Showing posts with label Allah. Show all posts
Showing posts with label Allah. Show all posts

Hebat Ujian Allah itu pasti ada tersembunyi Hikmah yang Hebat juga dari Dia



Agak clishe tajuk ini, tetapi pada diri , percaya dan yakinlah, apa yang dari Allah itu takkan pernah sia-sia, meski ujian yang Allah beri itu semacam “memikul beban yang sangat berat” sampai rasa :-
Ya Allah,aku tak mampu nak hadapi ujianMu ini sorang-sorang, Kau bantulah aku Ya Allah, Kau permudahkanlah, Kau Maha Mengetahui apa yang terbaik buat diriku , dan aku menangis lagi…
Bukan kerana diri tak redha akan ujian tetapi sekadar mahu menagih simpati pada Dia,Dia yang Maha Esa, walaupun kadang-kadang terasa “penat” sebab rasa diri dah tak larat menanggung semua ini tetapi hidup perlu diteruskan, hati kena dididik dengan Husnudzon, sangkaan baik kepada Allah akan membuahkan hasil kepada sangkaan baik buat hamba-hambaNya

Aku tak harap dunia ini indah bagiku, cukuplah Allah redha denganku, jika ini jalannya hidupku, aku akan cuba belajar untuk redha, aku mahu “bahagia” di negeri Akhirat, kehidupan yang tak akan pernah rasa jemu dan muak.

Aku sekadar Hamba Allah, aku juga Umat Nabi Muhammad SAW ,aku juga anak perempuan, aku juga seorang kakak dan terakhir sekali aku juga seorang Bakal Jenazah.

Maaf,entry ini sekadar luahan,bukan kata tentang kamu,dia dan mereka tapi ianya tentang aku…wassalam

Sumber Gambar

Coretan CK : Aku senyum, mereka nampak, Aku berduka mereka tiada, tak usah sedih, senyum atau duka ,selagi mana seketul daging itu tahu Sang Pemiliknya Siapa,itu sudah cukup beri bahagia...HasbunAllahu wani'mal wakil =')

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Tiada Daya dan Kekuatan Melainkan Dengan Allah || Pierre Andre


Entah mengapa, hati saya begitu terpanggil untuk berkongsi cerita Pierre Andre, wallahua'lam ,saya tak tahu nak taip apa tetapi hayatilah bingkisan Penghijrahan seorang Artis yang bernama Pierre Andre



UCAPAN Pierre Andre saat menerima trofi Anugerah Yasmin Ahmad pada Anugerah Skrin 2012 menggegarkan banyak jiwa. Bermacam persoalan dan andaian juga dibuat. Paling utama, kecenderungan anak sulung pelakon handalan Khatijah Tan itu terhadap ilmu agama terbuka jelas.

"Ya, benar sekarang saya sedang dalam penghijrahan untuk lebih mengenal agama dan Allah dan Rasul tetapi hijrah saya ini tidak akan berlaku secara drastik, saya takut fitnah," katanya membuka cerita tentang kehidupan baharu yang sedang dilaluinya ketika ini.

Jumaat lalu, Pierre membuka mulut di pentas yang disaksikan lebih empat juta penonton dengan kalimah 'Bismillah.'

"Anugerah paling hebat ialah kalimah 'Lailahaillallah,' jagalah kalimah ini dalam diri kita, love Allah dan love Muhammad," ucap Pierre dalam majlis itu.

Menghuraikan lagi mesej sebenar yang ingin disampaikannya, kata Pierre:

"Itu juga satu dakwah daripada saya. Saya memang minta doa kepada Allah agar jalan dakwah saya dibuka, dan Alhamdulillah saya diberikan kesempatan. Selama 10 tahun dalam bidang seni, itulah kali pertama saya diberi anugerah dan itulah siaran langsung pertama yang saya dapat untuk menyuarakan sedikit dakwah saya," katanya sambil meneruskan dengan satu pengakuan.

Demi untuk tidak mengelirukan khalayak terhadap perubahan yang berlaku ke atas dirinya, Pierre mengakui bahawa sudah lima bulan dia bergerak aktif dengan dengan mengikuti kumpulan tabligh.

"Saya sudah jadi pengarah filem sejak umur 21 tahun. Selama ini saya fikir itulah matlamat hidup saya. Akhirnya saya dapati hidup saya 'kosong.' Saya rasa dibohongi oleh dunia dan saya mula mencari.

