Nikmat s.a.b.a.r


mood : BERSYUKUR

salam.....apa ye yang yaty nak luahkan...byk sebenarnya, actually beberapa hari yang lalu yaty byk mengalami ujian yang menduga kesabaran yaty...ntahlah yaty try to make it simple n think everything happened for a reason because i know Allah sentiasa bersama org2 yang sabar..yaty nak tergolong dlm golongan itu...

listed ujian2 yang yaty tempuhi :-


ujian pertama : air jatuh ditengah bazar Ramadhan...malu nyer tiadalah terkira tp da tak ada
rezki yaty redha
cuma sabar menahan malu la...huhuhu

ujian kedua : kerja yang menguji kesabaran yaty.....yaty buat ikhlas kerana Allah....bukan
kerana org lain

ujian ketiga : melawan sifat malas yang tak mahu pegi solat terawih....

nikmat yang yaty dpt setelah bersabar :-


ujian pertama : yaty mendapat ketenangan walaupun dlm keadaan malu..Allah beri yaty ketenangan utk
menghadapi situasi itu...syukur Alhamdulillah

ujian kedua : yaty dapat pertolongan dari Allah dengan dipermudahkan kerja yang perlu yaty
buat...Subbahannallah..Allah maha Besar...time ni yaty rasa Allah mmg maha mengasihani ke atas
hamba2 NYA.

ujian ketiga : first day g solat terawih tu walau pun dlm keadaan terpaksa tiba2 yaty dpt rasakan nikmat
kemanisan didalam beribadah, keinginan utk dtg lagi keesokkan harinya sudah tersemat didalam
hati....time ni yaty benar2 bersyukur kerana Allah masih lagi memberi yaty peluang utk merasai
betapa nikmatnya beribadah kepada Allah even yaty ada perasaan malas pada mulanya....huhu


tujuan yaty berkongsi ni bukan lah utk tujuan riak(na'uzubillah), tujuan yaty adalah untuk menunjukkan kepada anda semua betapa besarnya ganjaran yang Allah berikan pada org yang benar2 sabar dan redha dgn ujian Allah....yaty sentiasa ingatkan diri yaty supaya sentiasa menjadi org yang sabar dan redha dgn ujian Allah....biarlah kita dipandang hina oleh manusia tetapi mulia disisi Allah kerana dunia hanyalah sementara, akhirat jua yang kekal abadi.sesungguhnya nikmat yang paling besar adalah nikmat ketenangan didlm menghadapi ujian drpd Allah kerana tanpa ketenangan kita tidk akan dpt berfikir secara waras.Biarpun ketenangan itu tidak nampak dan begitu subjektif tetapi yaty percaya jika anda mndaptkannya time anda dilanda ujian, insyaAllah anda akan fhm apa yang yaty maksudkan.semoga kite tergolong dikalangan hamba yang diberkati oleh Allah SWT.




Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

0 coret kat sini:

Muslimah Biasa

 
Copyright©2011-2012. Segala penulisan diatas adalah Hak Milik cahayakehidupan