Haih….sabar jela….

     Helo korang, aku rasa aku nak cerita ringkas je ni, Hari ini,aku kejut semua orang macam biasa dan anak-anak biasanya akan tengok WhatsApp group kelas depa guna handphone aku pada waktu malam sebelumnya , Jadinya aku expect semua orang dah tengoklah dan baca. Jadinya kami Buatlah routine pagi-pagi macam biasa dan bertolak kami ke sekolah pada pukul 6.45 pagi tadi, aku hantar anak sekolah rendah dahulu, semasa dah masuk dalam kem tu aku jadi pelik kenapa jalan lengang , lepas tu dekat kawasan sekolah tu sunyi sangat tiada kereta yang Sesak, biasanya penuh dengan kereta, jadi anak nombor tiga cakap “mak long tengok group semalam ilfy lupa nak tengok, I was like haaaaa lupa nak tengok astaghfirullah hal ‘Azim, dan aku pun buka WhatsApp group kelas dia and guess what cikgu dia ada update semalam ada poster cuti peristiwa pada hari ini , aku macam, ya Allah Ya Rabbi sesungguhnya ujian kesabaran itu Benar ya Allah 🥹, tetapi aku terfikir kenapa MP tadi tak cakap apa-apa eh , maybe dia tak tahulah kot sekolah cuti hari ini bukan dia yang sekolah ,anak ko yang sekolah yaty, apa  kena mengena dengan dia pun kan, dah salah sendiri nak salahkan orang pula, haishhh. Aku rasa kalau Allah tak gerakkan aku untuk rasa pelik tadi tu mereka dah aku hantar 🙂‍↕️, tadi kan ada dua orang budak perempuan dekat pondok tunggu ibu bapa datang ambil , kesian mak ayah dah gi Kerja agaknya.kes samalah dengan aku yang tak baca whatsapp group kelas anak2,cuma aku bernasib baik,Allah bagi signal untuk check, syukur Alhamdulillah.

    Memandangkan anak nombor Tiga cuti hari ini, aku pun tukar plan dari hanya nak pergi Econsave ke beli ayam mentah nak Stock up lauk basah untuk masak harian mereka, lepas dah beli ayam aku Patah balik ke Econsave untuk beli sayur dan buah untuk buat jus minuman aku. As usual Econsave buka 08:00 pagi ,aku sampai tadi 07:45 pagi jadinya kami tunggu dalam kereta sahaja sementara nak sampai 08:00 pagi. Seperti biasa,  kau hanya merancang tetapi Allah juga yang menentukannya, kau kata nak beli sayur dan buah aje sekali , segala jenis macam kau beli , habis gitu lah  dia, overbudget , Faham faham sendiri la ye berapa Jumlahnya.🙃

    Balik dari beli barang tadi mak aku terkejut lah ada dua orang aku bawa balik tak gi sekolah then aku ceritalah kenapa mereka tak sekolah. Lepas tu bergegas aku masuk dapur sebab nak kena asingkan ayam tu Ikut portion harian,  aku letakkan dalam zip lock , ianya mudah letak dalam zip Lock bila Kau nak guna kau ambil aje satu zip Lock tak perlu lagi nak keluarkan mangkuk dan tak perlu lagi nak kira berapa kau perlu masak pada hari tersebut sebab kau dah tahu berapa banyak kau kena masak , kalau ayam tu habis waktu petang , tiada ayam lagi, maka mereka akan goreng telur aje (bab goreng telur ni tiga tiga anak lelaki da pandai masak telur dadar sendiri,proud seorang maklong,syukur Alhamdulillah Allah permudahkan) sambung lagi cerita, sebab aku pernah masak ayam banyak untuk Cukupkan sampai petang , end up Ayam tak habis makan ,alasan mereka dah kenyanglah apalah, tak rasa nak makan nasilah tetapi bila ayam tiada kemain complain, lepas tu end up kena buang ayam tu sebab tak masukkan dalam chiller, sejak daripada itu ,aku dah belajar dari kesilapan , lebih baik habis waktu makan tengah hari dari tak habis waktu makan malam  because mereka ni kadang-kadang makan ikut mood kalau masakan itu kena dengan taste mereka,  nasi bertambah tambah mereka makan, kalau tak kena dengan taste mereka nasi yang kita masak macam biasa tu pun takkan habis dimakan.Sesungguhnya kau Kena sabar jelah kalau kau tak sabar kau kena sabar juga sabar sabar sabar sampai tiada tahap sebab kena bare in mind Allah sentiasa bersama dengan orang yang solat dan sabar, Peace yooo. Okeylah korang itu jela aku nak cerita hari ni , depa ada peperiksaan akhir tahun minggu ni sampai minggu depan dan anak nombor tiga ada UPKK   korang doakan anak2 aku ye, maceh korang🥰, okeylah wassalam bye bye daaaaa....😎



Kalini mencapai piawain tekstur brownies yang aku nak, syukur Alhamdulillah 🥰

Syukur Alhamdulillah Allah bagi sedap🙂‍↔️❤️💝


Nota kaki : Day 19 update blog (kena count sebab biar dak Yaty tahu dia masih on the track...tiber) walaupun ko da  skip 3 hari tak update yaty, weii baru 19 hari ko update lamanya nak ke monthsary.


Cahaya Kehidupan : ‘ala kullihal , semua orang buat salah including me, bezanya kita dengan orang kurang cerdik, adalah belajar daripada kesilapan,dont make fruit banana two times bak kata adnan sempit….eh…🙂‍↕️



Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Terkejut kita wak….but syukur Alhamdulillah…

    Hello guys, whats the news today..eh eh…ya Allah sesungguhnya semangatku telah tiada entah dimana dia berada ,ia telah pergi meninggalkan seorang Yaty disini…sob sob…cedihnya kita sampai hati tinggalkan kita….* sambil lap ayaq mata bak kata oghang kedah na*, kita ni bukan tak nak update but sometimes kita dah habaq banyak kali, pi baca entry lepas awat kita tak update,kita ada mention sebab apa….kehkeh..sat sat jangan marah na..kita baru nak warming up menaip guna keyboard balik ni, selalu kita update by phone using cakap je,auto taip, see , time tu memang rasa nikmatlah juga sebab tak yah menaip, hanya cakap je kan tapi tula dah namanya manusia,cepat rasa bosan, cepat rasa turn off, walaupun ada feature camtu still mula2 je excited, lama2 rasa biasa2 je wak….camtulah kehidupan, kita tak perlu buat untuk orang, kita kena dahulukan diri kita sendiri,bukan bermaksud kita pentingkan diri sendiri, cumanya ada perkara jika buat kita sakit hati lebih baik kita jauhkan diri, bukan putuskan silaturrahim tetapi kita jaga jarak demi menjaga hati sendiri dari tersakiti…see see…dak yaty dah jadi Doktor chinta lak dia…*sambil flip tudung pandang pembaca* ehhh…ko ni kang….huhu

