Jangan Terlalu Mencintai Manusia Melebihi Yang Maha Esa



Assalammualaikum Readers,

Hai semua,*sambil melihat ramai(nya) sekelumit pembaca yang datang ke sini keh3 (perli ke apa)..=.= . Ok aku sedar sejak kebelakangan ini emosi aku tak stabil, ujian datang bertimpa-timpa, aku as hambaNYA aku harus tabah menghadapinya sebab aku percaya pasti ada Hikmah disebalik ujian itu. So, now as aku dah beritahu semalam, emosi aku dah mula stabil malah Allah bagi aku rasa ada taman dalam hati ini *tetiba taman apa hal.

Sat sat itu baru mukadimah , pertama sekali aku nak panjatkan syukur alhamdulillah aku masih bernafas lagi pada hari ini,aku masih boleh berbakti kepada puan Emak,aku masih boleh berbuat amal untuk bekalan akhirat,terima kasih ya Allah  ^_^

Korang pun harus panjatkan kesyukuran terhadap Illahi supaya korang tidak pernah lupa dari  mana asal usul korang *ceramah macam ustazah la plak...(Kalau tak nak dengar sudah ,aku cuma nak ingatkan je , sebab bukan setakat keluarga kita je kita kena ambil tahu tetapi masyarakat pun perlu sebab mereka semua saudara sesama Islam *ha amek...kan dah bagi ceramah panjang berjela kalautakfahamtaktaulakan) =.="

Meh sini aku nak explain kenapa aku cakap Allah bagi aku rasa ada taman dalam hati ini...ecececeh (cintancintun la plak) , sebab lahirnya perasaan ini atas izinNYA, luputnya perasaan ini juga atas kehendakNYA , so korang jangan salah menilai cinta, sebab cinta yang hakiki cuma cinta kepada Allah bukan kepada manusia .

Kalau korang nak bahagia dunia akhirat , letakkanlah cinta buat Allah ditempat pertama dihati korang  lepas tu baru lah yang lain, kerana apa yang pasti perasaan cinta yang lahir dalam hati setiap manusia adalah milik Allah , so if  DIA nak tarik balik , sekejap je (kunfayakun) , hari ini  manusia yang kita cinta maybe akan kata  i love you esok lusa dia akan kata  good bye my dear...so beringatlah , jangan terlampau menyintai manusia melebihi yang maha Esa...^_^ (ingatan for me too) 

Dan aku tahu ketika aku tak tentu arah, aku hilang tuju , yang aku cari Allah , tempat aku mengadu hanyalah pada Allah, YES aku memang bukan budak cengeng (kuat nangis) aku hati batu yang kuat sensitif je tetapi bila menadah tangan  berdoa kepada Allah air mata aku tak henti-henti nak keluar (kalah pili bomba tu) , aku tahu aku manusia yang lalai sebabnya kadang-kadang bila aku gembira , aku tak kisah pun nak berdoa dengan bersungguh-sungguh tetapi bila dah ditimpa musibah , baru lah aku dengan rasa tak malunya nak berdoa bersungguh-sungguh sambil keluarkan air mata . ="(

Dan korang tahu , Allah tak pernah zalim  , even aku ni kadang-kadang tergolong dalam golongan manusia yang tak mengenang budi , Allah tetap bagi aku ketenangan menghadapi ujianNYA . Buktinya? memang sukar untuk aku buktikan sebab ketenangan itu abstrak tak nampak dengan mata kasar , ianya boleh dilihat dengan mata hati dan hanya orang yang pernah rasa sahaja yang akan mengIAkan kata-kata aku.aku-cakap-fakta-bukan-auta -Ok.

Aku berazam , mulai hari ini , aku tak mahu jadi manusia yang kadang-kadang itu ,aku mahu jadi manusia yang sentiasa bersungguh-sungguh dalam apa jua keadaan , tak kira tengah sedih mahupun gembira ,insyaAllah .

Aku pohon padaMU ya Allah,KAU tetapkanlah hati ku untuk selalu mengingatiMU , KAU kuatkanlah batinku untuk tabah menghadapi setiap ujian dariMU ,kerana aku tahu sesungguhnya KAU maha Pengampun lagi maha Mengasihani...amin yarabbal'alamin...

Lagu yang memberi keinsafan padaku
antara bait-baitnya

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertakhta


lirik penuh Rapuh by Opick di sini dan lagu Mp3 di sini 

p/s : Impian ini akan terlaksana dengan izinMU .mudah-mudahan KAU perkenankan doaku..amin.

p/s/s : aku terpaksa pecahkan kepada banyak perenggan, kalau satu perenggan panjang berjela dah tentu2 korang malas nak baca...sekian...=P



Sekadar hiasan : Only Allah know my heart



Coretan IOG : Cinta bunga...Bunga akan layu

Cinta Manusia..Satu hari dia akan pergi jua

Cinta Allah S.W.T..Cinta yang kekal abadi selamanya

(ye awak , saya ingat pesanan awak itu, awak janganlah risau kerana Allah adalah tempat pertama dihati saya , InsyaAllah)

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

10 coret kat sini:

emieysandra said...

panjang tol entri, ehehe but tq ia jg mengingatkan emiey^^

Cahaya Kehidupan said...

@emieysandra hehe,tu ar bila dah mula ada idea,ini lah jadinya..thanks sudi baca...semoga kita dapat manfaat bersama...amin =]

cik bahulu oren said...

Allah menguji hambaNya setakat yg kita mampu :)

emieysandra said...

ya.sama2. thank ats nasihat yaty tu, terus amal^^

syadayah said...

mencintai manusia tak kan kekal lama.

Far8 budak baik said...

haha..akak sedih je bace..
x payah lah smpy nak
mengalir air mata ye...
farid kan ade..
hak3 =p

Cahaya Kehidupan said...

@cik bahulu oren yup..betul tu =]

Cahaya Kehidupan said...

@emieysandra ^_^

Cahaya Kehidupan said...

@~yayaLOVA~ yeah u are right =]

Cahaya Kehidupan said...

@Far8 budak baik kamu boleh buat apa? =P tak yah nak nangis sangat la..=P

Muslimah Biasa

 
Copyright©2011-2012. Segala penulisan diatas adalah Hak Milik cahayakehidupan