Cuti 2 Hari Terasa Puas || Meja pun nak melawa


Aku tulis ni sambil senyum , aku nak senyum lagi boleh, happy derr aku cuti dua hari ,korang cuti ke?hek2..opcos korang baru nak merasa cuti  esok kan*bagi student tolong diam boleh? (jeles dengan student leteww)....=__=

As per korang tahu (lah sangat) , semalam aku tidak dapat menonton match Bola ,sadiskan???*tanya soklan ni,cejawabcejawab... Ye-ye aku tahu pasukkan HarimauMalaya kalah tetapi bagi aku , aku bangga kot(perlu kot ke?) sebab atleast pemain-pemain Malaysia dah menunjukkan effort terutama sekali Safee Sali , S Kunalan dan Khairul Fahmi Che Mat.

Aku yang tengok ulangan pagi tadi ni pun, aku amat teruja KFCM dapat menepis banyak bola yang ditendang oleh pemain Singapura(pura) semasa mahu menjaringkan gol. Weii, korang ingat senang ke ?Susah derr, kalau  tak , tak ada lah penjaga gol malaysia yang lagi satu tu(bukan KFCM)  biarkan 2 gol masuk percuma(tanpa tepis bola) masa kat Singapore,  yang lagi 3 tu aku boleh accept lagi(sebab ada tepismenepis) ..hukhuk tak-payah-ungkit-tentang-kekecewaan-aku-diSingapore , sakit betul hati time tu *muka serius.


*******************

Tadi aku bawa puan emak pergi beli cermin meja (meja-pun-nak-melawa-masa-raya-nanti) , sesampai disana aku cakap lah dengan pekerja kedai cermin tu

CK : Nak tempah cermin meja,u boleh buat ka?
Chinese Boy(CB) : Boleh

sambil tu puan emak keluarkan ukuran tali rafia yang telah beliau ukur di uma dan chinese boy tu pun mengukur tali itu diatas meja dan tandakan dengan marker untuk mengukur panjang dalam bentuk CM(kot) .Dia pun keluarkan tali tape yang tarik tu (bukan yang tali tape jahit baju tu , ni yang kerja2 pembinaan tu...pesal beria aku mengexplain ni..haish..)

Semacam pelik apabila CB ni  tercari-cari marker yang dia tanda atas meja tadi

CK : inilah tandanya,haiya,u yang tanda u lupa ka...isk2..

CB tu tersengih-sengih bila aku bilang begitu.

Dipendekkan cerita CB itu sangat peramah malahan murah dengan senyuman,serius weii ,kalo dia Melayu aku dah mengorat buat suami (cakap je lebih buatnya simpang 44 malaikat)Malu itu  separuh dari iman..sekian...



Mira : Mak Long cuti 2 Hari sampai hati tak bawa kiter jalan-jalan..
(yang teddy bear sebelah tu mendanya *sambil tunjuk bukti kat screen)

p/s : mira belum pandai bercakap, dialog itu direka oleh maklong nya je...kuikuikui..k bai..

Coretan IOG : Esok operasi bawa puan emak ke pasar Besar ....terbayang yong tau foo...=P





Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Aku seorang pelukis



Aku suka bangat seh, sebabnya , aku dah bole buat doodle sendiri, sila baca betul-betul ye Doo-dle bukannya Noo-dle...kalau noodle zaman aku tadika aku dah pandai masak sendiri #ehyeke...ketipuan disitu..hek2...

