Hello guys, today berasa nak update la, sebab semalam ada perkara yang terjadi sampai aku ase , wah best ni cerita kat sini, korang nak tahu tak apa dia? Apa?? Tak nak ? Ermmm k….pah ni jangan baca ayat selepas ayat tak nak tu k…..kalau baca jugak…lantaklah, suka hati korang la kan, bukan aku boleh tahu siapa yang baca siapa yang tak,(camne ea ko boleh confident orang baca ? Entahlah ea, sejak2 tengok statistik view ni, macam sesuatu sangat, bahkan lagi macam tanjat gegirl walaupun bukan dak2 gegirl lagi, semalam punya dah mencecah 100 views, oooo emmmm ggggg, i was like…..seriously?how come eaaa. Lalu aku check ruangan komen pula, oh masih tiada siapa yang komen…ok find…anggap jela aku je kot yang buka entry tu sampai 100 kali….(icon apa yang patut letak eaaa cam buntu plak…)
Cerita yang aku nak update ni camni ringkasannya , ce baca conversation kat bawah ;-
Aqil : Mak long abang nak bawa bekal kek batik, dia nak bagi kawan dia rasa la tu
Me : Kau kenapa bang, maklong buat untuk korang makan
Abang : tapi boleh ke abang nak bawa bekal esok
(Satu perangai dak abang ni, kalau dia kata nak bawa, ko cakap la camne pun, ending nya dia akan minta izin juga benda yang sama, jadi kau sebagai orang yang tengah nak menghadapinya pun adoiii, kena ada mental yang kuat juga untuk berkata tidak but endup nya ko pun kalah sebab pada ko takpelah benda makan kan, pastu dia nak berkongsi rasa dengan kengkawan dia, for me satu penghargaan juga sebab terharulah anak2 nak bawa makanan yang kita masak untuk bagi kawan2 kelas dia rasa….*lap air mata*) ok la aku sambung lagi, belum habis lagi ye takat tu…
Me : bawa sikit je ye bang, jangan sebekas besar lak kau bawa
Aqil : Mak long , kalau Aqil nak bawa juga boleh ? (Belum habis takat aqil ye)
Ilfy : Mak long kalau Ilfy nak bawa juga boleh? (See seee aku da kata dah mereka ni sebenarnya kembar cuma beza tahun je 😬)
Me : Camnilah, pergi ambil zip lock yang paling kecik, letak kek batik tu dalam tu (actually aku mmg dah potong nipis2 untuk senang nak makan nnt)
Mereka : Mak long boleh bawa berapa ?
Me : bawa 5 keping
Aqil : Maklong , Ilfy ambil 6 keping
Me : halah halah….penat le nak ulang banyak kali, dah ambil tu dahlah..
Aqil : kalau Aqil nak bawa 6 keping juga boleh ke maklong *sambil senyum2 macam kerang busuk*
Me : ambil aqil ambil…
Endup semua orang ambil 6 keping dan paling tidak pun sebekas penuh tu, dah tinggal selayer sahaja….tidak mengapalah memberi orang makan pun satu sedekah…kenapa nak abadikan kat sini, sebab aku rasa moment tu sangatlah aku hargai as guardian mereka, sejak mereka kehilangan arwah mama dan arwah papa mereka pada tahun 2024 ni, hanya aku dengan mak aku jela tempat mereka bermanja dan menumpang kasih, kadang2 ada keadaan aku perlu jadi tegas, sebab akulah mak dan aku jugalah ayah, so nak tak nak….hidup perlu diteruskan, selagi nyawa dikandung badan, akanku laksanakan tanggungjawab ini sebaik mungkin.oklah itu jelah aku nak cerita..takde benda menarik sangat pun cuma sekadar moment yang itu sahaja.oh ye nak kabo, esok sekolah seluruh negeri melaka TUTUP, aku ulang lagi sekali lagi TUTUP…bermulalah episod aku jadi …ce teka ce teka…aku jadi apa??? kalau korang da baca entry lepas , mesti korang tahu…(macam lak ada orang baca…dasar perasan dak yaty ni…huhuu) oklah wassalam….babaiiii …daaaa
![]() |
| Proof bawa bekal ke sekolah tadi |
![]() |
| Cam biasa update dari IG, membaca amalan mulia …ehhh |
![]() |
| Kita mesti menang dengan hasutan syaitan….yeahhh… |
Nota kaki : Day 16 update blog (kena count sebab biar dak Yaty tahu dia masih on the track...tiber) hari ni ko tak skip update yaty, weii baru 16 hari ko update lamanya nak ke monthsary
|






0 coret kat sini:
Post a Comment