Showing posts with label hikmah. Show all posts
Showing posts with label hikmah. Show all posts

Note RM 100

Mesti orang kurius kenapa tajuk entri gitu,ehem ehem,mestilah ada cerita sebab dan musababnya,sat lagi aku cerita k,la ni aku nak cerita, 2 paper aku dah habis jawab, tinggal 1 paper je lagi iaitu pada hari Jumaat ni tanggal 10 Julai 2015, aku pergi  menginap satu malam kat shah alam sebab nak buat revision dengan kawan-kawan(first time buat camni actually,tak sabar rasanya nak throwback zaman study dekat hostel masa diploma dahulu :)

Sumber gambar : sini 


Kisah Note RM 100, cerita bermula dengan aku short duit RM100 untuk gaji bulan 6 , aku tak ingat kenapa aku short RM100 tu, puas aku fikir dan cuba nak ingat balik sebab aku ni jenis pelupa sometimes perkara 1 jam lepas berlaku pun aku boleh lupa,sadis betul. Dipendekkan cerita, dah puas aku fikir dan cuba ingat tu, lama-kelamaan aku redha, ada hikmah Nya,sambil-sambil tu aku berdoa juga,supaya Allah permudahkan urusan aku nak bermalam ke shah alam nanti.oh ye, actually,duit cukup nak ke sana,cuma tak banyak,sekadar cukup-cukup makan je, sebab aku terfikir kalau ada emergency nanti camne,thats why,aku macam rasa down masa mula2 short tu,but bila aku tahu duit itu bukan kita punya,hanya pinjaman sahaja,aku pujuk diri,alhamdulillah aku boleh accept sampailah aku dah lupakan duit yang hilang tu.(panjang betul nak sampai ending),sampailah ada satu malam, aku nak hantar mak cik na(tukang urut)yang baru lepas urut badan adik perempuan aku balik ke rumah dia,aku sarung baju sejuk,secara tiba-tiba tangan aku terasa kat luar poket tu macam ada kertas dalam poket,aku pun seluklah tangan kanan aku dalam poket, aku tarik dengan perlahan-lahan, guest what aku nampak apa?aku nampak note RM yang berwarna ungu,subhanAllah,aku speechless ketika itu,mulut aku tak henti-henti ucap Alhamdulillah, Allah bantu aku saat-saat aku sangat memerlukan,aku tak tau nak habaq lagumana perasaan time itu,cuma, Syukur alhamdulillah,terima kasih Allah,sesungguhnya aku terharu dengan Allah .semoga cerita yang aku kongsikan ini, ada manfaat buat orang-orang dekat luar sana,ingatlah sesungguhnya setiap ujian yang melanda itu,pasti Allah nak ajar sesuatu atau nak beri sesuatu,jadi bersabarlah (note pada diri sendiri terutamanya)


(this entry kiranya macam throwback lah,sebab dah duduk dalam draft dari tarikh 7 Julai 2015 lagi, masa tu aku taip guna handphone tak boleh nak edit sangat,ni baru berkesempatan dan ada masa  guna laptop untuk edit =)




Coretan Cahaya Kehidupan : Bergantunglah sepenuh hati dengan Allah, inshaAllah resultnya is owesome. ok lah, next entry  for Hari Raya plak *macam ada orang nak baca plak T_T

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Pertama Kali (Cinta Allah itu lebih membahagiakan)

Hari-hari aku lalui macam biasa sehinggalah pada  Isnin lepas bersamaan 10 November 2014, Kereta aku buat kali pertama dirempuh oleh Sang raksasa sang Waja yang tidak berperikemanusiaan atau memang mungkin dia tak sengaja (cuba untuk bersangka baik) ,betullah kata Arwah Abah,kadang-kadang excident ni bukan datang dari salah kita tetapi salah orang, itu yang terjadi pada aku,dialah yang salah,polis sila tangkap dia...T_T

Semasa kejadian itu,aku jadi shock(kemain speaking) lantas aku panik, panik sampai aku tak tahu kat mana nak berhenti ,yang langgar aku tu dah berhenti cuma aku je,aku je tak tahu nak berhenti kot mana sebab dia berhenti betul2 kat masuk simpang,how come kan? ramai duk kata "kau berhenti jelah,orang tahu kau excident ,tak ada maknanya orang nak marah", aku masa tu gamaknya tiada kekuatan,kekuatan untuk berhenti dan keluar jumpa dia walhal sebenarnya dia pun cuak kot muka masa aku pandang dia,macam nak pandang dengan tak nak pandang,gitulah, cuma aku fikir masa tu,sikit je kot (lah sangat), Tetapi apabila aku dah sampai sekolah,aku keluar tengok,ya Allah,mahu gugur jantung aku,punyalah remuk fender aku (nama fender ni aku baru tahu nama dia sebab adik aku yang bagi tau,kalau tak jangan harap aku nak tau) 

Panjang plak aku cerita,malaslah nak taip panjang-panjang lagi,aku anggap ini ujian dari Allah,bak kata seorang kakak, " semua Allah punya,Duit yang kita ada pun Allah punya", aku tak pernah dengar nasihat itu selama ini kerana selama ini aku yang berkata begitu pada orang,senang kan nak habaq gitu ,jadi pada diri sendiri kau juga kena dibantu dengan kata-kata itu,nah pada masa itu Allah hadirkan kakak itu untuk menenangkan aku,hakikatnya aku tahu,tetapi biasalah aku juga manusia biasa,tak terlepas dari perasaan sedih ,geram dan marah.