Akceli, aku nak buat Noodle ni eh...silap Doodle ni  guna adobe photoshop,malang al kepalang,aku tak pandai nak buat, even rujuk tutorial pun aku tak jumpa step yang para (para sakura) blogger bagi. So, ku cubalah untuk melukis guna tangan feeling-cam-ada-bakat-melukis-lah tetapi resultnya tak ada lah cantik ohsemkebabom...hasilnya biasa-biasa saja. Sehinggalah  suatu hari,jap aku ambil mood cam nak cerita kisah cinta hukhuk  =O , aku try la guna microsoft word(kat office), sekali lagi aku sebut microsoft word (aku tengah ajar budak tadika ke  sebut perkataan  nak kena ulang dua kali..kuikuikui)

Pastu kan feeling-feeling cam dapat bunga dari en ehem-ehem  bila aku dah boleh menghasilkan doodle buatan sendiri, rasanya cam makan biskut chocolate chip di pagi raya...ohsemmm....*sambil buat muncung bahagia, bahagia ke bila ada muncung..ah tak kisah la,janji aku suka...kehkehkeh..

Aku tak nak wordbebel sangat, korang saksikan lah dari zaman aku melukis guna pensel sampailah aku guna microsoft Word.


yang ni version guna tangan aku sendiri
maksudnya aku lukis guna pensel pastu ikut guna pen PINK pastu barulah convert to image
pastu aku warna ikut suka



Yang ni plak tak tahu doodle ke berapa telah aku buat
cuma yang ni je aku nak pamerkan sebab aku dah letak watermark
*kedekut sehhh...hahaha


p/s : agak-agak ada tak nak tempah doodle kat aku...*berangan nak dapat duit raya jap...hahaha

Coretan IOG : esok ada World Hijab Day kat opis, tetamu jemputan adalah Wardina Saffiyah dan Ustazah dari rancangan Tanyalah Ustazah...Excitednyer...

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

WORDLESS Thursday (Lah Sangat)



Mula-mula aku nak buat WORDLESS Thursday, tapi tetiba tangan aku gatal nak taip perkataan ini, so WORDLESS dah jadi WORDBEBEL...hekhekhek...by the way, dari mana datangnya idea WORDLESS ni, kalau WORDBEBEL tu datangnya dari aku, so WORDLESS ni datangnya dari siapa??..cepikircepikir...#kbai.



kekonon ni la picture yang aku nak letak WORDLESS tu
ehem..ehem...siapakah gerangan jejaka muncung disebelah tu
*dialah en ehem..ehem...aku (lah sangat)...#ehyeke
tak-kisah-lah-asalkan-aku-bahagia
=O

Coretan IOG : Kau nak orang respect kau,sila kau respect orang dulu. Jangan ingat kau boleh marah sesuka hati je kat orang *eh tetiba marah kat CORETAN IOG ni apa hal...#makokje...

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Hati aku untuk siapa?


Assalammualaikum..

Aku tahu,bila korang baca tajuk pun,korang akan fikir aku nak cakap pasal LOVE yakni CINTA dan membawa maksud ikut kamusdewanbahasapurba  Korea Saranghae #ehyeke..haha. 

Lately ni, aku perasan entry aku banyak berkisar tentang perasaan, antaranya  adakah kita sebahagia ini , Jangan menyintai manusia melebihi yang maha ESAPerkara kecik jangan diperbesar-besar kan , nama saya manja nama saya comel . Aku mengaku time tu memang aku merasa kebahagiaan itu, sungguhpun tak in details aku menceritakan tentang si dia,tetapi once aku tulis mengenai perasaan itu,aku benar-benar memaksudkannya which means,aku benar-benar rasa perasaan itu. Tetapi , kebahagiaan itu hanya sebentar cuma dan aku percaya Allah lebih tahu apa yang terbaik buat aku.


143

Tipu lah,kalau aku kata aku tak sedih. Aku admit, aku tak pernah bercinta dari zaman sekolah hinggalah aku mengenali si dia,aku baru tahu apa itu CINTA.Haruslah-aku-rasa-sedih(meroyansikitje) - time-tu . Dan aku tak sangka Allah beri aku rasa cinta itu. Jika aku sudah tiada esok ataupun lusa,aku bersyukur sangat aku dapat mengenali erti cinta. (meskipun cinta before kahwin itu adalah dilarang oleh Agama tetapi pada masa itu kami memang merancang ke arah perkahwinan tetapi apakan daya kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan).Dosa-tetap-dosa OK.