    Tujuan utama aku update pun memang aku nak abadikan kenangan diri bersama anak2, sebab aku boleh baca balik pada masa akan datang(if panjang umur sampai tualah) sambil layan keropok lekor bersama cucu cucu aku nanti eh eh macam da melarat ko merapu ni yaty cuma aku nak khabar, ada orang baca atau tak , inshaAllah aku okay sahaja, sebab niat asal aku tak cari pembaca, this blog is my online diary, aku tak promote pun secara direct dekat my iG stories, cumanya aku ada letak link blog aku dekat profile IG, so sesiapa yang Allah gerakkan tekan link blog aku ni maka dia akan jumpalah entry aku ni ,tapi aku tak harap la ea…jangan tekan link tu. Bio orang yang tak kenal in realiti je yang baca blog aku ni…huhu

    Sesungguhnya 2 perenggan kat atas tiada apa yang ko ceritakan yaty, lebih kepada luahan ke tu???hahaha…ok aku nak cerita apa jadi 5 hari ke belakang (ouhhh lamanya 5 hari tu yaty oii sedihnya …kembali cam dulu k…aku boleh tunggu dan aku akan sentiasa tunggu ko…ye itu monolog dalaman dak yaty ), hari Selasa lepas aku dengan BFF bawa kawan pi Socso, dia nak minta bantuan support bayaran dialisis dia, semasa beratur, ada one chinese ni tengah tanya pasal suri socso, jadi PIC khabor 55 tahun ke bawah sahaja boleh apply, that chinese nak apply for he mother if  tak silap which is cannot apply la,sebab mak dia dah lebih 55 tahun,  aku ni kat belakang macam Allah bagi idea, cuba ko apply yaty , umur ko belum cecah 55 lagi, jangan sibuk tanya berapa tahun lagi ea…ppp nn cc…hihihi like seriously yaty,tiada siapa pun tanya perasan je ko ni…😂.Aku pendekkan cerita, aku pi ambil no giliran before ambil tu aku tanya dululah ,jadi pic kata boleh buat online atau direct dekat kaunter so, aku kata buat jela hari ni tu yang dapat no giliran (kemain explain panjang lebar ea…,kononnya aku nak settlekan pada hari tu , coversation semasa di kaunter

“Bagi saya IC puan”

Hulurkan IC

“Puan da ada account suri ni”

“Eh biar betul ,saya baru tak kerja tahun ni, lepas tu sy tak pernah buat lagi, siapa plak yang bayarkan?” (Debaq weeiii sebab weii aku clueless and speechlesss)

“Kejap sy cuba check siapa bayar kan?”

“Oh boleh tahu ye?”

“Boleh”

“Ok” (aku menantikan dengan penuh kesabaran)

“Yang bayarkan puan ni Jabatan Pembangunan Negeri Melaka”

“Owh, saya tak pernah mohon apa2 kat situ,tapi maybe ini ada sangkut paut dengan saya jaga anak2 arwah adik saya kot”

“Tula, sebab kadang2 kerajaan negeri ni main ambil je nama dan bayarkan, ada yang diinform dan ada yang tak diinform”

“Oh macam tu pula ye, kalau saya tak tergerak hati nak buat sampai sudah saya tak tahu saya ada suri perkeso ni…takpelah terima kasih ye..”

Hakikatnya panjang lagi tapi biasalah, dak yaty mana nak ingat2 setiap inci kata2 dia tu…🙈

    Ending dia aku dapat surat yang menyatakan validity suri perkeso aku tu dari bulan 4 2026 sehingga bulan 4 2027. Jimat duit aku RM 120, bff aku la kena bayar sebab dia memang tiada account suri tu, dan aku balik dengan rasa happy sebab Allah gerakkan aku nak buka account tu sebab Allah nak inform, Allah dah gerakkan hati orang lain untuk bukakan account untuk aku tu…sweet kan Allah? MashaAllah TabarakAllah, sesungguhnya tiada yang sia-sia dari Allah swt.oklah korang aku rasa sampai sini je entry ni, aku nak masuk tidur dah…ok wassalam,babaiiii daaaa…



Buat kek pisang coklat (this is my second time attempt) letak minyak, buat kali pertama tak letak minyak sebab tak tengok video sampai habis, padan muka dak yaty…huhu👀

This is my first attempt, yang tak tengok video sampai habis tu,tekstur dia kering, macam kek bantat tapi still boleh makan but still tak capai piawaian ..biasalah dak yaty…kan ada piawaian dia tersendiri…😌


Nota kaki : Day 18 update blog (kena count sebab biar dak Yaty tahu dia masih on the track...tiber) walaupun ko da  skip 5 hari tak update yaty, weii baru 18 hari ko update lamanya nak ke monthsary.


Cahaya Kehidupan : ‘ala kullihal , sekecil2 pertolongan Allah adalah sebesar2 nikmat untuk aku sekeluarga , Syukur alhamdulillah.


    

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Sekecik tu pun orang perasan tau…..

    Hello everyone have been here before (kalau adalah pembaca kalau takde tidak mengapa) , thank you so much sudah sampai ke sini even owner dia dah beberapa hari tidak update, 4 hari kot kan to be exact tak update, maafkan dia ye, kekadang dia tu ikut mood dia,walaupun seringkali janji taknak skip walaupun sehari tetapi tetaplah dia memungkirinya pun adoi….tetapi tolonglah jangan marah ke dia , kehidupan realiti kalau kamu tahu apa yang dia uruskan dan hadap,  pasti kamu akan bertolak ansur dengan dia , (dunia jangan terlalu kejam pada dia walaupun dia selalu pamerkan yang indah2 dalam hidup dia tetapi hanya Allah sahaja tahu apa yang dia telah lalui),itupun kalau kamu ada “common sense atau empati dalam diri” , jika tiada..its okay kamu boleh tutup tab blog ni, jangan buka2 lagi blog dia…(flip tudung) eh tiber nak emo tu kenapa ea wahai cahaya kehidupan, sesungguhnya sabar itu separuh daripada iman…so ssssaaaabbbbbaaaarrrrr k 😎

