Kisah Aku Jumpa Puan Ailyl Rozanna Dekat Majlis Perkahwinan Dia

Assalammualaikum Readers,

Firstly i nak minta maaf kat ailyl dan rakan-rakan blogger kerana lambat post entry ini, YES again tenet buat hal, tadi orang TM baru datang uma memperbetulkan apa yang tak betul..grrr..*marah kat TM..

Tak payah nak bebel panjang jom layan gambar dibawah ni ha..


pengantin yang malu-malu miaw atas pelamin
*time ni i pun berangan naik pelamin dengan si dia
opsss dah ada ke??? tetttt


comel kan mereka?
alololo ase nak cubit2 je pipi ailyl tu..hehe


Reaksi pelbagai dari mereka
*erk..ayat tak boleh blah


dari kiri : Liyana Lunia depan : Zana Zingaa Lassie

*napa tak pandang camera,sebab dorang mana kenal kawan saya...hukhuk


inilah yang temankan aku hari tu , actually kat situ kampung dia,so agak senang juga lah nak cari
*berlagak dowhhh..keh3
nama dia Suhana (kawan sekolah aku dulu)
dah berpunya...haha siap mention...sorry su sayang..=P


kejadian pada hari itu :

@Aku tegur  Nurain and perkenalkan nama aku,oh no dia kenal kot aku sebab dia kata nampak nama aku kat wall ailyl.
@Nurain kenalkan aku dengan Liyana Lunia , Zana Zingaa dan  Lassie ni.
@ Masa pengantin potong cake aku dah berangkat pulang ke Melaka..=.=

Aku rasa terharu sebab ailyl kenal aku, masa dia nak duduk atas pelamin dia pandang aku and senyum, aku ingatkan dia senyum pada semua orang, rupa-rupanya time aku jumpa and tanya dia kenal tak aku,dia kata dia kenal and cakap terima kasih  sudi datang...*rasa nak pengsan je nasib baik tak jadi ...ekekekek

Ohye tak boleh lupa sampai bila-bila tentang aku punya geografi A cakap kat dak suhana ni  yang Tangkak tu kat Negeri Sembilan, pastu tak boleh blah aku kata nak menyusur masuk ke Tol Simpang Ampat masa balik . Padahal masa pergi dia dah kata Tangkak kat Johor bukan kat Negeri Sembilan, aku punyalah degil asyik nak bertelagah je dengan dia pastu method yang aku guna

"Tangkak, Johor
Tangkak,Negeri Sembilan
haa ok sebut Tangkak Johor lagi best dari Tangkak Negeri Sembilan,
maknanya betullah Tangkak kat Johor"

bluekkk...hahaha method tu ok apa...kuikuikui


 P/s : Terima Kasih Ailyl sudi jemput saya.

Selamat Pengantin Baru Puan Ailyl Rozanna dan En Suami, Semoga ikatan perkahwinan ini kekal hingga ke akhirnya.amin

*ehem..ehem...dah buka hadiah saya tak ailyl? *haha siap tanya kat entry ,tanya kat  FB sudah....=P

Coretan IOG : First time datang ke majlis perkahwinan Blogger Popular...wah gitu...hehe

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Glamour Betul Keyword Ini || Ehem..Ehem..

Assalammualaikum Readers,

Diingatkan entry ini akan buat kome muntah Pink setelah membaca hingga ke akhirnya so diharaplah kiranya menyediakan baldi terlebih dahulu..hek..hek.. kalau rasa "oh no geli aku nak baca" sila tekan butang pangkah kat atas tu *icon jari ikut arah.

ok let's begin,actually aku nak tulis entry ni dah lama,tapi now baru dapat mood nak menulis tentang itu so layankan je lah.Setiap hari aku akan skodeng nuffnang,aku nak tengok traffic berapa,keyword apa,dari mana asal viewer blog aku ni dan paling penting BE aku berapa ..erk..kecoh baru satu je pun..hahaha

Hari ini aku buka tetiba aku perasan keyword "Saya Sayang Awak" , ini keyword biasa yang aku dapat sebenarnya tapi yang luar biasanya bila aku tengok top refferer datangnya dari google keyword Saya Sayang Awak, ommo..ommo mak long terkejut jap,sebab almaklumlah SEO bukan mesra dengan maklong pun, so haruslah maklong terkejut kucing tadi..hahaha

