Hai korang, macam tak percaya kan secepat ini aku update setelah Track rekod aku Selama enam hari aku tinggalkan blog ….(buat senyuman comel) Tetapi tidak mengapalah aku tak nak ulas bab tu, Ada perkara penting yang aku nak update hari ini, Planning aku hari ini nak buat Laksa nyonya Melaka, tahu rupa Laksa nyonya tu macam mana, Kalau korang tak tahu Korang pergilah Google sendiri tak pun pergi tanya chatgpt coz Aku takkan update gambar Laksa Nyonya tu macam mana , Yang aku akan update adalah rupa kejadian Laksa tu macam mana….please janganlah marah aku tau, tahu tak strugglenya aku umi anak 5 ni nak update blog? Walaupun tiada siapa yang paksa atau baca tetapi biarlah aku dengan dunia aku sendiri eh…. (buat muka kesian…. 😔)
So Let’s begins The story, Aku dengan rasa keyakinan yang tinggi , aku guna pressure cooker aku yang Berjenama NOXXA dalam kurungan Perlu ke sebut jenama? Sebut tu bukan apa sebab ada sebablah tunggu aku nak cerita sampai habis ni😆 , okey sambung lagi cerita , Sambil sambil Aku tadah air panas, Aku search YouTube rebus bihun on noxxa, Maka aku pun jumpa orang buat bihun goreng, Masa tu Aku macam tak boleh nak fikir lagi ,aku terus ikut aje berapa minit yang dia buat iaitu empat minit , Padahal kalau masak bihun goreng Tak letak air banyak, Sedangkan rebus bihun ni aku Letak air banyak, jadinya dengan Bijaksana aku ikutlah Empat minit tu Tanpa berfikir panjang Sebab aku tak terfikir tentang measurement air tu. Setelah aku onkan pressure cooker, aku pun teruskan dengan menumis kuah Laksa nyonya, sampailah Pressure cooker dah berbunyi menandakan empat minit sudah berlalu maka aku ambillah tangguk Untuk letak bihun, Korang tahu masa aku buka penutup pressure cooker tu aku nampak betapa keruhnya air bihun tu, Hati aku dah tak sedap dah masa ni aku pun ambillah garfu untuk tengok texture bihun yang aku rebus ni, Sekali bila aku celup je garfu tu dekat bihun, dah jadi macam tekstur bubur, aku tak puas hati lagi , aku still tapis bihun dekat dalam tangguk tadi, Wei betul tau tak sedap hati aku tadi memang bihun aku tak jadi langsung tekstir bihun selepas direbus ianya bertukar menjadi bubur, bubur weiii haishhh sedihnya lahaiii sob sob sob 😢, Masa ni aku rasa nak marah tapi kena sabar sebab salah sendiri bukan salah orang lain aku memang masak sorang-sorang, mak aku hanya tolong sediakan bahan tapi duduk dekat depan ,akulah satusatunya harapan tukang masak ehhh tiberrr. Lepas tu aku dengan berat hati lagi jerang air dekat dalam periuk lain di atas dapur gas , sebab tak yah Nak try bagai untuk kali kedua , sebab kali pertama tadi Sebungkus bihun dah lunyai , kalau aku cuba kali kedua kat dalam pressure cooker kang telinga aku plak lunyai dengar nyanyian mak aku tu…huhuhu… eh lariiii (mengahlah lari 😂)
ok untuk perenggan kat atas adalah cerita semalam, aku voice typing semasa didalam kereta waktu tu tunggu anak aku balik sekolah tak silap (weii kejadian semalam pun kau boleh lupa ya 😂 ) tutup cerita hari ini aku Update by gambar aje lah ,aci kan? (Tutup mata, ayok tatayok aku tak nampak apa apa) oklah wassalam …. Bye bye…. Daaaaa
 |
| Bila rebus bihun on pressure cooker in 4 minutes be like…😷 |
 |
| Rebus bihun dekat dapur gas , second times attempt , alhamdulillah baru jadi 😎 |
 |
| Cerita harini be like 😆 (maaf ye harini kepenatan seharian kat luar) |
 |
All times favourite , just kedondong asam boi 😍
|
Nota kaki : Day 21 update blog (kena count sebab biar dak Yaty tahu dia masih on the track...tiber) walaupun ko da skip 2 hari tak update yaty, weii baru 21 hari ko update lamanya nak ke monthsary. |
Cahaya Kehidupan : ‘ala kullihal , syukur alhamdulillah untuk hari ini sebab urusan appointment anak sulong dipermudahkan oleh Allah swt 💓💝 |
|
|
Love.Peace.Respect
Jazakumullahu Khairan Kathira
0 coret kat sini:
Post a Comment