Best Habaq Ang....


scarynya tengok blog sendiri,haha,dah lama meninggalkan dia,apalah malang nasib blog ni,tuan dia selalu je buat dop reti ke dia,isk2...

biasalah permulaan rangkap mesti rasa awkward nau nak cakap,eh tak,nak taip,sebab dah lama otak tak berfungsi untuk blog,now otak lebih tumpu kepada studies..oh ye...hai i'm officially student pada September 2013 *fefiling retissss* =_="

Segala memori team building berasa nak update ke sini tapi keinginan nak menaip atau nak berkongsi selalu terbantut kerana dulu pernah pesan pada diri,dah2 tak payah upload gambar lagi...ingat!! *ada bunyi seram disitu*

sekadar penulisan bolehlah kot,actually best sangat buat waterfall abseiling dengan water rafting,ya Allah,even kecut perut habaq ang  tapi bestttt *nada budak yang dalam iklan petronas*

ok tak update cenggitu je?

masa 10 tahun akan datang bila buka ini blog pasti diri akan lupa ingatan tentang ini,dah lah tak detail pastu macam nak tak nak je taip..*lap air mata*

sekian sahaja entry yang rasanya saja ditaip before nak masuk tidur

credit gambar : sini

Nota penting : Oh ye jangan lupa puasa Sunat Arafah esok...dan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua yang sudi singgah ke sini...=)

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Kisahnya aktiviti pertama saya...eceh....


hai semua,ni ari dengan semangatnya mahu cerita salah satu activity yang busy(lah sangat) tu pada kalian semua.



taraaa,yeay main bowling...*tak payah nak excited sangatlah*,by the way,ini tournament ditempat kerja ye,dah kat office takde gelanggang bowling,so kena ar buat kat sini (lawak hambar).ok ,untuk sekian kalinya,saya idok le pandai baling bola terus jatuh semua pin erti kata lain STRIKE,sebab ambo ni memeh bukan pro Bowling (motif explain panjang lebar?)

First game,uishh teruk sangat ,sebab kebanyakkannya ke Longkang,apa... ulang sekali lagi...ke longkang k..oh sadis,tapi nasib baik pihak lawan pun ada serupa macam ambo ...keh..keh...keh...but alhamdulillah game kedua dan ketiga dah improve,taklah seteruk markah game pertama..apa dia nak tahu markah game pertama berapa? seriously saya ni PERAHSIA orang nya...hahaha  =p

Session Women Double waktu pagi (oh itu kategori yang saya mainlah),lepas tu,kawan nak tengok game petang,nak support bebudak rumah sukan untuk single player,so,before nak sampai ke pukul 2,kami  kononnya nak pergi MC *sila baca Melaka Sentral* (jangan pelik hakikatnya memang orang2 sini panggil MC),tapi apa kan daya,parking penuh,langsunglah kami pergi ke AEON Jusco,semata-mata kawan nak beli buah mangga potong +_+...tapi...ada tapi...semasa dalam jusco tadi,semangat berkobar-kobar nak beli bahan buat PAVLOVA uolls..terus ar beli tepung jagung dan gula kastor,yang sadisnya tak beli strawberi dan kiwi,sebab dan musababnya adalah kedua-dua buah itu dah siap packing,oh packing tu  takdak masalah,yang masalahnya mahai no...hahahaha...terus cancel nak beli,tengoklah dapat gaji nanti camne *mood kedekut on*



Nak dijadikan cerita,kuih ini saya teringin nak rasa,then saya pun beli kuih Tako ni yang terletak selang satu kiosk dengan buang mangga potong tu (nampak tak Takdir Allah tu macam mana,firstly kawan nak beli mangga potong,lastly,saya dapat manfaat menunaikan hasrat membeli kuih Tako..ngee)


Selesai membeli,kitarang bertolak balik ke MIBC tu ha,nak dijadikan cerita,kawan duk semangat nak main jika lane kosong,oklah,saya ikutkanlah,tapi kenapa mesti 3 GAME?? ok nampak tak sapa suh kedekut sangat ,tak beli 2 buah tu,sampai MIBC kena kuar RM20 untuk 3 game..ambikk..padan muka...*pesen suka marah ke diri sendiri memang cenggini* err.


ini last game tadi,kisahnya time tournament tak pulak dapat sampai 3 angka...err

Coretan CK : Ce teka saya nya markah yang mana satu (macam ada yang nak jawab pulak kan)....sekian..wassalam

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

K..tahulah sangat...

