Husnudzon itu satu Nikmat


Mulai hari tu..eh..bukan..hari apa ye..ala entry yang lepas tu (macam ada orang baca =P), iyer...kesibukkan melanda diri, jangan berangan nak balik awal, selagi jam tak pukul saya eh tak pukul masa (apa yang awak nak sampaikan ni T_T) maaf ..maaf sejak akhir2 ni saya jadi begini, lain orang tanya lain saya jawab..isk..isk..

Seringkali dilanda membuak-buak nak update apabila melawati blog orang, lepas tu olahan ayat blog itu punyalah best sampai rasa ok fine jom taip entry baru *kemain asbab penulis blog ini kan* =_="

Keseriusan saya ingin nyatakan kemungkinan besar , mungkin lah,saya tak ada dekat sini sampai akhir Januari tahun depan tapi..ada tapi k..dekat Twitter ...ada je kot ..(mungkinlah) hihihi =P

ok..ok..tiada siapa yang sudi baca saya tahu, saya sedar diri, sebab saya bukan sesiapa pun *tacing*....tak faham kenapa ada perenggan ini..kbaii...wassalam..


Sumber Gambar  : Sini
Coretan CK : cubalah jadi positif, dengan positif , insha Allah hati kita sentiasa dilimpahi dengan nikmat ketenangan...=')

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Kejadian 4 Disember 2012


Huwaa....mulai esok dah boleh agak gaya kerjanya bagaimana, relax..relax...kerja itu kan satu ibadah *senyum* . Haritu konon janji nak update tentang hari kelahiran diri tetapi mana...mana entry itu..tak ada kan? *sungguhlah diri ini seorang yang sangat rajin* (perli diri sendiri)

Nak letak gambar?oh memang tak lah,ada kat instagram,itu pun dah dikaburkan pada bahagian muka..ngee...pernah berjanji pada diri tak akan upload gambar dilaman sesawang lagi *berikrar*.

Sebenarnya, tujuan saya update ini sebab saya tak boleh tidur kerana dah tidur petang tadi *lap air mata*

note penting untuk dikenang:

1. 4 Disember 2012 : 2 orang kakak di office bersekongkol (ganas betul perkataan+_+) untuk "surprise" birthday saya (not so surprise because one of jemputan telah reply email dan tanya umur saya berapa..keh...keh..keh..)

2, Oleh kerana saya sudah tahu akan berlakunya *kejadian* (amboi macam kes polis pula) itu, jadi saya reply email kepada salah sorang kakak itu yang berbunyi "huwaaa...jangan lah buat malu kot....T_T"

3.Apakan daya tidak dilayan, maka terjadilah kejadian itu dengan saya dipaksa beri ucapan ,dipaksa potong kek dihadapan ramai orang..huhuhu =P

Kesimpulannya,terima kasih Allah atas aturan ini, terima kasih kakak2 berdua yang telah "merencanakan" kejadian itu. first time ever sambut birthday dikalangan lebih dari dua orang.k wassalam

gambar yang diupload di Instagram : cahayakehidupan

Coretan CK :saya pernah mengimpikan adanya orang buat surprise sebegini,akhirnya Allah telah memenuhi impian itu,syukur alhamdulillah,terima kasih Allah.

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Kuliah Dhuha Perdana by Sheikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki 8 Disember 2012

Tiada Daya dan Kekuatan Melainkan Dengan Allah || Pierre Andre


Entah mengapa, hati saya begitu terpanggil untuk berkongsi cerita Pierre Andre, wallahua'lam ,saya tak tahu nak taip apa tetapi hayatilah bingkisan Penghijrahan seorang Artis yang bernama Pierre Andre



UCAPAN Pierre Andre saat menerima trofi Anugerah Yasmin Ahmad pada Anugerah Skrin 2012 menggegarkan banyak jiwa. Bermacam persoalan dan andaian juga dibuat. Paling utama, kecenderungan anak sulung pelakon handalan Khatijah Tan itu terhadap ilmu agama terbuka jelas.

