Lagu Kenangan Masa Kecik-Kecik

 Assalammualaikum...


Masa kecik2 dulu suka nyanyi lagu ni,serius sangat nomu...nomu...nomu...nomu..nomu...lagu ini.Buat persembahan pun nyanyi lagu ini.*kecik-kecik dah berangan nak jadi penyanyi...erk...
Tapi dek kerana sedar diri yang sebenarnya diri ini tiada bakat menyanyi, so pendamkan je la dalam hati...*apa yang ang merepak ni...adeh...


jom kita layan lagu ini




tetiba teringat kat arwah ABAH
huhu....
sarangheo abah
=_=
 bahasa korea

Glosari : Nomu = suka
             sarangheo = sayang/cinta


Coretan IOG : Esok dan lusa ada program...fuh....*budget PM la konon...ekekee






Love Peace Respect Share

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Sedikit Tazkirah Pada Malam Jumaat

 Assalammualaikum....

Makna bacaan dalam solat

Takbiratul-Ihram & Takbir    

Allah Maha Besar  
 
Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
 
Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
 
Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
 
Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.


Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

 
Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.




"wahai tuhan ku
Aku  tidak layak untuk syurga Mu ...namun  aku pula tak sanggup
ke Neraka Mu....kami lah hamba yang mengharap belas darimu .....
"ya allah
jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua
ibubapa  kami .dan dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal
dunia"
.

Love Peace Respect Share

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Ya Allah Permudahkanlah

Salam Readers,

Kejadian di office,

“Ya Allah tolonglah aku,permudahkanlah aku dapat bilik meeting Ya Allah”
 
Jauh disudut hati cahaya,rasa risau sangat,kerana bos pagi-pagi dah call cahaya tanya pasal bilik meeting. Dari semalam cahaya cuba cari tapi still tak Berjaya.
 
 
Bos : hello,ti..
Cahaya : bos,jadi tak meeting hari ini
Bos : jadilah..macam mana bilik meeting dah dapat ke?
Cahaya : tu la bos,dari semalam saya cari,tapipenuh…saya nak cuba cari bilik kat atas plak
Bos : saya cari ahnuar semalam,tapi dia pergi training,dia yang book bilik tu pagi ni
Cahaya : owh ye ke bos,ok2 nanti saya cuba call dia

 
Jenuh cahaya call ahnuar,still tak dapat,tanpa putus asa,cahaya call budak-budak kat atas.yang duduk berdekatan dengan ahnuar tetapi tiada seorang pun yang angkat…sedih betul…sob3.. 


Last choice,cahaya kena naik atas juga untuk menemui ahnuar,tetapi malangnya bila sampai di atas,ahnuar Tak ada,tanya budak kat situ,mereka pun tak tahu ahnuar pergi mana…cahaya terus menuju pada seorang kakak nak bertanya no HP ahnuar,tapi tak semena tetiba ada orang lambai tangan ke arah cahaya…cahaya tak puas hati ,cahaya tunjuk isyarat diri cahaya ke then dia angguk…so cahaya pun pergi lah ke tempat dia
 

Cahaya : ye ada apa
Dia : u yang cari bilik meeting kan semalam
Cahaya : haah…kenapa tak guna ke?
Dia : tu la semalam I kata kat u I ada meeting kan,,pagi ni baru je I cancel..meeting tu tak jadi
Cahaya : owh…serius..saya boleh guna lah ni ye
Dia : haah
Cahaya : thanks ye awak..
 
Time ni cahaya rasa satu keajaiban telah berlaku,disaat-saat cahaya memerlukan,Allah telah beri rahmatnya dengan permudahkan cahaya untuk dapatkan bilik meeting itu.syukur Alhamdulillah…rasa happy sangat2.. 

