LA TAHZAN INNALLAHA MA'NA

hai korang,
hari ini 22 Disember 2016,I'm here,Wah excited diri,well,Actually tak ada apa pun update,Just nak cuba features baru tahu dalam hp ni,haha,kbaii
__________________________________________________________________________________


Hai korang , baca tak perenggan kat atas, berasa nak lempang diri sendiri je  😅. Begitulah kehidupan, makin lama makin banyak benda yang kau kena  hadap walaupun kau tak minta tapi selagi kau hidup, pasti kau akan diUJI.

Entry kalini pun takde apa nak cakap pun cuma  aku nak cakap aku PENAT....




ok tu je....baiiii





Cahaya kehidupan ; LA TAHZAN INNALLAHA MA'NA
(JANGAN BERSEDIH, ALLAH SENTIASA BERSAMA KITA)








Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Finally , alhamdulillah....(Entry peram lama 2019 guys) ='(

Hai korang, pertama sekali aku bersyukur sangat setelah 5 tahun baru aku dapat menghabiskan E-pjj aku di UITM, for me its not easy at all but bila da habis ni, rasa berbaloi. Kenapa aku belajar? sebab aku rasa dengan ilmulah aku dapat upgrade diri aku, bukan  untuk menunjuk2 tetapi sekadar kepuasan diri, sebab for me masing-masing ada letakkan matlamat dalam hidup, pada aku, matlamat aku atleast aku mesti ada "degree" , mungkin bagi korang alaaa baru degree, apa barang...... but pada aku yang belajar EPJJ iaitu belajar jarak jauh, every weekend aku drive ke Intec Shah alam sampai lah berpindah ke Puncak Alam dan dari aku bujang sampailah aku sudah bertukar status, semua kenangan itu masih segar di ingatanku. Ingat lagi, Seminggu lepas Kahwin, aku ada kelas, haha...takdenya aku nak cuti ber " Honeymoon" bagai, and guess what until now aku belum dapat pi bercuti yang betul2 bercuti. Kita hanya merancang tetapi Allah juga menentukan segalanya.

Aku memang nak mengabadikan segala kenangan belajar aku disini sebab nanti bila aku dah tua(kalau sempat aku sampai ke tua lah), aku boleh baca balik entry ni atleast , jika ada cucu nanti (inshaAllah) ,depa leh kata cam ni "kelakar juga nenek aku ni"...err....hahahaha...

Dari Sept 2013-2016 kelas aku di Intec Shah Alam

- Masa kelas kat sini paling best sebab dekat dengan tempat makan,(dasar lo asal ada makanan banyak je ko suka kan kan...=p), macam-macam ada tapi that time aku so called tengah diet (nak CAPSLOCK diet tu, tapi takpelah...hihi) , so aku hanya tapau lauk je masa ni.(jangan tanya  berat aku , until now aku still lagi nak DIET =(
 
-aku tak ingat sem berapa tapi aku ada dapat kelas yang pensyarahnya akan panggil nama ikut suka dia , contoh aminah bangun baca, abu apa pendapat awak tentang ini...hahaha dan yang aku tak leh lupa beliau berkata " tak kisahlah korang faham ke tak janji saya habiskan silibus" and kitarang pun layan jelah eh kenapa kitarang sebab masa aku belajar dulu aku ada kenal 2 orang kawan masa nak daftar masuk,masa tengah beratur tunggu giliran nak dapatkan silibus,disitulah aku kenal hafizah dan shiela,dedua bawah aku,fiza bawah aku setahun ,shila pula errr tak ingatlah berapa,yang penting bawah aku beberapa tahun lah

-masa kelas di Intec Shah Alam,status aku masih single and pergi ke sini pun drive sorang2 dari Melaka ke Shah Alam.(masa ni jodoh sesat lagi =')

- da banyak lupalah memori kat sini =(

Aku nak update apa lagi ni, post atas ni dah duduk dalam draft lama, dari tahun 2019, sob sob aku dah banyak lupa memori belajar...

ok ,aku cuba untuk ingat kembali...hurmm....aku coba...


again...


and again...

but...



still....


aku lupa...


maafkan diri sendiri wahai yaty


itulah kamu, mudah lupa


memori pahit dan indah semua mudah dilupakan



ya itulah kejadian Kamu....


MOVE ON...






Forward to the next...


Syukur Alhamdulillah, aku benar-benar mensyukuri segala nikmat yang Allah telah berikan pada aku, banyak dah Allah bagi, sampaikan jika ujian hadir, tiada sekelumit pun nak mempertikaikan, sebab aku tahu APA YANG DARI ALLAH,TIADA YANG SIA-SIA.


Aku rasa cukuplah sampai sini dulu, Terima kasih Allah diatas semua memori indah mahupun pahit, semua itu buat aku jadi macam sekarang dan aku harap orang yang baca entry aku ni, sentiasa diberikan Kesihatan yang baik, diberikan kekuatan untuk menghadapi Ujian Allah, aamiin aamiin ya rabbal'alamin. Kita sama-sama jaga kita, jaga SOP pada zaman Pandemik ni.Semoga Covid cepat lenyap dibumi ini, aamiin aamiin ya rabbal'alamin.






Cahaya Kehidupan : Jangan pernah JUDGE hidup orang, kerana kita tidak pernah berada ditempat mereka 💝

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Lama peram Entry, sekali....

 Lama tak bersiaran dekat sini,pejam celik pejam celik dah nak raya, banyak sebenarnya yang mahu diabadikan disini tetapi apakan daya,terlalu busy dengan kerja sehingga "me time" pun  tiada.

Covid da setahun lebih melanda....


Ayat diatas merupakan entry yang diperam lama ( dah la lama, siap tergantung lagi perenggannya,,,👀😂)  ,mungkin ketika itu aku memang nak update blog tetapi tak tau kenapa jadi cenonet camtu, hailah yaty, kenapakah awak semalas begitu. Hatta masa taip ni pun, guna keyboard baru (taklah baru mana, da lama beli tapi jarang guna,sebab now aku da kerja office, so mmg guna dekstop ofis jela, perlu ke terangkan panjang jela gini?) sambung cerita lagi.... tapi asyik typo je, nampak sangat da lama tak menaip.....

Harini 8 Julai 2021 (Khamis), aku ada kerajinan nak menaip, walaupun kadang2 rasa marah asyik tertekan huruf sebelah2 jek ni...nak tunggu rupa bentuk keyboard ni, nanti aku share gambar pada akhir post ni, tungguuuuu,,,,(macam ada orang nak baca entry ni kan....😂)

Sebenarnya ada lagi satu entry lama yang aku simpan draft iaitu detik2 hari aku konvo, kekonon aku nak abadikan kat blog ni, tapi cam aku kata, penyakit M nak menaip tu berleluasa lak , maafkan daku wahai yaty sesungguhnya aku hanyalah manusia biasa...😆

Aku da tiada idea nak menaip, nanti aku cuba update lagi ye...


jap


jap


kata nak tengok


keyboard aku


lek ar


aku nak upload la ni



tunggu



eh mana ni




tarraaaaa






Nota Cahaya Kehidupan : Semoga Virus COVID ini segera lenyap diatas muka bumi ini, aamiin aamiin Ya Rabbal'alamin

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Muslimah Biasa

 
Copyright©2011-2012. Segala penulisan diatas adalah Hak Milik cahayakehidupan