    Last update hari Isnin, harini hari Sabtu, ofcourse la cerita dari hari selasa sampai Jumaat , aku dah lupa sebab aku kan seorang pelupa ,sesungguhnya aku akan update apa yang aku ingat je k jadi kamu maafkan aku ye? Ok sambung cerita, ada satu hari ni tak ingat hari apa, aku ambil anak bongsu dari sekolah, tadika anak bongsu aku tu sebelah atas, kat bawah tu koperasi tentera dan pintu tu  cermin gelap, aku kalau berhenti ambil  anak, if depan pintu tu lapang, memang aku berhenti depan pintu lah, jadi kisahnya masa aku masukkan ank bongsu dalam kerata, aku hanya perasan sebelah selipar je jatuh kat luar, jadi aku ambil satu je la , so aku expect lagi satu ada kat kaki anak bongsu ,aku expect tau tapi aku tak tengok pun kaki anak bongsu aku tu, lepas dah tutup pintu kereta aku tu, aku tak jalan lagi, aku ambil hp masa ni sebab aku nak reply mesej dari siapa ntah aku tak ingat, pokoknya memang aku tak jalan lagi masa ni, secara tiba2 aku nampak bayang2 dari luar menuju ke depan pintu kereta aku, korang boleh bayangkan tak aku terkejut camne? Nasib baik cermin aku tu aku ada letak pelindung UV jadi tak nampak lah kekejutan aku tu camne adoiiiyaiii…huhu…nak tahu siapa? Pak Guard Koperasi Tentera hulurkan sebelah lagi selipar anak bongsu aku tu, aku cakap terima kasih sambil tundukkan kepala, lepas tu aku tutup cermin kereta, aku ase nak tekan je pedal minyak bagi cepat pergi dari situ, mesti orang dalam tu duk gelak2kan aku kan walaupun tak ada takpelah korang layan je imaginasi aku ni bukan bukan aku tak gila eaa…sometime biasalah orang berkhayal takkan korang tak pernah berkhayal eeeeleeeehhhh…*mata pandang atas bawah*. Tapi kan serious talk , aku tak expect ada orang akan pandang sedetails itu, yelakan selipar anak bongsu aku tu baru umur 2 tahun lebih, keciklah kan, jadinya aku twist that khayalan tadi tu kepada Allah gerakkan Pak Guard untuk tengok masa tu, sekaligus menjadi asbab selipar anak bongsu aku tu tak tercicir kat situ, jadinya syukur Alhamdulillah atas pertolongan Allah pada hari tersebut. Simple kan? Untuk positifkan diri kita kena selalu Letakkan Allah pada setiap perkara yang terjadi dalam hidup kita. Tapi ada tapi jangan time buat dosa ko salahkan takdir Allah pula sedangkan kita punya akal untuk memilih jalan pahala atau jalan dosa ? Kan?jadi dah2 lah tu nak cari salah orang, lebih baik Bermuhasabah diri sendiri, perbaikki apa2 yang patut supaya kita menjadi Hamba Allah yang bertaqwa.*dah macam tajah lak kan?* sokay aku boleh jadi semua orang kecuali lelaki je tak leh…..hurmmm hambar yaty hambaarrrr…oklah aku rasa tu jelah setakat ni aku nak abadikan kat sini.nnt ada umur panjang aku update lagi eaa….ok wassalam…..babaiiii….daaaa…

    


💝

Selipar anak bongsu tu warna hijau pink cartoon unicorn,selipar dia letak dalam kereta,malas den nak pi ambil,jadi sumber gambar dari Google…😂

Nota kaki : Day 17 update blog (kena count sebab biar dak Yaty tahu dia masih on the track...tiber) walaupun ko da  skip 4 hari tak update yaty, 
weii baru 17 hari ko update lamanya nak ke monthsary, cipta rekod harini aku menaip waktu tengahari, selalunya waktu maghrib baru aku menaip.

Cahaya Kehidupan : ‘ala kullihal , sekecil2 pertolongan Allah adalah sebesar2 nikmat untuk aku sekeluarga , Syukur alhamdulillah.


Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Moment yang paling mengharukan setakat ini adalah….

     Hello guys, today berasa nak update la, sebab semalam ada perkara yang terjadi sampai aku ase , wah best ni cerita kat sini, korang nak tahu tak apa dia? Apa?? Tak nak ? Ermmm k….pah ni jangan baca ayat selepas ayat tak nak tu k…..kalau baca jugak…lantaklah, suka hati korang la kan, bukan aku boleh tahu siapa yang baca siapa yang tak,(camne ea ko boleh confident orang baca ? Entahlah ea, sejak2 tengok statistik view ni, macam sesuatu sangat, bahkan lagi macam tanjat gegirl walaupun bukan dak2 gegirl lagi, semalam punya dah mencecah 100 views, oooo emmmm ggggg, i was like…..seriously?how come eaaa. Lalu aku check ruangan komen pula, oh masih tiada siapa yang komen…ok find…anggap jela aku je kot yang buka entry tu sampai 100 kali….(icon apa yang patut letak eaaa cam buntu plak…)

    Cerita yang aku nak update ni camni ringkasannya , ce baca conversation kat bawah ;-


Aqil : Mak long abang nak bawa bekal kek batik, dia nak bagi kawan dia rasa la tu

Me   :  Kau kenapa bang, maklong  buat untuk korang makan

Abang : tapi boleh ke abang nak bawa bekal esok

(Satu perangai dak abang ni, kalau dia kata nak bawa, ko cakap la camne pun, ending nya dia akan minta izin juga benda yang sama, jadi kau sebagai orang yang tengah nak menghadapinya pun adoiii, kena ada mental yang kuat juga untuk berkata tidak but endup nya ko pun kalah sebab pada ko takpelah benda makan kan, pastu dia nak berkongsi rasa dengan kengkawan dia, for me satu penghargaan juga sebab terharulah anak2 nak bawa makanan yang kita masak untuk bagi kawan2 kelas dia rasa….*lap air mata*) ok la aku sambung lagi, belum habis lagi ye takat tu…

Me : bawa sikit je ye bang, jangan sebekas besar lak kau bawa

Aqil : Mak long , kalau Aqil nak bawa juga boleh ? (Belum habis takat aqil ye)

Ilfy : Mak long kalau Ilfy nak bawa juga boleh? (See seee aku da kata dah mereka ni sebenarnya kembar cuma beza tahun je 😬)

Me : Camnilah, pergi ambil zip lock yang paling kecik, letak kek batik tu dalam tu (actually aku mmg dah potong nipis2 untuk senang nak makan nnt)

Mereka : Mak long boleh bawa berapa ?

Me : bawa 5 keping

Aqil : Maklong , Ilfy ambil 6 keping

Me : halah halah….penat le nak ulang banyak kali, dah ambil tu dahlah..

