Jom Buat Cornflakes Crunchies Bersama Mak Long

Assalammualaikum

Hai puan-puan bertemu lagi kita dalam rancangan Kuih Raya Pinky.Hari ni kita bersama tetamu jemputan iaitu Mak Long yang akan tunjukkan bagaimana nak buat CORNFLAKES CRUNCHIES atau nama melayunya Cornflakes bersalut coklat.silakan Mak Long.

Mak Long take over

ok..hai puan-puan seperti yang telah diwar-war kan tadi,hari ni Mak Long nak ajar cam ne nak buat kuih raya paling senang,tutup mata pun boleh buat ,serius....tak percaya ,jom kita lihat bahan-bahannya

100 gm cornflakes
50 gm kepingan badam
50 gm kismis Hitam(yang ni suka hati puan-puan nak letak ke tak,Mak Long tak suka..)
100 gm coklat masakkan(cairkan)

Mak long Letak pelbagai jenis kacang,seperti Kacang Hazel dan Gajus

Cara menyediakan :-

1. Satukan cornflakes bersama kepingan badam dan pelbagai kacang.Masukkan coklat yang telah dicairkan  itu dan gaul rata.

2. Sudukan sedikit cornflakes ke dalam mangkuk kertas.biarkan sehingga coklat kering. Simpan di dalam bekas kedap udara.

untuk menambahkan minat puan-puan untuk mencuba resepi ini,Mak Long da sediakan gambar masa Mak Long buat tadi...Let check it out bebeh...

Mak Long sedih nak cerita pasal coklat ni ,coz coklat ni buat hal tadi,kenapa ntah dia tak boleh cair,maybe da lama simpan dalam oven  tak guna-guna sejak kursus coklat hari tu.








coklat diatas tidak dapat digunakan untuk buat biskut ini
so,coklat ini akan menjadi santapan orang dirumah...=P

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


Kacang Hazel



Rupa kacang hazel yang telah di racik



Kacang Hazel,Gajus dan Badam
(kena bakar dalam oven untuk masakkan ia)



Adik Mak long beli coklat ni di Family Store
Vochell coklat masakkan


terliur Mak Long =P




Inilah hasil setelah di gaul rata dengan bahan-bahan tadi



sudukan ke dalam bekas kertas



Beberapa dulang dapat di hasilkan oleh Mak Long tadi
fuhhh..letih Mak Long cerita
Pengacara sila take Over


ok puan-puan ,amacam,senang tak nak buat,
agak-agak boleh suruh incik husband tolong sama
(time ni nak lihat incik husband sayang kita lagi ke tak..ahaks..=P)
saya dari krew penerbitan Kuih Raya Pinky ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada Mak Long  yang sudi berkongsi resepi kuih raya yang agak senang dan kacang je lah
bak kata Mak Long tadi
tutup mata pun boleh buat
...fuhh cayalah Mak Long..Tabik spring..toin..toin...

ok lah puan-puan jumpa lagi 
di hari dan waktu yang sama
didalam rancangan nombor satu di blog
Kuih Raya Pinky
sekian..

Coretan IOG : Best sangat melayan kerenah budak-budak masa buka puasa di Klebang Beach Resort tadi ^______^

Love Peace Respect Share

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Terima Kasih Anishaway,Zaer Dan Afiq

 Assalammualaikum...

Nampak tak perubahan Header blog ni,yaty tahu sejak 2 hari lepas,yaty banyak post entry-entry emo seperti entry ini dan ini,tapi alhamdulillah,hari ini tidak lagi.

 inilah header baru yaty
cantik kan
hasil ciptaan

Meh sini nak story sikit mengenai masalah yang yaty hadapi.Petang tadi minta tolong Anishaway buatkan header itupun zaer yang bagi link  Anishaway ,before that yaty memang da follow Anishaway ,kenal Anishaway, masa tu zaer credit Anishaway dalam entrynyer mengenai header baru zaer.So dari situ,da tahu  Anishaway ni pandai buat header tapi segan la nak minta tolong,baru je kenal,then kebetulan petang tadi meluahkan rasa kesedihan mengenai header kat zaer,then zaer suruh tinggalkan idea header kat entry  Anishaway.So,konon2 malu,tapi nak header baru punya pasal,tulis comment kat entry tu.Alhamdulillah disambut baik oleh  Anishaway.Maka terciptalah header seperti di atas ^__^