"Ya, benar sekarang saya sedang dalam penghijrahan untuk lebih mengenal agama dan Allah dan Rasul tetapi hijrah saya ini tidak akan berlaku secara drastik, saya takut fitnah," katanya membuka cerita tentang kehidupan baharu yang sedang dilaluinya ketika ini.

Jumaat lalu, Pierre membuka mulut di pentas yang disaksikan lebih empat juta penonton dengan kalimah 'Bismillah.'

"Anugerah paling hebat ialah kalimah 'Lailahaillallah,' jagalah kalimah ini dalam diri kita, love Allah dan love Muhammad," ucap Pierre dalam majlis itu.

Menghuraikan lagi mesej sebenar yang ingin disampaikannya, kata Pierre:

"Itu juga satu dakwah daripada saya. Saya memang minta doa kepada Allah agar jalan dakwah saya dibuka, dan Alhamdulillah saya diberikan kesempatan. Selama 10 tahun dalam bidang seni, itulah kali pertama saya diberi anugerah dan itulah siaran langsung pertama yang saya dapat untuk menyuarakan sedikit dakwah saya," katanya sambil meneruskan dengan satu pengakuan.

Demi untuk tidak mengelirukan khalayak terhadap perubahan yang berlaku ke atas dirinya, Pierre mengakui bahawa sudah lima bulan dia bergerak aktif dengan dengan mengikuti kumpulan tabligh.

"Saya sudah jadi pengarah filem sejak umur 21 tahun. Selama ini saya fikir itulah matlamat hidup saya. Akhirnya saya dapati hidup saya 'kosong.' Saya rasa dibohongi oleh dunia dan saya mula mencari.

"Seorang sahabat ajak saya menyertai tabligh. Pertama kali mencuba, saya terus jatuh cinta. Setakat ini, sudah empat kali saya keluar mengikuti aktiviti jemaah tabligh. Biasanya kami keluar selama tiga hari dan bermalam di masjid dan surau yang kami singgah. Alhamdulillah, Allah telah membuka pintu hati saya," katanya menyertai jemaah tabligh di Taman Permata, Ulu Kelang.

Berikut sedikit perbualan Sensasi Bintang bersama Pierre.

Mendalami agama itu banyak jalannya, kenapa pilih tabligh?

Orang selalu salah faham terhadap tabligh, tak kurang juga yang menuding jari masuk tabligh sebagai ikut ajaran sesat. Kita kena ingat, tabligh itu sifat Rasulullah. Rasulullah berdakwah selama bertahun-tahun sebelum turunnya hukum bersolat, puasa dan menunaikan zakat.

Bagaimana pula dengan kerja-kerja seni anda. Dunia hiburan sendiri dilihat lebih banyak mendedahkan seseorang itu ke jalan negatif?

Mulanya saya fikir begitu, tapi sahabat saya larang. Saya masih boleh berdakwah dalam bidang filem tapi kena lebih berhati-hati dalam bab agama. Paling utama kena masukkan unsur dakwah. Sekarang saya tiada karya terbaharu selain filem-filem yang telah dibikin sebelum saya berhijrah, jadi, jangan nilai siapa saya ketika dahulu, tapi nilai siapa saya ketika ini.

Mungkin ada perkembangan terbaharu yang lain?

Sekarang saya terlibat dengan projek filem pendek bersama kawan-kawan, selebihnya (saya) buat kerja-kerja penulisan. Saya mahu siapkan novel pertama, mungkin judulnya berbunyi Perjalanan Ke Darul Salam. Ia tentang penghijrahan seorang lelaki yang selama ini hidupnya kosong.

Adakah itu kisah sebenar yang berlaku kepada diri sendiri?

Tidak juga. Itu pemerhatian yang saya lihat selama ini.

Bagaimana amalan agama anda sebelum ini?