Aqil : kalau Aqil nak bawa 6 keping juga boleh ke maklong *sambil senyum2 macam kerang busuk*

Me : ambil aqil ambil…


Endup semua orang ambil 6 keping dan paling tidak pun sebekas penuh tu, dah tinggal selayer sahaja….tidak mengapalah memberi orang makan pun satu sedekah…kenapa nak abadikan kat sini, sebab aku rasa moment tu sangatlah aku hargai as guardian mereka, sejak mereka kehilangan arwah mama dan arwah papa mereka pada tahun 2024 ni, hanya aku dengan mak aku jela tempat mereka bermanja dan menumpang kasih, kadang2 ada keadaan  aku perlu jadi tegas, sebab akulah mak dan aku jugalah ayah, so nak tak nak….hidup perlu diteruskan, selagi nyawa dikandung badan, akanku laksanakan tanggungjawab ini sebaik mungkin.oklah itu jelah aku nak cerita..takde benda menarik sangat pun cuma sekadar moment yang itu sahaja.oh ye nak kabo, esok sekolah seluruh negeri melaka TUTUP, aku ulang lagi sekali lagi TUTUP…bermulalah episod aku jadi …ce teka ce teka…aku jadi apa??? kalau korang da baca entry lepas , mesti korang tahu…(macam lak ada orang baca…dasar perasan dak yaty ni…huhuu) oklah wassalam….babaiiii …daaaa


Proof bawa bekal ke sekolah tadi 

Cam biasa update dari IG, membaca amalan mulia …ehhh

Kita mesti menang dengan hasutan syaitan….yeahhh…



Nota kaki : Day 16 update blog (kena count sebab biar dak Yaty tahu dia masih on the track...tiber) hari ni ko tak skip update yaty, weii baru 16 hari ko update lamanya nak ke monthsary


Cahaya Kehidupan : ‘ala kullihal , Syukur alhamdulillah sebenarnya kenangan manis ni boleh jadi vitamin waktu kita tengah sedih atau terluka kan?

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Weiii jadi weiiii...| Syukur Alhamdulillah

     Hai korang, Hari ini Ahad kan, Last aku update hari Rabu lepas,hahaha weii lama gila eaaa ko tak update,seyes arrr emang benar2 macam tak bersalah aje ko ea yaty,hari tu kemain semangat kekonon nak update everyday pstu skip 1 day pstu 2 day pahtu ber day day....👀....gitulah kan manusia ni memang mudah lupa eh bukan manusia lain ko je yaty 😩, Acap kali suka marah kat diri sendiri, Sebab biar lah, Dahlah pelupa lepas tu malas nak update lepas tu Bila nak update dah lupa balik apa yang dilalui hari sebelumnya 😌 .hurmm ok .... memang betulkan aku camtu,aku admit 😭, Untuk yang sekian kalinya minggu ni tak berapa produktif sangat sebab entahlah nak cerita kat Sini pun serba salah jadinya,  biar jelah Allah je yang tahu, Kita cerita yang best best je lah kat sini, Buat apa nak kenang benda tak best, Hanya merosakkan minda dan hati sendiri  je kan ,ok tutup cerita.move oonnn


     Lets  talk to apa yang jadi 4 harini,banyak wei,tapi nak Suruh aku cerita satu satu memang taklah kan jadi korang terima aje lah cerita apa yang aku nak cerita kalau korang rasa bosan dengan apa yang aku nak ceritakan ,tak yah la baca,skip je post ni (woo woo emo plak , apahal plak ko nak emo emo ni yaty?ok2 maaf saja je nak bagi mood emo ,bukan betul2 nak emo pun 😎) ok sambung cerita walaupun belum mula satu pun tetapi tetaplah sambung cerita,hari Jumaat lepas sekolah seluruh negeri Melaka ditutup asbab jerebu (ni nak citer kan tengah jadi perbualan hangat Malaysia dan Indonesia bab jerebu ni kan,dengan boikot lagi,jadinya aku pun cuba nak join,pasni aku tak nak dah beli santan kara,kena cari santan saji,support local gitu,korang support apa?eh tiber samgat tanya orang lak apahal?) ok sambung lagi,bila cuti,korang faham tak (takpelah kalau tak nak faham pun ,buat buat faham pun takpe)semua anak2 aku sekolah,hat bongsu je taska tapi follow cuti jugalah,tak kuasa lak aku nak pi hantar semata2 dia sorang lagian aku kan surirumah seorang diri menjaga anak 5 jadi takdelah terikat dengan mana2 company untuk aku pi kerja pada hari tersebut (motif nak kena explain panjang lebar ni dah kenapa?,korang tahu,bermulalah kisah aku jadi cikgu kat rumah ,kena rakam anak buat pdpr kat rumah,setenang2nya aku (tenanglah sgt 🥷🏻) masa nak rekod anak no 4 buat kerja,kesabaran aku terujilah sikit,sikit lagi nak tukar jadi 🦁,sikit je lagi,tak tukar pun dan alhamdulillah dia selamat takde kena baham atau kena pukul,sekadar aku je nambah hyperbola dalam bercerita.Nasib baik PDPR 3  abang dia,mereka lunaskan dengan sendiri jadi aku hanya bantu yang no 4 sahaja dan anak sulong ada bantu sama,sebab aku kena rekod,anak sulong pegang tangan sambil aku bernyanyi  * Apa yang penting kerjasama*  gitu..pada haritu juga aku repeat buat kek batik and guess what again aku derhaka pada resepi kali ni aku guna coklat putih beryls pula(sebab coklat beryls dah habis derrr) dan betapa aku happy,kejadiannya mencapai piawaian yang aku nak(level piawaian ni macam lebel sirim tu ,ehh kemain ea🙊) nnt aku letak gambar kat bawah ea.oklah tu je lah aku nak cerita,jap jap aku nak tanya ada ke orang baca aku punya entry ini sebab aku tengok jumlah view bertambah sedangkan aku jarang buka empat hari sebelum ini ke aku SYOK sendiri??? tak apalah saja jelah aku tanya kot lah ada orang nak komen nak nampakkan dia tengah baca blog aku ni kan tapi kalau tak nak pun tak apa terima kasihlah sudi baca walaupun ada huruf besar ada huruf kecil terima kasih na, Walaupun tak ada orang baca juga aku nak ucap terima kasih kepada Yaty yang baca blog dia sendiri ehhh hihihi...ok2 ,aku Undur diri,wassalam babaiiiii daaaa....