Jom ikut step bermula dari

keyword untuk hari ini
cetengok cetengok aku selalu dapat keyword saya dengan awak
pastu cahayakehidupan.com pun aku selalu dapat
ehem..ehem..ada gak orang kenal cahayakehidupan.com kan *blushing

ok kita teruskan perjalanan ke refferer



gambar ni blur kan,sebab aku edit kasi besar
korang tekan lah picture kalau nak tengok details nya ye
*segala kesulitan amatlah dikesali..=.=

lepas tu aku pun click ar link yang banyak hits tu
dan resultnya adalah seperti dibawah ni



blog aku berada dipage satu encik google dengan keyword "saya sayang awak"
bukan senang nak berada dekat page 1 encik google ni
selalu orang kata kalau pakai wordpress 
ia lebih mesra SEO
so sekarang aku bersyukur sangat
sebab aku hanya pakai domain je
syukur alhamdulillah ^_^

Sebenarnya entry saya sayang awak tu adalah puisi , kalau korang perasan kat tab menu atas ada nama PUISI dan kalau korang klik situ ada list PUISI yang telah aku buat , yes aku buat bukan aku cilok mana-mana blog, kalau sama maknanya doranglah yang cilok puisi aku , so far alhamdulillah aku tak pernah jumpa lagilah, harap-harap tak adalah, kalau korang nak share ke atau apa ke ,aku tak kisah pun janji inform me and bagi kredit kat blog ni balik, baru orang respect derrr.


Ini  Puisi yang telah aku karangkan







p/s : sebenarnya banyak keyword masuk tapi tak pernah banyak hit macam ni, *baru 55 hits pun nak kecoh, memanglah aku bukan siapa-siapa lainlah macam korang dapat banyak hits kan...ok aku tunduk diam =.=

p/s/s : aku selalu test keyword yang ada kat nuffnang tu, sebab aku nak nengok blog aku berada kat page ke berapa dalam google...keh3

p/s/s/s : terima kasih yang bagi komen kat entry ini .really appreciate ^_^

Coretan IOG : Ahad ni nak pergi wedding seorang blogger..namanya dirahsiakan..tunggu...*suspen lah konon.

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Entry Ini Mengabadikan Kenangan Terindah Dalam Hidup Aku || Terima Kasih Semua

Assalammualaikum readers,

Hek..hek..ini entry pendek je , just nak update pada pukul 10.10 malam tadi , aku telah refresh dashboard aku then ternampak follower dah mencecah 999, aku excited nak pi print screen,u know whatthefish (bukan mencarut ni..aku kata ikan ok) streamyx lembab plak tetiba, penat aku refresh banyak kali, still tak load full page blog aku, bistu camne aku nak print screen??grr, tepat pukul 10.11 malam aku refresh lagi dashboard aku, ommo..ommo..kali ini dah meningkat ke 1000, perghh aku dah start hangin kat streamyx kali ini kalau lembab gak kita bako je (adik farid ni cakap saya kakiDVD uish idokle teman ambil movie semua dari adik teman, teman ni tukang copy je keh3).. sekali lagi aku try buka blog aku , nasib baik kali ini OK plak *hahaha bosan doe story yang kau cerita...erk...

kisah ke kalau bosan pun?? ok sorry serius aku nak cerita serius ni, korang baik baca elok-elok, dan kalau boleh korang terjah lah blog dia, kerana dialah follower blog aku yang ke seribujutalemon tu .Nama dia Puterinuraqiliah ,ada keturunan raja ni sebab dia ada bagitahu kat aku tadi ..haha weii aku tipu je tu saja je nak tambah ajinomoto sedap apa..hek..hek..


Tak lupa juga kepada follower yang ke 999 iaitu Farhanah Mokthar (maafle,tak dapat nak print screen sebab tenet lembab tadi =.=) nanti kita tengok rancangan sembilan sila baca tiga kali kat tibitiga k..peace..hehe


