Assalammualaikum Readers ,
Hari ini menaip dengan penuh senyuman , Alhamdulillah tangan da baik sikit,tak sakit macam mula-mula kena.Setidak-tidaknya cahaya lebih menghargai tangan yang ada sekarang.walaupun Cuma sehari di uji kesakitannya tetapi amat perit bila tangan kanan tidak dapat digunakan.Dapatlah rasa macam mana orang OKU rasa. Sayadahsedardahsekarang =.=
Lebih bermakna jika kita diberi Ujian , Allah permudahkan segalanya.Rasa bersyukur sangat-sangat,tiada perkatan lain yang dapat diungkapkan tentang kemanisan Iman sebenar hanya dapat disalurkan pada hati orang yang telah merasainya.
Allahuakbar…..Allahuakbar…. Allah Maha Besar….Hanya KAU sahaja yang dapat membaikpulihkan sesuatu penyakit.Jika KAU berkehendakkan ia berlaku maka ia akan berlaku, jika KAU berkehendakkan ia tidak berlaku maka ia tidak akan berlaku.
Actually puisi ini cahaya dah tulis lama,now baru tergerak hati nak publish,yelah,nak publish puisi mesti kena ada feel dulu..puisi ini khas cahaya dedikasi buat puan Emak
Emak,
Ada orang panggil,ibu,umi,mummy,mama,
Tetapi bagi ku,
Dia insan yang sangat istimewa dalam hidupku
Dia melahirkan ku cukup sempurna
Dia beri ku pendidikan yang sepatutnya
Emak,
Dia tahu apa yang ku rasa
Tak perlu ku bilang
Dia sendiri hadir tatkala ku menangis
Tak perlu ku bersuara
Dia tahu aku menginginkan sesuatu
Hebatnya Naluri seorang Ibu
Emak,
Kiniku sudah dewasa
Tiba masanya pula untuk ku balas jasamu
Selagi termampu ku ingin memenuhi segala kemahuanmu
Percayalah emak
Setiap apa yang ku lakukan
Pasti ku akan memikirkan dirimu dulu
Kerana ku tahu keredhaan mu itu
Memberi keberkatan dalam hidupku
Emak,
Terima kasih atas segalanya
Kau beri aku semangat untuk terus hidup
Kau beri aku cahaya untuk aku terus bangun dari kegelapan
Kau beri aku ubat untuk aku terus melawan
Penyakit yang mendatang
Terima Kasih Ya Allah
KAU kurniakan aku seorang Emak yang baik
Yang punya Semangat yang kuat setelah Ketiadaan Ayah
Engkaulah Ibu mithaliku
Amin…Yarabbal’alamin
Hasil Nukilan : cahayakehidupan
p/s : bila kita sakit,orang yang pertama yang risaukan kita adalah ibu kita sendiri,lepas tu baru lah yang lain-lain…..cahaya sayang emak…>__<
p/s/s : esok baru buat tag k...=]
Coretan IOG : Setiap kali dengar lagu Ibu by Kumpulan Aeman,pasti rasa sayu…huhu
7 coret kat sini:
wah! berbakat yaty yer..
terharu mmbaca nyer :)
@emieysandra Thanks dear..=]
@nub
^__^
saya pun sayang mak saya! ♥
btw, follow you! salam perkenalan :)
pndai nye buat puisi :)
@Fatin Rahmat hehe,thanks...salam perkenalan juga..=]
@intanurulfateha sekadar mengisi masa lapang...tapi nak nulis puisi kena ada feel baru boleh menulis dengan penuh penghayatan...ecececeh..hehe thanks..=]
Post a Comment