 
Cahaya bukan lah nak tunjuk baik atau niat tersembunyi,tapi cerita yang cahaya sampaikan adalah benar2 terjadi dekat cahaya... Cahaya yang merasainya,cahaya rasa bersyukur sangat Allah sentiasa ada tatkala cahaya susah,tatkala cahaya ditimpa musibah,Allah hadirkan sifat bersabar dan bertenang…itu merupakan nikmat yang terbesar yang pernah cahaya dapat...^__^

 
Tak terucap dengan kata-kata begitu bermaknanya Nikmat yang Allah beri  ...syukur sangat-sangat…(^_^)
 

Always



 
Coretan IOG : No one will manufacture a lock without key ,
                       similarly Allah won't give problem without solution



Love Peace Respect Share

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Adore Him


Salam readers,
baru sahaja download video ini
adore him very much


setiap kali dia muncul dalam MGIG pasti berlatarbelakangkan lagu ini
i love this song too
Trap by No Min Woo

Coretan IOG : mahu menonton cerita Asmara...papai....

Love Peace Respect Share

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Penangan Dia || Mula Beraksi

Assalammualaikum

Jap..tak tahu nak mula macam mana  *ayat tak boleh blah...dush3..,al maklumlah dah 3 hari meninggalkan blog, rase macam dah sebulan tak update,begitulah penangan blog,mana tak nya,walaupun tak update tapi tiap-tiap hari cahaya buka blog then sometime jadi silent readers,YES cahaya lebih selesa jadi silent readers sebab tu entry cahaya tak ada banyak yang komen,maybe mereka pun tergolong dari silent readers..WHAT U DID U WILL GET BACK…kan senang …deal….*hakikatnya sedih melihat blog ini terabai…


Terima kasih yang sudi datang bagi sokongan untuk entry  ini,walaupun sedikit tapi amat bermakna *kesat air mata dengan tisu jap…PROPA je tu..haih…


Terasa HAPPY  gak ,walaupun tak blogwalking tapi kan,ada juga yang sudi follow blog yang tak berapa nak cantik cun melecun ni…terima kasih ye,walaupun puratanya sorang setiap hari ,walaupun trafik blog ini ciput setiap hari tetapi masih ada lagi yang sayang..*perasan mula menebal….isk2….dush3…

Sebenarnya banyak benda yang buat cahaya abaikan blog ini , ada sorang yang bertanya ...eh..salah...bukan  sorang tapi lebih dari sorang kot dari teman blog,mereka bertanya,senyap ni  nak buat persiapan tunang/kawen ke…meh sini nak jawab..haah persiapan untuk perkahwinan DAUS…tiap2 minggu kena buat kerisik,now baru buat 15 biji kelapa,target sampai 30 biji so 15 biji lagi perlu dibuat…*busy tak???ekekee

Sebab utamanya bukan yang itu,sebab utama ada di entry ini,tak mahu ulang banyak kali,sila baca sendiri…*senyum..

Pernah DEACTIVATE facebook beberapa hari lalu,kesannya Blog page FB pun tak ada , bila activate FB balik semula,ingat ada,still remain same.. time ni rasa down sangat ,takkan nak buat balk semula,berkat kesabaran keesokkannya blog page itu ada semula..alhamdulillah.so rajin-rajin lah LIKE page ini kalau kamu benar-benar suka…hehehe


Rasanya cukup lah sampai disini,TERUSKAN PERJUANGAN MU CAHAYA….AJA-AJA FIGHTING..SARANGHEYO…MMMUAHHH…*pehal tetiba gedix ni….=P


P/s : Nak update pasal treasure hunt sabtu lepas,tapi macam malas je nak edit gambar letak watermark..haih...


Gambar tiada kena mengena....

Coretan IOG : biyane….now,I have try to give you chance…



Love Peace Respect Share

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Diabaikan || Will Comeback Later

 Assalammualaikum,


Blog ini sudah terabai....
huhuhu
maafkanlah diriku
will comeback later...
papai.....



 Coretan IOG : NONE...daaa

Love Peace Respect Share

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Soal Jodoh || Beri Aku PetunjukMU Ya Allah

 Assalammualaikum..

