My New Life

"Ustazah,cepatlah solat,wudhu' iman dah habis ni"

"kenapa plak iman kata wudhu' iman dah habis?"

"Air kat muka iman dah kering"

hai lah anak-anakku,macam-macam keletah dan ragam ,ada je nak buat ustazah dia ketawa

Permulaan 2014 adalah dengan bertukarnya  profesion dari bahagian admin kepada profesion guru, doakan saya mampu nak galas tanggungjawab ini.aamiin.

Oklah...jumpa next entry....

(update via hp,i miss my blog,seriously)

Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Best Habaq Ang....


scarynya tengok blog sendiri,haha,dah lama meninggalkan dia,apalah malang nasib blog ni,tuan dia selalu je buat dop reti ke dia,isk2...

biasalah permulaan rangkap mesti rasa awkward nau nak cakap,eh tak,nak taip,sebab dah lama otak tak berfungsi untuk blog,now otak lebih tumpu kepada studies..oh ye...hai i'm officially student pada September 2013 *fefiling retissss* =_="

Segala memori team building berasa nak update ke sini tapi keinginan nak menaip atau nak berkongsi selalu terbantut kerana dulu pernah pesan pada diri,dah2 tak payah upload gambar lagi...ingat!! *ada bunyi seram disitu*

sekadar penulisan bolehlah kot,actually best sangat buat waterfall abseiling dengan water rafting,ya Allah,even kecut perut habaq ang  tapi bestttt *nada budak yang dalam iklan petronas*

ok tak update cenggitu je?

masa 10 tahun akan datang bila buka ini blog pasti diri akan lupa ingatan tentang ini,dah lah tak detail pastu macam nak tak nak je taip..*lap air mata*

sekian sahaja entry yang rasanya saja ditaip before nak masuk tidur

credit gambar : sini

Nota penting : Oh ye jangan lupa puasa Sunat Arafah esok...dan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua yang sudi singgah ke sini...=)

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Kisahnya aktiviti pertama saya...eceh....


hai semua,ni ari dengan semangatnya mahu cerita salah satu activity yang busy(lah sangat) tu pada kalian semua.



taraaa,yeay main bowling...*tak payah nak excited sangatlah*,by the way,ini tournament ditempat kerja ye,dah kat office takde gelanggang bowling,so kena ar buat kat sini (lawak hambar).ok ,untuk sekian kalinya,saya idok le pandai baling bola terus jatuh semua pin erti kata lain STRIKE,sebab ambo ni memeh bukan pro Bowling (motif explain panjang lebar?)

First game,uishh teruk sangat ,sebab kebanyakkannya ke Longkang,apa... ulang sekali lagi...ke longkang k..oh sadis,tapi nasib baik pihak lawan pun ada serupa macam ambo ...keh..keh...keh...but alhamdulillah game kedua dan ketiga dah improve,taklah seteruk markah game pertama..apa dia nak tahu markah game pertama berapa? seriously saya ni PERAHSIA orang nya...hahaha  =p

Session Women Double waktu pagi (oh itu kategori yang saya mainlah),lepas tu,kawan nak tengok game petang,nak support bebudak rumah sukan untuk single player,so,before nak sampai ke pukul 2,kami  kononnya nak pergi MC *sila baca Melaka Sentral* (jangan pelik hakikatnya memang orang2 sini panggil MC),tapi apa kan daya,parking penuh,langsunglah kami pergi ke AEON Jusco,semata-mata kawan nak beli buah mangga potong +_+...tapi...ada tapi...semasa dalam jusco tadi,semangat berkobar-kobar nak beli bahan buat PAVLOVA uolls..terus ar beli tepung jagung dan gula kastor,yang sadisnya tak beli strawberi dan kiwi,sebab dan musababnya adalah kedua-dua buah itu dah siap packing,oh packing tu  takdak masalah,yang masalahnya mahai no...hahahaha...terus cancel nak beli,tengoklah dapat gaji nanti camne *mood kedekut on*



Nak dijadikan cerita,kuih ini saya teringin nak rasa,then saya pun beli kuih Tako ni yang terletak selang satu kiosk dengan buang mangga potong tu (nampak tak Takdir Allah tu macam mana,firstly kawan nak beli mangga potong,lastly,saya dapat manfaat menunaikan hasrat membeli kuih Tako..ngee)


Selesai membeli,kitarang bertolak balik ke MIBC tu ha,nak dijadikan cerita,kawan duk semangat nak main jika lane kosong,oklah,saya ikutkanlah,tapi kenapa mesti 3 GAME?? ok nampak tak sapa suh kedekut sangat ,tak beli 2 buah tu,sampai MIBC kena kuar RM20 untuk 3 game..ambikk..padan muka...*pesen suka marah ke diri sendiri memang cenggini* err.


ini last game tadi,kisahnya time tournament tak pulak dapat sampai 3 angka...err

Coretan CK : Ce teka saya nya markah yang mana satu (macam ada yang nak jawab pulak kan)....sekian..wassalam

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Muslimah Biasa

 
Copyright©2011-2012. Segala penulisan diatas adalah Hak Milik cahayakehidupan