Berselisih dengan bos masa jalan balik office tadi

Bos: Mana surat confirmation tu,tak ada pun

Me: adalah,kan pihak hotel ada hantar,cuba tengok email

Bos:yeke ada....*sambil tunjuk reaksi muka gelak2 orang tengah menyakat..*

hahaha..k..tahulah bos suka menyakat kan..tahu lah sangat...grr..=_=!

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Tak Ramai dah..yeayy..

Baguslah dah ramai tak ke sini,bolehlah saya cerita apa yang tak patut*amboii ganas betul  bunyinya tu*,by the way (ambik sepiking plak),memang saya nak menaip macam dulu2..time serious,kita kenalah tegas ye dak?time tak serious,kita buatlah happy-happy..eh oh my english..

Nantilah ,saya cerita k..saya update kejap je ni,itupun melalui hp,oh hp i love u *tetiba*

Dear June,jom kita beraktiviti sakan...*senyum tutup mulut* wassalam..

Coretan CK:  18-24 -june...aktiviti tanpa henti...dear badan sila rasalah kepenatan itu...haha..

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Apa Saya Mau Lagi??


Hai semua...uishh dah berhabuq dah blog ni, *sambil sapu habuq dengan bulu ayam*,eh dah ada orang tengah baca ni,stop la mengemas *sekali lagi bayangan penulis* ...

Kalau menaip kata bulan Jun ni busy aci tak?(aci kat india la kata upin ipin),by actually,seriously,my schedule bulan Jun ni sangat pack *sila muntah My Schedule?(bajet artis ke??) ..k abaikan..jom sambung lagi,dari 16-24 June penuh activiti,apa saya Mau Lagi??*ingat tajuk akhbar tu kan?* (k takmo cakap politik ,ini blog personal k)...*ketawa guling-guling sopan pastu tapo pipi sebab apa yang hang cuba merapu ni??*

Sumber :Sini

Maaf kalian,hakikatnya saya rindu nak menaip macam dulu,tapi hakikatnya juga saya semakin busy ke malas  pun saya tak tau nak klasifikasikan apanya saya ni..apa2 pun,jika saya diam dari blog ini sampai setahun lamanya maka tolong sedekahkan  Al-Fatihah untuk saya sorang sekali k..syukran..


Coretan CK : Kalau saya ada kelapangan dan sifat rajin itu mai lebih sikit  saya updatelah apa activiti bulan jun saya *like macam ada yang nak baca*..bajet...=_="






Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Bila lama tak menaip ,rasa awkward sangat..=_=


Hai semua lama tak bersua disini,lama gila kan?ok tak baik cakap gila,apa salahnya guna sangat kan? *awkward k nak start menaip ni*

Berasa macam tiada idea walhal banyak benda je yang dilalui,tapi tulah,buat masa sekarang tidak berkesempatan menaip disini,mungkin kerana busy..mungkin lah...*pesen orang tak ada idea camtu ar dia update..=_="*

Oklah,for the first time ever after kerosakkan hp lama,then now, saya boleh update guna hp je..insyaAllah i will..aamiin..

Saya dah mengundi...eh..sekian..

P/s:  sesiapa yang tak daftar lagi,sila berbuat sekarang,nanti 5 tahun akan datang boleh mengundi dah...sekian itu sahaja pesanan penaja..hihi

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Tak sabar-sabar

Rasanya badan dah lemau, dah lama tak pergi charge iman,kesian dia,asyik busy kerja je,ok sabar ye,tak lama lagi dah nak habis dah kerja 12 jam ni

should rest sekejap,lepas tu, kita pulun habis-habisan..

u know what

saya tak sabar-sabar nak keluar mengundi

tapi bila nak bubar parlimen???

sekian..

nota kecil : maaf ayat awal lain ayat penutup lain...failed...=p

Coretan CK : Hak memilih adalah hak kita....sekian terima kasih...


menarik bukan...hurmm...

