Alhamdulillah Menaip dengan senyuman || Puisi Buat Puan Emak


Assalammualaikum Readers ,

Hari ini menaip dengan penuh senyuman , Alhamdulillah tangan da baik sikit,tak sakit macam mula-mula kena.Setidak-tidaknya cahaya lebih menghargai tangan yang ada sekarang.walaupun Cuma sehari di uji kesakitannya tetapi amat perit bila tangan kanan tidak dapat digunakan.Dapatlah rasa macam mana orang OKU rasa. Sayadahsedardahsekarang =.=

Lebih bermakna jika kita diberi Ujian , Allah permudahkan segalanya.Rasa bersyukur sangat-sangat,tiada perkatan lain yang dapat diungkapkan tentang kemanisan Iman sebenar hanya dapat disalurkan pada hati orang yang telah merasainya.

Allahuakbar…..Allahuakbar…. Allah Maha Besar….Hanya KAU sahaja yang dapat membaikpulihkan sesuatu penyakit.Jika KAU berkehendakkan ia berlaku maka ia akan berlaku, jika KAU berkehendakkan ia tidak berlaku maka ia  tidak akan berlaku.

Actually puisi ini cahaya dah tulis lama,now baru tergerak hati nak publish,yelah,nak publish puisi mesti kena ada feel dulu..puisi ini khas cahaya dedikasi buat puan Emak


Emak,
Ada orang panggil,ibu,umi,mummy,mama,
Tetapi bagi ku,
Dia insan yang sangat istimewa dalam hidupku
Dia melahirkan ku cukup sempurna
Dia beri ku pendidikan yang sepatutnya

Emak,
Dia tahu apa yang ku rasa
Tak perlu ku bilang
Dia sendiri hadir tatkala ku menangis
Tak perlu ku bersuara
Dia tahu aku menginginkan sesuatu
Hebatnya Naluri seorang Ibu

Emak,
Kiniku sudah dewasa
Tiba masanya pula untuk ku balas jasamu
Selagi termampu ku ingin memenuhi segala kemahuanmu
Percayalah emak
Setiap apa yang ku lakukan
Pasti ku akan memikirkan dirimu dulu
Kerana ku tahu keredhaan mu itu
Memberi keberkatan dalam hidupku

Emak,
Terima kasih atas segalanya
Kau beri aku semangat untuk terus hidup
Kau beri aku cahaya untuk  aku terus  bangun dari kegelapan
Kau beri aku ubat untuk aku terus melawan
Penyakit  yang mendatang

Terima Kasih  Ya Allah
KAU kurniakan aku seorang Emak yang baik
Yang punya Semangat yang kuat setelah Ketiadaan Ayah
Engkaulah Ibu mithaliku
Amin…Yarabbal’alamin

Hasil Nukilan : cahayakehidupan


p/s : bila kita sakit,orang yang pertama yang risaukan kita adalah ibu kita sendiri,lepas tu baru lah yang lain-lain…..cahaya sayang emak…>__<

p/s/s : esok baru buat tag k...=]


Coretan IOG : Setiap kali dengar lagu Ibu by Kumpulan Aeman,pasti rasa sayu…huhu




Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Himpunan Lagu DeHearty

Assalammualaikum
saat cahaya mendengar alunan melodi 
lirik yang dinyanyikan
amat menyentuh hati ini
korang nilailah sendiri


DEHEARTY


Jika diamati lirik lagu-lagu ini
pasti timbul keinsafan diri

yang baik itu datang dari Allah swt
yang buruk itu datang dari manusia itu sendiri
wa'allahu'alam

p/s : masuk blog cik cahaya baru mengenali  lagu Permata yang dicari
Thanks ye.

