Showing posts with label kisah benar. Show all posts
Showing posts with label kisah benar. Show all posts

Note RM 100

Mesti orang kurius kenapa tajuk entri gitu,ehem ehem,mestilah ada cerita sebab dan musababnya,sat lagi aku cerita k,la ni aku nak cerita, 2 paper aku dah habis jawab, tinggal 1 paper je lagi iaitu pada hari Jumaat ni tanggal 10 Julai 2015, aku pergi  menginap satu malam kat shah alam sebab nak buat revision dengan kawan-kawan(first time buat camni actually,tak sabar rasanya nak throwback zaman study dekat hostel masa diploma dahulu :)

Sumber gambar : sini 


Kisah Note RM 100, cerita bermula dengan aku short duit RM100 untuk gaji bulan 6 , aku tak ingat kenapa aku short RM100 tu, puas aku fikir dan cuba nak ingat balik sebab aku ni jenis pelupa sometimes perkara 1 jam lepas berlaku pun aku boleh lupa,sadis betul. Dipendekkan cerita, dah puas aku fikir dan cuba ingat tu, lama-kelamaan aku redha, ada hikmah Nya,sambil-sambil tu aku berdoa juga,supaya Allah permudahkan urusan aku nak bermalam ke shah alam nanti.oh ye, actually,duit cukup nak ke sana,cuma tak banyak,sekadar cukup-cukup makan je, sebab aku terfikir kalau ada emergency nanti camne,thats why,aku macam rasa down masa mula2 short tu,but bila aku tahu duit itu bukan kita punya,hanya pinjaman sahaja,aku pujuk diri,alhamdulillah aku boleh accept sampailah aku dah lupakan duit yang hilang tu.(panjang betul nak sampai ending),sampailah ada satu malam, aku nak hantar mak cik na(tukang urut)yang baru lepas urut badan adik perempuan aku balik ke rumah dia,aku sarung baju sejuk,secara tiba-tiba tangan aku terasa kat luar poket tu macam ada kertas dalam poket,aku pun seluklah tangan kanan aku dalam poket, aku tarik dengan perlahan-lahan, guest what aku nampak apa?aku nampak note RM yang berwarna ungu,subhanAllah,aku speechless ketika itu,mulut aku tak henti-henti ucap Alhamdulillah, Allah bantu aku saat-saat aku sangat memerlukan,aku tak tau nak habaq lagumana perasaan time itu,cuma, Syukur alhamdulillah,terima kasih Allah,sesungguhnya aku terharu dengan Allah .semoga cerita yang aku kongsikan ini, ada manfaat buat orang-orang dekat luar sana,ingatlah sesungguhnya setiap ujian yang melanda itu,pasti Allah nak ajar sesuatu atau nak beri sesuatu,jadi bersabarlah (note pada diri sendiri terutamanya)


(this entry kiranya macam throwback lah,sebab dah duduk dalam draft dari tarikh 7 Julai 2015 lagi, masa tu aku taip guna handphone tak boleh nak edit sangat,ni baru berkesempatan dan ada masa  guna laptop untuk edit =)




Coretan Cahaya Kehidupan : Bergantunglah sepenuh hati dengan Allah, inshaAllah resultnya is owesome. ok lah, next entry  for Hari Raya plak *macam ada orang nak baca plak T_T

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Terima Kasih Anishaway,Zaer Dan Afiq

 Assalammualaikum...

Nampak tak perubahan Header blog ni,yaty tahu sejak 2 hari lepas,yaty banyak post entry-entry emo seperti entry ini dan ini,tapi alhamdulillah,hari ini tidak lagi.

 inilah header baru yaty
cantik kan
hasil ciptaan

Meh sini nak story sikit mengenai masalah yang yaty hadapi.Petang tadi minta tolong Anishaway buatkan header itupun zaer yang bagi link  Anishaway ,before that yaty memang da follow Anishaway ,kenal Anishaway, masa tu zaer credit Anishaway dalam entrynyer mengenai header baru zaer.So dari situ,da tahu  Anishaway ni pandai buat header tapi segan la nak minta tolong,baru je kenal,then kebetulan petang tadi meluahkan rasa kesedihan mengenai header kat zaer,then zaer suruh tinggalkan idea header kat entry  Anishaway.So,konon2 malu,tapi nak header baru punya pasal,tulis comment kat entry tu.Alhamdulillah disambut baik oleh  Anishaway.Maka terciptalah header seperti di atas ^__^