Cuma,aku sangat bersyukur,aku rasa perasaan yang negatif itu sebentar cuma,sukar aku nak gambarkan apa yang aku rasa tetapi apa yang aku boleh kongsikan, "apa yang kita rasa (seperti marah,sedih,kecewa,terluka atau apa-apa yang negatif) kita berbalik lah kepada Allah kerana setiap apa yang terjadi didalam hidup kita adalah dengan Izin Allah"

weii (ok sorry terkasar plak nak cakap hai cam awkward plak kan) aku orang biasa,biasa-biasa sahaja,kalau orang biasa macam aku,Allah pun sayang,Allah bagi aku rasa hikmah Nya, inikan pula korang yang baik,alim,taat dan husnudzon dengan Allah kan? so please,aku mohon,engkorang tak perlu nak jadi negatif jika something happened pada hidup korang sebab semua yang terjadi sudah tertulis sejak usia kita 4 bulan didalam kandungan ibu kita lagi, percayalah "cinta" Allah itu lebih membahagiakan dari segalanya.Dan aku percaya ,inilah cara Allah nak Mentarbiyah aku untuk menghadapi ujian-ujian yang mendatang






Sebelum



Selepas



p/s : Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad, wa'ala alihi wasohbihi wabarik wasallim


Coretan Cahaya Kehidupan : Hikmah Nya aku dapat pergi kursus Nadi.

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Ujian


Pernah terbayangkan tak atau tak payah bayangkan,cuba imagine je ,eh tak sama ke dengan bayangkan? >_< . Kadang-kadang nikmat yang Allah bagi pada kita ,kita terlupa untuk mengucapkan syukur alhamdulillah atas nikmat yang Allah beri pada kita dan kita selalu ingat apa yang kita ada adalah hasil usaha titik peluh  kita walhal hakikatnya apa yang kita ada adalah "pemberian" Allah,tanpa keizinan Dia kita tak punya apa-apa . Yes memang betul asbabnya adalah dengan usaha dan ikhtiar kita,tetapi tak semua orang dapat relate antara asbab yakni usaha dan ikhtiar dengan keizinan dari Dia dan "pemberian Nya" .

Kadang-kadang Allah hanya beri kita hidup sederhana adalah kerana Allah tahu jika kita diberi kemewahan kemungkinan kita akan lupakan Dia,kita akan hanyut dengan kemewahan dunia dan aku tak maksudkan semua orang kaya itu lalai atau lupa,cuma ,ujian kemewahan dan ujian kemiskinan,ujian kesusahan selalunya akan mendekatkan diri kita kepada Allah yelah kita ni kalau susah baru terhegeh-hegeh nak cari Allah,baru nak cari tikar sejadah sembahyang malam,baru itu baru ini kan *sentap diri sendiri =( *, kalau time kita senang, ada je perkara lain yang buat kita leka sampai lupa nak beribadat pada Allah, thats whylah bersyukur jika Allah beri kita hidup yang sederhana,tak susah mana dan tidak mewah sangat.sama-samalah muhasabah diri, wassalam, terima kasih sudi baca =)



Sumber gambar : Sini

P/s: Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad

Coretan Cahaya Kehidupan : Ya Allah Beri aku kekuatan itu untuk menghadapi segala ujian Mu dan aku mahu hidup atas redha dari Mu...aamiin

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Hebat Ujian Allah itu pasti ada tersembunyi Hikmah yang Hebat juga dari Dia



Agak clishe tajuk ini, tetapi pada diri , percaya dan yakinlah, apa yang dari Allah itu takkan pernah sia-sia, meski ujian yang Allah beri itu semacam “memikul beban yang sangat berat” sampai rasa :-
Ya Allah,aku tak mampu nak hadapi ujianMu ini sorang-sorang, Kau bantulah aku Ya Allah, Kau permudahkanlah, Kau Maha Mengetahui apa yang terbaik buat diriku , dan aku menangis lagi…
Bukan kerana diri tak redha akan ujian tetapi sekadar mahu menagih simpati pada Dia,Dia yang Maha Esa, walaupun kadang-kadang terasa “penat” sebab rasa diri dah tak larat menanggung semua ini tetapi hidup perlu diteruskan, hati kena dididik dengan Husnudzon, sangkaan baik kepada Allah akan membuahkan hasil kepada sangkaan baik buat hamba-hambaNya

Aku tak harap dunia ini indah bagiku, cukuplah Allah redha denganku, jika ini jalannya hidupku, aku akan cuba belajar untuk redha, aku mahu “bahagia” di negeri Akhirat, kehidupan yang tak akan pernah rasa jemu dan muak.

Aku sekadar Hamba Allah, aku juga Umat Nabi Muhammad SAW ,aku juga anak perempuan, aku juga seorang kakak dan terakhir sekali aku juga seorang Bakal Jenazah.

Maaf,entry ini sekadar luahan,bukan kata tentang kamu,dia dan mereka tapi ianya tentang aku…wassalam

Sumber Gambar

Coretan CK : Aku senyum, mereka nampak, Aku berduka mereka tiada, tak usah sedih, senyum atau duka ,selagi mana seketul daging itu tahu Sang Pemiliknya Siapa,itu sudah cukup beri bahagia...HasbunAllahu wani'mal wakil =')

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Muslimah Biasa

 
Copyright©2011-2012. Segala penulisan diatas adalah Hak Milik cahayakehidupan