Coretan IOG : Dakwah juga boleh disampaikan melalui Lagu ^__^



Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Betulkan Allah Sayangkan Kita

Assalammualaikum

innalillahi wainna ilaihiraji'un
Allahumma' jurni fi musibati
wa akhlifli khairan minha...

yang bermaksud:

sesungguhnya kita milik Allah
dan kepadaNya kita kembali
Ya Allah, berikanlah pahala kepadaku
dan gantikanlah dengan yg lebih baik (dari musibah ini).

Betul kan
Apabila kita di timpa musibah
Tanda Allah sayang kan kita


.
.
.
.
.
.
.
.

Tenanglah wahai hati
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Pasti Ada kenikmatan yang akan kau kecapi
.
.
.
.
.
.
.
.
Kau harus kuat cahaya
.
.
.
.
.
.
.
.
Fikirkanlah cara lain untuk menyelesaikannya
Supermanbatmanultramenkluangman jom Join Venture
T__T




Coretan IOG : Allah Give me a Direction….Amin




Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Tak Ada Etika ke Nak Tekan Sesuka Hati

Assalammualaikum

Cahaya bukan nak marah atau nak terasa tapi apa yang mahu disampaikan adalah...dengar baik2...eh..eh...bukan dengar...baca baik2...

KALAU TAK SUKA FAN PAGE IOG INI TAK PAYAH GATAL TANGAN NAK CLICK BUTANG LIKE-UNLIKE

hello,tak pernah pun paksa suruh orang LIKE page ini, nak LIKE tu biarlah ikhlas..banyak kali kena tau tak,arini 85 esoknya tinggal 83..ye..ye...cahaya tahu now 99..ada lagi tak yang nak unlike..cepat tekan sekarang...grrr

ini entry bukan menagih simpati,apatahlagi meraih undi..bukan masuk pilihanraya pun kan...cuma tak puas hati dengan sikap sesetengah blogger yang hanya main-main tekan butang LIKE-UNLIKE sesuka hati....kalau tak suka tu tak payah gatal tangan nak tekan butang LIKE...tiada istilah tak sengaja tekan kerana itu semua bohong belaka...bwekkk...

ok lah malas nak bebel panjang,sebenarnya dah lama pendam,cuma hari termeletop plak..ini semua gara-gara comment mamat ni




sori derr...tak berniat nak malukan lu, wa memang suka blog lu,...memang benar kebenaran yang lu cakap yang lu fan yang ke 100 blog wa tetapi tatkala wa buka blog ini ianya da kembali ke 99 *dan kalau lu nak tahu..kedudukan itu akan berubah ikutsuka orang yang like-unlike...sila percaya wa tak tipu ni...muka wa serius ni derr....



kalau ianya berubah,lu jangan cakap wa tipu plak ek..now tepat 1.01 am = 99 people like IOG


apa yang penting derr...thanks sudi like blog wa yang tak seberapa ni,sila fikir 1000 kali kalau lu nak tekan butang UNLIKE,sebabnya.....wa dah kenal lu then lu pun da beritahu wa tentang lu like page wa..so senang la wa nak detect..kehkehkeh...*lempang diri sendiri* mereng jap...


Jemputlah ke blog linglung ni,dia ni agak biulcampurmereng kalau bercerita..kalau tak caya pergi lah terjah...adiosss...derr wa da promote blog lu as present lu jadi yang ke 100 fan page wa *walaupun ianya da susut ke 99,ada hadiah untuk wa tak? *gelak jahat...


p/s : hari ni je ,buat 2 entry lepas geram...erk..pekena lah dengan dak cahaya ni kan...=_=

Coretan IOG : tak suka orang Hipokrit...bwekkk



Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Cinta

Cinta
Hadirmu tanpa diduga
Menjadi tanda tanya setiap kali kau menjelma
Kau tidak berupa
Kau datang hanya melalui rasa


Cinta
Kau beri sinar pada mereka yang merasa
Kau beri semangat pada mereka yang melaluinya
Tetapi sayangnya
Terkadang kau hadir pada sebelah pihak sahaja
Patutkah kau dipersalahkan?