Nak dijadikan cerita,masa pasang header tu , view nya tak lah macam sekarang ni,ianya kecik je and gambarnya pecah.So,setelah mendapat kata sepakat (poyo je ayat..=P) di YM,Yaty beri Anishaway edit blog yaty.Dan jangan terkejut Anishaway dibantu oleh 2 orang blogger yang kacak dan tampan *ngampu ke apa ni..haish.. tak lah,ikhlas puji ni, mereka ni memang baik-baik belaka iaitu zaer dan AfiqBukhari.Kalau korang nak tahu kenapa mereka bantu,tanyalah dorang sendiri,tak mo bagi tau*ketawa..lalala..(lagipun Afiq and zaer memang teman blogger yaty pun hehe.. =])


Hasil gabungan mereka bertiga,maka masalah itu dapat di settlekan dengan jaya nya.Sekarang mereka bertiga telah mengembalikan SENYUMAN di hati yaty serta buatkan yaty terharu sampai tak tahu nak ucap macam mana...*nak nangis leh tak?...ok sila jangan poyo sangat ye cik yaty

Jom pakat ramai-ramai terjah blog mereka bertiga ni :-


Entry ni yaty tulis semalam,so,hari ini bila buka blog, header yaty da berubah jadi animated,terkejut sangat-sangat,terima kasih anishaway sudi animatedkan header sis.terharu ni..huhu..=]

IOG,
I'm just an Ordinary Girl
Love Respect Peace
(nice one :">)


Jangan lupa terjah blog mereka ye.Nak tanya pasal header pun boleh,tapi kena pandai ayat lah *ketawa..ok itu gurau..hehe =P


Coretan IOG : Alhamdulillah setelah mengalami masalah,Allah kurniakan pertolongan dari mereka.Terima kasih Ya Allah ^__^



Love Peace Respect

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Penawar bagi orang yang PELUPA

Assalammualaikum

alamak terlupa!!!

Korang tau ke apa maksudnya?yaty?senang je …jap ek nak rujuk kamus dewan bahasa dan pustaka…adeh..hohoho.Kenapakah perkataan ni wujud dalam entry kali ini..oh tidak..nanti ku berjangkit penyakit ini…syuhhh…syuhh…hahaha…

Setiap kali apa yang ku coretkan disini pasti ada kena mengena dengan diri ini,usah risau,ku tak suka untuk cerita hal orang.Blog ini adalah cerita tentang ku semata-mata,jika ada orang lain yang ku sebut,itu semua bersangkut paut dengan kehidupanku, tidak lebih dan tidak kurang pasti tercatat dalam pengalaman hidupku, so,kamu-kamu diluar sana ,kalo kamu tercatat disini maknanya kita ada BAU-BAU BACANG,sila hantar details serta alamat penuh ke ….fullstop…udah ku nyatakan,jika ku ada kelapangan..terkadang idea2 merapu terserlah..maaf kan ku…=P hehe


Kat mana kita tadi…oh ye PELUPA, yes i am, bak kata Puan Emak “umur muda lagi tapi da macam orang tua,cepat sangat lupa”…yes I admit it, ku mudah lupa,terlupa,kelupaan,melupakan dan sewaktu dengannya.Korang pernah alami tak,time jumpa kawan-kawan,dorang punya excited cerita zaman-zaman belaja dulu,alih- alih respons korang “oh ye ke,memang kita cam tuh dulu ek?”, sia2 je kena basuh seharian oleh mereka.The same thing jadi pada diriku, kesian cik Ana, cik D and cik Ikim tapi yang selalu kena macam tu cik Ana n cik D la, apabila kitrg berjumpa,pasti akan cerita story masa belaja dulu,dan acapkali (eceh..) ku pasti menanyakan “bila ye?,ada ke?, kenapa akak cam tu ek?,marah sebab apa?,keluar sebab apa?gaduh sebab apa?”..nah..bertubi-tubi soalan yang ku tanya pada mereka,dan ku akui mereka sangat baik-baik belaka seraya berkata “kak yat ni pelik la,takkan itu pun da lupa,aku ni setiap inci yang terjadi dalam hidup aku,aku akan ingat”kata cik D kepada ku,tak kurang hebat cik Ana pula “akak ni,takkan tak ingat kan dulu akak pernah marah tutt sebab dia nak bla bla bla..(lupa..)”.Amacam..baik kan mereka..ahaks..


Mereka berdua pun da faham dengan perangai ku,kalau nak flashback,pasti dorang akan cerita secara terperinci dahulu..ini adalah untuk memastikan ku faham apa yang mereka katakan dan ku reponse dengan perbualan itu..(da macam contractor jumpa pegawai kerajaan untuk dapat tender plak..ahaks..)