Nak dijadikan cerita,masa pasang header tu , view nya tak lah macam sekarang ni,ianya kecik je and gambarnya pecah.So,setelah mendapat kata sepakat (poyo je ayat..=P) di YM,Yaty beri Anishaway edit blog yaty.Dan jangan terkejut Anishaway dibantu oleh 2 orang blogger yang kacak dan tampan *ngampu ke apa ni..haish.. tak lah,ikhlas puji ni, mereka ni memang baik-baik belaka iaitu zaer dan AfiqBukhari.Kalau korang nak tahu kenapa mereka bantu,tanyalah dorang sendiri,tak mo bagi tau*ketawa..lalala..(lagipun Afiq and zaer memang teman blogger yaty pun hehe.. =])


Hasil gabungan mereka bertiga,maka masalah itu dapat di settlekan dengan jaya nya.Sekarang mereka bertiga telah mengembalikan SENYUMAN di hati yaty serta buatkan yaty terharu sampai tak tahu nak ucap macam mana...*nak nangis leh tak?...ok sila jangan poyo sangat ye cik yaty

Jom pakat ramai-ramai terjah blog mereka bertiga ni :-


Entry ni yaty tulis semalam,so,hari ini bila buka blog, header yaty da berubah jadi animated,terkejut sangat-sangat,terima kasih anishaway sudi animatedkan header sis.terharu ni..huhu..=]

IOG,
I'm just an Ordinary Girl
Love Respect Peace
(nice one :">)


Jangan lupa terjah blog mereka ye.Nak tanya pasal header pun boleh,tapi kena pandai ayat lah *ketawa..ok itu gurau..hehe =P


Coretan IOG : Alhamdulillah setelah mengalami masalah,Allah kurniakan pertolongan dari mereka.Terima kasih Ya Allah ^__^



Love Peace Respect

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Ceritaku pada 13 Ramadhan 1431 H


 Assalammualaikum

Maaf entry semalam sedikit emo,hari ini baru elok sikit mood *senyum .Alhamdulillah hari ini puan emak sudah beransur pulih ,terima kasih buat teman-teman yang sudi mendoakan kesembuhan demam puan emak.Bangun sahur tadi,puan emak yang bangun dulu dari yaty,kalo semalam masa puan emak sakit,puan emak kejut yaty suruh siapkan makanan sahur,pagi tadi,tiba-tiba je puan emak dah kejut bangun sahur,terus tanya kat dia "mak dah elok ke?,seraya dia jawab "adalah kurang sikit...Alhamdulillah,tak lah risau yaty nak ke tempat kerja pagi tadi.Dayah kalau puan emak sakit,dia memang prihatin,so ,tak perlu risau keadaan puan emak,dia boleh jaga dengan elok semasa ketiadaan yaty dan daus dirumah,tapi kalau puan emak da elok,hurm...asyik merayau je la ...*senyum

Ku masih mencari jalan penyelesaian header ku,ada yang membantu,antaranya Rina dan Lord Zara,thanks ya,dan yang lain jika ku tak perasan yang kalian ada utarakan sesuatu,ampun ya,even mereka  tak dapat menyelesaikan,tapi ku terharu kerana mereka sudi membantu.Kan ku sudah bilang,indahnya punya teman di taman maya ini,mereka sangat supportive.Maybe ada yang meluat untuk baca,asyik-asyik ku  puji dorang je..ku ingin sampaikan kepada mereka,ku sangat menghargai pertolongan seseorang,even orang hulurkan nilai sen rendah pun,ku akan kenang sampai bila-bila kerana kebaikan itu sangat indah untuk dikenang tetapi keburukan lebih baik dilupakan kerana takut jadi penyakit dalam hati.

