Novel



Aku percaya, ramai yang ikut cerita novel ke drama kan? tak terlepas dari diri aku sendiri ,aku mula membuak-buak(hyperbola nya -_-") nak beli novel sejak menonton Teman Lelaki Upahan dan itulah satu-satu novel yang aku dah tengok dramanya dan aku nak baca novelnya pulak , drama novel lain aku tak berminat pun nak beli =p

kekonon aku nak tunggu baucer la baru nak gi cari, lepas dah dapat baucer (i mean lepas dah beli semua buku untuk semester ini barulah aku beli novel), ceh aku ingatkan senanglah nak cari novel Teman Lelaki Upahan dekat bandar Melaka tu, rupa-rupanya harapkan pagar ,pagar makan padi,ye ye aku tahu tak sesuai pun guna peribahasa tu,aku saja je,eh rajinnya korang baca sampai perenggan dua..hahaha =p

Hari Jumaat lepas aku pergi Mydin(ye la mydin kan kata dia yang tanggung GST, ofcoslah aku yang jauh dari Mydin ni gigih gak lah lepas balik kerja ,sampai rumah ,sempat lagi aku main badminton,tiba-tiba ada suara dari tingkap rumah "mak nak pergi beli barang dapur", i was like...nak cakap apa lagi,aku pun ikutkan jelah, Emak always my keutamaan...=')

Pendekkan cerita,masa dekat sana,aku pun usha lah MPH bookstore kat dalam Mydin tu, cari punya cari, banyak kali gaklah aku round, tetapi masih tidak jumpa Novel yang bertajuk Teman Lelaki Upahan, akhirnya aku tekad, pergi ke kaunter untuk tanya :

"novel teman lelaki upahan ada tak?"

"Tak ada,dah habis,tengah tunggu stock"

"lagi satu nak tanya,guna baucer untuk beli novel boleh tak?"

"boleh,semua buku boleh kecuali stationery dan komik"

"ok Terima kasih"

Lebih kurang begitulah perbualan aku dan cashier, aku pun pergilah belek-belek balik novel yang aku pegang mula-mula tadi iaitu "Dia Isteri Luar Biasa dan Eksperimen Cinta", tetapi lebih kepada novel DILB lah yang aku nak beli, Eksperimen cinta tu macam berbelah bagi , aku tawaf dalam kedai tu punyalah lama,sekejap ambil buku fixi ,letak balik , sekejap lagi buku Hlovate letak balik, end up nak tahu aku beli buku apa, bacalah sampai habis..=p

sampai je dekat rumah, malam tu tetiba aku teringat , sebenarnya  buku dalam list yang aku nak beli adalah Diagnosis 1 dan 2 tetapi entahlah dah dua kali aku pergi,selalu lupa nak tanya kat cashier buku diagnosis tu ada ke tak, sedih tak terkata sebab based on feedback pembaca, buku tu sangat best *icon sedih* .ok tu je nak cerita...wassalam






Reminder to self : Bacaan yang paling utama adalah Al-Quran , yang ini sampingan sahaja.


Coretan Ck : Aku dah habis baca Dia Isteri Luar Biasa,now tengah baca eksperimen cinta plak (by the way, terpaksa stop baca dulu sebab assignment tengah banyak...=')

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Muslimah Biasa

 
Copyright©2011-2012. Segala penulisan diatas adalah Hak Milik cahayakehidupan