Lain cerita apabila ku berada dirumah plak “mak, nampak tak mana orang letak bla…bla..bla..(lupa),orang rasa orang letak sini,tapi tak ada pun”,puan emak seraya menjawab “kau ni kan,tak habis2 lupa,cam ne la kau da ada laki nanti ,ntah2 hilang laki kau kat pasar raya..ok itu tipu puan emak tak jawab macam tu pun..ku lupa apa dia cakap tapi isi-isi penting nye tetap sama”umur muda lagi tapi lupa macam orang da tua umur 60 tahun”..see..makan dalam tu…=P


Cerita di office pula “ Kak ita,hari tu kita ada order file untuk A4 tak?”,kak Ita jawab “eh..tak tahu akak,awak yang order”..”huhu ok”..5 minit kemudian “yaty,memang ada,dalam list ni awak ada order file A4 satu kotak”..”owh ye ke..adeh..sori kak ita lupa la,da cari kat bilik stor,tak jumpa,tu yang saya tanya”..dengan selamba kak ita jawab “ haish awak ni,muda-muda lagi da lupa”..sopan je dia ngata kan..hak hak..=P 
Banyak sebenarnya yang yaty nak cerita tapi karang panjang berjela plak entry ni,yaty tahu korang kan malas rajin gila  membaca,so yaty cerita la setakat mana yang mampu (ayat cover ni..sebenarnya lupa apa nak citer...*ketawa lagi)


Setiap ubat ada penyakitnya..eh..eh..jap2..setiap penyakit kan ada ubatnya...baru betul..hehe,so,masa yaty tingkatan 6,cikgu Yusof (wah ku ingat nama cikgu ni..perkembangan positif ni) mengajar Bahasa Melayu,beliau pernah ajarkan satu ayat dimana kalau kita lupa letak barang,kita baca ayat ini,yakin 100% Allah akan temukan,insyaAllah nescaya kamu akan jumpa.yup betul tu cikgu,ku memang baca ayat ini tatkala barang ku sembunyi dari ku,alhamdulillah setakat ini,ku jumpa tempat persembunyian mereka.Paling lama pun hilang seminggu,masuk hari ke 8,tanpa sedari,buka almari,nampak benda tu,ajaib kan,masa duk cari macam orang gila tak pula nak muncul,itulah hebatnya Allah,DIA tahu segala-galanya.Dari tadi duk ceramah macam Ustazah Siti Nur Bahyah,ayatnya yaty tak beritahu lagi..ok2...sabar k,sila ambil pen dan kertas salin ayat dibawah

Rabbi Yasir Wala Tu'asir rabbittommin bil khoir

ringkas je kan,inilah ayat magic Al-quran.selamat mencuba

p/s : entry ni da ku tulis semasa di ofis.maybe tadi ku excited nak tulis, macam-macam idea ada,tapi malam ni,hurm....lupa kot...tettt..=P

Coretan IOG : janji tak lupa nak solat ,yang lain boleh di adjust lagi tapi solat?jawab la sorang-sorang di alam barzah nant..renung-renungkanlah.


Love Peace Respect


Like or Not , its up to u Share

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Pengajaran BuatKu...

 Jam menunjukkan pukul 5.00 petang.yaty pun berkemas2 utk pulang ke rumah..

"kak Ita nak tido kat opis ke"

"eee wat pe..tak kuasa akak...akak da siap nak pulang ni"

"hahaha...ok2..jom.."

melenggang lenggok yaty n kak Ita menuju ke kereta masing2..kereta kak ita terletak diujung sana, Kete yaty dekat ckit dr opis...hehe

"akak tumpang yaty , anta kat kete akak  la"

"haha..bole aja..jom lah"

"bak kata Fendi,ala sejengkal je pun..."

(ok pagi td yaty ckp ngan kak Ita, yaty ibaratkan sekolah yaty sejengkal dr uma, abg Fendi smpuk itu bukan sejengkal..tapi berjengkal2...nah..dpt ayat sejengkal seperti diatas..=P)

ok..dgn rasa keinginan yang tinggi utk pulang ke rumah , yaty pun menekan alarm kete seperti dibawah
tetiba kete tak bunyi pape..ops bukan kete tapi alarm kete...hati da mula rasa cemas adakah bateri alarm sudah KO..uwaaa....bergegas yaty lari ke arah kete kak Ita..




"kak Ita ada bw kunci kete kembara tak?" (padahal da tau kak ita tak bw kot coz dia bw kete lain..)

"tak pulak, napa"

"ni haa..alarm kete sy tak berfungsi..bateri KO kot.huhu"

kak Ita terus matikan enjin kete dan  pegi ke arah kete yaty..

"hurm..kalo buka guna manual berbunyi tak"

"bunyi la..kot"

"besenya kalo bunyi, ada butang kat lam kete,kalo kiter tekan , ia akan diam.."

"ooo yeke, tak tau plak sy,sy tau guna je..huhu"

"cuba call fendi, nant kalo buka, dia mesti tau nak cr butang tu"

"ok ..jap.."

(mana la peginya no abg Fendi ni, ari tu ada save..)