Selama ini pun saya percaya kepada Allah, tapi tahap keyakinan itu tidak seperti sekarang. Dahulu, saya Islam kerana dilahirkan sebagai orang Islam, sekarang saya Islam kerana kefahaman dan keyakinan saya terhadap agama Allah ini.

Ada sebarang sasaran?

Saya berminat mahu jadi pendakwah. Sebenarnya saya ada azam. Jika selama ini saya keluar selama beberapa hari sahaja, selepas ini saya mahu keluar rumah selama 40 hari pula. Kalau diizinkan Allah mungkin boleh sampai empat bulan dan kalau ada kekuatan mungkin dipanjangkan lagi selama setahun dan bukan hanya di Malaysia sahaja.

Apa rancangan Pierre dalam tabligh?

Nikah itu sebahagian daripada iman, saya juga mahu ke arah itu. Bagi saya, pengisian tabligh tidak boleh dilihat secara luaran sahaja, lihat juga dalaman. Ibaratnya, kalau hendak tinggalkan keluarga selama empat hari, bekalan yang ditinggalkan juga harus cukup untuk empat hari.

Apa kata kedua ibu bapa anda setakat ini?

Mummy (Khatijah Tan) sangat menyokong keputusan saya, ayah juga begitu sebab saya bukan buat perkara tidak baik, sebaliknya saya belajar dan mahu mengenal agama. Sejak sertai tabligh juga rezeki saya bertambah.

via kosmo! online 

Sumber gambar dan artikel : FB Page Jkkk Fan Club


Ramai artis yang sudah berhijrah tetapi masih ramai juga yang masih "terleka" diluar sana, marilah sama-sama kita doakan semoga mereka mendapat "hidayah" daripada Allah SWT dan semoga Allah beri kita kekuatan untuk terus istiqamah berada dijalan-Nya..aamiin...

Coretan CK : Tiada Daya dan Kekuatan Melainkan dengan Allah, SubhanAllah, Alhamdulillah , Allahuakbar ,HasbunAllah Wa ni'mal wakil =')

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Nak letak tajuk apa ye?


Me : nanti i nak cuti pada *sekian tarikh* boleh tak?

Mr X : Boleh je, you kan inform je bukan apply

Me : hello , kalau inform, i cuti dulu then baru beritahu ,kalau apply, tanya dulu then baru cuti 

Mr X : ohh yeke macam tu

Me: You jangan macam-macam eaa

sungguhlah rasa macam nak bagi satutumbukkan *mimpi ke ni?* k..wassalam

awak tahu tak, bila awak marah awak nampak comel lah

syhhh...saya tahu..diamlah, jangan beritahu orang...keh...keh..keh..

sumber gambar : Google
Caption : Gurauan semata-mata

p/s: gambar hiasan semata-mata,tiada kaitan langsung dengan entry ini...

Coretan IOG : garang kan......kbaii...

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Di suatu malam yang sunyi


Mulanya, terasa nak tidur dah , tetapi lepas menghadap laptop, tangan rasa gatal nak menaip, adakah ini cinta? *mukadimah hapa ntah* =_="

Ok..ok...actually saya tak tahu nak update hapa, sebenarnya saya rindukan blog saya , dan saya tak tahu nak luahkan kat mana , so saya taiplah disini , amacam gentle woman tak saya? *sekali lagi apa kena lah saya ni* T_T

Saya tahu , saya percaya ,takkan ada manusia yang bisa hidup dalam keadaan serius sentiasa ,bahkan Rasulullah SAW pun ada bergurau senda dengan sahabat-sahabat Baginda tetapi Rasulullah SAW bergurau dengan benda yang benar belaka,kita? (merujuk diri sendiri dahulu) Allahu..terasa hinanya diri ini untuk bersua muka diakhirat nanti..='(


Sumber Gambar : Facebook

P/s : Jom Amalkan Sunnah-Sunnah Nabi Muhammad SAW 

p/s/s : maaf tajuk itu main letak sahaja even tak ada kena mengena still macam best je nak guna..ok wassalam.

