Bertemu lagi kita di Bulan Ramadhan Al-Mubarak, ya Allah, sekejap je aku rasa dah masuk bulan puasa, pejam celik pejam celik, nah,sampailah kita pada bulan yang mulia tanpa gangguan syaitan mahupun iblis,tenang setenang-tenangnya, alhamdulillah.
Aku sebenarnya setiap hari aku buka blog, dan setiap kali tu jugak aku buka entry draft ni dan gitulah dia bila aku tak ada idea nak olah ayat ,aku save dan close pastu aku buat menda lain,hahahaha so boring cerita kau tahu tak???=p
Oklah sabtu lepas (27 Jun 2015) aku pergi Mahkota Prade, aku nak habiskan Voucher buku yang expirednya pada 30 June 2015, so nak tak nak, aku kena pergi juga sebab date expired la sebab apa lagi, k Hambar yaty hambar sangat -__-"
Pada mulanya aku nak pergi MPH dekat Mydin tu , tetapi bila aku bayangkan MPH situ kecik dan banyak buku yang aku tanya ,banyak tak ada ,habis stock katanya,so aku decide nak pergi MPH dekat Mahkota Pradelah, aku balik dari kelas NADI aku balik rumah, suruh Afif Iman siap, dia baru bangun tidur, mana tak bangun lambat,tidur selalu lewat..hurmm...Afif iman itu anak fruit aku ye , jangan fikir yang bukan-bukan *motif terang panjang lebar dah kenapa?" =p
As usual lah, jalan nak ke MP sudah semestinya jem, nak masuk parking kat bawah tanah, beratuq panjang,so aku decide nak park dekat atas je, banyak kosong ,selang satu kereta dah pintu masuk,alhamdulillah Allah permudahkan =)
Aku masuk je dalam tu, ada kepala singa,segerombolan budak-budak chinese campur Indian pun ada kot entah rasanyalah (sebab aku ni bukan jenis suka pandang orang ,aku jalan tengok depan je) sedang lepak tepi kedai telefon, "konfius jap,ini bulan Ramadhan bukan Tahun Baru Cina kan?" getus hatiku,aku tak pedulikan depa, aku terus gi MPH, dekat sangat dengan parking aku,pergh, happy sangat,sangat happy, happy itu gembira =p.
Dipendekkan cerita, aku dapat beli buku yang aku hajati, no
no no bukan buku dalam entry ini, hati aku telah berubah kepada buku yang lain ,
nak tahu buku apa,sat lagi aku upload k …=p
buku ni lah yang aku beli dekat MPH Mahkota Prade |
Di Melaka kan setiap hari Jumaat sehingga ahad adalah hari
tanpa Beg plastic, initiative MPH adalah, dia wrap buku dan alat tulis dengan
kertas, pastu dia soletap, nice idea, customer tak perlu “terpaksa” membeli beg
plastic. Good job MPH.
Oklah penat nak cerita,sebenarnya ada cerita lagi tentang
budak-budak berpuasa tetapi apa kan daya ini je mampu yang aku taip, sekian
harap faham dan maklum T_T
buku ini plak aku beli di MPH Mydin |
Coretan Cahaya Kehidupan : 1,5 dan 10 Julai aku final exam,doakan aku k, semoga Allah permudahkan aku untuk menjawabnya, dan first time experience aku akan berbuka ditengah jalan.Biiznillah.
0 coret kat sini:
Post a Comment