Hai korang, Sebenarnya Hari ini aku malas nak update , Petang tadi macam semangat nak update but Bila lepas isyak dah macam Malas nak update sebab tak tahulah Kenapa malas ni , tiba-tiba je turn off, Entahlahnak aku pun tak faham dengan diri aku sendiri apatah lagi korang kan nak faham diri aku memang taklah kan. Okeylah okeylah kita cerita apa yang kita nak cerita walaupun hakikatnya kita sahaja yang baca kah kah kah Sambil pandang kiri kanan 👀
Sebenarnya aku nak cerita pasal aku pergi mengundi pada hari Sabtu lepas 14 November 2026 tetapi malam sebelum hari mengundi aku dah check dekat apps myspr, masa digalakkan untuk aku keluar Mengundi adalah di antara 12:00 tengah hari hingga 02:00 petang, jadinya pagi tu aku santai babe lepas subuh aku boleh bergolek-golek atas katil lagi , lepas tu aku bangun buat sarapan untuk anak-anak eh tak sarapan sangatlah ianya merangkap lunch sebab masa tu aku buat nasi lemak sambal tumis udang plus kerang dan ayam goreng Upin & Ipin apa dia anak-anak Upin & Ipin betul betul-betul betul-betul pandainya hihihi. Selepas sudah masak aku pun isi Perut dululah lepas dah habis makan lebih kurang dalam 11:30 pagi aku pun bergegas mandi dan bersiap untuk pergi mengundi, aku keluar seorang sebab siapa pula bawa anak pergi mengundi kan walaupun aku rasa akan ada orang bawa tapi tak payahlah kan biarlah Aku keluar sorang2 , At least aku boleh ada me time, me time nak pi beli grocery je pun bukan duk lepak tepi pantai….😩
Sesampainya aku dekat sekolah rendah aku dulu tu,dalam pukul 11.55 pagi, see datang awal 5 minit k walaupun takde sapa nak puji,maka pujilah diri sendiri demi emosi sendiri lahhhh dah kenapa tetiba emosi ko yaty???😎 aku park kereta aku tepi jalan je ,ye ye aku tau memanglah kena tepi jalan, bukan boleh masuk dalam kawasan sekolah pun tapi sabar jap baca kenapa aku taip camtu ,ha baca dalam ayat dalam kurungan tu 🙈(confident tau sesorang kereta aku je kat situ 🤣 bismillahi tawakkal 'alallah), pastu aku menuju masuk ke sekolah, lengang wei, seyesly tak tipu motif explain panjang lebar dah kenapa? 😆, tapi tengok kereta park belah sana banyak, kereta sapa plak, alahaiii sibuk nak tahu tu apa pasal? ...👀, sokay kita terus pi semak pendaftar and then naik ke atas, surprisingly masa ni hanya kita seorang sahaja ye, ya Allah betapa nevesnya dah la ramai orang dalam tu, lepas dah pangkah, terus balik lah apa lagi, siap dalam masa lebih kurang 5 minit je pandang kamu, lah cepatnya...tak yah nak beratur panjang 😌, kalini punya mengundi sangat best tau tak sebab apa sebab aku tak perlu beratur panjang ngeee…until now bila aku ingat moment tu, aku tersenyum….walaupun macam nampak hyperbola sikit,tapi takpelah biarlah biarlah moment aku kan bukan moment korang lahhh yang nak marah tu pehal??? Ohhh okey sorryyy tak marah kamu pun….apa2 pun 'ala kullihal Syukur Alhamdulillah.
Lepas dah pi mengundi tu aku terus pi Econsave, setelah ambil barang yang aku nak beli, sesampai dikaunter, supervisor yang ganti cashier tu tanya aku :-
"Akak baru balik mengundi ye"
"Ye"
"Nanti akak me claim bag kat kaunter depan"
"Ha, claim apa?"
"Claim bag"
"Oh ok, terima kasih"
Ya Allah seriously tak terfikir pun nak claim lepas mengundi ni dan tak terbaca pun depan pintu Econsave ada tampal poster ni, semuanya "kerja Allah" yang nak bagi bag ni kepada saya...see...kalau dah rezeki takkan pernah salah alamat, jadi buanglah hasad dengki, dah dah lah menangkan syaitan, meh kita menuju jalan yang Benar, sekian wassalam...syukur alhamdulillah...😍
Ada lagi satu story lagi, hat tu korang baca kat dalam gambar la ye, as usual aku akan screenshot gambar dari IG story aku,kat situlah mudah aku nak recall semula moment yang terjadi dalam hidup aku, jadi korang kena ingat IG story ingat entry aku lahhhh tiber sangat kan….kikiki…okla korang aku undur diri dulu, by the way harini cuti umum untuk Melaka sempena PRN ritu walaupun aku bukan staff company lagi tetapi tetaplah nak mention cuti tu kat korang walaupun korang sendiri pun da tahu kan?ehhhh ok2 kalini aku nak gi…oklah wassalam….bye bye….daaaaa
![]() |
| Bukti keluar mengundi 🙈 |
![]() |
| Moment indah |
![]() |
| Baca yang inilah cerita yang aku tak taip kat atas tu….😂 |
![]() |
| Nasi lemak sambal tumis udang plus kerang, jangan tanya kenapa taugeh,sebab sayur tu je ada kat umah pada waktu tu sekian harap maklum,terima kasih.. |
| Nota kaki : Day 23 update blog |
|







0 coret kat sini:
Post a Comment