 Harini seperti ku sudah bilang dalam entry lepas, Kak Ina ajak berbuka dirumah dia ,pasti keluarga mertua dia ada sama ,sebenarnya kan,ku segan nak pergi walaupun ke rumah kakak ku sendiri kerana ada keluarga mertua dia nanti,ahh...ku bukan keseorangan,kan daus,daya dan puan emak ada..layan je..*ketawa

ok lah,cukup kot sampai disini dulu,ku mahu solat Zohor.Oh ye,semalam dapat panggilan dari kakak sedara,dia nak tempah 300 biji chocolate chip,100 untuk dia ,100 untuk kak Ros dan 100 lagi untuk Fatin,uish...banyaknya ku bilang sama dia,dia jawab"ala boleh la,kuih tu sedap"..."hurm..okla".Tu belum termasuk untuk dirumah sendiri lagi tu. Maybe this week beli barang-barang untuk buat kuih raya.Maaf ya,tempahan online tidak dilayan =P *kejam sungguh statement itu..lalala.


Coretan IOG : dia masih lagi dingin denganku,ditanya ku buat salah apa,katanya tiada apa,ku tiada salah apa,ku tanya kenapa dia diam,dia bilang tiada benda nak cakap..hurm..apa-apa pun omogan kamu,ku rasa ada sesuatu yang kamu sorokkan dari ku,tak mengapalah..ku redha..ada hikmahNYA disebalik semua ini..



Love Peace Respect Share

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Coretan Buat Abah

 Sebelum baca,sila click soundtrack ini




   

Abah 
  Kau ibarat matahari di waktu senja  
Kau panas bertempat  
Terkadang kau terlindung tatkala hujan bertandang 


Abah   
Setiap keperluan anak-anakmu 
Pasti kau sedaya upaya cuba penuhi  
Biarpun kau tak punya apa  
Pasti kau akan bilang “Nanti abah ada duit lebih,abah belikan k”  


Abah 
Tatkala anak-anakmu sakit  
Kaulah orang yang beria nak bawa ke klinik 
Walaupun kau sedar mereka tidak suka ke situ 
Pasti kau akan pujuk seraya berkata “Doktor tak inject,doctor nak check je”


  Abah  
  Kini,kau sudah tiada disisi  
Tiada lagi matahari senja menemani ku  
Tiadalah lagi yang beria bawa ku ke klinik
Sunyi sepi ku tanggung sendiri  


Abah  
  Ku tunjukkan pada orang yang ku berani 
Wal hal sebenarnya ku lemah 
Ku tunjukkan pada orang yang ku tabah  
Wal hal sebenarnya ku menanggisi  
Ku tahu tidak wajar tindakanku ini  
Tapi abah, 
Ku hanya manusia biasa  
Kadang-kadang ku bisa menasihati orang 
Tetapi diri sendiri tak bisa menepis perasaan itu 
Maafkan ku abah 
Ku anak yang lemah
  Hanya bisa menunjukkan kekuatan di khalayak  
Tetapi menangisi sendirian 


Abah 
Kini sudah setahun lebih kau pergi 
Ku masih lagi dahagakan kasihmu 
Tak sanggup rasanya melihat insan lain bermesra dengan insan bergelar “ayah”
  Apa patut ku buat  Perasaan ini datang secara tiba-tiba 
Tidak dijemput sama sekali Malah Dijengah ku berulang kali 


Abah
  Ku redha dengan pemergianmu 
Ku tahu ajal dan maut Allah yang tentukan
  Ku hanya mampu berdoa Kau tenang disana 
Semoga rohmu ditempatkan dengan orang-orang yang soleh
  Abah ku amat menyayangi dirimu 
Amin…yarabbal’alamin  


Hasil Nukilan Tulus Dari Hati , 
  Cahaya Kehidupan





Coretan IOG : Hargailah insan yang bergelar Ayah,Abah,Papa,Baba,Walid,Daddy etc          
Love Peace Respect Share

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Penawar bagi orang yang PELUPA

Assalammualaikum

alamak terlupa!!!

