Hai korang, Hari ini Ahad kan, Last aku update hari Rabu lepas,hahaha weii lama gila eaaa ko tak update,seyes arrr emang benar2 macam tak bersalah aje ko ea yaty,hari tu kemain semangat kekonon nak update everyday pstu skip 1 day pstu 2 day pahtu ber day day....👀....gitulah kan manusia ni memang mudah lupa eh bukan manusia lain ko je yaty 😩, Acap kali suka marah kat diri sendiri, Sebab biar lah, Dahlah pelupa lepas tu malas nak update lepas tu Bila nak update dah lupa balik apa yang dilalui hari sebelumnya 😌 .hurmm ok .... memang betulkan aku camtu,aku admit 😭, Untuk yang sekian kalinya minggu ni tak berapa produktif sangat sebab entahlah nak cerita kat Sini pun serba salah jadinya, biar jelah Allah je yang tahu, Kita cerita yang best best je lah kat sini, Buat apa nak kenang benda tak best, Hanya merosakkan minda dan hati sendiri je kan ,ok tutup cerita.move oonnn
Lets talk to apa yang jadi 4 harini,banyak wei,tapi nak Suruh aku cerita satu satu memang taklah kan jadi korang terima aje lah cerita apa yang aku nak cerita kalau korang rasa bosan dengan apa yang aku nak ceritakan ,tak yah la baca,skip je post ni (woo woo emo plak , apahal plak ko nak emo emo ni yaty?ok2 maaf saja je nak bagi mood emo ,bukan betul2 nak emo pun 😎) ok sambung cerita walaupun belum mula satu pun tetapi tetaplah sambung cerita,hari Jumaat lepas sekolah seluruh negeri Melaka ditutup asbab jerebu (ni nak citer kan tengah jadi perbualan hangat Malaysia dan Indonesia bab jerebu ni kan,dengan boikot lagi,jadinya aku pun cuba nak join,pasni aku tak nak dah beli santan kara,kena cari santan saji,support local gitu,korang support apa?eh tiber samgat tanya orang lak apahal?) ok sambung lagi,bila cuti,korang faham tak (takpelah kalau tak nak faham pun ,buat buat faham pun takpe)semua anak2 aku sekolah,hat bongsu je taska tapi follow cuti jugalah,tak kuasa lak aku nak pi hantar semata2 dia sorang lagian aku kan surirumah seorang diri menjaga anak 5 jadi takdelah terikat dengan mana2 company untuk aku pi kerja pada hari tersebut (motif nak kena explain panjang lebar ni dah kenapa?,korang tahu,bermulalah kisah aku jadi cikgu kat rumah ,kena rakam anak buat pdpr kat rumah,setenang2nya aku (tenanglah sgt 🥷🏻) masa nak rekod anak no 4 buat kerja,kesabaran aku terujilah sikit,sikit lagi nak tukar jadi 🦁,sikit je lagi,tak tukar pun dan alhamdulillah dia selamat takde kena baham atau kena pukul,sekadar aku je nambah hyperbola dalam bercerita.Nasib baik PDPR 3 abang dia,mereka lunaskan dengan sendiri jadi aku hanya bantu yang no 4 sahaja dan anak sulong ada bantu sama,sebab aku kena rekod,anak sulong pegang tangan sambil aku bernyanyi * Apa yang penting kerjasama* gitu..pada haritu juga aku repeat buat kek batik and guess what again aku derhaka pada resepi kali ni aku guna coklat putih beryls pula(sebab coklat beryls dah habis derrr) dan betapa aku happy,kejadiannya mencapai piawaian yang aku nak(level piawaian ni macam lebel sirim tu ,ehh kemain ea🙊) nnt aku letak gambar kat bawah ea.oklah tu je lah aku nak cerita,jap jap aku nak tanya ada ke orang baca aku punya entry ini sebab aku tengok jumlah view bertambah sedangkan aku jarang buka empat hari sebelum ini ke aku SYOK sendiri??? tak apalah saja jelah aku tanya kot lah ada orang nak komen nak nampakkan dia tengah baca blog aku ni kan tapi kalau tak nak pun tak apa terima kasihlah sudi baca walaupun ada huruf besar ada huruf kecil terima kasih na, Walaupun tak ada orang baca juga aku nak ucap terima kasih kepada Yaty yang baca blog dia sendiri ehhh hihihi...ok2 ,aku Undur diri,wassalam babaiiiii daaaa....
 |
| Jadi tau tekstur macam dodol tu tak melekat dekat kuali 🥰 |
 |
Guna biskut meri yang timbang size kecik,beratnya 476g to be exact
|
 |
| Kita tekan manual je wak tapi pakai sarung tangan la , situ adoii panas situ tekan….pengorbanan….🤧 |
 |
| Selepas keluarkan dari freezer 🙂↔️ |
 |
Nampak macam tak banyak biskutkan, sebab potongan ni belah tepi sekali, bahagian tengah tu,
bertingkat2 biskut dia cuma kita tak snap picture la wak,cukuplah yg ni je ek…😂
|
 |
Ayam goreng tepung versi kita,sangatlah not recomended buat masa hari sekolah, anak2 balik tepung dah lemau,gigih aku goreng lama nak bagi masak betul2 dan crunchy kat luar…COBAAN
|
 |
| Mee for my lovely mom 💝 |
 |
Ayam masak cili padi my always comfort food ❤️
|
 |
Masa cuti jerebu tu aku buat nasi lemak sambal udang and guess what akhirnya meet my expectation (tak habis2 kan dengan piawaian ko tu yaty…😂)
|
Nota kaki : Day 15 update blog (kena count sebab biar dak Yaty tahu dia masih on the track...tiber) walaupun ko skip 4 hari yaty, weii baru 15 hari ko update lamanya nak ke monthsary
Cahaya Kehidupan : hidup kita kena fleksibel, tapi sefleksibel2 kita kena ikut syariat tau bukan main langgar je….”note to self”
|
Love.Peace.Respect
Jazakumullahu Khairan Kathira
0 coret kat sini:
Post a Comment