Siapakah R??



   Yaty tak tahu kenapa setelah yaty baca entry ini, tetiba yaty dapat merasa apa yang  Bahiyah(tuan punya blog) rasa,bezanya yaty dengan Bahiyah adalah sahabat yaty tu masih ada lagi tetapi sahabat beliau sudah tiada.Sedih sangat2,bila baca entry Bahiyah,ingatan yaty terus ke dia .teringat dulu masa mula2 dia datang uma :

"Mak ,siapa kawan pidau tu mak,lain macam je orang tengok, rambut dia langsung orang tak berkenan,macam samseng" ..terang ku pajang lebar kepada Puan Emak

nama kwan adik itu mula ngan huruf R.Rambut R yang hanya nipis ditepi kiri dan kanan,amatlah buat yaty tak berkenan,sungguh,masa tu memang betul2 tak suka sampai terdetik dalam hati "kenapalah adik aku kawan ngan orang macam ni..

"entahlah, dia kata belaja sama U ngan dia"

"sama belajar?? apa cam tu ,rambut ntah apa2" bebelan aku terus ke rambut R

masa R datang rumah,dia balik sekali ngan adik yaty. Yaty perlu hantar dorang ke Melaka Sentral untuk naik bas balik KL.time tuh adik ngan R belaja di UTM.

"nor,pergi panggil pidau,karang lambat pulak"

"ok mak."

yaty terus menuju ke bilik adik,bila pintu di tolak.Subahannallah...Allahuakbar,apa yang telah aku katakan tadi pada R,apa anggapan aku tadi pada R,"Samseng"...aduh..terasa macam menusuk ke kalbu dek kerana kata2 ku tadi.Samseng yang aku kutuk tadi telah mengimamkan adik aku solat maghrib. Ya Allah , betapa besarnya pengajaran yang KAU beri pada ku,aku insan yang lemah.aku tutup pintu lalu ke bilik ku.

setelah bersiap2,kami pun bertolak...

**********************

2 minggu selepas itu,adik yaty balik uma.malam itu yaty cuba tanya tentang R kat dia

"pidau siapa nama kawan ko tu?"

"apsal plak ko nak tahu"

"tak lah saja je la"

"nama dia R..., apsal"

"tak de pape,wei ,ko ada no fon dia"

"wah..ni da lebih,apsal ko nak no dia plak"

"ala saja je la,dia cam bdk baik je"

"memang la dia budak baik,budak sekolah agama tu.."

    Perghh..kata2 itu buat aku tersentap lagi sekali,aku telah kata yang bukan2 terhadap R.akhirnya aku dapat juga no dia.aku mula langkah pertama.aku miscall..(aku seorng pemalu,tapi keinginan ku ingin mengenali dia buat aku berani untuk miscall..aku tak berani nak call,aku tak punya kekuatan waktu itu...)dia msg ku,bertanya,siapakah gerangan aku,aku pun jawab ikhlas,aku kakak kepada firdaus,aku ingin berkawan dengan dia...Alhamdulillah salam persahabatan aku disambut baik oleh dia.Sejak itu kami selalu message,time tu aku di Tingkatan enam.Segala masalah ,aku luahkan kat dia,dia begitu supportive,sangat menyenangkan dikala aku kesedihan.aku pernah ngadu kat dia yang aku tak mahir Bahasa Inggeris,dia bagi suggestion,"mulai hari ini kita message dalam Bahasa Inggeris"...mulanya aku macam nak menolak tapi dia kata"cuba dulu,lama2 insyaAllah awak akan biasa"..aku pun menurutkan sahaja.Alhamdulillah,peyusunan ayat,grammer aku bertambah baik,aku sudah mula pandai buat karangan BI.

     Da lama aku berkawan ngan dia,baru aku berterus terang yang dulunya aku pernah kata dia samseng,dia cuma gelak then terus berkata,

"Dont Judge the book by its cover" 

"ok saya minta maaf wak,saya da sedar sejak saya nampak awk imamkan adik saya sembahyang,thats why,saya ingin awak jadi sahabat saya" 

"it ok,saya tak marah,dakwah banyak caranya,tak semestinya pakai kopiah je kita leh berdakwah,saya punya cara saya sendiri untuk berdakwah"....

***********************

     R merupakan lelaki pertama call yaty pada malam hari jadi yaty.

Tepat jam pukul 12 malam,04 Disember 2004(tak pasti thunnya).tiba2 HP ku berbunyi tertera nama dia.aku jawab dalam keadaan mamai..