Jadi tau tekstur macam dodol tu tak melekat dekat kuali 🥰

Guna biskut meri yang timbang size kecik,beratnya 476g to be exact

Kita tekan manual je wak tapi pakai sarung tangan la , situ adoii panas situ tekan….pengorbanan….🤧

Selepas keluarkan dari freezer 🙂‍↔️

Nampak macam tak banyak biskutkan, sebab potongan ni belah tepi sekali, bahagian tengah tu,

bertingkat2 biskut dia cuma kita tak snap picture la wak,cukuplah yg ni je ek…😂

Ayam goreng tepung versi kita,sangatlah not recomended buat masa hari sekolah, anak2 balik tepung dah lemau,gigih aku goreng lama nak bagi masak betul2 dan crunchy kat luar…COBAAN

Mee for my lovely mom 💝

Ayam masak cili padi my always comfort food ❤️

Masa cuti jerebu tu aku buat nasi lemak sambal udang and guess what akhirnya meet my expectation (tak habis2 kan dengan piawaian ko tu yaty…😂)


Nota kaki : Day 15 update blog (kena count sebab biar dak Yaty tahu dia masih on the track...tiber) walaupun ko skip 4 hari yaty, weii baru 15 hari ko update lamanya nak ke monthsary

Cahaya Kehidupan : hidup kita kena fleksibel, tapi sefleksibel2 kita kena ikut syariat tau bukan main langgar je….”note to self”








Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Sambal goreng mak | teksturnya jadi macam yang kita nak….



     Helo guys, Okey okey aku tahu korang nak cakap apa, Mesti korang nak cakap aku dah tiga hari tak update blog kan, Wei Entahlah Aku tak ada jawapan tu atau lebih Spesifik aku tak tahu nak bagi Jawapan Apa sebab jawapan dia tetap sama nak update blog ni memerlukan mood Untuk update , boleh faham tak apa aku nak sampaikan ? Bukan sebab malas sebab  mood Nak update itu tak ada plus Tu aje kot tak ada plus plus da , dulu zaman belajar tak nak pula dapatkan A plus plus kan  yaty ? K yaty hambar yaty ....HAMBAR....bosan mukadimah ko ni...😩 , okey hari ini kau ada mood lah eh sebab tu kau boleh Update kan? Yalah kot kalau tak ada mood tak adalah Entri ni Mata  Pandang atas Sambil Flip tudung 👀. Okey kita move to the next Paragraph ehh... aaaa jom le kiteee....

     Oh ya masih ingat tak entry lepas aku update pasal brownies aku tu , surprisingly lepas masuk dalam Chiller tekstur yang aku cakap tu terjadi lepas aku masukkan brownies dalam chiller , Aku gigit dia cair kat mulut naaaa MasyaAllah tabarakAllah Sedap sangat nak cakap sedap gila macam Kurang sopan tapi tulah Next time aku nak kurangkan gram tepung juga, nak tengok kejadiannya lepas keluar daripada oven tu cair kat mulut ke tak, Tapi tulah nak buatnya Tak tahu bila ha ha ha ha ha Eh tergelak besar pula he he he he sopan sikit hurmmm tak kelako yaty seyes takkkkkk 😷 tapi yang penting brownies tu tinggal dua keping aje masa aku makan sekeping tadi, now aku tak check lagi dah habis ke tak tu entah-entah anak-anak dah makan habis,  tak apalah Asalkan tak membazir syukur alhamdulillah.

     Hari ini aku masak sambal ikan Siakap  plus ikan  kembung ,  masakkan itu yang aku rindu masa mak aku kuat untuk masak, sekarang aku take over dulu aku masih ingat lagi masa aku pergi rumah BFF aku zaman aku belajar  diploma dekat Perlis dulu , almost one week aku duduk rumah dia , oh ya makanan  Perlis  semua manis ya Macam makanan Kelantan kalau kau nak cari makanan yang pedas memang tak jumpa kalau ada pun makanan pedas manis ,manis tu tetap ada tak tinggal,  masa ni aku homesick, Aku rindukan sambal goreng ikan mak aku , jadi masa on the way nak balik ke Melaka , aku dah khabar ke mak aku buatkan aku sambal goreng ikan aku nak makan kiki kiki Dramatik sangat masa tu padahal dalam negeri aje pun , ya memang  aku anak mak, Kau bukan anak mak  kau  ke ? Kau keluar kat mana?  Kau keluar kot ayah engkau ke ? tak kan ? mak engkau juga kan, Dialog ini pernah aku lontarkan kepada kawan sekolah aku dulu, sebab selalu ejek aku anak mak sebab aku selalu cakap aku kena tanya mak aku dulu dah memang betullah kan takkan aku nak tanya mak dia pula geram betul masa tu lepas Aku dah cakap macam tu kat dia , dia dah tak berani dah nak cakap aku ni anak mak , padan muka , aku ni diam diam kalau dah melebih sangat aku lawan sampai kau terdiam tapi itu dululah Semasa aku remaja sekarang aku dah masuk Ke Warga Dewasa eh bukan tua lagi eaaa, 🥷🏻Hi hi hi ya ya aku tahu , tak payah nak cakap dalam hati tu , aku mengaku aku dah tuaa hurmmm😌. Ok sambung lagi cerita , panjang berjela ya bab sambal kau tu Yaty 😮‍💨.Untuk lauk  anak pula aku buat ayam bakar dekat oven marinate dengan sos bbq + kicap ABC + lada Sulah + sos kewpie Dan minyak Bijan, sejak sejak  akhir ni ,  aku suka letak minyak bijan sebab , asbab letak minyak bijan ni  lagi naikkan aroma  masakan aku ecewahhh kemain ayat ko eaa,  Yang semestinya gambar dua tu aku tak ambil sebab handphone dekat depan aku kat dapur  kikiki (sabar ea tahu korang menyirap je baca kan? 😆 relax lah memang aku saja nak uji kesabaran korang tu ehh cowyyyyy 🙊)

     Aku rasa cukup aje lah sampai kat sini , kali ini aku nak Letak  gambar apa  yang aku update dekat IG , aku harap orang dekat IG tak tahulah aku update blog ni ,Walaupun aku ada update link blog ni dekat IG, tapi  aku harap diorang tak perasan sebab aku segan eh okeylah bye wassalam daaaaaa


Satu2 nya makanan yang aku buat harini ,latest aku uptodate 😎

Yang ni tekstur lepas keluarkan dari chiller 🙂‍↔️

Tolonglah ea yaty alert lepas ni 🥲

The best ever kerja yang pernah aku jalani, tq Allah 😇



Nota kaki : Day 14 update blog (kena count sebab biar dak Yaty tahu dia masih on the track...tiber) walaupun ko skip 4 hari yaty, weii baru 14 hari ko update lamanya nak ke monthsary tu?🤧

Cahaya Kehidupan : Kita semua ada emosi, tetapi bezanya macamana kita handle emosi kita ,its depends on cara kita pandang sesuatu perkara itu bagaimana? I mean ke arah positif atau ke arah negatif ? I choose positive way and so do you?….💝




Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Rasa macam tak surrr...

