Saya Puasalah Nenek

 Assalammualaikum

Nak citer kat korang , ini kejadian pukul 12.55 noon kat uma yaty tadi..(almaklumlah tempat kerja ngan uma kan tak jauh, 5 minit je..hehehe..jangan jeles..=P)so, tadi my sis nak cat dinding tandas then my anak buah ni sibuk la nak jadi tukang tengok kan...Puan Emak pula nak bagi makan kat UZAIR ni . "Uzair mari sini makan" ,lalu dengan pantas encik Uzair ini jawab,"Saya puasalah nenek"...hahaha...yaty da gelak guling2 tadi...oit, kamu tu bulan puasa pun tak pernah puasa inikan pula nak puasa di hari biasa..(korang bayangkanlah umur baru 4 tahun ++ tapi da panjang akal tanya dan menjawab soalan) kekadang Puan Emak sampai tak larat nak layan soalan dia,bertubi2 tanya kalah orang dewasa...Uzair2....

 saya adalah anak sedara Mak Long yang paling comel sekali
(hahaha...saya ikut perasan cam mak long saya juga..ops..terlebih sudah..=P)

sebelum nak ke Office tadi ,yaty panggil dia kat bilik air tadi,duk leka nengok busu dia mengecat, "apa Mak Loong","ni ha tolong tutup pintu,cepat salam Mak Long"..bila da keluar tetiba dia datang ke pintu sambil berkata "Mak Long Nah Plankish"...hahaha kat uma dia selalu buat agaknya...



saya ni selalu minta Mak Long belanja saya
kekadang Mak Long beli coklat,belon dan banyak lagi
hehe Mak Long kan Bank Negara saya...haha =P

Coretan IOG : itu belum cerita lagi pasal dia nyanyi lagu,habis bersepah lirik dia nyanyi,dia main bantai je ikut suka,kalau masuk Jangan Lupa Lirik confirm tak bawa balik satu sen pun...ngeh3..^__^

Love Peace Respect




Like or Not , its up to u Share

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Yeay !!! En Ben Ashaari Terjah Blog IOG

 Assalammualaikum...

Nak senyum sampai ke telinga leh tak??apa?? yaty menang loteri ke??....uits...DOSA la,mana leh main loteri2 ni..ok macam ni, tadi usha2 la kat dashboard blog yang yaty follow ,then tetiba terbaca tajuk entry ni


  
Masa tu yaty tak perasan lagi yang dimaksudkan itu adalah yaty, yela,mana tak nya,konon2 budget ada org lain nama sama ngan yaty.tapi kan korang, bila nampak entry itu ditulis oleh En Ben Ashaari...wow..its me...kan semalam yaty ada join segmen br beliau..so kira2 mmg turn yaty utk diterjah, bila buka je....senyum jap,walaupun hati ngah sedih semalam, pagi ni br senyum ckit, lepas bc entry En Ben mengenai blog IOG terus senyum smpai telinga....eceh...

Terima Kasih ye En Ben Ashaari sudi terjah Blog yaty...terharu  la plak...ok pape pun maceh juga coz eja nama yaty ngan betul...hehe..(kalo korang nak tau, nama yaty sering kali org tulis salah..mana tak nya, yaty nya nama Nur Hayaty bukan Nur Hayati...)pape pun itu yang buat yaty unik..eceh...tipu2...=P...sy adalah Cahaya Kehidupan ^_~

Nak terjah Blog En Ben Ashaari click  sini

kalo nak lihat entry yang beliau buat utk IOG sila click sini

 

Coretan IOG : Senyum tu kan satu sedekah...mohla ramai2 senyum ngan yaty leh tak..^_^





Love Peace Respect




Like or Not , its up to u Share

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Pengajaran BuatKu...

 Jam menunjukkan pukul 5.00 petang.yaty pun berkemas2 utk pulang ke rumah..