"Seorang sahabat ajak saya menyertai tabligh. Pertama kali mencuba, saya terus jatuh cinta. Setakat ini, sudah empat kali saya keluar mengikuti aktiviti jemaah tabligh. Biasanya kami keluar selama tiga hari dan bermalam di masjid dan surau yang kami singgah. Alhamdulillah, Allah telah membuka pintu hati saya," katanya menyertai jemaah tabligh di Taman Permata, Ulu Kelang.

Berikut sedikit perbualan Sensasi Bintang bersama Pierre.

Mendalami agama itu banyak jalannya, kenapa pilih tabligh?

Orang selalu salah faham terhadap tabligh, tak kurang juga yang menuding jari masuk tabligh sebagai ikut ajaran sesat. Kita kena ingat, tabligh itu sifat Rasulullah. Rasulullah berdakwah selama bertahun-tahun sebelum turunnya hukum bersolat, puasa dan menunaikan zakat.

Bagaimana pula dengan kerja-kerja seni anda. Dunia hiburan sendiri dilihat lebih banyak mendedahkan seseorang itu ke jalan negatif?

Mulanya saya fikir begitu, tapi sahabat saya larang. Saya masih boleh berdakwah dalam bidang filem tapi kena lebih berhati-hati dalam bab agama. Paling utama kena masukkan unsur dakwah. Sekarang saya tiada karya terbaharu selain filem-filem yang telah dibikin sebelum saya berhijrah, jadi, jangan nilai siapa saya ketika dahulu, tapi nilai siapa saya ketika ini.

Mungkin ada perkembangan terbaharu yang lain?

Sekarang saya terlibat dengan projek filem pendek bersama kawan-kawan, selebihnya (saya) buat kerja-kerja penulisan. Saya mahu siapkan novel pertama, mungkin judulnya berbunyi Perjalanan Ke Darul Salam. Ia tentang penghijrahan seorang lelaki yang selama ini hidupnya kosong.

Adakah itu kisah sebenar yang berlaku kepada diri sendiri?

Tidak juga. Itu pemerhatian yang saya lihat selama ini.

Bagaimana amalan agama anda sebelum ini?

Selama ini pun saya percaya kepada Allah, tapi tahap keyakinan itu tidak seperti sekarang. Dahulu, saya Islam kerana dilahirkan sebagai orang Islam, sekarang saya Islam kerana kefahaman dan keyakinan saya terhadap agama Allah ini.

Ada sebarang sasaran?

Saya berminat mahu jadi pendakwah. Sebenarnya saya ada azam. Jika selama ini saya keluar selama beberapa hari sahaja, selepas ini saya mahu keluar rumah selama 40 hari pula. Kalau diizinkan Allah mungkin boleh sampai empat bulan dan kalau ada kekuatan mungkin dipanjangkan lagi selama setahun dan bukan hanya di Malaysia sahaja.

Apa rancangan Pierre dalam tabligh?

Nikah itu sebahagian daripada iman, saya juga mahu ke arah itu. Bagi saya, pengisian tabligh tidak boleh dilihat secara luaran sahaja, lihat juga dalaman. Ibaratnya, kalau hendak tinggalkan keluarga selama empat hari, bekalan yang ditinggalkan juga harus cukup untuk empat hari.

Apa kata kedua ibu bapa anda setakat ini?

Mummy (Khatijah Tan) sangat menyokong keputusan saya, ayah juga begitu sebab saya bukan buat perkara tidak baik, sebaliknya saya belajar dan mahu mengenal agama. Sejak sertai tabligh juga rezeki saya bertambah.

via kosmo! online 

Sumber gambar dan artikel : FB Page Jkkk Fan Club


Ramai artis yang sudah berhijrah tetapi masih ramai juga yang masih "terleka" diluar sana, marilah sama-sama kita doakan semoga mereka mendapat "hidayah" daripada Allah SWT dan semoga Allah beri kita kekuatan untuk terus istiqamah berada dijalan-Nya..aamiin...