Coretan CK : Sedaya boleh , cubalah untuk beri "kegembiraan" pada orang , in sya Allah , dengan asbab "kegembiraan" mereka , mudah-mudahan Allah redha dengan kita , aamiin...aamiin..yarabbala'lamin.. =')


Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Memori full

Suka download aplikasi di android banyak-banyak then sampailah keluar simbol "CD tanda seruan warna merah" tu menandakan insufficient Memory,oh no ,i is sad , maka dengan itu cecepat pi uninstall game yang ntah hapa-hapa dan aplikasi yang tidak berguna.

Samalah juga dengan situasi hidup kita , kita perlu "uninstall" segala memori yang tak best ,meski memori itu mematangkan kita tetapi lebihlah elok jika kita tidak mengenangkannya kembali. Life must goes on...ecececeh...(dah kenapa?ecececeh tu..grr..)

ok...ok..motifnya...saya sedih memori card hp saya 4GB je..mohon sesiapa yang nak kasi hadiah birthday yang bakal kunjung tiba ini dan lagi satu saya mohon sangat sila abaikan perenggan terakhir ini..k wassalam
Hai en memori ana cahaya kehidupan , mailah hadir dalam hidup ana >_<
sumber gambar : Google

Coretan IOG : Pelupa itu beri saya nafas baru untuk pandang ke hadapan tanpa toleh ke belakang , terima kasih Allah =')

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Awak....


sumber gambar : FB page Kawanimut

Kenal awak pun tidak, tetapi orang selalu tanya tentang awak , bila saya nak punya "suami", bukan kuasa saya untuk menentukan bila, hanya Allah sahaja yang tahu masa dan ketikanya, sedaya yang boleh , saya cuba memperbaikki diri untuk menjadi penyeri dalam hidup awak , saya sedar ,saya punya banyak kelemahan dan saya mengharapkan Allah hantarkan awak untuk membimbing saya ke Jalan yang di redhai oleh-Nya...

Andai saya tidak bertemu awak di dunia , saya percaya dan yakin , di akhirat nanti pasti ada sesuatu yang Allah sediakan untuk saya dan saya juga yakin apa yang Allah takdirkan untuk saya diDunia ini itulah yang terbaik untuk diri saya =')

Awak , jaga diri , jaga agama , in sya Allah , jika ada jodoh , awak dan saya , kita pasti akan diketemukan oleh Allah SWT (Biiznillah)

Coretan CK : kekadang rasa nak lari jauh dari orang apabila terjahan soal suami dipertanyakan tetapi bila fikir balik,Dunia..ini dunia...sabarlah, sebentar je kat sini, akhirat jua yang abadi...wallahua'lam




Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Instagram saya dikuasai oleh....

Sejak akhir-akhir ini my instagram dikuasai oleh makanan ini , siapa sangka dengan kos murah sahaja , saya bisa menikmati frozen yogurt dengan "lazat" sekali *ayat kemain hiperbola*

Kalau dulu teringin nak makan , kena prepare duit dalam seploh hinggit ke atas , now tidak lagi , hanya dengan RM2 kebawah saya dah boleh menikmatinya dengan penghasilan senyuman sampai ke telinga (again hiperbola disitu) no..no...just nak beritahu *nampak tak penjimatan yang ketara disitu?* , jika lemah matematik (tak merujuk sesiapa) , meh sini saya kirakan (macam pandai sangat) , lebih kurang RM18 ++ kita dapat jimat *lebihan masuk tabung kawen* eh...(kemain)