"kak Ita nak tido kat opis ke"

"eee wat pe..tak kuasa akak...akak da siap nak pulang ni"

"hahaha...ok2..jom.."

melenggang lenggok yaty n kak Ita menuju ke kereta masing2..kereta kak ita terletak diujung sana, Kete yaty dekat ckit dr opis...hehe

"akak tumpang yaty , anta kat kete akak  la"

"haha..bole aja..jom lah"

"bak kata Fendi,ala sejengkal je pun..."

(ok pagi td yaty ckp ngan kak Ita, yaty ibaratkan sekolah yaty sejengkal dr uma, abg Fendi smpuk itu bukan sejengkal..tapi berjengkal2...nah..dpt ayat sejengkal seperti diatas..=P)

ok..dgn rasa keinginan yang tinggi utk pulang ke rumah , yaty pun menekan alarm kete seperti dibawah
tetiba kete tak bunyi pape..ops bukan kete tapi alarm kete...hati da mula rasa cemas adakah bateri alarm sudah KO..uwaaa....bergegas yaty lari ke arah kete kak Ita..




"kak Ita ada bw kunci kete kembara tak?" (padahal da tau kak ita tak bw kot coz dia bw kete lain..)

"tak pulak, napa"

"ni haa..alarm kete sy tak berfungsi..bateri KO kot.huhu"

kak Ita terus matikan enjin kete dan  pegi ke arah kete yaty..

"hurm..kalo buka guna manual berbunyi tak"

"bunyi la..kot"

"besenya kalo bunyi, ada butang kat lam kete,kalo kiter tekan , ia akan diam.."

"ooo yeke, tak tau plak sy,sy tau guna je..huhu"

"cuba call fendi, nant kalo buka, dia mesti tau nak cr butang tu"

"ok ..jap.."

(mana la peginya no abg Fendi ni, ari tu ada save..)

"Kak Ita ada tak no Abg Fendi, sy tak tau la mana no dia ni, ri tu ada.."

"ada, HP lam kete, jap ek"
(tetiba teringat nak ngk kat HP lagi stu..nah...kan ada tuh, penat je kak Ita g ambil HP dia..lantas tipon abg Fendi)

"Hello, Assalammualaikum..abg Fendi ,ni yaty ni, Leh dtg ke Parking kete, nak minta tolong jap"

5 minit kemudian nampk kelibat Abg Fendi
Yaty lambai2 tgn supaya dia ke mari..

"asal ni?"

"ni haa, alarm kete bateri tak ada"

"buka manual la"

"tu la,nak buka manual, sy tak tau butang mana nak kena tekan, abg Fendi tolong cr kan leh"

"ok..buka la"

"Takmo la, takut..."

"laaa...takut plak dia" seraya abg Fendi ambil kunci dr Yaty

ketik!! berbunyi alarm kete yaty...bisingnya, nasib baik tak ada org lalu lalang time tuh
abg fendi punya la lama cr butang tu.yaty plak ke tmpt penumpang depan nak tutup radio, alih2 terjumpa butang MERAH,lalu yaty tekan..

"laaa yang ni ke butangnya.."



"haah la..apa la..itupun tak tau"

Hek eleh...dia pun tadi tak dpt cr..hoho

 "Thanks Abg Fendi, kak Ita"

masing2 da berlalu pergi,Dengan semangatnya , yaty nak menghidupkan enjin kete...napa mcm tak leh nak hidupkan enjin ni..uwaaa....tetiba alrm kete berbunyi lagi..yaty jd gelabah lagi....Ya Allah tolong lah hambaMU ini..seraya keluar nak ke arah kete Kak Ita, tapi yaty lihat kak Ita da reverse kete dia...punah harapan..huhu..tetiba dia jalan kat depan kete yaty..

