Oh ya masih ingat tak entry lepas aku update pasal brownies aku tu , surprisingly lepas masuk dalam Chiller tekstur yang aku cakap tu terjadi lepas aku masukkan brownies dalam chiller , Aku gigit dia cair kat mulut naaaa MasyaAllah tabarakAllah Sedap sangat nak cakap sedap gila macam Kurang sopan tapi tulah Next time aku nak kurangkan gram tepung juga, nak tengok kejadiannya lepas keluar daripada oven tu cair kat mulut ke tak, Tapi tulah nak buatnya Tak tahu bila ha ha ha ha ha Eh tergelak besar pula he he he he sopan sikit hurmmm tak kelako yaty seyes takkkkkk 😷 tapi yang penting brownies tu tinggal dua keping aje masa aku makan sekeping tadi, now aku tak check lagi dah habis ke tak tu entah-entah anak-anak dah makan habis, tak apalah Asalkan tak membazir syukur alhamdulillah.
Hari ini aku masak sambal ikan Siakap plus ikan kembung , masakkan itu yang aku rindu masa mak aku kuat untuk masak, sekarang aku take over dulu aku masih ingat lagi masa aku pergi rumah BFF aku zaman aku belajar diploma dekat Perlis dulu , almost one week aku duduk rumah dia , oh ya makanan Perlis semua manis ya Macam makanan Kelantan kalau kau nak cari makanan yang pedas memang tak jumpa kalau ada pun makanan pedas manis ,manis tu tetap ada tak tinggal, masa ni aku homesick, Aku rindukan sambal goreng ikan mak aku , jadi masa on the way nak balik ke Melaka , aku dah khabar ke mak aku buatkan aku sambal goreng ikan aku nak makan kiki kiki Dramatik sangat masa tu padahal dalam negeri aje pun , ya memang aku anak mak, Kau bukan anak mak kau ke ? Kau keluar kat mana? Kau keluar kot ayah engkau ke ? tak kan ? mak engkau juga kan, Dialog ini pernah aku lontarkan kepada kawan sekolah aku dulu, sebab selalu ejek aku anak mak sebab aku selalu cakap aku kena tanya mak aku dulu dah memang betullah kan takkan aku nak tanya mak dia pula geram betul masa tu lepas Aku dah cakap macam tu kat dia , dia dah tak berani dah nak cakap aku ni anak mak , padan muka , aku ni diam diam kalau dah melebih sangat aku lawan sampai kau terdiam tapi itu dululah Semasa aku remaja sekarang aku dah masuk Ke Warga Dewasa eh bukan tua lagi eaaa, 🥷🏻Hi hi hi ya ya aku tahu , tak payah nak cakap dalam hati tu , aku mengaku aku dah tuaa hurmmm😌. Ok sambung lagi cerita , panjang berjela ya bab sambal kau tu Yaty 😮💨.Untuk lauk anak pula aku buat ayam bakar dekat oven marinate dengan sos bbq + kicap ABC + lada Sulah + sos kewpie Dan minyak Bijan, sejak sejak akhir ni , aku suka letak minyak bijan sebab , asbab letak minyak bijan ni lagi naikkan aroma masakan aku ecewahhh kemain ayat ko eaa, Yang semestinya gambar dua tu aku tak ambil sebab handphone dekat depan aku kat dapur kikiki (sabar ea tahu korang menyirap je baca kan? 😆 relax lah memang aku saja nak uji kesabaran korang tu ehh cowyyyyy 🙊)
Aku rasa cukup aje lah sampai kat sini , kali ini aku nak Letak gambar apa yang aku update dekat IG , aku harap orang dekat IG tak tahulah aku update blog ni ,Walaupun aku ada update link blog ni dekat IG, tapi aku harap diorang tak perasan sebab aku segan eh okeylah bye wassalam daaaaaa
![]() |
| Satu2 nya makanan yang aku buat harini ,latest aku uptodate 😎 |
![]() |
| Yang ni tekstur lepas keluarkan dari chiller 🙂↔️ |
![]() |
| Tolonglah ea yaty alert lepas ni 🥲 |
![]() |
| The best ever kerja yang pernah aku jalani, tq Allah 😇 |
Nota kaki : Day 14 update blog (kena count sebab biar dak Yaty tahu dia masih on the track...tiber) walaupun ko skip 4 hari yaty, weii baru 14 hari ko update lamanya nak ke monthsary tu?🤧
Cahaya Kehidupan : Kita semua ada emosi, tetapi bezanya macamana kita handle emosi kita ,its depends on cara kita pandang sesuatu perkara itu bagaimana? I mean ke arah positif atau ke arah negatif ? I choose positive way and so do you?….💝







0 coret kat sini:
Post a Comment