Semester baru dan terakhir, hopefully lah...^_^

Hai semua, hari ini 11 September 2017, Isnin, Semalam 10 September 2017 merupakan hari pertama kelas untuk semester baru iaitu semester 9, jika this sem lepas, tinggal lagi satu sem je nak perhabis, lepas tu GRADUATION, ya Allah tak sabarnya nak habiskan belajar,bukan mudah nak melaluinya dan tidak pula menyesali memulainya kerana ILMU ALLAH takkan pernah habis sampai kiamat.


Cerita diatas merupakan cerita sem lepas, harini 10 Macrh 2018 dan esok 11 March 2018 merupakan hari pertama kelas untuk sem last ini, oh ye...ini sem last, hopefully Allah permudahkan aku untuk habiskan pengajian pada sem last ini, Doakan aku k...terima kasih


entri ini sekadar memori diri, nanti habis belajar kita aktif balik k (ye ye or je tu....) (-_-)


Coretan Cahaya Kehidupan : Syukur alhamdulillah diatas semua nikmat yang Allah telah berikan pada ku.

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Biskut Gery Salut Coklat VS Biskut Gery Salut Cheese

hai guys, weee dah lamanya aku tak ke sini ,serius wei,aku rindu, rindu sesangat dan ayat ni pasti akan menjadi mukadimah setiap kali aku nak update entry...bosan wei...bosan..tapi apa kan daya ,bila aku baca entry yang lama,aku senyum sorang-sorang (gila-gila juga aku ni an?) *hambar* =l , dan bila aku sedar akan kesenyuman itu aku pun rasa membuak-buak nak update entry but apa kan daya aku..................*sila isikan tempat kosong*.

Hari ini hari Sabtu bersamaan 25 Mac 2017, esok hari ahad bersamaan 26 Mac 2017, semester baru pun bermula,welcome to the student life guys eh tak to me la hihi...☺.ini adalah kali kedua aku ada kawan untuk pergi belajar sesama iaitu bersama fatihah, syukur alhamdulillah atleast ringan sikit bajet bila berkongsi kos perjalanan kan? *aamiin*

Ekseli, gini, aku nak cerita, kisahnya aku nak beli biskut gery salut cheese tu ,kalau korang tak familiar pi google ,tak kuasa aku nak tepek gambar walaupun hakikatnya pengakhiran cerita ,aku tepek gak gambar nanti...haha..*dush*

Aku mencari penjual di IG,alhamdulillah,aku jumpa setelah banyak kali aku buat research,hebat tak hebat nak beli biskut pun aku buat research untuk siapkan thesis kau...=P . Lepas tu aku dah sepakat dengan cikgu sekolah aku,nak beli yang bersalut coklat walaupun hati nak sangat yang cheese tapi aku pasrah dan redha bila cikgu tu nak coklat takmo yang cheese *muka redha*

Akhir sekali,seriuslah penat nak taip panjang-panjang,kena ingat aku bukan yang dulu,aku dah tua dah sekarang...motif...=P, sambung lagi ,nak dijadikan cerita perisa coklat itu rasanya biasa-biasa sahaja,so aku pun berhuhuhu lah dengan cikgu itu apabila dia pun tidak merasa teruja setelah merasainya.so, bersyukurlah kami dengan rezeki biskut gery bersalut coklat itu ,wajib bersyukur k,rezeki Allah bagi,jangan nak komplen bagai...*cermin*.

Pendek cerita walaupun perenggan atas dah mention akhir sekali ,kenapa ada perenggan ni lagi ye?hurmm..=P , adik aku ke indonesia kerana ada hal dengan bos dia kat sana,before one day dia balik, masa mak aku call dia,dia ada tanya nak pesan apa-apa tak,aku pun dengan pantas cakap "ce ko cari biskut gery salut cheese tu" , dia jawab "ha biskut apa tu"(biasalah adik aku ni mana ambil port biskut viral ni),"nanti orang anto gambar dia" kata aku dan dia pun jawab "ok".

so taraaaaaaaaa

jauh oii dia bermusafir , baru balik naik flight tadi,aku je belum pernah naik flight...sob..sob..
 p/s : gambar gery salut coklat malas nak upload...kwassalam..

Cahaya kehidupan : See, Hebatkan aturan Allah, Dia gantikan "kedukaan" itu dengan kemanisan pengakhirannya...Syukur Alhamdulillah.

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Officially Mrs Someone

ececececeh...kemain tajuk, malu sebenarnya nak taip gitu but kenapa tidak boleh jika blog ini hanya kau je yang baca *cermin muka sendiri* >_<

27 May 2016, itulah harinya yang aku bertukar status, status dari bujang ke alam perkahwinan , siapa sangka tahun 2016 aku menamatkan zaman bujang,wo wo wo.... clichenya ayat...rasa mual pun ada...da...da...da...stop jejiwang..meh nak citer today bersamaan 7 June 2016 adalah hari kedua berpuasa , amacam ,ok tak ?aku kan,kalau masuk bulan puasa, rasa happy sangat, sebab hidup tenang tanpa gangguan syaitan kan? dan paling aku suka,aku boleh detect kalau aku malas nak buat amal tu, bukan hasutan syaitan tapi sebab aku malaslah kan?cepat-cepat istighfar dan muhasabah diri, itulah kemuliaan bulan Ramadhan, kita boleh check dimana tahap keimanan kita yang sebenarnya. aku tak refer kat korang aku cakap pada diri aku sendiri, tak usah tunding silap orang, silap kita wajib dihitung terlebih dahulu =)

oklah , itu je kot aku nak kongsi, atleast, adalah catatan sikit dibulan Ramadhan ye tak? k wassalam


without lighting


with lighting


Coretan Cahaya Kehidupan : Berada didalam bulan Ramadhan adalah suatu kenikmatan yang luar biasa kerana tidak semua dapat bertemu Ramadhan kerana telah dijemput oleh Sang Ilahi. Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad, wa'ala alihi wasohbihi wabarik wasallim.

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Muslimah Biasa

 
Copyright©2011-2012. Segala penulisan diatas adalah Hak Milik cahayakehidupan