Coretan CK : Tiada Daya dan Kekuatan Melainkan dengan Allah, SubhanAllah, Alhamdulillah , Allahuakbar ,HasbunAllah Wa ni'mal wakil =')

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Saya bersyukur kerana memiliki hati saya yang sekarang


Pagi tadi
saya sedih

Pagi tadi
saya terasa

Pagi tadi
saya banyak bermonolog didalam hati

Pagi tadi
syaitan kata "tak patut mereka buat begitu kat kau"
hati saya kata "takpe2 CK , ada hikmahNya , toksah layan sangat perasaan terasa tu"

Pagi tadi
betapa saya berdebat dalam hati
saya rasa seolah-olah
"apa ni , saya nak sedih ke tak"
saya jadi konfius
saya nak menangis , air mata tak keluar
cuma saya rasa sedikit terkilan
oh  saya memang hati tisu yang senang terkoyak tu =(

tetapi itu semua pagi tadi
setelah saya berjaya menepis semua rasa sedih dan terasa itu
maka , hikmahNya menjelma
tak semena-mena "persoalan" mengapa itu terjawab
dan saya meluahkan sehabisnya
alhamdulillah hati saya kembali tenang
tenang setenang-tenangnya

"maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu mahu dustakan?"


****** tamat kisah sedih cahaya kehidupan****

Semasa berada diparking tadi , tiba-tiba saya disapa oleh seorang budak yang berada didalam kereta

"babai babai babai babai (sambil melambai tangannya) "

tingkap kereta dibuka sedikit sahaja mungkin emaknya risau anaknya terjun keluar kot

lepas itu saya senyum ke arah budak itu, saya membongkok lalu menghulurkan gula2 yang lebih dari hotel

"nak gula?,nah ambil ni"

maka budak perempuan yang comel itu pun menadah tangan sambil senyum , Allahu comelnya budak ini, Emaknya pun tersenyum . Allah hantar budak ini sebagai hiburan untuk hati saya .Syukur Alhamdulillah, terima kasih Allah , Terima kasih atas Nikmat yang telah Engkau berikan padaku. =')


mungkin hati saya tidaklah sekeras ini(seperti digambar) tetapi saya bersyukur kerana memiliki hati saya yang sekarang

sumber gambar : Google

Coretan CK :  Saya percaya KEBETULAN yang manusia sangka sebenarnya adalah Suratan Takdir Yang Maha ESA 



Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Apabila Al-Quran Mula Berbicara









KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
And here is the rest of it.

QURAN MENJAWAB

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?


QURAN MENJAWAB

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB

"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."- Surah Yusuf ayat 12


KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3


Ya Allah,semoga dengan Kebesaran KitabMU (Al-Quran) ini dapat menenangkan jiwaku seterusnya membuatkan ku redha diatas semua ketentuanMU .Hanya KAU sahaja yang tahu apa yang terbaik untukku


P/s: entry lama di re-post semula untuk peringatan bersama =)

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Terima Kasih,Semoga Allah Merahmati Hidup Kamu || La Tahzan


Assalammualaikum semua,

Aku minta maaf , sekarang aku tidak upaya untuk update , banyak benda berlaku dalam hidup aku , dengan penambahtolakkan kerja yang bertimbun dan lagi satu  adalah kerana terjadi sesuatu perkara yang buat aku sedih sangat . Terima kasih lah kepada kamu(tak perlu la aku beritahu siapa) yang membuat fitnah , semoga Allah Merahmati hidup kamu .

Aku hidup didunia ini kerana Allah , mati aku pun kerana Allah . Allah lah permelihara aku dari semua fitnah yang kamu lemparkan .Di dunia mungkin kamu terlepas tetapi ingat lah kesedihan yang kamu akan tanggung diakhirat nanti . Kerana setiap perbuatan kamu atas dunia ini akan dihitung walau sebesar zarah sekalipun.

Sudahlah, aku punya kehidupan, selepas ini kamu jangan ganggu aku, beri aku ruang untuk bernafas, bekerja secara profesional , jika kamu nak mengugut tentang kerja aku , kamu buatlah ,aku tak pernah takut ,kerana punca REZKI aku Allah yang bagi bukan kamu ,malahan punca rezki kamu pun datangnya dari Allah, Bersyukur lah, jika DIA nak tarik balik sekejap je , jadi jangan terlalu angkuh dengan gaji yang kamu dapat kerana esok lusa bila ajal datang menjemput , gaji kamu bukanlah perkara utama yang akan dipersoalkan tetapi amalan kamu yang akan ditimbang.


La Tahzan







Allah is Enough For Me





Coretan IOG : La Tahzan , Ya Allah Berikan ku kekuatan untuk menghadapi semua ini.amin Yarabbal'alamin.


Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Muslimah Biasa

 
Copyright©2011-2012. Segala penulisan diatas adalah Hak Milik cahayakehidupan