Ala napa yang lain monyok plak, tak baik merajuk tau, aku sayang semua follower aku , kalau aku nak listkan semua alamatnya aku tak tido ar malam ni dah la semalam aku merungut bangun lambat nanti esok aku merungut tak tido plak..haa sapa nak jawab tu...adeh.. Nama-nama yang disebut ini adalah insan-insan bertuah ala yang macam lucky draw tu itu gunanya englishedukesyen..hakhak..yang penting aku sayang  semua follower aku dan terima kasih lah sudi follow blog aku yang tak seberapa ni,juga buat silent readers terima kasih kerana sudi Like entry aku (if ada) . aku amat menghargai kedatangan korang ke sini...^_^

~~~~~~~~~TAMAT~~~~~~~~

Kita masuk bab nuffnang plak, entry semalam ada gak aku kelip-kelip mata comel kat en Nuffnang , dan korang nak tahu tak tadi aku buka akaun nuffnang tetiba ada menjelma buffered earning baru iaitu KFC , alhamdulillah ,baru merasa B.E kali keberapa ntah tak ingat setelah sebulan tiada disini


kalau nak tengok cam ne rupa  KFC chicken chop tu korang klik la ye akutakpaksa aku just mention je....peace

p/s : korang agak-agak lah kan en nuffnang tu terpikat dengan kelip-kelip mata comel aku ke?hahaha perasan je cik cahayakehidupan oiii..lariiikkks

p/s/s : konon entry pendek..panjang berjela dah ni..haha


Coretan IOG : Hari ini bersamaan 21 April 2011 jam 10.11 malam blog ini telah rasmi mempunyai follower sebanyak seribu (entry ini khas untuk mengenang saat detik angka 1000)

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

10 Minit Telah Menjejaskan Hidup Aku || Pesanan Dan Penghargaan

Assalammualaikum readers,

Tadi aku pergi kerja macam biasalah, tapi aku ada sikit kemusykilan bersarang dalam hati aku,kenapa dah dua hari aku bangun lambat ye, kalau dulu aku bangun 6.25 pagi tapi sejak 2 hari lalu aku bangun pukul 6.35 *ala 10 minit je kot memanglah seplohminit je pun tapi telah drag rutin harian aku, uwaaa sedih tau tak adakah aku patut salahkan ini blog sebab aku tido lambat kerana melayan ini blog *emo al elmo lah kau ni =O .  Ececeh tak ada maknanya aku nak salahkan blog kesayangan aku ni, aku mestilah salahkan diri aku sendiri, dulu tido lambat,tapi boleh plak bangun awal, kenapa sekarang aku tak boleh plak?? Agaknya dua hari lepas aku  mimpi jumpa Prince Charming kot sebab tu tak nak bangun asyik nak tido je ZZZzzzz *sedas pelempang kat pipi


Esok aku berazam nak bangun as usual, so, boleh lah aku teruskan rutin harian aku,amin. Oh ye sebenarnya aku gosok-gosok mata gak bila melihat jumlah follower blog I’m Ordinary Girl ni, terkejut tahap hantukaklimah balik uma soley..soley..siapa setuju angkat tangan macam saya(ucop wilcha) ,sebab aku pun tak sangka ada juga yang sudi follow blog aku ni. Aku sedar siapalah aku tanpa korang kan *budget artis kataKAU . JutaanJutawan  terima kasih ye buat korang semua mmmuahhh..ewww (gaya inianwarhadi). Masa mula-mula aku berblog ni, tak pernah aku fikir pasal follower, sebab tu dulu kalau aku update pun aku yang baca balik *syok sendirilah katakan, time tu aku hanya nak jadikan blog aku ni as diary online aku je *diary kan rahsia sebab tu aku tak disclose kat umum (padahal dulu aku BUTA blog kot , dulu aku tak tahu pun apa itu blogwalking, apa itu nuffnang, apa itu STALKER, apa itu SPAM, apa itu SEO dan apa itu etc..erk...)


Aku tak kata aku dah pandai berblog sekarang ,kalau tengok orang datang komen pun,memang sikit sangat ,sebab setiap hari adalah proses belaja bagi aku, dan aku tak pernah sedih jika orang tak bagi komen,maybe dorang pun macam aku nak jadi SILENT READER, sometimes je aku bagi komen, itupun kalau aku dapat Hidayah untuk bagi komen =.=.