"asal lagi tu yaty"

"ntahlah kak Ita tak leh nak hidupkan enjin ni, agaknya tekan butang merah tu sekejap je..pas tu bunyi balik, dan secara auto enjin tak leh dihidupkan..huhu"

"la ye ke"

 Dgn Kuasa Allah swt, yaty tekan alarm kete , tak semena2  berfungsi..subhannallah.....bila da berfungsi,automatik enjin leh dihidupkan....Syukur Ya Allah KAU telah bantu aku tadi, kalo tak..mmg lik lambt la tadi..huhu

"Thanks kak Ita"

Moral Of Story 

1. Sila Simpan Bateri spare lam Handbag
2. Sahabat masa susah dan senang (maceh Kak Ita dan Abg Fendi)
3. Senantiasa berdoa supaya Allah beri kiter jalan penyelesaian(tak tunjuk pun takpe..dlm hati pun da cukup)


Coretan IOG : Kejadian ini beri satu pengajaran kat Yaty....ku sangkakan panas sampai ke petang rupanya Hujan ditengahari..eceh..da start la tu dak Yaty ni...ok daaa..hidup kan mesti ceria..lalalala ^_~


yaty belanja sorang satu...ambil la..jgn berebut plak ye..>_<

p/s : entry kali ni panjang dr bese..almaklumlah...sj jek nak bg korang penat baca..hahaha (ada ke org baca..perasan je dak Yaty ni =P)


Love Peace Respect




Like or Not , its up to u Share

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Kenapa Tak Rogol Saya?

 email yang br shj yaty dpt td..hayatilah kisah ini, semoga kiter dpat manfaat dr kisah ini...=]





Kenapa Tak Rogol  Saya?
 

Oleh  Hilmi Halim




Kisah benar ini  berlaku di US.
Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US.  Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan  ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia  mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan  tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang  agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak  gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan  bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih  Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan  tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah  memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan  agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu  bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik  lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke  rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang  perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong  yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.  Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah  perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat  aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas  siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang  dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia  mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu,  tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu  sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol  tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat  lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to  me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat  apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa  tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw  two young man walking with you. One on your right side and the other one was by  your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak,  awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan  awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah  awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni  rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat  Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia  baca malam itu.


p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai  hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia  pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi  pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas  yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah  malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan  diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat  tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang  siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan  memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr  r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan  ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang  bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata  orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari  kejahatan syaitan yang di rejam…….

Korang yg bergelar  wanita...amalkanlah..
moga lelaki bermata buaya emas tak ganggu  kalian...


coretan IOG : DOA merupakan senjata utama bg Org2 Islam utk mencegah kemungkaran..tapi sygnya tak semua mempraktikkannya ..renung2kanlah...


Love Peace Respect

Share

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

ZZ Top Blogger Yang Tak Sombong


 Assalammualaikum...

    Ok as per yaty janjikan..yaty akan citerkan tentang Zack Zukhairi...sapakah dia??yaty percaya ramai yang da kenal dia..takpela..yang da tahu tu..tutup telinga jgn baca k(apa kena mengena telinga ngan baca...=P)actually yaty tahu blog dia dr blog org..so Popular la incik zack ini, byk blogger di luar sana buat Preview Blog dia(da macm bintang filem la plak kan..pas ni leh berlakon ngan Lisa Surihani..ye tak zack..=P).Untuk pengetahuan korang incik zack ni amat meminati Lisa Surihani..so beware ek..jgn sesapa kutuk LS ni...nant zack cili mulut(hehe tokok tambah je ni jgn marah ye zack)

    Zack ni sedang belaja di Jepun(pandai kan dia) , yaty ni ntah bila la dpt g Korea (haha =P).Sudah berpunya dan paling sempoi yang yaty ckp pasal  zack ni adalah, dia just luahkan apa yang dia rasa tak kira la kat facebook  ke, blog dia ke,formspring dia ke etc...sume yang dia tulis or yang dia answer nampak telus dan jujur (ni bukan propa nak kipas dia ke apa..yaty ckp ikut logik dr pemerhatian yaty stakat ini...) sebab tu soklan yang dia terima da beribu2 lemon kat formspring tu..sekali ngk cm kaunselor pun ada...yela jd rujukan org bertanya soal cinta hati dan perasaan....

