Sambutan Maulidurrasul SAW bersama Al -Habib AbdurRahman Al-Masyur

Kita ada masa untuk hal dunia
kenapa kita selalu kata tak ada masa untuk hal akhirat?
fikirkan...renungkan

Jom ke Majlis Ilmu ini
Semoga permulaan pergi ke Majlis ini
menjadi asbab Allah memberi taufiq dan hidayah kepada kita
Jom...pakat mari ramai-ramai...=)


Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Hebat Ujian Allah itu pasti ada tersembunyi Hikmah yang Hebat juga dari Dia



Agak clishe tajuk ini, tetapi pada diri , percaya dan yakinlah, apa yang dari Allah itu takkan pernah sia-sia, meski ujian yang Allah beri itu semacam “memikul beban yang sangat berat” sampai rasa :-
Ya Allah,aku tak mampu nak hadapi ujianMu ini sorang-sorang, Kau bantulah aku Ya Allah, Kau permudahkanlah, Kau Maha Mengetahui apa yang terbaik buat diriku , dan aku menangis lagi…
Bukan kerana diri tak redha akan ujian tetapi sekadar mahu menagih simpati pada Dia,Dia yang Maha Esa, walaupun kadang-kadang terasa “penat” sebab rasa diri dah tak larat menanggung semua ini tetapi hidup perlu diteruskan, hati kena dididik dengan Husnudzon, sangkaan baik kepada Allah akan membuahkan hasil kepada sangkaan baik buat hamba-hambaNya

Aku tak harap dunia ini indah bagiku, cukuplah Allah redha denganku, jika ini jalannya hidupku, aku akan cuba belajar untuk redha, aku mahu “bahagia” di negeri Akhirat, kehidupan yang tak akan pernah rasa jemu dan muak.

Aku sekadar Hamba Allah, aku juga Umat Nabi Muhammad SAW ,aku juga anak perempuan, aku juga seorang kakak dan terakhir sekali aku juga seorang Bakal Jenazah.

Maaf,entry ini sekadar luahan,bukan kata tentang kamu,dia dan mereka tapi ianya tentang aku…wassalam

Sumber Gambar

Coretan CK : Aku senyum, mereka nampak, Aku berduka mereka tiada, tak usah sedih, senyum atau duka ,selagi mana seketul daging itu tahu Sang Pemiliknya Siapa,itu sudah cukup beri bahagia...HasbunAllahu wani'mal wakil =')

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Kalau saya tak buat ,siapa lagi yang akan bantu?

Sumber Gambar Sini


Sadis ok....sadis sangat,kasihan ke diri sendiri, meluap-luap semangat nak beli herbalife,tetapi apakan daya, budget tak cukup ,kalau ada pun, kena fikir dua tiga kali nak beli ke tak *kira dengan jari nak tak nak ..sampai sejuta =_="*

Stress k jadi orang yang tak mempunyai berat badan yang ideal ni (nak ngaku berisi malu gemuk lagilah rasa macam sedih semacam =( , nak beli baju susah, nak itu dan ini semua jadi payah, pernah cuba dulu produk lain ,memang turun, but bila kita bergantung dengan produk ni, kita dah set in mind, kerana produk ini aku jadi kurus walhal tak makan nasi selama 6 bulan, memanglah boleh turun kan? tapi (ada tapi k) , jika ada produk, saya boleh behave, sumpah, saya rasa membazir jika tidak berdisiplin ,tu yang boleh tak makan nasi selama 6 bulan tu.

Oh kisah lama, kenangan lama , now, saya kena juga usaha, kalau saya tak buat, siapa yang akan bantu kan?Allah pun tak akan kabulkan doa saya jika tiada ikhtiar yang saya lakukan..kan..kan...

Saya tak naklah berazam sangat, but saya berjanji..saya cuba ..dan terus mencuba untuk mendapatkan berat badan yang ideal tanpa bantuan produk, usaha tangga kejayaan kan?

Diharapkan kalian mendoakan saya istiqamah didalam usaha ini, saya nak kurus sebab saya nak sihat, senang nak bergerak dan paling penting merasa ringan untuk "beribadah" kan?

Lama saya tak update, sekali update tetiba saya sentuh bab ni, terasa malu pun ada , tak mengapalah, atleast entry ini akan menjadi kenangan terindah tatkala saya dah mencapai berat badan yang ideal nanti,in sya Allah (biiznillah)..aamiin yarabbala'lamin

P/s:first entry ditahun 2013 , apakah ini azam tahun baru?err...kbaii...

Coretan CK: mungkin ada yang akan gelakkan saya , mungkin juga ada yang memberi semangat kepada saya, saya redha menerimanya, kerana ketentuan hidup saya adalah dari Dia bukan dari mereka. Love Peace not War


Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Muslimah Biasa

 
Copyright©2011-2012. Segala penulisan diatas adalah Hak Milik cahayakehidupan