin boleh sampai empat bulan dan kalau ada kekuatan mungkin dipanjangkan lagi selama setahun dan bukan hanya di Malaysia sahaja.

Apa rancangan Pierre dalam tabligh?

Nikah itu sebahagian daripada iman, saya juga mahu ke arah itu. Bagi saya, pengisian tabligh tidak boleh dilihat secara luaran sahaja, lihat juga dalaman. Ibaratnya, kalau hendak tinggalkan keluarga selama empat hari, bekalan yang ditinggalkan juga harus cukup untuk empat hari.

Apa kata kedua ibu bapa anda setakat ini?

Mummy (Khatijah Tan) sangat menyokong keputusan saya, ayah juga begitu sebab saya bukan buat perkara tidak baik, sebaliknya saya belajar dan mahu mengenal agama. Sejak sertai tabligh juga rezeki saya bertambah.

via kosmo! online 

Sumber gambar dan artikel : FB Page Jkkk Fan Club


Ramai artis yang sudah berhijrah tetapi masih ramai juga yang masih "terleka" diluar sana, marilah sama-sama kita doakan semoga mereka mendapat "hidayah" daripada Allah SWT dan semoga Allah beri kita kekuatan untuk terus istiqamah berada dijalan-Nya..aamiin...

Coretan CK : Tiada Daya dan Kekuatan Melainkan dengan Allah, SubhanAllah, Alhamdulillah , Allahuakbar ,HasbunAllah Wa ni'mal wakil =')

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Nak letak tajuk apa ye?


Me : nanti i nak cuti pada *sekian tarikh* boleh tak?

Mr X : Boleh je, you kan inform je bukan apply

Me : hello , kalau inform, i cuti dulu then baru beritahu ,kalau apply, tanya dulu then baru cuti 

Mr X : ohh yeke macam tu

Me: You jangan macam-macam eaa

sungguhlah rasa macam nak bagi satutumbukkan *mimpi ke ni?* k..wassalam

awak tahu tak, bila awak marah awak nampak comel lah

syhhh...saya tahu..diamlah, jangan beritahu orang...keh...keh..keh..

sumber gambar : Google
Caption : Gurauan semata-mata

p/s: gambar hiasan semata-mata,tiada kaitan langsung dengan entry ini...

Coretan IOG : garang kan......kbaii...

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Di suatu malam yang sunyi


Mulanya, terasa nak tidur dah , tetapi lepas menghadap laptop, tangan rasa gatal nak menaip, adakah ini cinta? *mukadimah hapa ntah* =_="

Ok..ok...actually saya tak tahu nak update hapa, sebenarnya saya rindukan blog saya , dan saya tak tahu nak luahkan kat mana , so saya taiplah disini , amacam gentle woman tak saya? *sekali lagi apa kena lah saya ni* T_T

Saya tahu , saya percaya ,takkan ada manusia yang bisa hidup dalam keadaan serius sentiasa ,bahkan Rasulullah SAW pun ada bergurau senda dengan sahabat-sahabat Baginda tetapi Rasulullah SAW bergurau dengan benda yang benar belaka,kita? (merujuk diri sendiri dahulu) Allahu..terasa hinanya diri ini untuk bersua muka diakhirat nanti..='(


Sumber Gambar : Facebook

P/s : Jom Amalkan Sunnah-Sunnah Nabi Muhammad SAW 

p/s/s : maaf tajuk itu main letak sahaja even tak ada kena mengena still macam best je nak guna..ok wassalam.

Coretan CK : Sedaya boleh , cubalah untuk beri "kegembiraan" pada orang , in sya Allah , dengan asbab "kegembiraan" mereka , mudah-mudahan Allah redha dengan kita , aamiin...aamiin..yarabbala'lamin.. =')


Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Muslimah Biasa

 
Copyright©2011-2012. Segala penulisan diatas adalah Hak Milik cahayakehidupan