By the way, aku nak beritahu kepada blogger  newbie , firstly korang tanyalah diri korang dulu kenapa korang nak berblog? lepas tu jangan segan silu tanya blogger yang berpengalaman yang pastinya bukan akulah,  tanya pada blogger OTAI sebab aku belum masuk peringkat tu lagi keh3 .Masa mula-mula aku berblog, aku dibantu oleh Wan Hazel, dialah kaunter pertanyaan aku  ,terima kasih ye wan sudi layan sis yang banyak kerenah ni..haha


Oklah,aku rasa dah penat nak menaip, aku nak layan lagu ni jap sambil mengenangkan Ashraf Muslim haha >_<


p/s : Boleh juga kalau nak tanya kat aku yang tak berapa nak lama ni ha , korang boleh tanya aku kat sini


Coretan IOG : Semua orang nak kejar  dapat buffered earning nakkumpulduitbeliHP ,nengok aku,relax je,dah sebulan aku tak ada BE *padahal dalam hatisedihnakdead ..hahaha



Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Merelakan Ashraf Muslim untuk Bertunang


Assalammualaikum readers,

Firstly nak cakap
tajuk itu memang betul-betul lahir dari hati aku
so ustaz,saya harap awak berbahagia bersama si dia k
*pengakuan-yang-nak-makan-lempang-gamaknya =.='


Ashraf Muslim aka Ustaz Amirul  ni dah nak tunang 23 April 2011
bakal tunang dia adalah doktor
now tengah buat praktikal kat Hospital Besar Melaka
*ommo kat negeri aku tu
yang buat aku rasa happy ialah 
apabila Ashraf Muslim ini dah berubah
kalau nak tahu apa yang dia berubah
bacalah kat link ini
aku juga pernah jumpa ashraf muslim 
nak baca klik sini

pada yang berkenaan : Kalau kahwin nanti jangan lupa jemput peminat k

p/s : actually sedih kot,dia nak tunang..tapi berlagak cool sebab memang ar aku kenal dia dah lama tapi dia mana pernah kenal aku kan..so redha je la..haha

p/s/s : kalau nak tengok gambar bakal tunang dia,google lah sendiri..*kesahihan belum dikenalpasti sebab Ashraf sendiri berahsia dan suruh tunggu 23 April 2011 nanti

Coretan IOG : Lagu ini untuk mereka-mereka yang frust tertonggengterbalik jatuh masuk longkang..hahaha

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

YOU Were There To Light My Day

Assalammualaikum readers,

Ecececeh tajuk agak jiwang, konon-konon tengah falling in love la kan..hek2. Almaklumlah, sejak dua menjak dah jadi single ni , penyakit jiwang banyak menular *bukan orang tengah hangat bercinta ke yang patut ada penyakit jiwang ni?apakejadah putus cinta kau nak jiwang OH SEDIH =(.Tak perlu pelik dan heran kerana aku pun tak  tahu sejak bila aku ada pakwe =.= tetiba je ngaku dah single bukan sebelum-sebelum ni aku memang single ke? Chett tak boleh la aku nak feeling-feeling putus cinta tau …*semua orang tak nak  feeling putus cinta pehal kau plak nak rasa pelikbinajaib la kau ni…hahaha

As aku mention kat entry Budak kecik buat aduan rakyat ni,lagu yang buat aku angau tak tentu arah adalah lagu YOU by Nur Jannah Alia .Sedap suara dia,cute lorr,rasa nak cubit-cubit je  pipi dia..hek2.Now kat ofis lagu ni la yang aku duk ulang-ulang dengar .Even sedih  lirik dia tapi aku happy bila mendengarnya sebab aku mana pernah rasa putus cinta apatahlagi bercinta never OK,  so no wonder lah aku begitu kan..kan..Jom nyanyi sesame ikut lirik dibawa ni


YOU

You were there to light my day
You were there to guide me through
From my days down and on
I’ll never stop  thinking of you
How can I forget all that
When you’re the one
Who make me smile
You’ll always a part of me
How I wish you were still mine

Never will forget the day
How we’ve met and came this far
We all know we got this feeling
But somehow it has to end up here
I know it’s me who said goodbye
And  that’s the hardest thing to do
Cause you mean so much to me
And guide the truth from me to you

For all the things I’ve done and said
For all the hurt that I’ve caused you
 I’ve hope you will forgive me baby
Cause that wasn’t what I meant to do

