Officially Mrs Someone

ececececeh...kemain tajuk, malu sebenarnya nak taip gitu but kenapa tidak boleh jika blog ini hanya kau je yang baca *cermin muka sendiri* >_<

27 May 2016, itulah harinya yang aku bertukar status, status dari bujang ke alam perkahwinan , siapa sangka tahun 2016 aku menamatkan zaman bujang,wo wo wo.... clichenya ayat...rasa mual pun ada...da...da...da...stop jejiwang..meh nak citer today bersamaan 7 June 2016 adalah hari kedua berpuasa , amacam ,ok tak ?aku kan,kalau masuk bulan puasa, rasa happy sangat, sebab hidup tenang tanpa gangguan syaitan kan? dan paling aku suka,aku boleh detect kalau aku malas nak buat amal tu, bukan hasutan syaitan tapi sebab aku malaslah kan?cepat-cepat istighfar dan muhasabah diri, itulah kemuliaan bulan Ramadhan, kita boleh check dimana tahap keimanan kita yang sebenarnya. aku tak refer kat korang aku cakap pada diri aku sendiri, tak usah tunding silap orang, silap kita wajib dihitung terlebih dahulu =)

oklah , itu je kot aku nak kongsi, atleast, adalah catatan sikit dibulan Ramadhan ye tak? k wassalam


without lighting


with lighting


Coretan Cahaya Kehidupan : Berada didalam bulan Ramadhan adalah suatu kenikmatan yang luar biasa kerana tidak semua dapat bertemu Ramadhan kerana telah dijemput oleh Sang Ilahi. Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad, wa'ala alihi wasohbihi wabarik wasallim.

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

ESC - sampai satu masa nanti kita dah tak perlukan escape button untuk lari sebab syurga itu realiti


Hai semua, err actually hai kepada diri sendiri yang sedang membaca, mesti kamu tengah boring atau tengah throwback kan, pastu kamu senyum sorang-sorang diri kan?, biarlah nak kata syok sendiri ke hapa, hakikatnya entry ini diupdate sebab aku tak nak lupa akan moment ini. So, lets begin :-

6 May 2016 , tarikh aku pergi Pesta Buku Kuala Lumpur yang di buat di MAEPS (malas aku nak taip nama panjang berjela dia cukuplah dengan akronim k), aku bertolak dari melaka pukul 12 ++ tengahari keatas,itupun setelah aku berhempas pulas membeli barang-barang untuk program amal di rumah titian kasih pada 8 May 2016 haritu.Kenapa berhempas pulas? sebab kedai yang aku pergi tu kurang kipas, angin apatahlagi,so berpeluh-peluh aku dalam tu mencari barang SORANG-SORANG,CAPSLOCK WEII NAMPAK PENEKANAN KAT SITU.=p (hahaha penat wei nak menaip ni,almaklumlah dah lama aku tak menaip =_=!

Sesampainya aku di seremban, aku berhenti solat di RnR seremban,lepas tu barulah aku bertolak ke MAEPS, oklah aku pendekkan cerita sebab aku malas nak menaip ni, maafkan saya ye, kita straight to the point je, aku waze MAEPS, dan aku drive sambil dengar lagu pastu aku nyanyi sorang-sorang pastu.... ok stop stop cepat lah habiskan cerita ini boleh tak? =P.

Setelah sampai di MAEPS, aku pun masuklah ke dalam dewan ,mendakigunung la juga sebab dewan tu bukan aras satu,tetapi aras tiga,kena naik esclator, just imagine,aku ni dah la tak pernah pergi pesta buku ,bila aku masuk je,aku jadi lostintheworld jap sebab banyaknya booth lepas tu aku pun teruskan misi mencari buku kak ina "klik pengantin salju", lagaknya macam aku punya sebab berialah aku menanya pada orang mana booth kaki novel walaupun hakikatnya buku yang aku beli pada entry dulu pun aku belum habis baca lagi,sadiskan?

ok kita terus ke episod ending(monolog: maafkan diri wahai yaty sebab kamu ketika ini tiada mood untuk menaip), ini kira aku dah dapat beli buku semua lah,just satu buku je aku tak dapat cari lagi, dan buku itu adalah buku ESC by Encik Tomato, entah kenapalah aku nak sangat beli buku ini,aku gagahkan diri juga even masa tu dah penuh manusia ketika itu sebab orang dah balik kerja, dan dalam hati aku berdoa "Ya Allah, bantulah aku untuk cari buku ini,tolonglah aku ya Allah,"aamiin, dan aku pun teruskan perjalanan , kakiku menuju sebuah booth dan aku berhenti didepan booth itu ,tak semena-mena,mata aku terpandang sebuah buku berwarna merah yang bertajuk ESC- sampai satu masa nanti kita dah tak perlukan escape button untuk lari sebab syurga itu realiti  berada betul-betul dihadapan mata aku, arghhhhhhh(jeritan dalam hati....sebenarnya aku nak jerit panjang, tapi cukuplah sikit ni ,sakit plak hati nanti kalau jerit banyak sangat dalam hati...=P) alhamdulillah thank you Allah , tak mampu nak cakap kepada sesiapa perasaan ketika itu sebab hanya aku seorang diri, mana ada orang sebelah aku kan....,tak lawak k,hambar sangat =_=!



klah sekian, wassalam..




 Cahaya Kehidupan : terima kasih untuk moment ini ya Allah

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

kau rasa apa? aku tak rasa apa-apa

hai semua, wah, aku pun dah naik jemu bila buka blog, asyik baca entry yang sama je, come on, mana pergi yaty yang dulu, yaty yang rajin update blog tu?*major throwback*

Hakikatnya, hidup aku sekarang semakin sibuk, semakin busy dengan preparation, ehem...ehem...tak payah nak ehem ehem sangat, dah sampai masa aku update...=P

Today 29 April 2016 (Jumaat), aku update this blog sebagai menandakan aku akan ten..ten...ten...(isk..isk...) kalau baca balik this entry mesti aku gelak sorang-sorang, rasa nak tampo pipi sendiri pun ada, maafkanlah diri ini.

oklah, itu je nak update, sebab nak cerita life aku kat sini, kena ambil masa seribu tahun lagi gamaknya.



hai, yang kat tengah tu,  awak nampak menawan even sekarang dah kecoh iphone 7...=_=!

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Muslimah Biasa

 
Copyright©2011-2012. Segala penulisan diatas adalah Hak Milik cahayakehidupan