     

       Hai korang hari ini kan aku nak cerita sikitlah, Sebenarnyakan tajuk Entri sebelum-belum ni , aku buat bila aku dah taip semua cerita tetapi hari ini macam nak taip tajuk dulu tapi aku buntu nak letak tajuk apa , takut kalau letak tajuk dulu,  macam common pula, Hai serba salah Jadinya, sorrylah Mukadimah tak best hurmmmm hambar yaty hambar..., Okeylah jom sambung ke Perenggan kedua, senang eh kau buat mukadimah macam tu *icon lari*

     Hari ini aku rajin sikit sebab aku buat brownies plus aku buat jemput jemput(datang rumah ku ...eh tiber)  letak kentang dan bawang Sebab mak aku nak macam tu cuma aku Tak letak ikan Bilis aje sebab aku kurang sikit dengan ikan Bilis bukan sebab aku rasa ikan Bilis itu makanan yang tak sedap cuma aku kurang gemar boleh faham tak apa yang aku nak sampaikan dan boleh tak kau sangka baik jangan nak sangka buruk aje tiberrr..., Okey aku sambung lagi nasib baik aku search dekat handphone resipi brownies tu masih ada lagi aku pun follow lah bahan2 dia, lepas tu dah siap semua bahan-bahan, aku lupa pula macam mana nak buat dia jadi aku search lah dekat TikTok semasa tengah buat tu aku pun doa ya Allah bagilah  Brownies aku ni jadi Dan Sedap aamiin aamiin ya Rabbal alamin.wajib doa ye kalau nak buat sesuatu ,itu menandakan kebergantungan kita terhadap Allah swt...faham anak2? Fahammmm ...baguih naaa...🙊

   Lepas aku Siapkan brownies Dan masukkan dalam oven, Aku sambung buat jemput jemput pula di samping itu aku buat sambal juga, jemput jemput kalau tidak di cicah  dengan sambal Tak SUR orang kata, RASA MACAM TAK KENA JE, MACAM SOMETHING MISSING GITU...(dah kenapa dengan Nada gitchewww) Korang tahu tak , nak Baking ni memerlukan mood Jika kau tiada  mood kau takkan buat tapi kalau kau buat juga dalam keadaan kau tiada mood kemungkinan outcome Dia tak seperti yang engkau gambarkan seperti rasa atau lain-lain , itu pendapat akulah sebab aku bukan Peniaga kek , aku cuma pembuat kek cake untuk anak-anak Makan je (flip tudung tiber).Aku rasa cukup  kot sampai sini , as Usual Gambar aku  Letak  kat bawah, ok wassalam...babaiiiii daaaa.




Punyalah aku excited time ni, sekali percubaan je , Allah bagi tepat 150g ,Alhamdulillah 


Aku kan mmg suka ubah resepi kalau tak cukup bahan, contoh patutnya 400g dark choccoin, 100g milk choc, aku jadikan 500g dark choc,sebab milk choc dah habis guna masa buat waffle ritu 🤣

Bila da bersatu semua jadilah sebuah perkahwinan ehhh ko dah kenapa….🙂‍↕️

Lepas tu tabur chocolate callebaut (betul ke eja cam tu ) lebihan kuih raya ritu,pastu chocolate chip juga

Hat tepi dah kena ambil tu ,aku da ambil sesudu semasa tengah panas ,mana taknya baru keluar dari oven,jenis tak sabar nak rasa tekstur dia….😌


Nota kaki : Day 13 update blog (kena count sebab biar dak Yaty tahu dia masih on the track...tiber) weii baru 13 hari ko update lamanya nak ke monthsary tu?🤧

Cahaya Kehidupan : bahagia dengan cara kita sendiri….💝

   

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Tahu Goreng Crispy bertukar menjadi.....

    Hello guys, Aku tak nak Update banyak Sebab aku tengok post  semalam ,mak haih panjang berjela ko, Nasib ko la yaty, Sejak sejak guna  features kat fon Update blog ni, kemain lagi Cerita ko panjang berjela kan, Oh ya lupa nak cakap sebenarnya dak yaty  update blog Hanya bercakap dekat keyboard fon  je ,jadi keyboard fon Yang taip sendiri secara automatik ikut apa Yang dak yaty Cakap , Sebab tu kalau Korang baca ada perkataan Huruf besar huruf kecij tu Sebab dak Yaty Malas nak edit (maafkan daku ye....😩,Dah Allah bagi cara mudah buat apa nak susah2kan? Pahtu blog ni bukan ada orang baca pun just ko je yaty...hurmm tapi kan kalau ada orang selain yaty yang baca post ni SILA KOMEN *Nada Aqil Zulkiflee ,ehh sambung cerita lagi , Jadi apa cerita dengan keyboard yang comel tu , dia ada je , Selalunya selepas guna akan letak dia semula di dalam kotak , jadi dia ada didalam kotaklah...dekat mana lagi nak letak...hurmm (apa pandang2,tahu da nak cakap apa kan?tak ...bukan membazir,nnt dak Yaty guna lah...huhu😷)


   Oklah  Punya panjang Mukadimah ko yaty, Sebenarnya aku nak cerita hari ini aku repeat  buat tahu crispy,first time ritu jadi je aku buat,cuma masa tu Aku tak ambil gambarlah sebab masa tu juga Aku tak Update blog lagi ,takde janji2 nak update ni , weiii dah2 lah meleret tu cepatlah cerita ni oii ok ok  sambung...jadi tak eager sangat untuk snap picture plus lepas masak penat tauuu ...haaaa haaaa haaaa ngeluh ngeluh ??? Haishhh dak aihhhh aku cakap je mana ada ngeluh...🤧 Aku pun manusia biasa gak Nak juga meluah Tak boleh ke?????????huhu Eeeeeleeeeeehhhh.... 👀 ok sambung lagi , this time aku buat tak jadi wei, Kenapa tak jadi nanti aku letak gambar kat bawah korang tengoklah sendiri Itu pun kalau ada orang nak tengok kalau tak aku je baca  sendiri...hihihi. Sebab apa  tak jadi,sebab aku improvise resepi dalam erti kata lain Derhaka dengan resepi asal yang aku belajar dari Tiktok ....patutnya guna tepung beras,tapi tadi tepung beras dah habis kat umah ni,aku pi guna tepung jagung....kuikuikui,padan muka kita wak,sekali outcome dia tak serupa dengan apa kita bayangkan.....huhu... dahla tu je lah nak cerita,wassalam...babaiiii....daaaa