Ok, nak tahu apa dia..sat..sat...tengok kat bawah ni





Ikut susunan upload dari atas ke bawah 1,2,3...harapnya saya takkan upload untuk kali yang ke 4,5,sampai sejuta.... =_=" k..bai...wassalam

cara-cara nak membuat nya

1. Pergi beli yogurt brand dutch lady dekat kedai (tekak saya sedap dengan brand ini sahaja)

2. Balik rumah dengan berhati-hati (ini resepi ke?)

3. Buka peti ais masukkan  satu(juta)  yogurt dalam tempat beku

*saya suka biarkan semalaman , esok pagi bawa bekal ke office , Nikmat rasa...ngee..*

sifat yogurt mudah cair, dont worry sekeras-keras yogurt akan cair dimulut...eceh...

p/s : my instagram taip je cahayakehidupan (itulah saya) *budget ada orang nak tahu* +_+

p/s/s: perasan tak saya kerap update?ngeee...


Coretan CK : saya bukan anak orang kaya , banyak keperluan lain yang saya kena fikir but sekali sekala memanjakan diri apalah salahnya kan? Salam Aidiadha buat semua umat Islam diseluruh dunia =)     

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Saya bersyukur kerana memiliki hati saya yang sekarang


Pagi tadi
saya sedih

Pagi tadi
saya terasa

Pagi tadi
saya banyak bermonolog didalam hati

Pagi tadi
syaitan kata "tak patut mereka buat begitu kat kau"
hati saya kata "takpe2 CK , ada hikmahNya , toksah layan sangat perasaan terasa tu"

Pagi tadi
betapa saya berdebat dalam hati
saya rasa seolah-olah
"apa ni , saya nak sedih ke tak"
saya jadi konfius
saya nak menangis , air mata tak keluar
cuma saya rasa sedikit terkilan
oh  saya memang hati tisu yang senang terkoyak tu =(

tetapi itu semua pagi tadi
setelah saya berjaya menepis semua rasa sedih dan terasa itu
maka , hikmahNya menjelma
tak semena-mena "persoalan" mengapa itu terjawab
dan saya meluahkan sehabisnya
alhamdulillah hati saya kembali tenang
tenang setenang-tenangnya

"maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu mahu dustakan?"


****** tamat kisah sedih cahaya kehidupan****

Semasa berada diparking tadi , tiba-tiba saya disapa oleh seorang budak yang berada didalam kereta

"babai babai babai babai (sambil melambai tangannya) "

tingkap kereta dibuka sedikit sahaja mungkin emaknya risau anaknya terjun keluar kot

lepas itu saya senyum ke arah budak itu, saya membongkok lalu menghulurkan gula2 yang lebih dari hotel

"nak gula?,nah ambil ni"

maka budak perempuan yang comel itu pun menadah tangan sambil senyum , Allahu comelnya budak ini, Emaknya pun tersenyum . Allah hantar budak ini sebagai hiburan untuk hati saya .Syukur Alhamdulillah, terima kasih Allah , Terima kasih atas Nikmat yang telah Engkau berikan padaku. =')


mungkin hati saya tidaklah sekeras ini(seperti digambar) tetapi saya bersyukur kerana memiliki hati saya yang sekarang

sumber gambar : Google

Coretan CK :  Saya percaya KEBETULAN yang manusia sangka sebenarnya adalah Suratan Takdir Yang Maha ESA 



Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Saya bukan saya yang dulu


Untuk sekian kalinya , saya tak tahu nak update apa , idea ada tetapi nak  mengolah bagi nampak elok itu tiada , benarlah apa yang kita punya itu milik Allah bukan milik kita dan bila-bila masa sahaja Dia boleh tarik balik. Jadi beringatlah wahai diri =)

Saya minta maaf kerana saya bukan saya yang dulu dan saya mengharapkan semoga kalian mendoakan saya terus istiqomah dalam mencari keredhaan-Nya serta kita sama-sama memperbaikki diri dari masa ke semasa. in sya Allah 


sumber : Facebook


Coretan CK : saya sedar saya manusia biasa,tiada apa yang ada pada saya , jika ada kelebihan itu hanya permberian dari-Nya

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Saya Memang Gayat



Ketika perlawanan bola tampar di tempat kerja tadi,tergerak hati saya untuk mendongak ke langit, saya terkejut melihat awan begitu dekat jaraknya dengan kepala saya,mungkinlah saya ni gayat eh tak memang saya gayat pun >_< , Maha Suci Allah,saya memang suka tengok langit, awan,bulan bintang etc, sebab dengan melihat ciptaan Allah ,saya akan merasa saya ni Hamba je, bukan siapa-siapa pun.