Tadi cahaya ada kat Everly Hotel,ada Scope Challenge,hurm...lunch tadi ada sorang kakak tu datang ke sini untuk seminar lain,then tetiba bincang soal jodoh...ikuti petikan percakapan dia

"ustaz pernah berkata,jodoh Allah telah tentukan ,tetapi kalau kita kerap menolak jodoh,sampai satu tahap ianya takkan ada lagi,sebab kita dah pernah tolak jodoh yang diberi...bukan soal tak ada jodoh tetapi soalnya mengapa kita harus menolak setiap jodoh yang datang pada kita"


Cahaya terus terdiam,rasanya pertemuan cahaya dan kakak tu telah ditentukan oleh Allah...membuatkan cahaya berfikir sejenak..dia pernah hadir dalam hidup yaty dulu tetapi dek kerana sesuatu perkara,cahaya menolak dia dengan cara baik...selepas beberapa tahun,sekarang dia muncul kembali dan cuba meraih cinta cahaya...adakah ini dinamakan jodoh..hurm...entahlah,cahaya sukar nak beri kesimpulan,bak kata orang biarlah orang sayang kita lebih jangan kita sayang orang lebih...dah cukup terluka apabila kita sayang orang lebih...now tiba masanya untuk orang sayang kita lebih...huhuhu





 kunci Hati saya ada didalam
dapatkah awak membukanya??



jangan lukakan hati saya seperti ini
sekiranya awak telah dapat buka hati saya dengan kunci itu tadi
saya mohon.....


Kadang-kadang tak terfikir dek akal fikiran,semuanya telah ditentukan,biarlah masa yang menentukan...


Jika dia jodoh terbaik buat ku ya Allah,KAU dekatkanlah dia denganku,jika dia bukan terbaik untukku,KAU jauhkanlah dia daripadaku....amin...



Allah Always in my Heart


Coretan IOG : Ya Allah Berilah Aku PetunjukMU


Love Peace Respect Share

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

"Anda Baru sahaja terkena panggilan Hangit"

Salam Readers..

Sedang menonton Daring Woman,ringtone menyesal by sixth sense HP berbunyi...OH Tuhan no yang tak dikenali,as usually ku memang agak keberatan nak jawab,tapi tadi terasa macam nak jawab plak.ku pun tekan butang answer

Dia : Hello,ini cik Nur Hayaty ke?

Yaty : ye saya

Dia : ok saya dari syarikat Gores & Menang

Yaty : %&#%*& (blur macam tak percaya,mana dia dapat no aku???dengan segera ku tekan butang end call)..huh...rasain...berdebar2 time tu..terusku silent kan HP

Tetiba ada vibrate kat HP tanda ada orang bagi SMS oh tidak!! dari no Gores & Menang berupa

"Kak Yat ini Ikim lah"

masa ni dah rasa macam terkena panggilan hangit..pergh...sah2 yang cakap tadi Husband ikim...hahaha *agak malu di situ...sungguh kurang sopan terus letak tadi...=_=

ku terus reply

"Tak Baik tau,terkejut akak"..

terus ikim call balik

yaty : ha ikim tak baik tau,dah berdebar tadi

Husband ikim : haa kak yaty selamat hari jadi..

Yaty : err...apa plak ni,..besday sapa

terus beliau bagi HP kat ikim

ikim : Hello kak yat

Yaty : iyer ikim,owh pandai ehh berpakat dengan nizam nak kenakan akak..adeh

ikim : ala saja je ..

Yaty : berdebar tau tak...isk..

ikim : kak yat,ikim nak datang melaka esok,boleh tak nak datang uma akak

Yaty : apa plak tak bole,tidur sini ke?

ikim : haah,boleh tak?

Yaty : apa plak tak boleh,tapi janji tau tido sini,kata dengan nizam tak payah bazir duit tido kat hotel..*ketawa

panjang perbualan kami,tapi yang ingat cuma ni je,oh ye....tak sabar nak jumpa kamu adikku...hati-hati k..dah sampai Melaka beritahu akak...*macamlah dia buka blog ni dan baca...hehe


Lepas rindu cakap ngan ikim tadi,jaga anak buah akak tu k,nanti biar comel macam auntie ni ha...ekekee...*perasan...


* agaknya kalau terkena panggilan hangit,memang jenuh fafau,FBI dan Aj nak kena call banyak kali sebab ku akan letak je sentiasa..ekekee...

"Anda Baru sahaja terkena panggilan Hangit">>>>dush3... 





Coretan IOG : Awak ...S.A.B.A.R.....



Love Peace Respect Share

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Satu Sifat Yang Ku Tak Boleh Ubah Sejak Dulu Lagi

 Assalammualaikum..

