Assalammualaikum
Tak tahu…tak tahu..tak tahu…tak tahu..tak tahu…arghhh….
Entahlah susah nak faham perasaan sendiri,kadang-kadang yaty rasa yaty kejam pada diri sendiri.Kenapa susah sangat yaty nak bagi peluang kedua pada dia.YES memang manusia semua tak sempurna,banyak melakukan kesilapan, tetapi….huhuhu entahlah tak reti nak explain kat sini.Apa yang penting perbuatan itu memang sangat menghantui diri yaty. Nak ulas apakah perbuatan itu,yaty rasa tak perlu lah,biarlah yaty sorang je yang tahu.jap..jap ..nak Tanya apa pegang tangan sebelum kawen tu boleh ke?tak..tak…bukan nak tunjuk alim,tapi yaty rasa as long bukan jadi yang halal…yang haram tu tetap haram… =_= . Dalam Islam pun menerangkan bersentuhan kulit wanita dan lelaki yang bukan muhrim adalah di haramkan umpama sentuh kulit ba alif ba ya.
Maaf tak ada niat langsung nak singgung sesiapa,ini sekadar luahan hati sahaja.Tak ada kena mengena dengan orang lain.YES yaty kolot,yaty orang kampung,nak kata keluar dengan lelaki berdua tu memang dah cukup bagi pengajaran buat yaty.Apabila kepercayaan yang diberi telah di salahgunakan dengan mengambil kesempatan.Padahal yaty tahu dia jaga solat dan baik hati sebab tu yaty menerima perlawaan dia untuk keluar,tapi tak sangka plak jadi macam tu,segala-gala musnah, BENARLAH antara dua ada yang KETIGA,so,sejak dari itu,memang tak pernah lagi keluar dengan lelaki kecuali berteman.
Perkara itu dah jadi 3 tahun lepas,now dia hadir kembali ,YES kalau ada jodoh tu tak kemana,tapikan kenapa sampai sekarang peristiwa tu masih menghantui diri yaty..Easy To Forgive But Hard to Forget.Kadang-kadang buat yaty tak faham,kenapa sometimes yaty rasa ok je kawan dengan dia,tapi bila dia ajak keluar,secara automatic teringat peristiwa 3 tahun lepas.Maybe salah yaty gak,tak pernah cakap dengan dia tentang peristiwa itu,Tetapi dia juga harus tahu apa yang dia buat itu SALAH…Grrr..
Entahlah susah nak expect apa yang akan terjadi pada masa akan datang,kerana hanya Allah sahaja yang tahu apa yang terbaik buat yaty.Jika dia terbaik buat yaty,insyaAllah yaty akan redha menerimanya begitulah sebaliknya.Yaty sentiasa berdoa supaya mendapat jodoh yang baik dan boleh membimbing yaty ke jalan Allah.InsyaAllah
Luahan ini hanyalah untuk melepaskan rasa kebencian,ketidakselesaan diri yaty terhadap peristiwa yang yaty alami 3 tahun lepas,Diharapkan Korang tidak salah faham.Apa yang pasti HALAL tetap jadi HALAL begitu juga HARAM tu tetap akan jadi HARAM.Korang fikirlah sendiri,masing-masing punyai akal fikiran,punya agama yang di pegang ,so, tak perlulah menunding jari ke arah orang lain,seelok-eloknya perbaikkilah kelemahan diri sendiri,insyaAllah kita akan menjadi muslim dan muslimah yang sejati.Amin
Kita sering tertanya kenapa kita di uji .Hayatilah pertanyaan dibawah.semoga kita dapat ambil pengajaran dari nya.
KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
And here is the rest of it.QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "- Surah Al-Baqarah ayat 286KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
Coretan IOG : Setiap terjadi pasti ada hikmah disebalikNYA.
Love Peace Respect