    Yang ni pujian yaty ikhlas buat incik zack...masa first yaty follow blog dia, yaty ingat dia sombong, bukan apa, rupa dia leh kategori lelaki kacak, ne la nak pandang blog picisan cm yaty ni kan,follower dia mak aii..byk giler..2000++,so tak mungkinlah dia nak follow blog yaty kan...nope...dia sudi follow blog yaty,hehehe minta maaf ye incik zack coz pikir yang bukan2 pasal kamu....dia tak sombong, ramah,jujur, ikhlas menegur, kalo di tny pendapat tak hipokrit utk menjawab....dia fan Lisa Surihani tetapi setia pada tunangnya, dia beri org semangat utk ceria tetapi keadaan  hidup dia sendiri kiter tak tau macm mana...sedih ke, suka ke, marah ke..hany dia je tahu, .anyway zack..as yaty mention before Best Of Luck Dunia Akhirat Zack...teruskan dgn sifat2 baik yang kamu miliki...semoga hidup kamu dirahmati oleh Allah s.w.t.

    Ok, nak tau sebb apa yaty suka ngan blog dia, ini adalah kerana,setiap kali baca entry dia, yaty akan gelak tak ingat cam ngk citer movie yang lawak hbis....(smbil buat muka bersungguh2 bercerita...=P)ini serius..tak tipu..yang ajaibnya, dia leh ingat zaman kecil dia..dr berkhatan,sekolah, etc..kalo yaty...hurm..hampeh..nak ingat in details tu mmg tak pernah la kan..kalo ingat2 cm tuh je bole la...huhu.so, kalo korang nak tau, setiap entry yang dia tulis, pasti byk komen yang dia dpt,smpai dia pun tak larat nak balas agaknya....dan bila dia tak updated, para blogger akan tany dia bertubi2 di facebook or formspring bila dia nak updated blog..(haaaa dpt tak bygkan...org request entry dia utk di baca bukan dia request org utk bc entry dia...2 different situations...) not like me...entry yaty, ntah ada ntah tidak yang baca...huhu...takpela...nak berjaya kan perlu masa..chayook2 yaty..eceh...

Blogger2 lain pernah berkata:-

1. "zack, ang kena buat byk latihan sign, nant balik Msia, ramai org tunggu kat aiport nak minta signature ang"
2. "zack, ang kawen nant jemput kitrg...ang tu da public figure"

byk lagi korang bacalah sendiri k.kalo nak ke blog dia sila click pic dibawah



Page view Blog Realiti Konspirasi aka Zack Zukhairi


 

 ini antara soklan yang yaty tny dia di Formspring
jujur tak jawapan dia =P


Coretan IOG : Entry ni sebagai penghargaan buat incik Zack kerana sudi berkongsi pendapat dgn para blogger, walaupun top blogger tetap sudi melayani kerenah bloger yang setahun jagung cam yaty ni..huhutiada bermaksud apa2 ..hanyalah penghargaan semata2..ikhlas dr IOG.


Love Peace Respect




Like or Not?? Share

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Ketika Cinta Bertasbih Buatku Menangis lagi

 Assalammualaikum...

        Dimulai dgn Bissmillahirrahmanirrahim, Allahuakbar,Allah maha besar.sebenarnya, yaty baru habis menonton Ketika Cinta Bertasbih 1 dan 2.MasyaAllah indahnya penceritaannya.yaty ni seorng yang sush utk mengalirkan air mata tetapi didlm cerita ini , yaty telah menitiskan air mata.Ya Allah sesungguhnya,dengan izinMu aku dpt mendalami pengisian cerita ini.Mungkin ada yang tertawa kan yaty kerana terlalu emosi setelah menonton KCB ini, tetapi sedarlah, kalo kamu sudah menontonnya, pasti kamu tahu apa yang yaty rasa.