Entry ini ringkas sahaja...aiseh..tak tahulah kenapa jadi macam ni,just nak share,yaty ada satu sifat dimana kalau menonton match akan jadi macam ni





buruk crazy kan bila seorang girl menonton perlawanan terjerit2...sila percaya...sebab tu yaty tak suka nak tengok match,nanti terjerit macam orang gilameroyan,tak memasal orang kata overexcited padahal penonton je...kan i gadis melayu yang pemalu dan sopan santun..auww....isk...tak tahu lah macam mana nak ubah sifat terjerit2 ni,ianya datang semula jadi...ibarat macam korang makan coklat M&M automatik cair dimulut...err...kena mengena ke...=P


Hari tu yaty nengok perlawanan badminton sukan komanwel semi final  bagi beregu malaysia,puan emak dalam bilik,yaty kat luar nengok sorang2...memang terjerit2 lah kan..terlompat sana terlompat sini....kalau kera nengok pun pasti dorang konfius aku kera ke dia yang kera...konflik dalaman seekor kera....*kalau lah depan bakal mak mertua buat macam ni,memang hampeh lah kan...terus kena reject..=_="...puan emak lepas solat isya' keluar dari bilik seraya berkata



"apalah kau tengok TV terjerit2 ni,nasib baik umah kita jauh dari orang,kalau ada jiran macam mana?"

"ala mak ni,biasalah excited nak jadi penyokong..sebab jauh dari uma orang lah,orang leh jerit2.."

haaa menjawab2...kehkehkeh...dush..dush...dush...


korang ada tak tabiat macam ni,yaty ni tak kira lah nengok match apa,semua match  pasti buat yaty excited nak sokong ....match bola sepak ke,badminton ke,ping pong ke dan etc,sifat terjerit2 tu memang lumrah..pernah sekali datang sokong budak2 ofis main bola tampar...hurm..time tu memang yaty jerit bagi sokongan..perghhhh malu babe..dah habis perlawanan baru sedar..."apa yang telah aku buat ni"...haih ...hilang keayuan diri sekejap...=P


apa2 pun sekalung tahniah buat pasukan badminton yang telah merangkul 4 emas dalam sukan komanwel...yaty sangat suka menonton perlawanan Badminton....bestnya kalau dapat BF yang suka main badminton..haha...ada ke kat sini...=P



Mereka berdua sangat serasi
teruja lihat corak permainan mereka
mereka adalah
Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong



Datuk Lee Chong Wei
yang ni lagilah
best gila nengok beliau main
dengan senang je beliau mengalahkan England
kekuatan beliau dari pemerhatian yaty adalah
SMASH..memang power babe..


*sedang berusaha mengembalikan mood untuk berblog...now lebih tertumpu kat channel One astro..haih....selagi Astro tak cut selagi tulah mood berblog tak berubah,anda pula bagaimana..=P


Coretan IOG : tak sabar nak nengok wajah doktor Dong Joo aka No Min Woo dalam My girlfriend is Gumiho...errr korea lagi...=P

Love Peace Respect Share

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Saya Semakin Bahagia

Assalammualaikum…

Hai korang….apa Khabar?sihat ke? Den dah semakin sihat….serius den cakap,den semakin bahagia…owh…bahagia sangat-sangat…hahaha…sila muntah kalau korang rasa nak muntah..=P …

Apa yang buat ku bahagia? Isk…adalah…mana boleh tahu…korang patut tahu yang tuan blog ni sangat perahsia orangnya,mana penah dia bagi tahu details..hahaha..dia selalu buat orang tertanya-tanya *walaupun sebenarnya tak ada pun orang nak bertanya dan tak ada orang pun ingin nak tahu apa dia…kehkehkeh..never mind dia tak kisah…janji dia bahagia…lalalala…=P

Pssst…korang,yaty suka la mamat ni,comel je dia,serius dah jatuh cinta pandangpertamakeduadanseterusnya…how come ehh nak confess kat dia…siang malam angau kat dia..haih…kalau lah dia tahu kewujudan blog ini dan dia memahami apa yang yaty tulis ini kan bagus,tak payah lagi penat-penat nak explain kat dia....=_="


