Showing posts with label anak saudara. Show all posts
Showing posts with label anak saudara. Show all posts

Nak service apa? , First time anak kena sawan...I is Redha...

    Hello guys, harini aku pi daftar tadika baru untuk anak bongsu pada  tahun 2027, kenapa aku tukar sekolah? Sebab boleh dik….ngee…ok ok janganlah mawah, sebab aku nak cari environment baru untuk dia lagian kalau ada sebab pun lain pun tak perlulah aku nak disclose kat sini sebab P & C omputeh kata….🀧...err haaaa haaa jangan mawahhhh okey...peace yoooo😎

    Semasa di Tadika tadi, aku jumpa owner tadika, muka cam familiar, beliau tak perasan aku, tapi aku kabolah it might be jumpa masa persatuan tadika, oh ye kenapa persatuan tadika? Sebab dulu aku uruskan tadika abang aku dari tahun Jan 2014 hingga Julai 2020(masa ni covic, banyak benda jadi, so aku terpaksa undurkan diri….masa tu jugalah….entahlah malas nak taip kat sini, biarlah ianya luput dalam ingatan 😷)

    Jumpa owner tadika tu tadi dah macam kenal lama, konon cakap dengan mak akan balik awal, endup dari pukul 8 lebih hingga 10.30 pagi baru balik…see…haihlah dak yaty ni, pantang orang ramah, kemain story mory…tapi ada tapi ea, ramah2 dak yaty pun dia pilihlah org yang dia nak bercerita tu…bukan membuta tuli bercerita...huhuhu..

    Next story ingatkan nak pi service kereta sebab notification kat meter dah tunjuk warning tanda seru , sesampai dibengkel owner bengkel tiada pi ambil kereta kata staff dia (patutlah call before pi tadi tak berjawab ,tengah naik motor), lepas tu kita kabo ke staff dia nak service kereta


“ nak service apa?"

“Service keretalah

“Yelah ,nak tukar minyak hitam ke? Gearbox?”

“Ikutlah mana kena service tu nanti buatlah”(masa ni aku dah nak jadi….πŸ‘» dah sebab eh eh eh dia ni kang manalah aku tahu apa yang kena tukar kan..., jangan risau staff bengkel ni mmg da kenal rapat dengan aku , so kalau aku jawab camtu pun depa duk gelak2 je cumanya aku jelah ghase mcm dia  ni kang aku sekeh sat gi baru tau…huhu)

    Endup tak service pun tadi sebab mileage next service patut 37000 ++ tapi meter tu baru 35000++ (walaupun notificatin kat meter dah bagi tanda seru kita abaikan jela kan?) , jadinya Mr Kok kata buat apa nak membazir, nnt tunggu mileage sampai 37000 baru datang service .(mana nak tahu, kalau proton service dulu mileage reach atau tak, kena datang service juga....kan yaty ni sorang lurus bendul? errr tiber...)

    Oh ye tadi anak nombor 4 kena sawan waktu nak balik sekolah asbab dia tidur juga tu , patutlah pelik Ilfy sorang je kat luar, yang mak long ni cuba tenangkan diri, harapnya sawan dia reda bukan berlarutan sampai maklong sampai kat kelas dia , tak pernah2 dak ya kena sawan dekat sekolah, ini first time dia kena, 17 September 2026 , Khamis, inilah tarikh keramat dia kena , akan maklong kenang sampai bila2, balik tadi cuba call unit pediatric, malangnya banyak kali call diwaktu berbeza tiada sorang pun pick up the call (betul-betul teruji kesabaran ye...kalau ada staff hospital baca dekat sini sila komen kenapa ye tak jawab call ?....err) , pastu malam ni tadi pembantu ppki tanya keadaan dak ya, i isi terharu u know...panjanglah conversation tu nnt aku tepek kat bawah , penatlah nak taip satu2 even da ada keyboard terbaik menarik ko memang daboom...πŸ˜‚ maafkan daku... nantilah esok aku usaha untuk call lagi dan tanya boleh tak percepatkan checkup ya untuk tukar ubat sawan dia ni coz yang dia makan sekarang da sama dos dengan abg no 2 dia makan tapi still tak boleh control sawan dia, pelik juga, ya aku tahu ubat asbab , yang sembuhkan Allah...tapi kita juga kena usaha dan ikhtiar kan? lepastu barulah bertawakkal kepada Allah swt...semoga Allah permudahkan urusan maklong untuk call esok, aamiin aaminn ya rabbal'alamin..