ok dah layan lirik ni?
tak payah buat muka bengang
ni ha korang layan video lagu ini plak



boleh download versi MP3 dekat sini (klik kat download MP3 -standard quality)
kalau nak subscribe boleh ke sini

p/s : try gak search gambar Nur Jannah Alia ni,tapi tak jumpa...=.=

Coretan IOG : aku dedikasi rangkap pertama itu khas untuk budak ini dan yang ini video khas aku buat untuk beliau ,oh ye rangkap ke dua dan seterusnya tak ada kena mengena dengan aku, kan dah kata tadi aku mana pernah bercinta tak baca ke…hek2..lariiiiii

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Apabila Budak Kecik Buat Aduan "Rakyat"

Assalammualaikum readers,

Haa,terkejut tak? apa ke hal budak yang baru berusia lima tahun *sila baca sekali lagi lima tahun dah pandai call uncle Karam Sing Walia untuk buat aduan.Pergh memang superb tahap PHD (from UK) la budak ni.Dah tu tak mengagak boleh borak saja je dengan uncle KSW tu dah macam BFF dia plak kan  *aku rasa budak ni minum susu anmum essential lah , ala susu yang tanpa gula tambahan tu (kalau tak tahu juga pergi tanya kat pak cik google =.=")

ini adalah antara perbualan mereka

Budak5tahun: Hello Uncle
Uncle KSW : Hello ye
Budak5tahun : Uncle tengah buat apa tu?
Uncle KSW : uncle baru je lepas sarapan,kamu dah makan?
Budak5tahun : Belum lagi
Uncle KSW : ait,kenapa tak makan lagi,dah pergi cakap kat mak suruh dia masak
Budak5tahun : kita tak lapar lagi lah Uncle
Uncle KSW : ni nak tanya ni,siapa yang dah lama tak bawa kamu pergi jalan-jalan
Budak5tahun : uncle lah 
Uncle KSW : Yo lah,nanti uncle ada masa ,uncle bawa k..=.=


Ok now sila tukarkan uncle tu kepada perkataan MAKLONG,dan budak5tahun tu kepada UZAIR .haa da habis baca ke?..hek2. Actually itu perbualan aku dengan anak sedara aku pagi tadi,boleh plak dia mengadu kat mak dia kata aku dah lama tak bawa dia pergi jalan-jalan,eh..silaplah dia bukan buat aduan kat aku maknanya bukan aku la yang patut jadi Uncle KSW tu sepatutnya mak dia lah kan..kan? hahaha lantaklah *kelip-kelip mata comel

Aku busy kot sejak kebelakangan ini, ada tak baca ayat kat profile aku tu?apa? tak ada,ok pergi baca sekarang hahaha . Start akhir bulan 5 atau awal bulan 6 ni aku memang akan  busy sebab aku kena buat preparation wedding aku,eh..bukan preparation document kat opis aku ler maaf ye saja je nak bagi kome konpius itu pentingnya english edukesyen *tetiba....hoho

Bila aku rindu anak sedara aku kan, aku akan baca balik entry-entry mengenai mereka, tapi kan yang sadis lagi tragis, aku jumpa dua je entry mengenai mereka, padahal banyak kot aku buat pasal mereka,maybe waktu dulu-dulu aku tak reti lagi letak label kot *sedapkan hati ,  mereka ada di entry ini dan entry ini .

Tadi semasa aku berblogwalking,aku ada terdengar satu lagu yang dipasang di blog orang lain (maaf aku tak sempat nak tengok siapa sebab aku dah tertekan butang pangkah =.=),tetiba aku terus jatuh tangga cinta dengan lagu tu ,serius,feeling jatuh cinta tu rasa macam tengah makan aiskrim mcflurry mcd perisa Oreo *ouch..terserlah eksperisi mu.Tapi next entry lah aku bagi tau,sebab now aku nak layan lagu ni jap....lalalalalalala *lebih kurang cam ni lah liriknya...hahahaha lariiiiiiiiiiiiiii


ini Uzair


ini amirah Batrisyah

p/s : tunggu gaji nanti baru bawa mereka keluar
p/s/s : semalam aku ada edit blog ni,dan inilah hasilnya *happy giler tengok hasilnya...>_<


Coretan IOG : Dimana ada kemahuan di situ ada highway ..yeah...

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Jangan ditanya kenapa,kau sendiri punya jawapannya

Assalammualaikum readers,