Cinta
Kau tiada mata untuk melihat
Kau tiada telinga untuk mendengar
Tetapi kau punya kuasa untuk memberi bahagia


Cinta
Keinginan untuk memilikimu amatlah mendalam
Sehinggakan kadang-kadang
Kau berkawan dengan  dendam
Dan kau menyebabkan kezaliman berlaku
Tanpa belas kasihan
Sekujur tubuh menjadi korban


Cinta
Hadirmu dari yang maha Esa
Merasaimu  adalah suatu keajaiban
Memilikimu adalah suatu kepuasan
Menyintaimu adalah suatu kenikmatan



Hasil Nukilan CahayaKehidupan





Coretan IOG : Dalam Hati ada Cinta,dalam Cinta ada kemanisan,dalam kemanisan ada kepahitan dan dalam kepahitan ada seribu kenikmatan...



Love Peace Respect

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Hitam Manis Itu Handsome


Assalammualaikum,

Hitam itu manis,betul tak? Hitam itu juga  Gaya, Mutu , Keunggulan *Iklan….oh Si Hitam Manis….ku cintakan mu *gedixmanja alaalahindustan..bagi penampar kang... My First love adalah orang yang berkulit Hitam manis *blushing miaw2....bukan berkulit putih seperti kata mamat duit syiling itu....tak tahu apa yang menyebabkan cahaya suka kat first love ni,bila terpandang wajah dia pasti ada magnet untuk melekat dalam hati…*ibarat Milo dengan susu la,kan kalo bermesra comel je warnanya…erk..kena mengena ke?


Semalam kan,cahaya terjumpa ex-opis mate ,dia ni memang kulit hitam manis,dari jauh dia dah senyum..wow great senyuman dia manis sekali…maybe sebab tu kot wife dia jatuh hati kat dia…cahaya plak jatuh tangga … kat  dia…*oh tidak masih dalam kewarasan lagi nak jatuh cintatangga dengan lelaki yang bertitle Suami Orang…Nauzubillah..minta-minta dijauhkanlah…Dulu masa kat opis lama tak pernah perasan pun senyuman dia,almaklumlah busybody buat kerja ofcoz lah tak ada masa nak usha senyuman setiap orang…adeh…


sebenarnya kan,sesiapa yang suka beri senyuman ,pasti akan nampak lebih cantik dan handsome,cuba lah praktis *serius....SUKA Tak kalau orang cakap  :

Bagi Perempuan :

“eh..muka awak nampak comellah bila awak senyum ,nampak macam Geum Jandi”.


 alolo...tomeinye dia...hikhik

Bagi Lelaki :

eh awak nampak handsomelah bila awak senyum,nampak macam No Min Woo

Owh,masa ni mesti korang kembang yang teramat sangat,tetiba korang rasa berjalan atas angin..yeah…*dush3…bangunlah dari lamunan…kalaulah ada betul2 mamat yang senyum dia macam No Min Woo,meh sini i nakpikat...keh..keh..keh...*ada sifat malu yang amat tinggi ada hati nak usha..isk....


Satu amaran kepada anda semua, agak-agaklah kalau nak senyum,kalau everytime senyum je,nanti orang kata gila plak.Lagi satu kalau nak senyum tu biarlah ikhlas janganlah macam KERANG BUSUK.… nanti nampak sangat ada niat disebalik senyuman itu….Erm Chak….alololo tomei nya dia senyum….keh..keh..keh….


Jom layan lagu ni






 Senyumlah..senyumlah..ahaii cik mek molek
Senyumlah..senyumlah..ahaii cik mek molek
korang nyanyilah ikut suka
adiosss


Coretan IOG : Serikanlah diri dengan senyuman kerana senyuman itu  satu Sedekah…Jom Senyum ^__^





Love Peace Respect

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

10 Tips Tingkatkan Traffic || Silent Readers || Tak Nak Caya Sudah

Assalammualaikum….