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Sambutan Maulidurrasul SAW bersama Al -Habib AbdurRahman Al-Masyur

Kita ada masa untuk hal dunia
kenapa kita selalu kata tak ada masa untuk hal akhirat?
fikirkan...renungkan

Jom ke Majlis Ilmu ini
Semoga permulaan pergi ke Majlis ini
menjadi asbab Allah memberi taufiq dan hidayah kepada kita
Jom...pakat mari ramai-ramai...=)


Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Hebat Ujian Allah itu pasti ada tersembunyi Hikmah yang Hebat juga dari Dia



Agak clishe tajuk ini, tetapi pada diri , percaya dan yakinlah, apa yang dari Allah itu takkan pernah sia-sia, meski ujian yang Allah beri itu semacam “memikul beban yang sangat berat” sampai rasa :-
Ya Allah,aku tak mampu nak hadapi ujianMu ini sorang-sorang, Kau bantulah aku Ya Allah, Kau permudahkanlah, Kau Maha Mengetahui apa yang terbaik buat diriku , dan aku menangis lagi…
Bukan kerana diri tak redha akan ujian tetapi sekadar mahu menagih simpati pada Dia,Dia yang Maha Esa, walaupun kadang-kadang terasa “penat” sebab rasa diri dah tak larat menanggung semua ini tetapi hidup perlu diteruskan, hati kena dididik dengan Husnudzon, sangkaan baik kepada Allah akan membuahkan hasil kepada sangkaan baik buat hamba-hambaNya

Aku tak harap dunia ini indah bagiku, cukuplah Allah redha denganku, jika ini jalannya hidupku, aku akan cuba belajar untuk redha, aku mahu “bahagia” di negeri Akhirat, kehidupan yang tak akan pernah rasa jemu dan muak.

Aku sekadar Hamba Allah, aku juga Umat Nabi Muhammad SAW ,aku juga anak perempuan, aku juga seorang kakak dan terakhir sekali aku juga seorang Bakal Jenazah.

Maaf,entry ini sekadar luahan,bukan kata tentang kamu,dia dan mereka tapi ianya tentang aku…wassalam

Sumber Gambar

Coretan CK : Aku senyum, mereka nampak, Aku berduka mereka tiada, tak usah sedih, senyum atau duka ,selagi mana seketul daging itu tahu Sang Pemiliknya Siapa,itu sudah cukup beri bahagia...HasbunAllahu wani'mal wakil =')

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Kalau saya tak buat ,siapa lagi yang akan bantu?

Sumber Gambar Sini


Sadis ok....sadis sangat,kasihan ke diri sendiri, meluap-luap semangat nak beli herbalife,tetapi apakan daya, budget tak cukup ,kalau ada pun, kena fikir dua tiga kali nak beli ke tak *kira dengan jari nak tak nak ..sampai sejuta =_="*

Stress k jadi orang yang tak mempunyai berat badan yang ideal ni (nak ngaku berisi malu gemuk lagilah rasa macam sedih semacam =( , nak beli baju susah, nak itu dan ini semua jadi payah, pernah cuba dulu produk lain ,memang turun, but bila kita bergantung dengan produk ni, kita dah set in mind, kerana produk ini aku jadi kurus walhal tak makan nasi selama 6 bulan, memanglah boleh turun kan? tapi (ada tapi k) , jika ada produk, saya boleh behave, sumpah, saya rasa membazir jika tidak berdisiplin ,tu yang boleh tak makan nasi selama 6 bulan tu.

Oh kisah lama, kenangan lama , now, saya kena juga usaha, kalau saya tak buat, siapa yang akan bantu kan?Allah pun tak akan kabulkan doa saya jika tiada ikhtiar yang saya lakukan..kan..kan...

Saya tak naklah berazam sangat, but saya berjanji..saya cuba ..dan terus mencuba untuk mendapatkan berat badan yang ideal tanpa bantuan produk, usaha tangga kejayaan kan?

Diharapkan kalian mendoakan saya istiqamah didalam usaha ini, saya nak kurus sebab saya nak sihat, senang nak bergerak dan paling penting merasa ringan untuk "beribadah" kan?

Lama saya tak update, sekali update tetiba saya sentuh bab ni, terasa malu pun ada , tak mengapalah, atleast entry ini akan menjadi kenangan terindah tatkala saya dah mencapai berat badan yang ideal nanti,in sya Allah (biiznillah)..aamiin yarabbala'lamin

P/s:first entry ditahun 2013 , apakah ini azam tahun baru?err...kbaii...

Coretan CK: mungkin ada yang akan gelakkan saya , mungkin juga ada yang memberi semangat kepada saya, saya redha menerimanya, kerana ketentuan hidup saya adalah dari Dia bukan dari mereka. Love Peace not War


Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Muslimah Biasa

 
Copyright©2011-2012. Segala penulisan diatas adalah Hak Milik cahayakehidupan