Aku tak tau nak mula bagaimana,tetapi aku pendekkan cerita sahajalah ea, mungkin aku bukan golongan penulis novel yang karang cerita macam "burung-burung terbang berkicauan ,angin kencang pun datang" k tak lawak pun awak...=_="
Kisahnya,pada tanggal 31 Ogos eh..tak..tak pada 6 September 2014(sabtu) aku pergi ke Masjid besi Putrajaya untuk Majlis Ijab&Qabul salah seorang adik beradik alam maya aku,best,itulah kali pertama aku bersua dengan dia,paling best (fefeeling kekonon +_+) ,first ayat yang keluar dari mulut dia adalah "kenapa muka along macam budak-budak?" (like serioulsy muka aku cam budak-budak?) aku terkejut kot masa tu,jarang orang kata muka aku macam budak-budak selalunya orang panggil aku KAKAK even orang tu aku rasa 10 tahun lebih tua dari aku,sadis kan? =(,but well,berbalik kepada cerita tadi kan setiap orang punya pandangan yang berbeza,so tak payah nak argue sangat k....zzz =p
Marilah kita cerita rahsia(CSI ke apa rahsia bagai =_=) disebalik tajuk entri ini,semasa aku balik dari majlis itu,tergerak dalam hati aku,nak sangat beli sate Kajang dekat R&R Dengkil, kononnya nak bagi surprise la pada mak aku,"Mak orang beli sate",(sebab mak aku dah tak lalu makan nasi,kalau sate,dia OK =p) tetapi persoalannya bagaimana aku nak ke sana dari masjid besi?,ok memang betul neuron dalam otak aku bersambung mengatakan bahawa gunalah WAZE, but aku terfikir juga kalau perjalanan dari masjid besi ke R&R Dengkil itu memakan masa yang lama bagaimana?sebab aku duk bayangkan,masa aku ke masjid besi tu aku bukan exit ke KLIA,Shah Alam etc tu,aku exit ke kajang which is jauhlah kan pada pandangan aku masa tu. Aduh,time tu aku rasa,tak pelah lain kali jela,time aku ada kelas nanti aku belilah ,(sambil tu aku waze jalan untuk balik ke Melaka,yelah aku bukan orang KL mana tahu nak ke lebuhraya macam mana,lepas jumpa toll baru aku tutup waze,Motif aku cerita panjang lebar ni apa hal???)
Klimaks cerita ini adalah *ten ten ten tennnnnn* (dah kenapa kau nak ten ten sgt ni?? T_T),aku ikutlah waze tu and then semasa perjalanan nak keluar simpang ke lebuh raya,tiba-tiba aku rasa macam familiar je simpang tu,SUBHANALLAH (MAHA SUCI ALLAH) rupa-rupanya simpang itu keluar ke arah dalam 5 KM macam tu ke R&R Dengkil,guessed what i feel that time? tak tahu nak gambarkan bagaimana perasaan aku ketika itu sebab aku TERHARU DENGAN ALLAH,DIA BANTU AKU EVEN AKU HANYA TERDETIK JE DALAM HATI.Maka dengan penuh kesyukuran ,kesenangan kehatian,aku keberhentian (*over) ke R&R Dengkil dan aku bungkuskan sate Kajang sebagai BUAH TANGAN untuk famili aku ^_^
Sound macam tak logik kan,korang akan rasa aku reka cerita,tetapi tak mengapalah aku sekadar nak berkongsi,tetapi sebenarnya tujuan entry ini adalah untuk mengabdikan kenangan indah dalam hidup aku dan apabila usia aku dah menjangkau 50-an aku nak baca balik entry-entry kat blog aku(sebenarnya tak sampai 50-an pun aku dah duk baca balik berulang kali ...=p)
Sumber : sini |
p/s : Jom Perbanyakkan Selawat , Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad
Coretan Cahaya Kehidupan : entri ini kemungkinan akan berulang part by part cuma situasinya berbeza atau mungkin macam sama...=)
0 coret kat sini:
Post a Comment