See....hancur ...hancur aku,bila mengenangkan....eh ternyanyi plak 🙂‍↕️

Hat ni lauk anak2


Nota kaki : Day 12 update blog (kena count sebab biar dak Yaty tahu dia masih on the track...tiber) weii baru 12 hari ko update lamanya nak ke monthsary tu?🤧

Cahaya Kehidupan : kita hanya merancang tetapi hanya Allah sahaja yang menentukan,terimah takdir dengan redha...💝




Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Yeay akhirnya can upload gambar

    Hai korang, hai yaty yang tengah baca ni, semalam tak update adalah kerana  tiada mood untuk menaip plus dengan tak boleh nak upload gambar tu (memang sentiasa takde mood ye yaty…huhu), jadinya tadi setelah berusaha dengan jayanya, berjaya juga untuk upload gambar, jadi bersiap sedialah sat gi banyak gambar aku nak upload 👀(yeyeor je kan)

    Aku cuba buat rumusan apa yang terjadi semalam, dak Milliyya muntah dekat sekolah agama , Ustazah call minta ambil, so bergegaslah maklong gi ambil dia dengan dak Ilfy. Keadaan dia jadi lebih teruk sebab muntah lagi dekat rumah sedangkan dak abang dah mandikan dia, baru salin baju…eh muntah lagi, jadi maklong decide untuk bawa dia ke klinik,masa kejadian before nak gi ke klinik, ada pertelingkahan antara abang dengan Aqil, kemain lagi fighting dah macam tengok boxing ,kita yang tengok ni a’uzubillahiminashaithonirrajim, sabarkanlah aku ya Allah, yang pasti yang kena pukul teruk dak abang la,jadinya selepas kejadian boxing tu, dak abang pun sibuk nak ke klinik nak minta ubat sakit tangan, bila kata makan panadol je inshaAllah Allah bagi hilang sakit tu, eh dia tak nak ea, nak kena dengar cakap dia aje, geram betul , again maklong ni cuba menahan diri dari nak marah2 ,jalan terus jela, sebab malas nak cakap banyak, penat i is penat u know , jenis abang kalau dia nak tu, nak ajelah,, kalau tak ikutkan nanti sampai sudah dia akan repeat cakap benda yang sama sampai maklong rimas(dalam hal ni ikutkanlah sebab Berkaitan dengan sakit badan kan, kalau tak Ikutkan nanti dia Jadikan alasan tak nak pergi Sekolah, oh ya memang  Niat  asal dia nak pergi klinik tu nak dapatkan MC dari Doktor ,  Mak  long Suruh dia pergi minta sendiri Dengan doktor, Tetapi Malangnya doktor tak kasi, doktor kata lepas makan ubat esok boleh pergi sekolah. Jadi bermulalah episod Dia merengek cakap kalau abang dah makan ubat sakit lagi macam mana ayat tu aje lah dia ulang banyak kali sampai maklong rimas and  ayat mak long bagi dekat dia ringkas dan padat iaitu kau kalau tak pergi sekolah esok bang kau jangan ikut mak long pergi mana-mana kau tinggal rumah,yes itu ayat keramat maklong Buat semua anak-anak yang buat perangai, sebab jenis mak long kalau cakap dia akan buat tak ada Tipu tipu, Jadinya asbab dia sakit tangan tu dak Ilfy lah Yang kena kemas dekat dapur,  Suruh dak Aqil Tolong basuh pinggan dia refuse nak buat dan pada akhirnya ilfy pada mulanya kata tak nak buat ,ilfy Jugalah yang take over untuk basuh pinggan dan mak long kena teman dia basuh pinggan sebab dua orang tu dah masuk dalam bilik. Ya begitulah kisah semalam yang sangat memenatkan mental dan fizikal bukan cakap kosong ini semua  real talk Eh  ternyanyi lak (ce teka lagu apa? Ngeee),kesimpulannya hanya milliyya je dapat Mc ,  maklong minta  dua hari kat Doktor sebab nak bagi dia rehat.Ini first time ever dia MC Selama dia duduk dengan mak long dua tahun ni,Nampak tak betapa maklong jaga  Kehadiran sekolah mereka sebab   mak long dulu pun nenek tegas bab kehadiran ke sekolah sakit tu tak boleh bangun aje baru boleh cuti selagi boleh bangun you must go to school😮‍💨.Panjang betul  Perenggan ni  kan , rasain looo...hihi,ok la sampai sini sahaja cerita untuk kali ni,today takde apa sangat jadi jalani hidup as usual cuma yang Aqil tu jela....hurm...dah lah nak undur diri ,wassalam ....babaiiii ...daaaaa

Bukti maklong teman dia basuh pinggan semalam

sedap sgt makan telur soft conditions dengan sos kewpie roasted sesame bersama cili oil jenama ni,Alhamdulillah Allah bagi sedap

Ada tak acik kantin baca blog kita ni?sila komen ehh tiber...🤣

Nota kaki : Day 11 update blog (kena count sebab biar dak Yaty tahu dia masih on the track...tiber)walaupun sebenarnya ko da skip 1 hari.weii baru 11 hari ko update lamanya nak ke monthsary tu?🤧

Cahaya Kehidupan : tak semua benda yang kita cerita ,adakalanya  apa yang kita pamerkan itu hanyalah cebisan dari kehidupan seharian kita 🥹



Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

First time mesin cili dan bawang letak minyak……

    Hai korang, actually semalam dah buka new post tapi tidak kesampaian untuk update, entahlah tak tau napa, dah takdir kan (eh ko ni , ko yang malas nak update tetiba takdir kan?) ok2 sorry, ye sebab memang semalam macam kurang idea nak update, tetapi  hari ini pun sama….hahahaha…..😂

    Sejak sejak aku dah tukar tune masa bangun pagi ni, aku dapat lunaskan semua perkara yang aku nak buat dan yang paling best tadi settle  hantar semua anak sharp pukul 7.09 pagi, guess what, pukul berapa aku keluar pagi tadi? Pukul 6.45 pagi. So Yeah, esok aku cuba maintain tune masa hari ni, inshaAllah aamiin aamiin ya rabbal’alamin

    Hari ini aku masak mee kari untuk mak , ayam masak sos lada hitam plus sos kewpie roasted sesame (hat ni aku bakar dekat oven je) untuk anak-anak , oh ye today first time aku mesin cili letak  minyak tak letak air, guess what, warna cili jadi lain, but surprisingly cili cepat masak, takde pun nak meletup2 kat kuali, mak aku tak tak tahu yang aku buat kuah mee kari dia guna cili mesin plus bawang letak minyak tu. selalunya mak aku ajar kalau nak buat kuah kari blend bawang besar dan bawang putih , lepas dah lumat barulah letak satu sudu serbuk kari dan 2 sudu cili mesin,  tetapi tadi aku guna semata cili mesin  plus serbuk kari jadinya kuah mee kari tu jadi pedas sikit la, nasib baik mak aku tak complain tadi, Alhamdulillah Allah bagi sedap….

