Siapa kata tak best ,best tahu,semenjak aku bertukar profession ni, suara aku kejap ada kejap tak,mana tak nya setiap hari menyanyi (baca berleter) dekat anak murid. Cuba bayangkan,setiap hari korang kena menghadap budak-budak umur 4, 5 dan 6 tahun,tahap kesabaran apa yang perlu korang letakkan? sudah tentu tiada OK,kesabaran kena tiada batas ,even kau selalu beristighfar minta Allah beri kau kesabaran yang tiada batas tu.
Semua orang ingat ,jadi cikgu tadika ni,senang,mana taknya, pergi sekolah,suruh budak beratur,buat aktiviti dan masuk kelas ajar ABC,123 bla bla, tetapi pernah korang terfikir, budak-budak punya perangai? nah,meh sini aku bagi gambaran masa mula-mula aku terjebak berkecimpung dalam pendidikan awal kanak-kanak,ada seorang budak ni,aku panggil dia budak emo,kawan duk tunjuk ibu jari kat dia,dah boleh buat dia marah pastu gaduh,tumbuk,baling kerusi etc,bayangkan,apa yang aku rasa masa tu? nak nangis tahu,yelah orang duk kata mudah ,senang nak handle budak,cuba duduk sehari and jaga,nak tengok mampu ke tak mampu? Alhamdulillah budak yang aku panggil emo tu dah tak emo dah, Allah elokkan dia,tak ada dah nak marah-marah sampai kerusi melayang.
Bukanlah aku kata aku tak suka berada disini,memang aku suka dengan kanak-kanak , dan aku pernah mengimpikan untuk jadi cikgu tadika dan Allah perkenankan tetapi satu pelajaran yang aku dapat adalah :
"Dont expect you love the kids and you can handle them"
the answered was no because i have that feeling masa my first day kat sini...haha..serve you right T_T
Ada juga perkara yang melucukan sepanjang aku berada disini ,yela cuba bayangkan budak-budak umur 4, 5 dan 6 punya jawapan,kau tak boleh nak jangka,sometimes bila mereka jawab kau rasa nak gelak guling-guling sebab jawapan dia kalah Maharaja lawak Mega tu,even sound yekeyeke,tapi itulah hakikatnya
contoh 1
nyanyi lagu Anak Nabi kita
"anak Nabi kita ada 7 orang,
3 laki-laki ,4 perempuan,
Kasim
Abdullah
Ibrahim
Fatimah
Zainab
umi Kalsum
then tetiba seorang budak kata ubi kayu
korang rasa lagu tu nyanyi sampai habis ke tak kalau cikgu nya macam terkejut dengan ubi kayu tu , ofcourse lah kena ulang semula kan
contoh 2
me: ambil buku warna ungu
murid : yang mana ustazah
me:perkataan yang warna ungu
murid : warna purple ye ustazah
me: ok..purple color
Dua-dua contoh ni adalah yang terbaru (sebab aku take over kelas budak 5 tahun,sebelum ni mengajar budak 6 tahun),yang lama punya aku dah lupa,sadis betul...=,( ,even korang rasa tak lawak tapi bagi aku yang menghadap depa setiap hari ni,rasa macam itulah hiburan aku *nada serius*
Aku nak cakap satu je,Terima kasih,thank you,syukran,jazakillahu khair kepada cikgu sekolah tadika aku kerana sabar dengan kerenah aku waktu aku umur begitu (sound macam budak nakal je....nakal ke? =p) ,You are the best dan terpilih...=)
gambar ni masa Sambutan Hari Raya Aidilfitri |
coretan Cahaya Kehidupan : Terima Kasih Cikgu
1 coret kat sini:
Comel la budak purple tu punya soalan. Sy pun pencinta budak2.. Tp baru kena tinggal ngn ank sndiri y kuat ngusik mak dia ni pun da rasa nk nangis. Haha.. Kali ni mak y kna panggil budak emo.. =)
Post a Comment