"Hello ,Assalammualaikum,ye wak,ada apa"

"waalaikumussalam,Selamat Hari Lahir wak"

"Apa,selamat hari raya..haa..ok.." aku mamai sampai salah dengar...adeh

"awak,selamat Hari Lahir bukan Raya"

tetiba mataku segar dengar ucapan itu..(budus..malu ..huhu)

"semoga awak bahagia dunia dan akhirat"

"err..terima kasih wak,sudi call saya,saya sangat terharu,tak pernah sahabat laki call saya untuk ucap Besday saya,awk sorang je..terima kasih juga kerana sudi kawan dengan saya,ada ketika saya sedih,sesungguhnya awak adalah anugerah terindah buat saya.."

"sama2 wak,terlalu tinggi pujian itu,terima kasih juga sudi jadi sahabat saya..hurm..ok la wak,rasanya da lewat ni,awak sambung tido balik k.selamat malam..err..selamat pagi"

"hurm ok...jap2..nak hadiah"

"panggilan ini adalah hadiah saya buat awak"

benar kata dia,panggilan itu merupakan hadiah paling bernilai buat yaty.

***************

Persahabatan kami tak lama,cuma terjalin selama setahun lebih,R mendiamkan diri.yaty msage dia tak reply,call tak berjawab.sejak daripada itu,yaty hilang punca,hanya gambar dia je menjadi tatapan yaty.tibalah pada tarikh 8 April 2007,besday dia,yaty try msage dia,ucap bday...tetiba ada reply dari dia..alang kepalang gembiranya hati yaty time tuh,dia minta yaty belanja dia makan...yaty jawab tak ada hal la.so,kami set date untuk jumpa.time tu kami makan di KFC Mahkota Prade.Dia masih sama,tidak berubah,itulah dia.


"selamat hari jadi wak, semoga awak bahagia dunia akhirat"

"Terima kasih"

"Napa lama tak dengar cite,sy msg tak reply,call tak berjawab"

"maaf wak, saya busy kebelakangan ini"

"takkan busy sampai tak leh nak reply msage saya"

tetiba dia diam membisukan diri

"awak da lain sekarang R..awak tak macam R yang saya kenal dulu"

"manusia cepat berubah yaty, begitu juga saya, saya bukan R seperti yang awak kenal dulu"

"apa maksud awk"

R diam lagi

"yaty saya harap awak faham, saya bukan R yang dulu,saya da berubah..."

     kata2 itu tergiang2 sehingga aku balik ke Hostel..apakah maksud R yang dia da berubah,adakah dia sudah punya GF n nak putuskan persahabatan kami,kalo ya,sila lah berterus terang janganlah buat aku tertanya2...memang benar..pertemuan kami itu merupakan pertemuan pertama dan terakhir buat kami kerana setiap kali yaty masage R pasti fail.da tukar no fon agaknya.Hati yaty terus jadi sayu.Allah kirimkan R buat peneman seketika bukan selama2nya.waktu itu,walaupun pedih untuk menerima kehilangan R,tapi yaty tetap bahagia,kerana dia pernah buat hidup yaty bahagia dan gembira.

Buatmu R,
1. Terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup yaty.

2. sangat bahagia punyai sahabat seperti kamu

3. Terima kasih kerana sudi jadi tempat luahan yaty

4. Nama kamu tak pernah luput dalam ingatan yaty buat selamanya

5. biarpun kamu dimana,dengan siapa sekali pun, dalam doa yaty pasti ada nama kamu.Yaty sentiasa mendoakan kamu hidup bahagia di dunia dan akhirat

6. yaty tak jumpa lagi sahabat lelaki seperti kamu tetapi cukuplah memadai mereka menyenangi diri ini.sesungguhnya kamu tiada pengganti.ada satu ruang khas buat kamu yang tiada seseiapa pun boleh menggantikannya kecuali dengan izin Allah.

7. Jika kamu ada terbaca this entry,yaty nak kamu tahu,walau kamu berubah macam mana pun,yaty tetap ingin bersahabat dengan kamu.kamu juga cakap,sahabat sejati adalah sahabat yang terima buruk baik sahabatnya...=]
*********************

Memang tiada kaitan langsung cerita Bahiyah dengan kisah R, tapi persamaan kami,adalah kami kehilangan Sahabat yang pernah menyinari hidup kami.harap Bahiyah tabah menghadapi ujian Allah.Yaty tahu,R tak ada dalam hidup yaty sekarang pasti ada sebab..mungkin Allah akan bagi orang lagi baik dari R,mudah2an amin.

P/s : banyak lagi R pernah nasihatkan yaty,tapi maaf ingatan yaty memang dari dulu tidak kuat,yaty tak ada upaya nak ingat setiap details yang yaty lalui dlm kehidupan yaty.Kemungkinan,apa yang yaty cerita diatas,ada tokok tambah,yaty just ingat peristiwa2 penting je.maaf sekali lagi

Coretan IOG : selepas baca entry Bahiyah,R terus muncul dalam ingatan,sudah lama aku melupakan nama dia,sekarang muncul kembali.Allah berikanlah yaty kekuatan..T__T


Love Peace Respect


Like or Not , its up to u Share

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

15 coret kat sini:

ataicha said...

hmm sedihnya cerita yaty..
xpe la bukan jodoh yaty kut..

yaty jgn sedih2 tau...

