Hai korang hari ini kan aku nak cerita sikitlah, Sebenarnyakan tajuk Entri sebelum-belum ni , aku buat bila aku dah taip semua cerita tetapi hari ini macam nak taip tajuk dulu tapi aku buntu nak letak tajuk apa , takut kalau letak tajuk dulu, macam common pula, Hai serba salah Jadinya, sorrylah Mukadimah tak best hurmmmm hambar yaty hambar..., Okeylah jom sambung ke Perenggan kedua, senang eh kau buat mukadimah macam tu *icon lari*
Hari ini aku rajin sikit sebab aku buat brownies plus aku buat jemput jemput(datang rumah ku ...eh tiber) letak kentang dan bawang Sebab mak aku nak macam tu cuma aku Tak letak ikan Bilis aje sebab aku kurang sikit dengan ikan Bilis bukan sebab aku rasa ikan Bilis itu makanan yang tak sedap cuma aku kurang gemar boleh faham tak apa yang aku nak sampaikan dan boleh tak kau sangka baik jangan nak sangka buruk aje tiberrr..., Okey aku sambung lagi nasib baik aku search dekat handphone resipi brownies tu masih ada lagi aku pun follow lah bahan2 dia, lepas tu dah siap semua bahan-bahan, aku lupa pula macam mana nak buat dia jadi aku search lah dekat TikTok semasa tengah buat tu aku pun doa ya Allah bagilah Brownies aku ni jadi Dan Sedap aamiin aamiin ya Rabbal alamin.wajib doa ye kalau nak buat sesuatu ,itu menandakan kebergantungan kita terhadap Allah swt...faham anak2? Fahammmm ...baguih naaa...🙊
![]() |
| Aku kan mmg suka ubah resepi kalau tak cukup bahan, contoh patutnya 400g dark choccoin, 100g milk choc, aku jadikan 500g dark choc,sebab milk choc dah habis guna masa buat waffle ritu 🤣 |
![]() |
| Bila da bersatu semua jadilah sebuah perkahwinan ehhh ko dah kenapa….🙂↕️ |
![]() |
| Lepas tu tabur chocolate callebaut (betul ke eja cam tu ) lebihan kuih raya ritu,pastu chocolate chip juga |
![]() |
| Hat tepi dah kena ambil tu ,aku da ambil sesudu semasa tengah panas ,mana taknya baru keluar dari oven,jenis tak sabar nak rasa tekstur dia….😌 |
Nota kaki : Day 13 update blog (kena count sebab biar dak Yaty tahu dia masih on the track...tiber) weii baru 13 hari ko update lamanya nak ke monthsary tu?🤧
Cahaya Kehidupan : bahagia dengan cara kita sendiri….💝








0 coret kat sini:
Post a Comment