Bila bihun bertukar menjadi…..Angkara Pressure Cooker Noxxa

     Hai korang, macam tak percaya kan  secepat ini aku update setelah Track rekod aku Selama enam hari aku tinggalkan blog ….(buat senyuman comel) Tetapi tidak mengapalah aku tak nak ulas bab tu, Ada perkara penting yang aku nak update hari ini, Planning aku hari ini nak buat Laksa nyonya Melaka, tahu rupa Laksa nyonya tu macam mana, Kalau korang tak tahu Korang pergilah Google sendiri tak pun pergi tanya chatgpt coz Aku takkan update gambar Laksa Nyonya tu macam mana , Yang aku akan update adalah rupa kejadian Laksa tu macam mana….please janganlah marah aku tau, tahu tak strugglenya aku umi anak 5 ni  nak update blog? Walaupun tiada siapa yang paksa atau baca tetapi biarlah aku dengan dunia aku sendiri eh…. (buat muka kesian…. πŸ˜”) 

      So Let’s begins The story, Aku dengan rasa keyakinan yang tinggi , aku guna pressure cooker aku yang Berjenama NOXXA dalam kurungan Perlu ke sebut jenama? Sebut tu bukan apa sebab ada sebablah tunggu aku nak cerita sampai habis niπŸ˜† , okey sambung lagi cerita , Sambil sambil Aku tadah air panas, Aku search YouTube rebus bihun on noxxa, Maka aku pun jumpa orang buat bihun goreng, Masa tu Aku macam tak boleh nak fikir lagi ,aku terus ikut aje berapa minit yang dia buat iaitu empat minit , Padahal kalau masak bihun goreng Tak letak air banyak, Sedangkan rebus bihun ni aku Letak  air banyak, jadinya  dengan Bijaksana aku ikutlah Empat minit tu Tanpa berfikir panjang Sebab aku tak terfikir tentang measurement air tu. Setelah aku onkan pressure cooker, aku pun teruskan dengan menumis kuah Laksa nyonya, sampailah Pressure cooker dah berbunyi menandakan empat minit sudah berlalu maka aku ambillah tangguk Untuk letak bihun, Korang tahu masa aku buka penutup pressure cooker tu aku nampak betapa keruhnya air bihun tu, Hati aku dah tak sedap dah masa ni aku pun ambillah garfu untuk tengok texture bihun yang aku rebus ni, Sekali bila aku celup je garfu tu dekat bihun,  dah jadi macam tekstur bubur,  aku tak puas hati lagi , aku still tapis bihun dekat dalam tangguk tadi, Wei betul tau tak sedap hati aku tadi memang bihun aku tak jadi langsung tekstur bihun selepas direbus ianya bertukar menjadi bubur, bubur weiii haishhh sedihnya lahaiii sob sob sob 😒, Masa ni aku rasa nak marah tapi kena sabar sebab salah sendiri bukan salah orang lain aku memang masak sorang-sorang, mak aku hanya tolong sediakan bahan tapi duduk dekat depan ,akulah satusatunya harapan tukang masak ehhh tiberrr. Lepas tu aku dengan berat hati lagi jerang air dekat dalam periuk lain di atas dapur gas , sebab tak yah Nak try bagai  untuk kali kedua , sebab kali pertama tadi Sebungkus bihun dah lunyai , kalau aku cuba kali kedua kat dalam pressure cooker kang telinga aku plak lunyai dengar nyanyian mak aku tu…huhuhu… eh lariiii (mengahlah lari πŸ˜‚)

      ok untuk perenggan kat atas adalah cerita semalam, aku voice typing semasa didalam kereta waktu tu tunggu anak aku balik sekolah tak silap (weii kejadian semalam pun kau boleh lupa ya πŸ˜‚ ) tutup cerita hari ini aku Update by gambar aje lah ,aci kan? (Tutup mata, ayok tatayok aku tak nampak apa apa) oklah wassalam …. Bye bye…. Daaaaa


Bila rebus bihun on pressure cooker in 4 minutes be like…😷

Rebus bihun dekat dapur gas  , second times attempt , alhamdulillah baru jadi 😎


Cerita harini be like πŸ˜† (maaf ye harini kepenatan seharian kat luar)
All times favourite , just kedondong asam boi 😍

Nota kaki : Day 21 update blog (kena count sebab biar dak Yaty tahu dia masih on the track...tiber) walaupun ko da  skip 2 hari tak update yaty, weii baru 21 hari ko update lamanya nak ke monthsary.


