Layak tak???? See orang kalau tak kena pada diri sendiri, dia takkan rasa melainkan dia dah rasai sendiri barulah dia tau rasanya camne

hai koraang, hai yaty, mesti ko pun sibuk baca entry ko sendiri kan, well, sapa je nak baca kalau bukan diri sendiri ye tak?ok

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


hai korang, atas tu jwanji, mukadimah last yang ada dalam draft hakak, coz pah ni takkan ada lagi (inshaAllah) perenggan sekerat-kerat dari hakak, walaupun yang baca entry ni hanyalah hakak sendiri, tidak mengapalah, asalkan hakak tersipu-sipu senyum baca entry sendiri , itu sudah cukup bagi hakak (kisah plak hakak kan...😆)

Nak mula dari mana ye, semalam guna aku harini guna hakak plak , terima jelah ye, masa nak guna aku tu akulah, masa nak guna hakak tu hakaklah...halah halah halah....😂😂😂

harini 14 September, 2026, Isnin, as usual hakak masak makanan untuk anak2, oh ye today anak no 3 dan 4 cuti peristiwa asbab kejohanan olahraga hari sabtu ritu , jadinya bila anak2 ada, jadi mudahlah kerja hakak kan, jadi pembantu didapur dan of courselah anak no 3 lah boleh diharap coz no 4 baru umur 8 tahun.

Harini hakak masak Nasi lemak ayam goreng berempah(ayam berempah ni request by anak no 2, depa memang suka nau nau request itu ini , kan maklong dia ni Master Chef, order je terus buat eh itu tipu, maklong tengok mood juga tapi sometimes tengok perangai depa gak elok perangai maklong buatkan, tak dengar cakap....kirim salamlah....sila cuba lagi next time ok sambung lagi cerita and untuk sambal nasi lemak hakak buat sambal udang guna gula rendah calory k, kenapa kena mention sebab saja jek...tak boleh ke...keh keh keh 😜

Anak no 3 tadi bersemangat nak goreng keropok ikan baby kenapa baby?sebab keropok tersebut kecik2 dan nipis jek, sedap dimakan begitu saja eh eh ternyanyi ke tu....sapa tahu lagu tu maksudnya dia dah tua  gen millennial cam hakak....keh keh keh


kesimpulannya (dah macam buat karangan sekolah) anak no 3 mengangguk kepala ketika hakak cakap

"patut tak mak long marah masa Ilfy tumpahkan keropok dalam kereta"

dia mengangguk

"kan , orang kalau tak kena pada diri sendiri , dia takkan rasa melainkan dia dah rasai sendiri barulah dia rasa renyahnya  camner " 😎

pastu maklong sambung lagi


"camnilah mak long hari2 masak untuk korang, layak tak maklong marah kalau lauk tak habis makan, dahlah maklong penat masak sorang2, bila lauk tak habis, fuhh menusuk kalbu tauuuu...."(hat menusuk kalbu tu saja tambah bagi sedap ayat 😂

dia mengangguk


pelajaran harini : kita takkan rasa sakit atau seumpama dengannya melainkan kita sendiri sudah melaluinya.😷 Moga Allah bagi anak no 3 faham akan pelajaran done by maklong harini, aamiin aamiin ya rabbal'alamin



 bukti anak no 3 mengoreng keropok baby yang dia gemar makan 

Cukuplah untuk harini , hakak menaip entry ni dari pukul 8.45 malam , now dah 9.30 malam , see betapa ambil masa banyak nak kerah idea untuk menaip entry supaya hakak baca nanti biar hakak senyum2 sorang diri...hahahaha kelakarlah kan sendiri update sendiri baca sendiri ketawa sendiri bahagia eh eh...  tapi takpe asalkan hakak rasa tenang dan happy .... hakak ok je... ok...ok hakak undur diri dulu... wassalam....daaaaa


Cahaya Kehidupan : Kena ada EMPATI yakni sebelum nak buat sesuatu selalulah letakkan diri ditempat orang yang kena, kalau kita tak suka kena camtu , kita jangan buat orang camtu...✌

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

0 coret kat sini:

Muslimah Biasa

 
Copyright©2011-2012. Segala penulisan diatas adalah Hak Milik cahayakehidupan