Hai korang, weii serius ar 6 hari lepas update, wa macam tak caya la, lu tinggal lama blog lu, kesian weii, wa pasti lu mesti banyak lupa apa yang dah jadi 6 hari lepas kan, ni kang lu mesti update yang mana ingat je , tu pun mesti sipi2 je pahtu ending…aku kan pelupa….EMANG DASAR LOO….,OK2 yang dah baca tu harap bertenang ayat mukadimah tu untuk dak yaty bukan untuk korang hurmmm..aku ni susah la nak cakap ,tak suruh pun ko cakap, kena menaip je yaty, ye aku tahulah takyah lah nak loyar buruk sangat, sememangnya kenapa tak update sebab busy plus last week memang mood nak menaip tu takde langsung, bukan macam at first week tu , mood meluap2 macam gunung BERAPI everyday mesti nak update but last week mood tu go healing maybe…maybelah…ermmm hambar yaty..tak kelakar langsung, ko baca balik ayat ko kat atas tu, orang baca pun rasa nak hempuk screen je, dah2 lah kata takde mood tu, pahni kalau nak update ,ko terus straight to the point je isinya takyah mukadimah bagai…ada faham???…tak tuju kat korang, tolong jangan terasa..maaf shakap…fuhhh banyak betul luahan ko yaty, sabar la ye..kekadang kena ada side marah juga untuk ko bangkit selepas berkali kali jatuh….jatuh tu bukan secara fizikal lah jatuh secara invisible, macam mood…macam…eh eh ulang lagi ko ye bab mood tu..ok2 full stop.
Wei korang minggu lepas aku hanya ingat kejadian hari sabtu je, selebihnya aku lupa lah (lariiiiiiiiiiii…sebab kena kejar dengan dak yaty,kan dia kata jangan cakap camtu lagi…hahaha…bluekkk…hihihi) relax2 ,hidup kena ceria even dalam hati ko remuk seribu, cukup la ea seribu ,kalau sejuta nanti,masuk ke alam lain pula….haishhhh ko ni kang…ok2 relax, cuba tarik nafas, awat nak marah2 je ni ea, ko tak penat ke lawan dengan emosi ko sendiri??? Ok lets begin the story untuk hari sabtu lepas, aku buat mee hailam, semua asbab Ilfy, sebab sabtu kelmarin dia tak dapat makan mee hailam, masa tu aku buat sebungkus mee je (sebab masa ni memang nak masak untuk mak aku je, untuk anak2 aku masak lauk lain plus mereka ni kurang gemar makan mee2 ni, laksa apatah lagi,spagetty tu mungkin makan tapi jika makan pun aku kena selit ayat cam ni “bawa2lah belajar makan makanan lain selain ayam….rezeki Allah ni luas tau, jangan asyik nak ayam je…haa cam tu la aku selalu mengomel dekat telinga mereka, walaupun kedengaran suara hati mereka seolah2 macam bercakap ‘cukup maklong cukup,hentikan kata2 maklong’…hurmmm aku reka je,depa tak pernah melawan pun, mereka tadah jela telinga dengar ‘nyanyian aku’….ngeee)sambung lagi cerita, aku bangun ,dan aku teruslah misi aku buat mee hailam di pagi sabtu, aku masak 2 bungkus mee iaitu equal to 1kg mee, masa ni aku dah berangan this food can extend to lunch sebab aku yakin anak2 pasti makan sikit je, aku pendekkan cerita, selapas aku masak ,aku suapkan anak bongsu dulu untuk makan, pastu anak2 yang lain dah ambil makanan mereka untuk breakfast, aku suruh aqil ambilkan untuk nenek sekali, sehinggalah detik yang telah meruntuhkan angan2 aku :-
“Mak long aqil habiskan mee ni ea?”
“Wah Maklong tak makan lagi ea, agak2 le, mak long masak, maklong tak dapat makan”
Maka Aqil pun letak that tangguk mee tu semula ditempatnya sambil buat senyuman kerang busuk…
Weiiii mee tu aku dapat sejemput je, korang boleh imagine tak angan2 aku nak extend to lunch but turnsout jadi soldout, kah kah lah padan muka, dia macam level confident ko tu dah bagus dah, tapi membawa kepada kemusnahan angan2 ko sendiri, maka aku dengan berat hatinya, makanan untuk lunch pada hari sabtu tu, aku buat nasi lemak sambal udang plus ayam bakar smoke bbq, even anak sulung kata boleh ke makan ayam bakar dengan nasi lemak,bukan kena goreng ke?, dan aku seraya menjawab, bole je bang, bakar ni lagi healthy sebab rendah calory, kalau goreng tinggi calory…done act as nutrician yang berjaya…ecehhh….hihii.
Aku rasa cukup kot aku cerita setakat ni, kalau nak cerita hat lain, kena hadap2 hari2 yang mendatang dahulu kan….eh…ok2 kita guwau je ea…maafkan salah silap diriku….ok la wassalam…bye bye…daaaa

Inilah mee hailam yang dah sold out tu 😆
| Nota kaki : Day 20 update blog |
|