Cahaya Kehidupan said...

ataicha : haah.jodoh kitrg tak panjang untuk bersahabat, tersentuh dengan penulisan cik Bahiyah terus ingat kat dia...=]..Thanks ya..

Nas said...

memang sedih gak dengar citer nie..
sblm tue aku nak gtaw 'kesalahan tatabahasa ko..' jom tgok ayat nie:

"Sejak itu kami selalu massage,time tu aku di Tingkatan enam."

banyak makne taw..massage tue bermaksud berurut......so ader la persepsi bile bace nie korang slalu berurut2 tyme tingkatan 6...ehehehehhee..
its ok ar yasha....message....

memanglah sape tak nak berkawan ngan orang sebegitu....luaran nampak gengster..tapi hatinyer sape taw kan???

mesti ko terkenangkan dye kan?
bile aku bace nie aku leh merasakan ko agak berharap R itu boleh jd jodoh kamu...ntala..itu persepsi aku...huhu


mi segera:
http://nash121.blogspot.com/2010/08/apa-korang-tau-mengenai-mi-segera.html

cerita hot:
http://nash121.blogspot.com/2010/08/gadis-sembang-lucah-dalam-facebook.html

Cahaya Kehidupan said...

nas : Thanks...sorry salah eja semalam,yaty da betulkan pun,thanks juga coz sudi baca entry ni...nak siapkan this entry ambil masa setengah jam...buat pulak pada waktu malam,fhm2 je la..hehe..

Jodoh? hurm,dulu yaty tak pernah fikir pasal dia jodoh yaty,yaty cuma selesa bersahabay ngan dia.tak tahu la,message dia sentiasa beri ketenangan pada yaty.Selain Allah,hanya R je mampu beri yaty rasa ketenangan itu.

ofcoz yaty teringat kan dia setelah baca entry cik Bahiyah mengenai Best Friend nya.dimanakah dia sekarang?apa yang dia buat?da kawen kah dia?semua bermain dalam pemikiran yaty..bukan niat jeles ke apa,tapi sekadar ingin mengetahui kehidupan dia iaitu orang yang pernah buat yaty bahagia.

now,yaty sentiasa harapkan yaty akan berjumpa teman hidup yang sifatnya sama seperti dia,boleh jadi sahabat ,teman bicara,teman suka duka dan disamping itu berdakwah secara diam.Allah tahu apa terbaik buat yaty.yaty yakin dengan sepenuh hati.^__^

♥xaturen♥ said...

Salam kenal,.
Semoga anda sihat-sihat setiap hari!

;p

Cahaya Kehidupan said...

xaruren : salam kenal juga...amin...semoga kamu sihat2 sejahtera...=]

Anonymous said...

hmm..dapat tau tak ape perubahan R? sedeh mmg la sedeh hilang kawan kan..hurmm..

Cahaya Kehidupan said...

misyamissyou : tak tahu pun R buat apa,da lost contact...sob3..huhu..sedih hilang sahabat bukan kawan.dua2 tu mempunyai makna ynag berbeza...Dia sahabat saya.

Masturah Idrus said...

sy paham perasaan yaty.. sbb sy pun ade pengalaman macam itu.. kebahagiaan tu sekejap je.. die pergi tanpa bicara. sampai sekarang. :(

Cahaya Kehidupan said...

masturah idrus: haah bahagia itu datang sekejap cuma....sampai sekarang sush nak lupakan sifat2 dia yang banyak menyenangi diri ini..huhu

Wan_hazel said...

kod shout

http://i429.photobucket.com/albums/qq15/wan_hazel/yasha.png

krole said...

wuahhh sapekah R ni...???
cian kat yaty...tp tiap apa yg berlaku msti ade rahmat disebaliknye wak...cme kte jew kne cari...

Cahaya Kehidupan said...

Krole : R adalah sahabat baik yaty dulu,da lost contact sekarang..yup setiap yang terjadi pasti ada hikmahNYA..=]

PCL said...

menarik sggh kisah anda...membuatkan saya teringat kisah lalu..
semoga diberi kekuatan...mungkin ada hikmah yg lebih baik disebaliknya.

Cahaya Kehidupan said...

pak cik Lie : insyaAllah..hidup mesti diteruskan...=]

Muslimah Biasa

 
Copyright©2011-2012. Segala penulisan diatas adalah Hak Milik cahayakehidupan