Korang tau ke apa maksudnya?yaty?senang je …jap ek nak rujuk kamus dewan bahasa dan pustaka…adeh..hohoho.Kenapakah perkataan ni wujud dalam entry kali ini..oh tidak..nanti ku berjangkit penyakit ini…syuhhh…syuhh…hahaha…

Setiap kali apa yang ku coretkan disini pasti ada kena mengena dengan diri ini,usah risau,ku tak suka untuk cerita hal orang.Blog ini adalah cerita tentang ku semata-mata,jika ada orang lain yang ku sebut,itu semua bersangkut paut dengan kehidupanku, tidak lebih dan tidak kurang pasti tercatat dalam pengalaman hidupku, so,kamu-kamu diluar sana ,kalo kamu tercatat disini maknanya kita ada BAU-BAU BACANG,sila hantar details serta alamat penuh ke ….fullstop…udah ku nyatakan,jika ku ada kelapangan..terkadang idea2 merapu terserlah..maaf kan ku…=P hehe


Kat mana kita tadi…oh ye PELUPA, yes i am, bak kata Puan Emak “umur muda lagi tapi da macam orang tua,cepat sangat lupa”…yes I admit it, ku mudah lupa,terlupa,kelupaan,melupakan dan sewaktu dengannya.Korang pernah alami tak,time jumpa kawan-kawan,dorang punya excited cerita zaman-zaman belaja dulu,alih- alih respons korang “oh ye ke,memang kita cam tuh dulu ek?”, sia2 je kena basuh seharian oleh mereka.The same thing jadi pada diriku, kesian cik Ana, cik D and cik Ikim tapi yang selalu kena macam tu cik Ana n cik D la, apabila kitrg berjumpa,pasti akan cerita story masa belaja dulu,dan acapkali (eceh..) ku pasti menanyakan “bila ye?,ada ke?, kenapa akak cam tu ek?,marah sebab apa?,keluar sebab apa?gaduh sebab apa?”..nah..bertubi-tubi soalan yang ku tanya pada mereka,dan ku akui mereka sangat baik-baik belaka seraya berkata “kak yat ni pelik la,takkan itu pun da lupa,aku ni setiap inci yang terjadi dalam hidup aku,aku akan ingat”kata cik D kepada ku,tak kurang hebat cik Ana pula “akak ni,takkan tak ingat kan dulu akak pernah marah tutt sebab dia nak bla bla bla..(lupa..)”.Amacam..baik kan mereka..ahaks..


Mereka berdua pun da faham dengan perangai ku,kalau nak flashback,pasti dorang akan cerita secara terperinci dahulu..ini adalah untuk memastikan ku faham apa yang mereka katakan dan ku reponse dengan perbualan itu..(da macam contractor jumpa pegawai kerajaan untuk dapat tender plak..ahaks..)

Lain cerita apabila ku berada dirumah plak “mak, nampak tak mana orang letak bla…bla..bla..(lupa),orang rasa orang letak sini,tapi tak ada pun”,puan emak seraya menjawab “kau ni kan,tak habis2 lupa,cam ne la kau da ada laki nanti ,ntah2 hilang laki kau kat pasar raya..ok itu tipu puan emak tak jawab macam tu pun..ku lupa apa dia cakap tapi isi-isi penting nye tetap sama”umur muda lagi tapi lupa macam orang da tua umur 60 tahun”..see..makan dalam tu…=P


Cerita di office pula “ Kak ita,hari tu kita ada order file untuk A4 tak?”,kak Ita jawab “eh..tak tahu akak,awak yang order”..”huhu ok”..5 minit kemudian “yaty,memang ada,dalam list ni awak ada order file A4 satu kotak”..”owh ye ke..adeh..sori kak ita lupa la,da cari kat bilik stor,tak jumpa,tu yang saya tanya”..dengan selamba kak ita jawab “ haish awak ni,muda-muda lagi da lupa”..sopan je dia ngata kan..hak hak..=P 
Banyak sebenarnya yang yaty nak cerita tapi karang panjang berjela plak entry ni,yaty tahu korang kan malas rajin gila  membaca,so yaty cerita la setakat mana yang mampu (ayat cover ni..sebenarnya lupa apa nak citer...*ketawa lagi)


Setiap ubat ada penyakitnya..eh..eh..jap2..setiap penyakit kan ada ubatnya...baru betul..hehe,so,masa yaty tingkatan 6,cikgu Yusof (wah ku ingat nama cikgu ni..perkembangan positif ni) mengajar Bahasa Melayu,beliau pernah ajarkan satu ayat dimana kalau kita lupa letak barang,kita baca ayat ini,yakin 100% Allah akan temukan,insyaAllah nescaya kamu akan jumpa.yup betul tu cikgu,ku memang baca ayat ini tatkala barang ku sembunyi dari ku,alhamdulillah setakat ini,ku jumpa tempat persembunyian mereka.Paling lama pun hilang seminggu,masuk hari ke 8,tanpa sedari,buka almari,nampak benda tu,ajaib kan,masa duk cari macam orang gila tak pula nak muncul,itulah hebatnya Allah,DIA tahu segala-galanya.Dari tadi duk ceramah macam Ustazah Siti Nur Bahyah,ayatnya yaty tak beritahu lagi..ok2...sabar k,sila ambil pen dan kertas salin ayat dibawah