Cahaya Kehidupan : ‘ala kullihal , syukur alhamdulillah untuk hari ini sebab urusan appointment anak sulong dipermudahkan oleh Allah swt πŸ’“πŸ’

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Nak Extend to the lunch but turnsout to Sold out….

     Hai korang, weii serius ar 6 hari lepas update, wa macam tak caya la, lu tinggal lama blog lu, kesian weii, wa pasti lu mesti banyak lupa apa yang dah jadi 6 hari lepas kan, ni kang lu mesti update yang mana ingat je , tu pun mesti sipi2 je pahtu ending…aku kan pelupa….EMANG DASAR LOO….,OK2 yang dah baca tu harap bertenang ayat mukadimah tu untuk dak yaty bukan untuk korang hurmmm..aku ni susah la nak cakap ,tak suruh pun ko cakap, kena menaip je yaty, ye aku tahulah takyah lah nak loyar buruk sangat, sememangnya kenapa tak update sebab busy plus last week memang mood nak menaip tu takde langsung, bukan macam at first week tu , mood meluap2 macam gunung BERAPI everyday mesti nak update but last week mood tu go healing maybe…maybelah…ermmm hambar yaty..tak kelakar langsung, ko baca balik ayat ko kat atas tu, orang baca pun rasa nak hempuk screen je, dah2 lah kata takde mood tu, pahni kalau nak update ,ko terus straight to the point je isinya takyah mukadimah bagai…ada faham???…tak tuju kat korang, tolong jangan terasa..maaf shakap…fuhhh banyak betul luahan ko yaty, sabar la ye..kekadang kena ada side marah juga untuk ko bangkit selepas berkali kali jatuh….jatuh tu bukan secara fizikal lah jatuh secara invisible, macam mood…macam…eh eh ulang lagi ko ye bab mood tu..ok2 full stop.

    Wei korang minggu lepas aku hanya ingat kejadian hari sabtu je, selebihnya aku lupa lah (lariiiiiiiiiiii…sebab kena kejar dengan dak yaty,kan dia kata jangan cakap camtu lagi…hahaha…bluekkk…hihihi) relax2 ,hidup kena ceria even dalam hati ko remuk seribu, cukup la ea seribu ,kalau sejuta nanti,masuk ke alam lain pula….haishhhh ko ni kang…ok2 relax, cuba tarik nafas, awat nak marah2 je ni ea, ko tak penat ke lawan dengan emosi ko sendiri??? Ok lets begin the story untuk hari sabtu lepas, aku buat mee hailam, semua asbab Ilfy, sebab sabtu kelmarin dia tak dapat makan mee hailam, masa tu aku buat sebungkus mee je (sebab masa ni memang nak masak untuk mak aku je, untuk anak2 aku masak lauk lain plus mereka ni kurang gemar makan mee2 ni, laksa apatah lagi,spagetty tu mungkin makan tapi jika makan pun aku kena selit ayat cam ni “bawa2lah belajar makan makanan lain selain ayam….rezeki Allah ni luas tau, jangan asyik nak ayam je…haa cam tu la aku selalu mengomel dekat telinga mereka, walaupun kedengaran suara hati mereka seolah2 macam bercakap ‘cukup maklong cukup,hentikan kata2 maklong’…hurmmm aku reka je,depa tak pernah melawan pun, mereka tadah jela telinga dengar ‘nyanyian aku’….ngeee)sambung lagi cerita, aku bangun ,dan aku teruslah misi aku buat mee hailam di pagi sabtu, aku masak 2 bungkus mee iaitu  equal to 1kg mee, masa ni aku dah berangan this food can extend to lunch sebab aku yakin anak2 pasti makan sikit je, aku pendekkan cerita, selapas aku masak ,aku suapkan anak bongsu dulu untuk makan, pastu anak2 yang lain dah ambil makanan mereka untuk breakfast, aku suruh aqil ambilkan untuk nenek sekali, sehinggalah detik yang telah meruntuhkan angan2 aku :-

“Mak long aqil habiskan mee ni ea?”