    Kadang-kadang bila datang ujian camni, mulanya rasa sesak dada bila fikirkan sorang diri handle 5 orang anak, sebab kalau boleh tak nak menyusahkan orang , selagi boleh handle sorang , maklong akan cuba handle sorang dengan pertolongan dan kekuatan dari Allah swt , tapi sapa tahu kan whatsapp kak Lin (pembantu PPKI) tanya khabar dak ya menjadi asbab Allah bagi ketenangan untuk mak long hadap ujian ini , rasa lega bila kak Lin cakap akan tengok2kan dak ya dan Ilfy, baikkan Allah ? Dia hadirkan ujian dan Dialah juga Hadirkan ketenangan dan jalan penyelesaian , inshaAllah ,  aamiin aaminn ya rabbal'alamin..  terima kasih buat warga PPKI Sekolah Kem Gerak Khas kerana anggap anak-anak PPKI macam anak2 sendiri, hanya Allah sahaja dapat membalas jasa baik anda semua didunia dan diakhirat, aamiin aamiin ya rabbal'alamin. ...πŸ’–


terharu 1 πŸ’–

terharu 2 πŸ’–


    Oklah cukuplah sampai disini coretan maklong buat maklong yang sedang repeat baca tu...eh...eh....ok wassalam ...babai...daaaa


Nota kaki : Day 4 update blog (kena count sebab biar dak Yaty tahu dia masih on the track...tiber)


Cahaya Kehidupan : Hidup kat Dunia ni kan untuk berpenat-penat, moga kita semua dapat rehat diakhirat nanti, aamiin aamiin ya rabbal'alamin.πŸ’

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Mak Long nombor one sebab.....(dalam hati ada taman)

    Hello guys...hai hai hai kat yaty yang sedang mengulang baca entry sendiri tu ...awat rasa macam happy semacam je menaip ni....dalam hati ada taman ke? haih.....dak aih...nanti aku kabo sebab apa, ops si..sebelum tu, aku nak kabo hari ni kan hari Malaysia, pastu kan cuti kan pastu kan kan...semalam mata aku cerah tak leh nak tidur asbab minum air kopi Zus semalam , pukul 2 pagi tau mata still tak beri kerjasama ,  nak tak nak aku pejamkan mata juga untuk tidur (dah tahu cannot tolerate dengan caffein tapi still insist nak cuba juga, padan muka ko yaty......hurmmm)

    Harini aku masak laksa penang untuk mak, lauk masak lemak cili padi untuk anak2 (nama je cili padi tapi tak pedas mana pun sebab anak2 tak makan pedas, letak sikit buat syarat je, sebab sejenis mak long tak suka letak cili kering merah sebab tak suka warna lauk akan jadi kurang menarik tertarik ko memang daboom...tiber...


"mak long masak sedap tak bang" (saja kan meminta)

"sedap"

"alhamdulillah Allah bagi sedap"

"mak long masak nombor one"

"mak ooo mak , dak abang cakap orang masak nombor one (lupa mak kurang ngerti english masa ni kita translate balik)."dak abang cakap orang masak nombor satu" 

(dalam hati kita ada taman berbunga2 wak....ngeee)


    Mereka ni sangat sukakan lauk masak lemak kuning ni, semualah dari anak sulong(dak abang) ke anak bongsu memang kalau maklong cakap lauk masak lemak je dak abang mesti reply "yeay" πŸ˜†, lepas tu dak abang dengan dak ya (anak no 4) tadi siap bertambah nasi ..see see betapa gemarnya mereka dengan masakkan ITU...