Rabbi Yasir Wala Tu'asir rabbittommin bil khoir

ringkas je kan,inilah ayat magic Al-quran.selamat mencuba

p/s : entry ni da ku tulis semasa di ofis.maybe tadi ku excited nak tulis, macam-macam idea ada,tapi malam ni,hurm....lupa kot...tettt..=P

Coretan IOG : janji tak lupa nak solat ,yang lain boleh di adjust lagi tapi solat?jawab la sorang-sorang di alam barzah nant..renung-renungkanlah.


Love Peace Respect


Like or Not , its up to u Share

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Aku adalah Aku

Sila Click Soundtrack ini



 


Aku adalah aku
aku tak boleh jadi orang lain
terimalah apa adanya aku
kerana Aku adalah aku

Aku adalah aku
kepunyaan ibu dan ayah
Hanya bertuhankan Allah
Hanya menyanjungkan Nabi Muhammad saw


Aku adalah aku
kau tak bisa merubahku
perasaanku,hatiku,jiwaku
ku didik hati untuk menerima
tetapi jiwaku tetap katakan tidak

Aku adalah aku
Ku terima segala takdir Allah
Jika kau tercipta untukku
Ku akan menerima apa adanya kamu
kerna ku tahu
Allah lebih tahu
Apa yang terbaik untukku


Hasil Nukilan
Cahaya Kehidupan





Love Peace Respect


Like or Not , its up to u Share

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Allah sayangkan Kita



Assalammualaikum
Pagi tadi bgn,ingat hari ini hari sabtu..eheh..silap hari Khamis la
almaklumklah semalam Melaka ambil cuti awal Ramadhan
so,berangan la konon nak cuti sampai jumaat
(mimpi ko yaty..=P)
pepagi yang mulia ini tak mo emo2
lukisan atas tu da beritahu segala2nya
now,blog ini sedang sakit
ujian bagi yaty
sabar je la
udah report ke blogspot tadi
tengah tunggu reply mereka
harap2 dapat settle cepat la
k la,
whatever pun,pada korang semua
ingat pesanan lukisan diatas
semoga sama2 mendapat kemanisan iman yang sebenar
InsyaAllah..^__^


P/s : lukisan ke 3 from yaty

Coretan IOG : kadang2 org tak dapat detect yaty sedih or gembira kerana sedih itu didalam,gembira itu diluar..>__<


Love Peace Respect


Like or Not , its up to u Share

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Siapakah R??



   Yaty tak tahu kenapa setelah yaty baca entry ini, tetiba yaty dapat merasa apa yang  Bahiyah(tuan punya blog) rasa,bezanya yaty dengan Bahiyah adalah sahabat yaty tu masih ada lagi tetapi sahabat beliau sudah tiada.Sedih sangat2,bila baca entry Bahiyah,ingatan yaty terus ke dia .teringat dulu masa mula2 dia datang uma :

"Mak ,siapa kawan pidau tu mak,lain macam je orang tengok, rambut dia langsung orang tak berkenan,macam samseng" ..terang ku pajang lebar kepada Puan Emak

nama kwan adik itu mula ngan huruf R.Rambut R yang hanya nipis ditepi kiri dan kanan,amatlah buat yaty tak berkenan,sungguh,masa tu memang betul2 tak suka sampai terdetik dalam hati "kenapalah adik aku kawan ngan orang macam ni..

"entahlah, dia kata belaja sama U ngan dia"

"sama belajar?? apa cam tu ,rambut ntah apa2" bebelan aku terus ke rambut R

masa R datang rumah,dia balik sekali ngan adik yaty. Yaty perlu hantar dorang ke Melaka Sentral untuk naik bas balik KL.time tuh adik ngan R belaja di UTM.