“Wah  Maklong tak makan lagi ea, agak2 le, mak long masak, maklong tak dapat makan”

Maka Aqil pun letak that tangguk mee tu semula ditempatnya sambil buat senyuman kerang busuk…

    Weiiii mee tu aku dapat sejemput je, korang boleh imagine tak angan2 aku nak extend to lunch but turnsout jadi soldout, kah kah lah padan muka, dia macam level confident ko tu dah bagus dah, tapi membawa kepada kemusnahan angan2 ko sendiri, maka aku dengan berat hatinya, makanan untuk lunch pada hari sabtu tu, aku buat nasi lemak sambal udang plus ayam bakar smoke bbq, even anak sulung kata boleh ke makan ayam bakar dengan nasi lemak,bukan kena goreng ke?, dan aku seraya menjawab, bole je bang, bakar ni lagi healthy sebab rendah calory, kalau goreng tinggi calory…done act as nutrician yang berjaya…ecehhh….hihii.

       Aku rasa cukup kot aku cerita setakat ni, kalau nak cerita hat lain, kena hadap2 hari2 yang mendatang dahulu kan….eh…ok2 kita guwau je ea…maafkan salah silap diriku….ok la wassalam…bye bye…daaaa

Inilah mee hailam yang dah sold out tu πŸ˜†

Nota kaki : Day 20 update blog (kena count sebab biar dak Yaty tahu dia masih on the track...tiber) walaupun ko da  skip 6 hari tak update yaty, weii baru 20 hari ko update lamanya nak ke monthsary.


Cahaya Kehidupan : ‘ala kullihal , harap bertenang, aku hanyalah manusia biasa…cenyum cikitttt….πŸ™‚‍↕️



Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Haih….sabar jela….

     Helo korang, aku rasa aku nak cerita ringkas je ni, Hari ini,aku kejut semua orang macam biasa dan anak-anak biasanya akan tengok WhatsApp group kelas depa guna handphone aku pada waktu malam sebelumnya , Jadinya aku expect semua orang dah tengoklah dan baca. Jadinya kami Buatlah routine pagi-pagi macam biasa dan bertolak kami ke sekolah pada pukul 6.45 pagi tadi, aku hantar anak sekolah rendah dahulu, semasa dah masuk dalam kem tu aku jadi pelik kenapa jalan lengang , lepas tu dekat kawasan sekolah tu sunyi sangat tiada kereta yang Sesak, biasanya penuh dengan kereta, jadi anak nombor tiga cakap “mak long tengok group semalam ilfy lupa nak tengok, I was like haaaaa lupa nak tengok astaghfirullah hal ‘Azim, dan aku pun buka WhatsApp group kelas dia and guess what cikgu dia ada update semalam ada poster cuti peristiwa pada hari ini , aku macam, ya Allah Ya Rabbi sesungguhnya ujian kesabaran itu Benar ya Allah πŸ₯Ή, tetapi aku terfikir kenapa MP tadi tak cakap apa-apa eh , maybe dia tak tahulah kot sekolah cuti hari ini bukan dia yang sekolah ,anak ko yang sekolah yaty, apa  kena mengena dengan dia pun kan, dah salah sendiri nak salahkan orang pula, haishhh. Aku rasa kalau Allah tak gerakkan aku untuk rasa pelik tadi tu mereka dah aku hantar πŸ™‚‍↕️, tadi kan ada dua orang budak perempuan dekat pondok tunggu ibu bapa datang ambil , kesian mak ayah dah gi Kerja agaknya.kes samalah dengan aku yang tak baca whatsapp group kelas anak2,cuma aku bernasib baik,Allah bagi signal untuk check, syukur Alhamdulillah.