 
See…nampak tak sinar penceritaan jiwang diatas,now korang dah tau ke yaty bahagia sebab apa..haih..malu nak cakaplah…walaupun diri sendiri yang telah mengungkapkan…kehkehkeh ayat nak minta pelempang je kan…silakan…tak kena pun…=P


Oh Lelaki yang telah meMELTkan diri ini adalah



turun




lagi



lagi




lagi





lagi





lagi




dan





lagi





tarrrrrraaaaa




No Min Woo
cutecrazy mamat ni

Dia merupakan salah seorang pelakon dalam cerita My Girlfriend is Gumiho. Dia pegang watak Doktor Haiwan .sweet sangat muka dia,nak2 kalau dia senyum…haih…cair mak long nyah…hahaha


Ok2 cukuplah sampai disini..karang tak memasal ada orang hantukkan kepala kat dinding selepas baca entry ini *meluat katanya...ada aku kisah…ekekeee..=P



Oh ye Shah Iznan ada bagi yaty award…terima kasih ye awak ^_^



Anugerah Blogger Harapan
"berhenti berharap"
err...abaikan...=P

ada tag dan soalan yang perlu di jawab tapi kan tuan blog rajin sampai tak nak copy...haish...=P


P/s : Puan emak sangat baik ,beliau suruh daus pergi beli booster,yeay..malam ni boleh nonton sambungan cerita Korea...sayang puan emak....

*tak rajin update entry disebabkan cerita Korea...so..sila salah kan orang Korea ok...kehkehkeh


Coretan IOG : Saya semakin bahagia....='>





Love Peace Respect Share

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Baru Di Uji Sedikit

 Assalammualaikum

Kalau dulu Makan banyak mana pun tak rasa kenyang,now bila makan.... tak dapat rasa pun makanan itu,pendek kata kalau ia masak kari atau sambal rasanya hanya neutral sahaja iaitu pedas..inilah padahnya jika anda demam...uwaaaa....='(


Ubat pink yang comel tu ku sudah habiskan , YES dah habis OK,sapa kata ku taksukabenci makan ubat,buktinya ku dah habis makan tadi...*kalau tak kerana sakit memang tak makanlah...huhuhu


Esok dah keje,ohhh silakan percaya,demam2 pun ku akan bekerja esok,ohhh tidak.....doktor nak MC leh tak..haish....ada tak doktor kat sini,boleh tak beri saya MC...doktor...doktor....doktor...ish3..udah2 le tu yaty karang penyakit kamu bertukar sakitjiwa plak...=_="


Selsema nyah kau dari sini,tak betah lagi tiap-tiap malam tidur dengan hidung tersumbat..ohh...agak pilu dan sadis menghadapi ujian selsema ini kerana setiap kali hidung tersumbat ku mula sukar untuk bernafas....jika itu ketentuanNYA ku pasrah...huhuhu



Dah tak boleh bertahan lagi,ku harus mengundur diri,jika ada salah dan silap harap dimaafi,jika ada umur yang panjang kita bertemu lagi...sekian...


*alhamdulillah sakit tekak dah mula nak baik,tinggal selsema sahaja...dan mungkin pening2 lalat sedikit...




Coretan IOG : Baru sahaja diuji dengan Demam belum lagi dengan benda lain..Allah kuatkanlah aku untuk menerima ujianMU ini...amin..=_=




Love Peace Respect Share

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Tak Suka Benda Ini Even Ia Warna PINK

Yes
it's true
even benda ni warna PINK pun
yaty tak sukaaaaaa


Antibiotik
Doctor Said : Awak kena habiskan makan Antibiotik ini 
HOW come???? =_="



Ubat Selsema
Nampak je comel tapi
rasanya tak lah secomel rupanya
hurmmmm


Doctor Said : awak demam ni,batuk awak pun agak teruk,suara awak lain gara-gara sakit tekak.

sekiannnn....

Coretan IOG : First time tak suka PINK....kalau tak!!!  Bila nampak benda warna PINK mesti Excited....haish...