"nor,pergi panggil pidau,karang lambat pulak"

"ok mak."

yaty terus menuju ke bilik adik,bila pintu di tolak.Subahannallah...Allahuakbar,apa yang telah aku katakan tadi pada R,apa anggapan aku tadi pada R,"Samseng"...aduh..terasa macam menusuk ke kalbu dek kerana kata2 ku tadi.Samseng yang aku kutuk tadi telah mengimamkan adik aku solat maghrib. Ya Allah , betapa besarnya pengajaran yang KAU beri pada ku,aku insan yang lemah.aku tutup pintu lalu ke bilik ku.

setelah bersiap2,kami pun bertolak...

**********************

2 minggu selepas itu,adik yaty balik uma.malam itu yaty cuba tanya tentang R kat dia

"pidau siapa nama kawan ko tu?"

"apsal plak ko nak tahu"

"tak lah saja je la"

"nama dia R..., apsal"

"tak de pape,wei ,ko ada no fon dia"

"wah..ni da lebih,apsal ko nak no dia plak"

"ala saja je la,dia cam bdk baik je"

"memang la dia budak baik,budak sekolah agama tu.."

    Perghh..kata2 itu buat aku tersentap lagi sekali,aku telah kata yang bukan2 terhadap R.akhirnya aku dapat juga no dia.aku mula langkah pertama.aku miscall..(aku seorng pemalu,tapi keinginan ku ingin mengenali dia buat aku berani untuk miscall..aku tak berani nak call,aku tak punya kekuatan waktu itu...)dia msg ku,bertanya,siapakah gerangan aku,aku pun jawab ikhlas,aku kakak kepada firdaus,aku ingin berkawan dengan dia...Alhamdulillah salam persahabatan aku disambut baik oleh dia.Sejak itu kami selalu message,time tu aku di Tingkatan enam.Segala masalah ,aku luahkan kat dia,dia begitu supportive,sangat menyenangkan dikala aku kesedihan.aku pernah ngadu kat dia yang aku tak mahir Bahasa Inggeris,dia bagi suggestion,"mulai hari ini kita message dalam Bahasa Inggeris"...mulanya aku macam nak menolak tapi dia kata"cuba dulu,lama2 insyaAllah awak akan biasa"..aku pun menurutkan sahaja.Alhamdulillah,peyusunan ayat,grammer aku bertambah baik,aku sudah mula pandai buat karangan BI.

     Da lama aku berkawan ngan dia,baru aku berterus terang yang dulunya aku pernah kata dia samseng,dia cuma gelak then terus berkata,

"Dont Judge the book by its cover" 

"ok saya minta maaf wak,saya da sedar sejak saya nampak awk imamkan adik saya sembahyang,thats why,saya ingin awak jadi sahabat saya" 

"it ok,saya tak marah,dakwah banyak caranya,tak semestinya pakai kopiah je kita leh berdakwah,saya punya cara saya sendiri untuk berdakwah"....

***********************

     R merupakan lelaki pertama call yaty pada malam hari jadi yaty.

Tepat jam pukul 12 malam,04 Disember 2004(tak pasti thunnya).tiba2 HP ku berbunyi tertera nama dia.aku jawab dalam keadaan mamai..

"Hello ,Assalammualaikum,ye wak,ada apa"

"waalaikumussalam,Selamat Hari Lahir wak"

"Apa,selamat hari raya..haa..ok.." aku mamai sampai salah dengar...adeh

"awak,selamat Hari Lahir bukan Raya"

tetiba mataku segar dengar ucapan itu..(budus..malu ..huhu)

"semoga awak bahagia dunia dan akhirat"

"err..terima kasih wak,sudi call saya,saya sangat terharu,tak pernah sahabat laki call saya untuk ucap Besday saya,awk sorang je..terima kasih juga kerana sudi kawan dengan saya,ada ketika saya sedih,sesungguhnya awak adalah anugerah terindah buat saya.."

"sama2 wak,terlalu tinggi pujian itu,terima kasih juga sudi jadi sahabat saya..hurm..ok la wak,rasanya da lewat ni,awak sambung tido balik k.selamat malam..err..selamat pagi"

"hurm ok...jap2..nak hadiah"

"panggilan ini adalah hadiah saya buat awak"

benar kata dia,panggilan itu merupakan hadiah paling bernilai buat yaty.

