Novel



Aku percaya, ramai yang ikut cerita novel ke drama kan? tak terlepas dari diri aku sendiri ,aku mula membuak-buak(hyperbola nya -_-") nak beli novel sejak menonton Teman Lelaki Upahan dan itulah satu-satu novel yang aku dah tengok dramanya dan aku nak baca novelnya pulak , drama novel lain aku tak berminat pun nak beli =p

kekonon aku nak tunggu baucer la baru nak gi cari, lepas dah dapat baucer (i mean lepas dah beli semua buku untuk semester ini barulah aku beli novel), ceh aku ingatkan senanglah nak cari novel Teman Lelaki Upahan dekat bandar Melaka tu, rupa-rupanya harapkan pagar ,pagar makan padi,ye ye aku tahu tak sesuai pun guna peribahasa tu,aku saja je,eh rajinnya korang baca sampai perenggan dua..hahaha =p

Hari Jumaat lepas aku pergi Mydin(ye la mydin kan kata dia yang tanggung GST, ofcoslah aku yang jauh dari Mydin ni gigih gak lah lepas balik kerja ,sampai rumah ,sempat lagi aku main badminton,tiba-tiba ada suara dari tingkap rumah "mak nak pergi beli barang dapur", i was like...nak cakap apa lagi,aku pun ikutkan jelah, Emak always my keutamaan...=')

Pendekkan cerita,masa dekat sana,aku pun usha lah MPH bookstore kat dalam Mydin tu, cari punya cari, banyak kali gaklah aku round, tetapi masih tidak jumpa Novel yang bertajuk Teman Lelaki Upahan, akhirnya aku tekad, pergi ke kaunter untuk tanya :

"novel teman lelaki upahan ada tak?"

"Tak ada,dah habis,tengah tunggu stock"

"lagi satu nak tanya,guna baucer untuk beli novel boleh tak?"

"boleh,semua buku boleh kecuali stationery dan komik"

"ok Terima kasih"

Lebih kurang begitulah perbualan aku dan cashier, aku pun pergilah belek-belek balik novel yang aku pegang mula-mula tadi iaitu "Dia Isteri Luar Biasa dan Eksperimen Cinta", tetapi lebih kepada novel DILB lah yang aku nak beli, Eksperimen cinta tu macam berbelah bagi , aku tawaf dalam kedai tu punyalah lama,sekejap ambil buku fixi ,letak balik , sekejap lagi buku Hlovate letak balik, end up nak tahu aku beli buku apa, bacalah sampai habis..=p

sampai je dekat rumah, malam tu tetiba aku teringat , sebenarnya  buku dalam list yang aku nak beli adalah Diagnosis 1 dan 2 tetapi entahlah dah dua kali aku pergi,selalu lupa nak tanya kat cashier buku diagnosis tu ada ke tak, sedih tak terkata sebab based on feedback pembaca, buku tu sangat best *icon sedih* .ok tu je nak cerita...wassalam






Reminder to self : Bacaan yang paling utama adalah Al-Quran , yang ini sampingan sahaja.


Coretan Ck : Aku dah habis baca Dia Isteri Luar Biasa,now tengah baca eksperimen cinta plak (by the way, terpaksa stop baca dulu sebab assignment tengah banyak...=')

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Status?

Pejam celik pejam celik sudah 15 April 2015, last update 16 Disember 2014, hahahaha (tak kelakar k)=_=' , well, this year tahun busy,tahun kedua aku handle sekolah, tahun mungkin aku bertukar status..eh...(please aamiin kan boleh?) 

By the way, i do love my job, even bila kau selalu nampak gambar kawan2 kau kat fb sambil terdetik "kalau aku masih disana pasti juga aku akan pergi ke situ" like.....but i still say, my job now is my passion and i love them so much even depa selalu lah buat emosi aku tak berapa nak stabil (certain situationlah bukannya acapkali)

Sebenarnya this entry tak berapa nak best sebab aku update guna fon,faham-faham jelah kalau guna fon,nak taip tu punyalah kau kena berhati-hati sebab kalau tak asyik2 nak kena tekan butang delete dah lah jari tu macammmmm....hurm...

K seriously aku tak tahu nak cerita apa tetapi percayalah kalau ada good news tentang status tu aku update kat sini k.....err 

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Mewangi

hai semua,lama aku tak lepak kat sini,er bukan lepak lebih sopan kalau aku kata update blog kan? biasalah bila lama kau dah tinggalkan blog then bila nak start balik menaip kau akan rasa macam kau newbie kat sini kan ? so ewww..

aku busy,sangatlah busy, busy sampai kau rasa nak pergi jauh dari sini nak tenangkan minda dan hati supaya kau boleh listkan azam baru  untuk tahun 2015 nanti...err...azam tahun 2014 pun masih lagi tak terpenuhi...ada hati.... :(

aku ada buat satu lirik parodi lagu mewangi,mula-mula Allah kasi kat bahagian chorus dahulu keesokkan baru aku dapat bahagian verse...hayatilah lirik ini


Selamanya
Aku hanyalah seorang pendosa
Mendambakan Redha
Darimu adalah tujuan utama

Ya Allah,
Dengarkanlah,
Ku pohon Ampun atas segala dosa,
Hingga ku terjatuh rebah,
Ampunkanlah dosa...

Jadikan Imanku lebih tinggi,
Jadikan Hatiku lebih tenang,
Biarkan diriku sedari,
Cinta Illahi


Coretan Cahaya Kehidupan : Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad, wa'ala alihi wasohbihi wabarik wasallim

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Muslimah Biasa

 
Copyright©2011-2012. Segala penulisan diatas adalah Hak Milik cahayakehidupan