    Tak tau lah kenapa tak boleh nak upload gambar, keluar error suruh allow cookies , dah try cari, tak jumpa…i give up right now , dahlah, nanti2lah aku cari jalan nak allow cookies tu, harini cukuplah setakat ini, ye aku tahu boring sebab tiada gambar (walaupun takde sapa komen, sokay aku cakap pada diri sendiri ni …😆 weii aku masih waras ea cuma tabiat aku, aku memang suka bermonolog dalaman sebab aku budak sastera  dulu yang bergraduasi dengan diploma akaun dan Bachelor Administration (hon) Finance (lari bidang kan?) sokay, kita hanya merancang tetapi Allah juga yang menentukan.ok wassalam….babaiiiii….daaaa


Nota kaki : Day 10 update blog (kena count sebab biar dak Yaty tahu dia masih on the track...tiber)walaupun sebenarnya ko da skip 1 hari.

Cahaya Kehidupan : kita yang perlu buat pilihan ,samada nak jadi baik ataupun sebaliknya….😊

    


Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

weiiii ko asal eaaaa….

    Hello guys, wei last update 23/9/2026 , today dah 26/9/2026, weiii nak tanya asal ko tak update 2 hari lepas haaa??? Apa masalah kau ni yaty, bukan ke ko dah janji nak update hari2, paling koman pun ko skip sehari, ni dah 2 hari, pahtu skip seminggu pahtu sebulan sekali pahtu setahun sekali pahtu pahtu mukadimah sekerat2 lagi ke haaaa????? Wo wo wo wo, sabo sabo…relaxlah yang nak marah ni apa hal ea, biasalah, aku busy plus penat pahtu ko apa tahu aku handle emosi setiap hari, dengan nak hadap ragam 6 orang bawah jagaan aku lagi, pahtu dengan aku nak handle emosi aku lagi, bukan senang, tapi tulakan bukan senang pun bila kita direct Ngadu dengan Allah, inshaAllah lapang dada ni, jalan keluar sentiasa je Allah beri , cuma kena sabar….kekadang sekejap je kekadang lambat sikit, depends lah Allah nak bagi ikut Kehendak Allah, kita as Hamba  , kena sabar dan redha…apa ye anak2 louder please…SABAR DAN REDHA…..😇


     Aku ada je ni yaty, relax ko masih on track, masih lagi cuba do ur best, the rest leave it to Allah swt.Harini kan hari cuti, jadi anak2 kena buat extra kerja rumah lah apa lagi kan, aku nak didik mereka jadi lelaki BUDIMAN bukan lelaki TUAN, Arwah papa depa pun dan aku sendiri mak aku ajar seawal darjah 2 dah kena kemas rumah,so, mereka nampak contoh melalui teladan dimana semasa hayat arwah papa mereka, pandai buat kerja rumah plus pandai masak lagi, nak2 buttermilk chicken…(ya Allah tertelan air liur 😂) jadinya harini Mereka kena bersihkan kawasan bawah sinki dan sinki serta tempat letak pinggan mangkuk, dah berlumut kawasan tu, lepas settle situ aku bantu mereka untuk pasang wallpaper dinding kat kawasan sinki (kalau tak tolong caca marba nanti dinding den,sakit mata dan sakit hati plak kang bila tengok kejadian tak ikut piawaian den huhuhu), sejuk sikit mata aku ni haa bila masuk dapur, tengok dinding corak marmar pink…ye aku pengemar pink, dulu aku sangat obses dengan warna pink, kalau nak beli barang, mesti cari warna pink, kalau tiada , aku takkan beli pastu nanti aku moody….haishhh teruk betul ea obses pink  aku dulu but now sejak2 aku dah tahu dalam syurga ada warna hijau tua, aku tanamkan dalam fikiran, kena suka warna hijau, nak masuk syurga kan?(Allahumma aamiin aamiin ya Rabbal’alamin) so now, jika takde pink, aku cari warna hijau plus aku juga suka warna2 pastel, tenang je bila tengok barang warna pastel ni (jadi kalau nak belikan aku hadiah belilah warna2 favourite aku tu walaupun aku tahu yang baca blog aku ni hanyalah aku sendiri but its okay…aku masih waras walaupun aku sorang2 baca entry sendiri sambil sengih2…hihihi…😎)


    Aku settle tolong depa tampal wallpaper, abang teruskan dengan kemas dapur selepas lunch, aku pergi ambil Ilfy kat sekolah agama coz today ilfy ada Bengkel UPKK,Ilfy start tampal wallpaper dekat pintu depan dalam pukul 3 lebih until pukul 6 lebih baru settle sampai dindin g kawasan aku ajar ngaji, pastu Ilfy sambung tolong abang basuh carpet dekat kawasan sinki dapur plus ilfy ambil juga carpet kawasan bawah meja tempat aku ajar ngaji.malam ni tadi mereka buat rutin sama hari2, ilfy kemas depan, abang kemas dapur, aqil kerja dia kemas bilik mereka tidur dan bilik nenek, pada waktu malam aqil akan bentang tilam Marhaa dan akan pasangkan mesin CPAP maklong dan dak  abang pula akan buat susu marhaa .so yeahhh mereka siap semua kerja ni barulah dapat reward main hp, today maklong bagi chance sebab dah banyak buat kerja rumah, jadinya dapatlah mereka 2.5 hours untuk main game, pastu hp akan terlock sendiri…kehkehkeh..😆


    Oklah, tu jelah nak update, hari ni merupakan hari yang sangat memenatkan tapi nak ikutkan mana ada hari yang lapangkan kan kan…..ok2 …wassalam…babaiiii…daaaa


Nota kaki : Day 9 update blog (kena count sebab biar dak Yaty tahu dia masih on the track...tiber)walaupun sebenarnya ko da skip 2 hari.

Cahaya Kehidupan : Emosi kita , hanya kita sahaja boleh handle, bagaimana nak handle, Minta pada Allah lorongkan segala rasa yang kita ada, kembalikan kepada Allah supaya kita sedar nikmat gembira kita akan bersyukur, Ujian melanda, kita akan pohon kekuatan untuk menghadapinya dengan sabar dan redha…wallahu’alam…

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Muslimah Biasa

 
Copyright©2011-2012. Segala penulisan diatas adalah Hak Milik cahayakehidupan