    Additional rajin harini aku telah menyiapkan kuih kacang coklat untuk anak sulong kak long aku, almaklumlah dah lama nak makan (kita ni tak sampai hati sebab jika kita gembirakan hati orang sekeliling inshaAllah Allah akan gembirakan hati kita , aamiin aamiin ya rabbal'alamin πŸ’ , dia kata last dapat makan waktu dia kecik2 je, dah besar, nenek dah tua dan tak larat nak buat and  maklong pun tak belajar nak buat sebab maklong kurang gemar , kuih tu manis tapi bukan tu penyebabnya sebab bukan kuih raya favorite ,jadi mak long tak belajarlah...peaceeee yooo...ok sambung lagi, lepas mak long dah try buat, sediakan bahan tu senang la jangan salah faham bukan takabbur astaghfirullahal'azim, cuma faktanya bahan2 dia mudah je, tapi yang renyahnya sebab nak kacau dia sampai jadi tekstur dodol faham tak camne nak buat dodol tu dari tekstur cair dikacau sampai pekat, haa camtulah kuih ni, taklah secair dodol tetapi asbab ada kacang tu, aku kena guna sepenuh tenaga untuk kacau , so , untuk buat kali kedua tu, memang taklah kecuali kalau aku buat guna pressure cooker , it might be boleh difikir2kan lagi, kalau rajinlah kan...buat tadi ada lebih sikit je untuk rumah, yang lain semua dah masuk dalam botol medium siap untuk dijual.

    Ok kita move to cerita kenapa aku menaip senyum2 masa kat pendahuluan entry tadi, ia disebabkan keyboard comel aku da sampai hari ni , dah la comel function plak tu pastu best sangat masa nak menaip, ya Allah rasa macam bertambah semangat nak update blog hari-hari. Oh ye anak2 tanya maklong nak buat apa, "mak long nak buat kerja(lah sangat)" , mereka macam cannot brain lah kan sebab maklong mana ada kerja lagi sekarang , but its okay anak2...nanti bila kamu sudah besar, kalau terjumpa blog maklong ni, sila tinggalkan komen dibawah k.....πŸ˜†. Kenapa aku beli baru sebab yang existing ada ni memang khas aku beli untuk ipad, kecik, pastu bila nak menaip banyak typo, dah jadi satu hal kena baca berulang kali untuk edit typo tu (ye aku tau kena sabar tapi ada option lain untuk ganti kan? eleh...biarlah....πŸ˜‚)


keyboard yang bagi sedikit tekanan buat owner blog ni πŸ˜‚

keyboard paling function terbaikkkk bak kata boboboiii kuasa tiga....πŸ˜…

kuih kacang coklat sebelum letak serbuk koko

sesudah letak serbuk koko (kenapa hitam, sebab anak no 2 pi ayak banyak, orang suh pegang je, dia pi tekan haishhhπŸ˜“

dapatlah sebalang kuih coklat ni


semasa kuih masih panas

ni makanan lunch aku (oden soo hoon so good,syukur alhamdulillah)

takde apa saja nak tunjuk soo hoon tu πŸ˜‚


    Kali ni banyak sikit letak gambar, bukan apa, data online ni, tak penuhkan space hp...hihihihi....sekian harap maklum, ok wassalam.....babai...daaaaaa


Nota kaki : Day 3 update blog (kena count sebab biar dak Yaty tahu dia masih on the track...tiber)

Cahaya Kehidupan : Syukur Alhamdulillah atas nikmat rezeki....πŸ’–


Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Muslimah Biasa

 
Copyright©2011-2012. Segala penulisan diatas adalah Hak Milik cahayakehidupan