Apa itu Silent Readers?? Korang tau  tak maksudnya?ada orang kata silent reader ni ibarat fan didunia maya ,tapi bukan fan yang nyata lah,ianya wujud apabila traffic meningkat sedangkan aktiviti blogwalking jarang dilakukan atau lebih senang,traffic korang maintain even korang tak aktif berblogwalking.Tetapi kebiasaannya benda ni  berlaku kepada blogger yang dah Glamour dan Otai dalam dunia Blog ini…hurm…kadang-kadang bukan disebabkan itu juga,ada je blogger baru meningkat dengan cepat.


Analisis  yang dibuat oleh Profesor Dr Cahaya Kehidupan untuk meningkatkan traffic ialah

1.       Buatlah Tutorial



Tindakan Profesor Dr CK :  

Acapkali orang tanya cahaya macam mana nak buat tu,macam mana nak buat ni,cahaya tak buat pun tutorial itu,cahaya hanya mampu beri link blogger lain untuk mereka cuba.

-    Dapat pahala gak kan,sebab membantu naikkan Traffic empunya Tutorial


2.       Berkongsilah tips kecantikan luar dan dalaman




Tindakan Profesor Dr CK 

Yang ni ada rasanya,Cuma cahaya tak letak kat main page TAB tips kecantikkan       je.Nanti cahaya try cari balik k.

3.       Berkongsilah Resepi Masakkan


Tindakan Profesor Dr CK 

Ingat tak Mak Long pernah ajar buat Biskut Raya?

4.       Selalulah buat Contest/Giveaway


Tindakan Profesor Dr CK : 

Ingat tak tentang Pinky Giveaway?

5.       Selalulah join Contest/Giveaway yang dibuat oleh bloger lain


Tindakan Profesor Dr CK 

Haa,yang ni agak degilkeraskepala nak join, kalau orang tak  tag,cahaya susah nak join.tetapikan selalunya kalau dah lebih sorang tag baru cahaya join..memangkaunipemalas rajin cahaya.

6.       Penulisan entry haruslah ikhlas dan jujur kerana secara tak langsung ia dapat memberi rasa sebenar kepada yang membacanya



Tindakan Profesor Dr CK : 

Semua entry-entry cahaya memang berkisar tentang diri cahaya ,so ,terpulang pada korang nak menilainya macam mana.

7.       Meletakkan sesuatu Tajuk Yang menarik



Tindakan Profesor Dr CK 

Kalau terbaca tajuk ini “Rombongan Datang Membawa Hajat”. Agaknya korang ingin tak nak tahu apa isi kandungan entry itu?Nah..itulah yang dimaksudkan letak tajuk entry yang menarik..kuikuikui

8.       Kalau ada gathering,rajinkan diri untuk sertainya



Tindakan Profesor Dr CK 

Cahaya ada sifat pemalumalumalukucing ,susah betul nak join benda-benda macam ni,maybe cahaya tak comelcantikcun cam korang semua yang comelcutecantikcun

9.       Buat Review pasal blog lain


Tindakan Profesor Dr CK 

Baru je nak mula…siapa yang nak jadi orang pertama,sila inform k

10.   Hargailah Mereka yang Follow anda


Tindakan Profesor Dr CK 
   Empunya follower yang ke 600 – itu entry yang pertama cahaya hargai follower blog ini..maybe ada yang lain lagi.
 bilalah nak dapat traffic yang sentiasa meningkat tak turun2..erk..berangan..*dush3...


Eh..eh…da lari tajuk la..ok2…tak kiralah korang ni nak jadi silent readers ke,power rangersbatmansuperman KluangMan ke..”apa yang penting Kerjasama”…adiossss

Coretan IOG : Pstttt  cahaya pun kadang-kadang suka jadi silent readers….korang plak bagaimana?

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Muslimah Biasa

 
Copyright©2011-2012. Segala penulisan diatas adalah Hak Milik cahayakehidupan