Paling seronok,saya main kejar-kejar dengan awan itu, awan ikut gerakkan saya, saya ke kanan dia ke kanan, saya ke kiri dia ke kiri, oh, betapa gayatnya saya..=_="

Tetapi tidak kisahlah orang nak kata apa pun, bagi saya, selagi saya hidup, saya memang suka melihat alam yang begitu luas ini dan ia juga mengingatkan saya supaya tidak leka dengan dunia dan tidak tergoda dengan tipu daya syaitan (nau'zubillah)


ini disnap semasa di padang bola tampar (no edit and crop)

ini pula disnap semasa sampai dirumah (no edit and crop)..guess what,awan ikut saya balik...(ok saya tahu bumi berpusing :p )


Coretan CK : kita boleh sahaja kata itu kaedah Sains tetapi hakikatnya itu semua dari Allah, peace , renung-renungkanlah  =')

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Saya Tak Kuat


Saya kehilangan rentak untuk bercerita,maybe ini bukan kepakaran saya ,mungkin juga sudah lama tidak menaip,jadi otak saya dah tepu,Ok MAYBE lah..”sigh”.Ya Allah,awkwardnya rasa menaip mukadimah ni,maafkan saya =_="

Kehidupan saya ok, syukur alhamdulillah baik-baik sahaja tetapi tipulah kalau saya kata hidup saya sentiasa gembira,hidup saya sangat bahagia,sebenarnya kebahagiaan itu begitu subjektif,susah saya nak gambarkan kerana apa kerana bagi saya MAMPU menghadapi ujian Allah dengan sabar dan redha pun sudah cukup memberi kebahagiaan pada hati saya dan itulah sebenar-benar kebahagiaan *muka serius* . Oh bukan kerana saya nak kata saya KUAT, TIDAK...sudah tentu Tidak , saya ni tak kuat,lemah ,lembik pula tu, kekuatan itu dari DIA ,iye dari Dia Yang Maha Esa n_n

Jadi, untuk apa saya nak bersedih ketika Allah memberi Ujian pada saya? sedangkan saya tahu Allah telah “merencanakan” sesuatu disebalik ujian Itu? Renung-renungkanlah dan bersangka baiklah (HUSNUDZON) pada Allah… =’)


    Sumber Gambar :
Sini


Coretan CK : saya sakit,kecewa,sedih,terluka,biarlah Allah sahaja yang tahu bagaimana rasanya..=')

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Apabila Al-Quran Mula Berbicara









KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
And here is the rest of it.

QURAN MENJAWAB

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?


QURAN MENJAWAB

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB

"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."- Surah Yusuf ayat 12


KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3


Ya Allah,semoga dengan Kebesaran KitabMU (Al-Quran) ini dapat menenangkan jiwaku seterusnya membuatkan ku redha diatas semua ketentuanMU .Hanya KAU sahaja yang tahu apa yang terbaik untukku


P/s: entry lama di re-post semula untuk peringatan bersama =)

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Jemputlah datang :)

Assalammua'laikum,

Hai semua,maaf lama tak update,cuma nak sampaikan tentang majlis ilmu ini.Jemputlah,datang bawa seluruh ahli keluarga k.. Jazakallahu/jazakillahu khairan kathira  :)

Published with Blogger-droid v2.0.6

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Muslimah Biasa

 
Copyright©2011-2012. Segala penulisan diatas adalah Hak Milik cahayakehidupan