    Memandangkan anak nombor Tiga cuti hari ini, aku pun tukar plan dari hanya nak pergi Econsave ke beli ayam mentah nak Stock up lauk basah untuk masak harian mereka, lepas dah beli ayam aku Patah balik ke Econsave untuk beli sayur dan buah untuk buat jus minuman aku. As usual Econsave buka 08:00 pagi ,aku sampai tadi 07:45 pagi jadinya kami tunggu dalam kereta sahaja sementara nak sampai 08:00 pagi. Seperti biasa,  kau hanya merancang tetapi Allah juga yang menentukannya, kau kata nak beli sayur dan buah aje sekali , segala jenis macam kau beli , habis gitu lah  dia, overbudget , Faham faham sendiri la ye berapa Jumlahnya.πŸ™ƒ

    Balik dari beli barang tadi mak aku terkejut lah ada dua orang aku bawa balik tak gi sekolah then aku ceritalah kenapa mereka tak sekolah. Lepas tu bergegas aku masuk dapur sebab nak kena asingkan ayam tu Ikut portion harian,  aku letakkan dalam zip lock , ianya mudah letak dalam zip Lock bila Kau nak guna kau ambil aje satu zip Lock tak perlu lagi nak keluarkan mangkuk dan tak perlu lagi nak kira berapa kau perlu masak pada hari tersebut sebab kau dah tahu berapa banyak kau kena masak , kalau ayam tu habis waktu petang , tiada ayam lagi, maka mereka akan goreng telur aje (bab goreng telur ni tiga tiga anak lelaki da pandai masak telur dadar sendiri,proud seorang maklong,syukur Alhamdulillah Allah permudahkan) sambung lagi cerita, sebab aku pernah masak ayam banyak untuk Cukupkan sampai petang , end up Ayam tak habis makan ,alasan mereka dah kenyanglah apalah, tak rasa nak makan nasilah tetapi bila ayam tiada kemain complain, lepas tu end up kena buang ayam tu sebab tak masukkan dalam chiller, sejak daripada itu ,aku dah belajar dari kesilapan , lebih baik habis waktu makan tengah hari dari tak habis waktu makan malam  because mereka ni kadang-kadang makan ikut mood kalau masakan itu kena dengan taste mereka,  nasi bertambah tambah mereka makan, kalau tak kena dengan taste mereka nasi yang kita masak macam biasa tu pun takkan habis dimakan.Sesungguhnya kau Kena sabar jelah kalau kau tak sabar kau kena sabar juga sabar sabar sabar sampai tiada tahap sebab kena bare in mind Allah sentiasa bersama dengan orang yang solat dan sabar, Peace yooo. Okeylah korang itu jela aku nak cerita hari ni , depa ada peperiksaan akhir tahun minggu ni sampai minggu depan dan anak nombor tiga ada UPKK   korang doakan anak2 aku ye, maceh korangπŸ₯°, okeylah wassalam bye bye daaaaa....😎



Kalini mencapai piawain tekstur brownies yang aku nak, syukur Alhamdulillah πŸ₯°

Syukur Alhamdulillah Allah bagi sedapπŸ™‚‍↔️❤️πŸ’


Nota kaki : Day 19 update blog (kena count sebab biar dak Yaty tahu dia masih on the track...tiber) walaupun ko da  skip 3 hari tak update yaty, weii baru 19 hari ko update lamanya nak ke monthsary.


Cahaya Kehidupan : ‘ala kullihal , semua orang buat salah including me, bezanya kita dengan orang kurang cerdik, adalah belajar daripada kesilapan,dont make fruit banana two times bak kata adnan sempit….eh…πŸ™‚‍↕️



Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Muslimah Biasa

 
Copyright©2011-2012. Segala penulisan diatas adalah Hak Milik cahayakehidupan