Now, aku tahu reason kenapa Allah beri aku rasa CINTA dan tarik balik ketika aku bahagia. Sebab aku tahu Allah sayangkan aku, DIA tak nak aku lalai dengan perasaan itu, DIA nak aku menyintai DIA lebih dari manusia ,DIA nak aku menyintai manusia yang halal bagiku, DIA nak aku rasa DIA ada bersama aku tatkala si dia meninggalkan aku kerana cinta DIA adalah cinta sampai syurga, cinta yang kekal dan abadi buat selama-lamanya.


Aku percaya,ketabahan dan keredhaan aku ini datangnya dari DIA. DIA yang beri aku ketenangan untuk menghadapi ujian yang DIA beri. MasyaAllah betapa pengasih dan penyayangNYA DIA terhadap aku.Aku bersyukur sangat.Dan aku percaya,satu hari nanti , DIA akan mengurniakan aku seseorang yang mungkin lebih baik dari si dia atau mungkin jika ada jodoh aku dengan si dia, kami akan bersatu semula,insyaAllah..




 Take an eraser to erase that tears, take a pencil and draw a smile on your face . Sekarang aku jalani kehidupan seperti biasa, sungguhpun aku tiada cinta dari seorang insan yang bergelar suami tetapi kehidupan aku dipenuhi dengan cinta keluargaku,kawan-kawanku dan paling penting sekali cinta dan kasih sayang dari yang maha ESA. aku harap aku akan terus tabah untuk menghadapi setiap ujian yang DIA beri. InsyaAllah..




 Mutiara Kata :

May Allah be with you at every step you take,
May Allah guide you in each decision you make,

...May Allah help you when life gets rough,
May Allah bless you with more than enough,

May Allah protect you when you fall,
May Allah hear you when you call,

May Allah sooth your heart when you don’t understand,
May you always be in Allah’s loving Hand…

Ameen Ya Rabbul 'Alameen





Aku harap, entry ini dapat memberi sumber inspirasi buat korang semua supaya lebih tabah untuk menghadapi ujian dari Allah. kerana ingatlah,  EVERYTHING HAPPENED FOR A REASON.


Picture credit : En Google.


Coretan IOG : Biar tak CANTIK didunia asalkan cantik di AKHIRAT .

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Take an eraser to erase that tears, take a pencil and draw a smile on your face



Assalammualaikum...

yeah...aku kembali ke sini dengan sinar baru. aku dah tutup buku lama,now aku nak buka lembaran baru *lembaran dengan buku sama ke? dalam kurung lu orang pikir ar sendiri tutup kurungan sambil gelak sopan ..kuikuikui...

Untuk entry yang tak berapa nak lama tu ,aku ada nyatakan sebab apa aku menyepi kan, ok lets reveal something, itu memang hot issue (4 minutes lah sangat) yang pertama, yang keduanya sebab aku tengah putus cinta #ehyeke. Actually,aku tak bercinta tapi aku TERsayang kat seseorang ,(tak nak mengaku konon) sila-baca-dengan-jelas-TER(caplock)- ok - bukan sengaja -_____-

Find, aku memang bermasalah, sebab aku terlalu sensitif, yes aku admit , tapi tolonglah faham aku sensitif sebab aku sayang bukan sebab aku benci. hurmmm entahlah,maybe Allah belum temukan aku jodoh yang sebenar.mudah-mudahan one day aku akan jumpa imam(muda) ku.amin...


(gambar sekadar hiasan)

Mungkin aku seperti Zulaikha ini.Adakah AKU dalam cerita itu wujud??? (aku mendambakan orang seperti AKU itu)...

I'll admit, I love you. I think I always will, but that doesn't mean I'm gonna wait anymore, because I finally realized I deserve better.



Coretan IOG : Take an eraser to erase that tears, take a pencil and draw a smile on your face. ^_^

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Muslimah Biasa

 
Copyright©2011-2012. Segala penulisan diatas adalah Hak Milik cahayakehidupan