Love Peace Respect Share

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Entry Ini Tak Lawak || Tapi Kalau Nonton Pasti Pecah Perut...errr...=P

 Assalammualaikum....


pssttt...korang,tadi lihat video ini dekat facebook lepas tu try lah cari kat you tube..mula2 tu memang agak susah gak nak jumpa,tapi NAK SERIBU DAYA TAK NAK SERIBU DALIH,berbekalkan pepatah itu,yaty cari juga sampai dapat...ekekee...semangat doe..kalau dalam SPM dulu macam ni kan bagus......hoho =P


Malas mahu bebel panjang ,korang layanlah video ini....kalau korang tak nengok sampai habis,gerenti korang rugi..ini serius...see muka yaty sangat serius ni....(sambil tahan perut nak gelak sebab video ni memang kelakar gilamengong...ops..=P)






Kesian Mamat tu...hikhik...agak-agak lah kalau nak bagi offer...hahaha



Coretan IOG : Esok yaty cuti ..yeay....selamat bekerja pada yang keje esok..*saja nak bagi jeles..hoho


Love Peace Respect Share

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Setakat Romantik Je Baik Tak Payah

 Assalammualaikum

Hai Readers yang tersayang,


Romatikkah seorang lelaki apabila dia menghadiahkan wanita sejambak bunga??
Cairkah hati wanita hanya kerana sejambak bunga??

Kakak cantik (tiru ayat David Teo dalam cerita I'm Not Single) ,cuba kasi tau wa perempuan mana yang tak suka Lelaki Romantik?? Tipulah kalau mereka kata mereka tak suka. Wa pun suka lelaki romantik.TETAPI see ada BUT tu...(haha pening korang baca ayat ni..memang nak bagi korang pening pun..kehkehkeh) kalau setakat ROMANTIK je baik tak payah.nak tau sebab apa ??

kawan : Ti,kau tau tak aku ni laki romantik
yaty : ye ke??
kawan: kau memang takkan percaya tapi serius aku memang romantik.
yaty: ye lah bang,untung isteri abang dapat abang yang romantik ni kan
(rasa loya plak tekak puji lebih2 ni..isk..)
kawan : Ti ,cam ne ni,budak2 opis semua balik kampung,takkan nak pergi uma kawen pizam sorang2.Tak  macam ni,aku datang ambil kau k,kite pergi sama-sama
yaty:ish tak mahulah ,bukan pizam jemput pun,lagipun buat NAYA je nanti isteri abang bawa parang terjah saya.
kawan: la,takkan lah aku nak beritahu isteri aku,mestilah tak kan..
yaty: isk tadi kata laki Romantik,tapi menipu plak
kawan : Ti ,kau kena faham ,aku memang Romantik tetapi yang lain2 tu tak..kehkehkeh (serius dia memang gelak jahat time ni)


kalaulah aku diberi mandat tadi,nak je aku lastik dia sampai mulut dia berdarah masuk hospitalwadkecemasan. oh tidakkk..kekejaman di situ...YES aku tahu dia bergurau, tetapi kalau dah selalu sangat .....korang rasa itu gurauan ke???hurm entahlah ,aku memang anti orang yang dah kawen...eh..eh..maksud ku orang yang dah kawen tapi mengambil kesempatan ke atas anak-anak dara diluar sana.KESEMPATAN2 tu korang fikirlah sendiri,malas nak ulas lebih lanjut.



MEH sini NAk cakap YATY bukan Perempuan jenis melayan SUAMI orang.So,jangan ngada-ngada nak jual minyak kelapadara ke,minyak selasih ke,minyak pengasih ke...err..yang tu jangan nak guna bomoh plak ye...hukumnya HARAM...sekian....




Attention to para husband : sila jauhi saya...


Ya Allah pertemukanlah aku jodoh yang baik..amin...

 insyaAllah....amin..^__^


 P/s : Kekasih yaty daus demam panas,tadi baru bawa dia pergi klinik,doakan supaya dia cepat sembuh ye..amin..walaupun selalu bertekakbergaduhbertumbuk dengan dia,tapi yaty sayangkan dia...^__^


Coretan IOG : entry ini sekadar pedoman...harap maklum...


Love Peace Respect Share

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Muslimah Biasa

 
Copyright©2011-2012. Segala penulisan diatas adalah Hak Milik cahayakehidupan