***************

Persahabatan kami tak lama,cuma terjalin selama setahun lebih,R mendiamkan diri.yaty msage dia tak reply,call tak berjawab.sejak daripada itu,yaty hilang punca,hanya gambar dia je menjadi tatapan yaty.tibalah pada tarikh 8 April 2007,besday dia,yaty try msage dia,ucap bday...tetiba ada reply dari dia..alang kepalang gembiranya hati yaty time tuh,dia minta yaty belanja dia makan...yaty jawab tak ada hal la.so,kami set date untuk jumpa.time tu kami makan di KFC Mahkota Prade.Dia masih sama,tidak berubah,itulah dia.


"selamat hari jadi wak, semoga awak bahagia dunia akhirat"

"Terima kasih"

"Napa lama tak dengar cite,sy msg tak reply,call tak berjawab"

"maaf wak, saya busy kebelakangan ini"

"takkan busy sampai tak leh nak reply msage saya"

tetiba dia diam membisukan diri

"awak da lain sekarang R..awak tak macam R yang saya kenal dulu"

"manusia cepat berubah yaty, begitu juga saya, saya bukan R seperti yang awak kenal dulu"

"apa maksud awk"

R diam lagi

"yaty saya harap awak faham, saya bukan R yang dulu,saya da berubah..."

     kata2 itu tergiang2 sehingga aku balik ke Hostel..apakah maksud R yang dia da berubah,adakah dia sudah punya GF n nak putuskan persahabatan kami,kalo ya,sila lah berterus terang janganlah buat aku tertanya2...memang benar..pertemuan kami itu merupakan pertemuan pertama dan terakhir buat kami kerana setiap kali yaty masage R pasti fail.da tukar no fon agaknya.Hati yaty terus jadi sayu.Allah kirimkan R buat peneman seketika bukan selama2nya.waktu itu,walaupun pedih untuk menerima kehilangan R,tapi yaty tetap bahagia,kerana dia pernah buat hidup yaty bahagia dan gembira.

Buatmu R,
1. Terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup yaty.

2. sangat bahagia punyai sahabat seperti kamu

3. Terima kasih kerana sudi jadi tempat luahan yaty

4. Nama kamu tak pernah luput dalam ingatan yaty buat selamanya

5. biarpun kamu dimana,dengan siapa sekali pun, dalam doa yaty pasti ada nama kamu.Yaty sentiasa mendoakan kamu hidup bahagia di dunia dan akhirat

6. yaty tak jumpa lagi sahabat lelaki seperti kamu tetapi cukuplah memadai mereka menyenangi diri ini.sesungguhnya kamu tiada pengganti.ada satu ruang khas buat kamu yang tiada seseiapa pun boleh menggantikannya kecuali dengan izin Allah.

7. Jika kamu ada terbaca this entry,yaty nak kamu tahu,walau kamu berubah macam mana pun,yaty tetap ingin bersahabat dengan kamu.kamu juga cakap,sahabat sejati adalah sahabat yang terima buruk baik sahabatnya...=]
*********************

Memang tiada kaitan langsung cerita Bahiyah dengan kisah R, tapi persamaan kami,adalah kami kehilangan Sahabat yang pernah menyinari hidup kami.harap Bahiyah tabah menghadapi ujian Allah.Yaty tahu,R tak ada dalam hidup yaty sekarang pasti ada sebab..mungkin Allah akan bagi orang lagi baik dari R,mudah2an amin.

P/s : banyak lagi R pernah nasihatkan yaty,tapi maaf ingatan yaty memang dari dulu tidak kuat,yaty tak ada upaya nak ingat setiap details yang yaty lalui dlm kehidupan yaty.Kemungkinan,apa yang yaty cerita diatas,ada tokok tambah,yaty just ingat peristiwa2 penting je.maaf sekali lagi

Coretan IOG : selepas baca entry Bahiyah,R terus muncul dalam ingatan,sudah lama aku melupakan nama dia,sekarang muncul kembali.Allah berikanlah yaty kekuatan..T__T


Love Peace Respect


Like or Not , its up to u Share

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Muslimah Biasa

 
Copyright©2011-2012. Segala penulisan diatas adalah Hak Milik cahayakehidupan