Anyeonghaseayo  sambil kelip-kelip mata comel *comel tak?? =.=....uwaaaa aku rindu blog aku,aku rindu diri aku yang dulu,dulu aku rajin nak update blog, kenapa sekarang aku macam tak berNafsu nak update,kenapa dulu aku boleh update hari-hari,kenapa sekarang tidakkk??..kenapa…kenapa…u tell me whyyyy?? *kedua-dua tangan tekup telinga sambil tutup mata  .

Tinggalkan persoalan WHY itu kerana aku sendiri susah nak jawab,benarlah kata orang manusia cepat berubah, hari ini orang suka kita maybe  esok lusa orang tak suka kat kita same goes to me,I can’t be perfect for others and I’m just being  my self, pretend to be happy but actually not,pretend nothing happened but the problem was exist. So kitaran hidup manusia memang begitu. Dalam Al-Quran ada menyatakan :Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya ". Kata-kata inilah buat aku kuat dan tenang untuk menghadapi ujian dari Allah.


Ini kisah benar,bukan rekaan,ianya terjadi pada diri aku sendiri. Ahad lepas aku rasa kepala aku sakit sangat,tapi aku ni bukan jenis suka makan ubat dan kalo boleh aku memang nak avoid ubat ni (doktor pun aku jarang jumpa,nurse je selalu..erk..apakah?),so apa yang aku buat,aku baca Al-Fatihah 7 kali kat dalam air masak,then aku minum sambil berdoa semoga sembuh sakit kepala aku ni ,beberapa jam lepas tu,kepala aku still sakit lagi,aku tak putus asa,aku buat lagi macam tadi,then setelah baca aku minum air tu,even belum sembuh sakit kepala ,aku baring tutup mata sambil zikir dalam hati,sehinggalah aku lena. 
Aku terjaga pada pukul 3.00 pagi , still aku rasa sakit lagi ,malahan time tu aku rasa kepala aku dah nak pecah kebabom kuar percikkan api ,aku nak kuar pergi ambil panadol,aku tak berani camne kalau ada yang sapa…hehehehe weii pehal ko mengilai kat sini plak…so aku pun berazam nak makan panadol esok pagi kerana sakit itu buat aku tak boleh nak tido ,aku paksa gak mata aku untuk pejam sambil tu aku berzikir, dalam masa yang sama aku pun berdoa dalam hati “ya Allah aku yakin hanya KAU sahaja bisa menyembuhkan sakit ku ini tanpa makan panadol” .*serius aku tak suka makan ubat T_T

Aku bangun keesokkan harinya,sakit kepala giler aku tu dah hilang. Aku tak tahu nak luahkan macam mana,aku terharu sangat-sangat,dan bersyukur kerana Allah dengar doa aku, Dengan izin DIA sakit kepala aku sembuh tanpa makan panadol activefast (activefast pilihan saya iklan jap) ,dengan hanya minum air yang dibaca 7 kali surah Al-Fatihah sahaja,sakit kepala aku hilang .Itulah kehebatan Allah,jika DIA berkehendakkan sesuatu maka jadilah ia (kun fayakun)

Kesimpulannya,bukan sebab sakit kepala ni aku tak update blog tetapi ada perkara-perkara lain yang aku tak boleh nak disclose kat sini,biarlah ianya luput dari ingatan aku,sebab aku tak suka nak ingat perkara yang buat aku sedih,kecewa,terluka etc,aku suka untuk ingat perkara-perkara yang buat aku rasa happy walaupun sebenarnya aku seorang pelupa . =.='


Hidup mesti diteruskan ,even kau jatuh macam mana pun kau harus bangun kerana tiada siapa yang dapat membantu melainkan diri kau sendiri.Allah nak bagi rezeki pun ,DIA tengok pada usaha manusia,kalau setakat kau berdoa siang malam pagi petang berterusan sampai next year tanpa usaha,kau tak payah bermimpi nak capai apa yang kau impikan.



alolo pesal cumel sangat ni
muah..muah..muahh..>_<


Coretan IOG :  jangan tanya kenapa kau tak dapat apa yang kau impikan,tetapi kau harus tanya apa yang telah kau usahakan untuk mencapai apa yang kau impikan,jika kau dah usaha tetapi still tak berjaya ,mungkin impian kau itu tidak baik untuk kau,hanya Allah sahaja tahu apa yang terbaik untuk kau.so kau janganlah bersedih percayalah sesungguhnya setiap yang terjadi pasti ada hikmah disebalikNYA

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Muslimah Biasa

 
Copyright©2011-2012. Segala penulisan diatas adalah Hak Milik cahayakehidupan