Lagu Kenangan Masa Kecik-Kecik

 Assalammualaikum...


Masa kecik2 dulu suka nyanyi lagu ni,serius sangat nomu...nomu...nomu...nomu..nomu...lagu ini.Buat persembahan pun nyanyi lagu ini.*kecik-kecik dah berangan nak jadi penyanyi...erk...
Tapi dek kerana sedar diri yang sebenarnya diri ini tiada bakat menyanyi, so pendamkan je la dalam hati...*apa yang ang merepak ni...adeh...


jom kita layan lagu ini




tetiba teringat kat arwah ABAH
huhu....
sarangheo abah
=_=
 bahasa korea

Glosari : Nomu = suka
             sarangheo = sayang/cinta


Coretan IOG : Esok dan lusa ada program...fuh....*budget PM la konon...ekekee






Love Peace Respect Share

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Sedikit Tazkirah Pada Malam Jumaat

 Assalammualaikum....

Makna bacaan dalam solat

Takbiratul-Ihram & Takbir    

Allah Maha Besar  
 
Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
 
Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
 
Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
 
Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.


Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

 
Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.




"wahai tuhan ku
Aku  tidak layak untuk syurga Mu ...namun  aku pula tak sanggup
ke Neraka Mu....kami lah hamba yang mengharap belas darimu .....
"ya allah
jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua
ibubapa  kami .dan dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal
dunia"
.

Love Peace Respect Share

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Ya Allah Permudahkanlah

Salam Readers,

Kejadian di office,

“Ya Allah tolonglah aku,permudahkanlah aku dapat bilik meeting Ya Allah”
 
Jauh disudut hati cahaya,rasa risau sangat,kerana bos pagi-pagi dah call cahaya tanya pasal bilik meeting. Dari semalam cahaya cuba cari tapi still tak Berjaya.
 
 
Bos : hello,ti..
Cahaya : bos,jadi tak meeting hari ini
Bos : jadilah..macam mana bilik meeting dah dapat ke?
Cahaya : tu la bos,dari semalam saya cari,tapipenuh…saya nak cuba cari bilik kat atas plak
Bos : saya cari ahnuar semalam,tapi dia pergi training,dia yang book bilik tu pagi ni
Cahaya : owh ye ke bos,ok2 nanti saya cuba call dia

 
Jenuh cahaya call ahnuar,still tak dapat,tanpa putus asa,cahaya call budak-budak kat atas.yang duduk berdekatan dengan ahnuar tetapi tiada seorang pun yang angkat…sedih betul…sob3.. 


Last choice,cahaya kena naik atas juga untuk menemui ahnuar,tetapi malangnya bila sampai di atas,ahnuar Tak ada,tanya budak kat situ,mereka pun tak tahu ahnuar pergi mana…cahaya terus menuju pada seorang kakak nak bertanya no HP ahnuar,tapi tak semena tetiba ada orang lambai tangan ke arah cahaya…cahaya tak puas hati ,cahaya tunjuk isyarat diri cahaya ke then dia angguk…so cahaya pun pergi lah ke tempat dia
 

Cahaya : ye ada apa
Dia : u yang cari bilik meeting kan semalam
Cahaya : haah…kenapa tak guna ke?
Dia : tu la semalam I kata kat u I ada meeting kan,,pagi ni baru je I cancel..meeting tu tak jadi
Cahaya : owh…serius..saya boleh guna lah ni ye
Dia : haah
Cahaya : thanks ye awak..
 
Time ni cahaya rasa satu keajaiban telah berlaku,disaat-saat cahaya memerlukan,Allah telah beri rahmatnya dengan permudahkan cahaya untuk dapatkan bilik meeting itu.syukur Alhamdulillah…rasa happy sangat2.. 

 
Cahaya bukan lah nak tunjuk baik atau niat tersembunyi,tapi cerita yang cahaya sampaikan adalah benar2 terjadi dekat cahaya... Cahaya yang merasainya,cahaya rasa bersyukur sangat Allah sentiasa ada tatkala cahaya susah,tatkala cahaya ditimpa musibah,Allah hadirkan sifat bersabar dan bertenang…itu merupakan nikmat yang terbesar yang pernah cahaya dapat...^__^

 
Tak terucap dengan kata-kata begitu bermaknanya Nikmat yang Allah beri  ...syukur sangat-sangat…(^_^)
 

Always



 
Coretan IOG : No one will manufacture a lock without key ,
                       similarly Allah won't give problem without solution



Love Peace Respect Share

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Muslimah Biasa

 
Copyright©2011-2012. Segala penulisan diatas adalah Hak Milik cahayakehidupan