Hello guys...hai hai hai kat yaty yang sedang mengulang baca entry sendiri tu ...awat rasa macam happy semacam je menaip ni....dalam hati ada taman ke? haih.....dak aih...nanti aku kabo sebab apa, ops si..sebelum tu, aku nak kabo hari ni kan hari Malaysia, pastu kan cuti kan pastu kan kan...semalam mata aku cerah tak leh nak tidur asbab minum air kopi Zus semalam , pukul 2 pagi tau mata still tak beri kerjasama , nak tak nak aku pejamkan mata juga untuk tidur (dah tahu cannot tolerate dengan caffein tapi still insist nak cuba juga, padan muka ko yaty......hurmmm)
Harini aku masak laksa penang untuk mak, lauk masak lemak cili padi untuk anak2 (nama je cili padi tapi tak pedas mana pun sebab anak2 tak makan pedas, letak sikit buat syarat je, sebab sejenis mak long tak suka letak cili kering merah sebab tak suka warna lauk akan jadi kurang menarik tertarik ko memang daboom...tiber...
"mak long masak sedap tak bang" (saja kan meminta)
"sedap"
"alhamdulillah Allah bagi sedap"
"mak long masak nombor one"
"mak ooo mak , dak abang cakap orang masak nombor one (lupa mak kurang ngerti english masa ni kita translate balik)."dak abang cakap orang masak nombor satu"
(dalam hati kita ada taman berbunga2 wak....ngeee)
Mereka ni sangat sukakan lauk masak lemak kuning ni, semualah dari anak sulong(dak abang) ke anak bongsu memang kalau maklong cakap lauk masak lemak je dak abang mesti reply "yeay" π, lepas tu dak abang dengan dak ya (anak no 4) tadi siap bertambah nasi ..see see betapa gemarnya mereka dengan masakkan ITU...
Additional rajin harini aku telah menyiapkan kuih kacang coklat untuk anak sulong kak long aku, almaklumlah dah lama nak makan (kita ni tak sampai hati sebab jika kita gembirakan hati orang sekeliling inshaAllah Allah akan gembirakan hati kita , aamiin aamiin ya rabbal'alamin π , dia kata last dapat makan waktu dia kecik2 je, dah besar, nenek dah tua dan tak larat nak buat and maklong pun tak belajar nak buat sebab maklong kurang gemar , kuih tu manis tapi bukan tu penyebabnya sebab bukan kuih raya favorite ,jadi mak long tak belajarlah...peaceeee yooo...ok sambung lagi, lepas mak long dah try buat, sediakan bahan tu senang la jangan salah faham bukan takabbur astaghfirullahal'azim, cuma faktanya bahan2 dia mudah je, tapi yang renyahnya sebab nak kacau dia sampai jadi tekstur dodol faham tak camne nak buat dodol tu dari tekstur cair dikacau sampai pekat, haa camtulah kuih ni, taklah secair dodol tetapi asbab ada kacang tu, aku kena guna sepenuh tenaga untuk kacau , so , untuk buat kali kedua tu, memang taklah kecuali kalau aku buat guna pressure cooker , it might be boleh difikir2kan lagi, kalau rajinlah kan...buat tadi ada lebih sikit je untuk rumah, yang lain semua dah masuk dalam botol medium siap untuk dijual.
Ok kita move to cerita kenapa aku menaip senyum2 masa kat pendahuluan entry tadi, ia disebabkan keyboard comel aku da sampai hari ni , dah la comel function plak tu pastu best sangat masa nak menaip, ya Allah rasa macam bertambah semangat nak update blog hari-hari. Oh ye anak2 tanya maklong nak buat apa, "mak long nak buat kerja(lah sangat)" , mereka macam cannot brain lah kan sebab maklong mana ada kerja lagi sekarang , but its okay anak2...nanti bila kamu sudah besar, kalau terjumpa blog maklong ni, sila tinggalkan komen dibawah k.....π. Kenapa aku beli baru sebab yang existing ada ni memang khas aku beli untuk ipad, kecik, pastu bila nak menaip banyak typo, dah jadi satu hal kena baca berulang kali untuk edit typo tu (ye aku tau kena sabar tapi ada option lain untuk ganti kan? eleh...biarlah....π)
![]() |
| keyboard yang bagi sedikit tekanan buat owner blog ni π |
![]() |
| keyboard paling function terbaikkkk bak kata boboboiii kuasa tiga....π |
![]() |
| kuih kacang coklat sebelum letak serbuk koko |
![]() |
| sesudah letak serbuk koko (kenapa hitam, sebab anak no 2 pi ayak banyak, orang suh pegang je, dia pi tekan haishhhπ |
![]() |
| dapatlah sebalang kuih coklat ni |
![]() |
| semasa kuih masih panas |
![]() |
| ni makanan lunch aku (oden soo hoon so good,syukur alhamdulillah) |
![]() |
| takde apa saja nak tunjuk soo hoon tu π |
Kali ni banyak sikit letak gambar, bukan apa, data online ni, tak penuhkan space hp...hihihihi....sekian harap maklum, ok wassalam.....babai...daaaaaa
Nota kaki : Day 3 update blog (kena count sebab biar dak Yaty tahu dia masih on the track...tiber)
Cahaya Kehidupan : Syukur Alhamdulillah atas nikmat rezeki....π











0 coret kat sini:
Post a Comment