        karya Habiburrahman El Shirazy mmg ada kelasnya tersendiri..dahulu yaty jatuh cinta ngan novel Ayat2 Cinta then nonton movienya sekali,terus mendambakan suami seperti Fahri, kali ini setelah menonton KCB, mendambakan suami seperti AZZAM, Berkesannya para pelakon melakonkan watak masing2, sehingga yaty rasa cam wujud je lelaki seperti fahri dan azzam. Yaty tak ada niat nak puji berlebihan karya luar berbanding negara sendiri, tetapi apa yang yaty cuba smpaikan adalah, pengisian yang mereka terapkan dlm cerita ini amatlah menyentuh perasaan kepada sesiapa yang menontonnya. Apa2 pun, terasa ingin membaca novelnya pula, insyaAllah akan beli nant.sampai disini sahaja...Assalammualaikum..



movie yang kedua membuatkan air mataku menitis


Oki Setiana Dewi Membawa watak Ana Althafunnisa

Kholidi Asadil Alam membawa watak Abdullah Khaerul Azzam
Coretan IOG : Hati ini tak pernah tipu, sesungguhnya....Allah tahu siapa pemilik hatiku, hanya DIA sahaja yang tahu siapa Jodohku....hatiku tenang seketika setelah aku menonton bingkisan cerita ini.Syukur ya Allah..sesungguhnya aku hidup ini semata2 utk mengabdikan diriku padaMU. jika ada terbaik utkku, aku terima seadanya dia,sesungguhnya aku tahu, KAU shjlah yang thu apa yang terbaik bt aku.amin yarabbil'alamin...Allahuakbar.

Love Peace Respect








Like Or Not
  Share

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

MasyaAllah HebatNYA Kurniaan Allah

Assalammualaikum...
yaty just want to share
pagi ni buka mail kat opis
then ada dpt tentang ini
caranya senang je
korang lihat 3 dot kat kalimah Allah tu selama 10 saat
then korang alihkan pandangan kat plain wall
"MasyaAllah Hebatnya  Kurniaan Mata yang Allah beri"
Hargailah apa yang kiter ada
jangan bandingkan hidup kiter dgn org lebih kaya dr kite
tetapi bandingkanlah hidup kiter dgn org yang lebih daif dr kiter
disitu kiter akan lebih mensyukuri apa yang kiter ada
Allah menjadikan kiter sebaik2 kejadian
so, marilah bersama2 ucapkanlah Alhamdulillah diatas pemberian Pancaindera,udara,angin, hujan etc(nak listkan mmg byk kurniaan Allah tetapi apa yang pasti
semua kurniaan Allah memberi kebaikan pada kiter)
sedar atau tidak kadang2 manusia mudah alpa
ingat Allah ikut suka
time senang lupa 
time susah barulah cari DIA
(kalo ada member type cmtu korang layan tak???)
tetapi Allah maha Pengasih lagi maha Penyayang
Pintu TaubatNYA sentiasa terbuka kepada hamba2NYA..
so, beringatlah..sesungguhnya Dunia itu Sementara ,Akhirat itu Pasti
wa'allahu'alam...

Coretan IOG : sekadar memperingati saudara sesama Islam....





Share

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Like Entry IOG??


Assalammualaikum...
ok semalam yaty update tentang LIKE Page IOG
now yaty nak inform
yaty da letak Like kat entry
so sapa2 yang suka entry yang yaty buat
leh la tekan Like tu ye
tak paksa...
sekadar utk memberi smgt pada yaty utk menulis lagi
ne la thu
stu hari teiba mood tak ada
buka blog then ngk byk org like
so, kemungkinan besar Mood nak menulis tu akan ada
hehee
k la..
sebelum yaty ckp menda2 yang tak berkaitan
yaty undur diri dulu
daaa
oh ye..esok nak g jumpa Sue
reunion kecil akan diadakan between us


Coretan IOG : ngah godek2 LIKE page tetiba ada nmpk code Like entry tu..so apa lagi terus copy je la..hehehe.kalo korang syg yaty ops bukan2 syg IOG ni korang LIKE la entry ni ye..=]
Love Peace Respect




Share

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Muslimah Biasa

 
Copyright©2011-2012. Segala penulisan diatas adalah Hak Milik cahayakehidupan