"Kak Ita ada tak no Abg Fendi, sy tak tau la mana no dia ni, ri tu ada.."

"ada, HP lam kete, jap ek"
(tetiba teringat nak ngk kat HP lagi stu..nah...kan ada tuh, penat je kak Ita g ambil HP dia..lantas tipon abg Fendi)

"Hello, Assalammualaikum..abg Fendi ,ni yaty ni, Leh dtg ke Parking kete, nak minta tolong jap"

5 minit kemudian nampk kelibat Abg Fendi
Yaty lambai2 tgn supaya dia ke mari..

"asal ni?"

"ni haa, alarm kete bateri tak ada"

"buka manual la"

"tu la,nak buka manual, sy tak tau butang mana nak kena tekan, abg Fendi tolong cr kan leh"

"ok..buka la"

"Takmo la, takut..."

"laaa...takut plak dia" seraya abg Fendi ambil kunci dr Yaty

ketik!! berbunyi alarm kete yaty...bisingnya, nasib baik tak ada org lalu lalang time tuh
abg fendi punya la lama cr butang tu.yaty plak ke tmpt penumpang depan nak tutup radio, alih2 terjumpa butang MERAH,lalu yaty tekan..

"laaa yang ni ke butangnya.."



"haah la..apa la..itupun tak tau"

Hek eleh...dia pun tadi tak dpt cr..hoho

 "Thanks Abg Fendi, kak Ita"

masing2 da berlalu pergi,Dengan semangatnya , yaty nak menghidupkan enjin kete...napa mcm tak leh nak hidupkan enjin ni..uwaaa....tetiba alrm kete berbunyi lagi..yaty jd gelabah lagi....Ya Allah tolong lah hambaMU ini..seraya keluar nak ke arah kete Kak Ita, tapi yaty lihat kak Ita da reverse kete dia...punah harapan..huhu..tetiba dia jalan kat depan kete yaty..

"asal lagi tu yaty"

"ntahlah kak Ita tak leh nak hidupkan enjin ni, agaknya tekan butang merah tu sekejap je..pas tu bunyi balik, dan secara auto enjin tak leh dihidupkan..huhu"

"la ye ke"

 Dgn Kuasa Allah swt, yaty tekan alarm kete , tak semena2  berfungsi..subhannallah.....bila da berfungsi,automatik enjin leh dihidupkan....Syukur Ya Allah KAU telah bantu aku tadi, kalo tak..mmg lik lambt la tadi..huhu

"Thanks kak Ita"

Moral Of Story 

1. Sila Simpan Bateri spare lam Handbag
2. Sahabat masa susah dan senang (maceh Kak Ita dan Abg Fendi)
3. Senantiasa berdoa supaya Allah beri kiter jalan penyelesaian(tak tunjuk pun takpe..dlm hati pun da cukup)


Coretan IOG : Kejadian ini beri satu pengajaran kat Yaty....ku sangkakan panas sampai ke petang rupanya Hujan ditengahari..eceh..da start la tu dak Yaty ni...ok daaa..hidup kan mesti ceria..lalalala ^_~


yaty belanja sorang satu...ambil la..jgn berebut plak ye..>_<

p/s : entry kali ni panjang dr bese..almaklumlah...sj jek nak bg korang penat baca..hahaha (ada ke org baca..perasan je dak Yaty ni =P)


Love Peace Respect




Like or Not , its up to u Share

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Kenapa Tak Rogol Saya?

 email yang br shj yaty dpt td..hayatilah kisah ini, semoga kiter dpat manfaat dr kisah ini...=]





Kenapa Tak Rogol  Saya?
 

Oleh  Hilmi Halim




Kisah benar ini  berlaku di US.
Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US.  Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan  ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia  mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan  tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang  agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak  gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan  bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih  Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan  tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah  memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan  agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu  bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik  lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke  rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang  perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong  yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.  Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah  perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat  aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas  siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang  dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia  mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu,  tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu  sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol  tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat  lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to  me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat  apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa  tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw  two young man walking with you. One on your right side and the other one was by  your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak,  awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan  awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah  awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni  rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat  Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia  baca malam itu.


p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai  hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia  pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi  pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas  yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah  malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan  diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat  tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang  siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan  memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr  r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan  ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang  bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata  orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari  kejahatan syaitan yang di rejam…….

Korang yg bergelar  wanita...amalkanlah..
moga lelaki bermata buaya emas tak ganggu  kalian...


coretan IOG : DOA merupakan senjata utama bg Org2 Islam utk mencegah kemungkaran..tapi sygnya tak semua mempraktikkannya ..renung2kanlah...


Love Peace Respect

Share

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Muslimah Biasa

 
Copyright©2011-2012. Segala penulisan diatas adalah Hak Milik cahayakehidupan