Showing posts with label nasihat. Show all posts
Showing posts with label nasihat. Show all posts

Note RM 100

Mesti orang kurius kenapa tajuk entri gitu,ehem ehem,mestilah ada cerita sebab dan musababnya,sat lagi aku cerita k,la ni aku nak cerita, 2 paper aku dah habis jawab, tinggal 1 paper je lagi iaitu pada hari Jumaat ni tanggal 10 Julai 2015, aku pergi  menginap satu malam kat shah alam sebab nak buat revision dengan kawan-kawan(first time buat camni actually,tak sabar rasanya nak throwback zaman study dekat hostel masa diploma dahulu :)

Sumber gambar : sini 


Kisah Note RM 100, cerita bermula dengan aku short duit RM100 untuk gaji bulan 6 , aku tak ingat kenapa aku short RM100 tu, puas aku fikir dan cuba nak ingat balik sebab aku ni jenis pelupa sometimes perkara 1 jam lepas berlaku pun aku boleh lupa,sadis betul. Dipendekkan cerita, dah puas aku fikir dan cuba ingat tu, lama-kelamaan aku redha, ada hikmah Nya,sambil-sambil tu aku berdoa juga,supaya Allah permudahkan urusan aku nak bermalam ke shah alam nanti.oh ye, actually,duit cukup nak ke sana,cuma tak banyak,sekadar cukup-cukup makan je, sebab aku terfikir kalau ada emergency nanti camne,thats why,aku macam rasa down masa mula2 short tu,but bila aku tahu duit itu bukan kita punya,hanya pinjaman sahaja,aku pujuk diri,alhamdulillah aku boleh accept sampailah aku dah lupakan duit yang hilang tu.(panjang betul nak sampai ending),sampailah ada satu malam, aku nak hantar mak cik na(tukang urut)yang baru lepas urut badan adik perempuan aku balik ke rumah dia,aku sarung baju sejuk,secara tiba-tiba tangan aku terasa kat luar poket tu macam ada kertas dalam poket,aku pun seluklah tangan kanan aku dalam poket, aku tarik dengan perlahan-lahan, guest what aku nampak apa?aku nampak note RM yang berwarna ungu,subhanAllah,aku speechless ketika itu,mulut aku tak henti-henti ucap Alhamdulillah, Allah bantu aku saat-saat aku sangat memerlukan,aku tak tau nak habaq lagumana perasaan time itu,cuma, Syukur alhamdulillah,terima kasih Allah,sesungguhnya aku terharu dengan Allah .semoga cerita yang aku kongsikan ini, ada manfaat buat orang-orang dekat luar sana,ingatlah sesungguhnya setiap ujian yang melanda itu,pasti Allah nak ajar sesuatu atau nak beri sesuatu,jadi bersabarlah (note pada diri sendiri terutamanya)


(this entry kiranya macam throwback lah,sebab dah duduk dalam draft dari tarikh 7 Julai 2015 lagi, masa tu aku taip guna handphone tak boleh nak edit sangat,ni baru berkesempatan dan ada masa  guna laptop untuk edit =)




Coretan Cahaya Kehidupan : Bergantunglah sepenuh hati dengan Allah, inshaAllah resultnya is owesome. ok lah, next entry  for Hari Raya plak *macam ada orang nak baca plak T_T

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Pertama Kali (Cinta Allah itu lebih membahagiakan)

Hari-hari aku lalui macam biasa sehinggalah pada  Isnin lepas bersamaan 10 November 2014, Kereta aku buat kali pertama dirempuh oleh Sang raksasa sang Waja yang tidak berperikemanusiaan atau memang mungkin dia tak sengaja (cuba untuk bersangka baik) ,betullah kata Arwah Abah,kadang-kadang excident ni bukan datang dari salah kita tetapi salah orang, itu yang terjadi pada aku,dialah yang salah,polis sila tangkap dia...T_T

Semasa kejadian itu,aku jadi shock(kemain speaking) lantas aku panik, panik sampai aku tak tahu kat mana nak berhenti ,yang langgar aku tu dah berhenti cuma aku je,aku je tak tahu nak berhenti kot mana sebab dia berhenti betul2 kat masuk simpang,how come kan? ramai duk kata "kau berhenti jelah,orang tahu kau excident ,tak ada maknanya orang nak marah", aku masa tu gamaknya tiada kekuatan,kekuatan untuk berhenti dan keluar jumpa dia walhal sebenarnya dia pun cuak kot muka masa aku pandang dia,macam nak pandang dengan tak nak pandang,gitulah, cuma aku fikir masa tu,sikit je kot (lah sangat), Tetapi apabila aku dah sampai sekolah,aku keluar tengok,ya Allah,mahu gugur jantung aku,punyalah remuk fender aku (nama fender ni aku baru tahu nama dia sebab adik aku yang bagi tau,kalau tak jangan harap aku nak tau) 

Panjang plak aku cerita,malaslah nak taip panjang-panjang lagi,aku anggap ini ujian dari Allah,bak kata seorang kakak, " semua Allah punya,Duit yang kita ada pun Allah punya", aku tak pernah dengar nasihat itu selama ini kerana selama ini aku yang berkata begitu pada orang,senang kan nak habaq gitu ,jadi pada diri sendiri kau juga kena dibantu dengan kata-kata itu,nah pada masa itu Allah hadirkan kakak itu untuk menenangkan aku,hakikatnya aku tahu,tetapi biasalah aku juga manusia biasa,tak terlepas dari perasaan sedih ,geram dan marah.

Cuma,aku sangat bersyukur,aku rasa perasaan yang negatif itu sebentar cuma,sukar aku nak gambarkan apa yang aku rasa tetapi apa yang aku boleh kongsikan, "apa yang kita rasa (seperti marah,sedih,kecewa,terluka atau apa-apa yang negatif) kita berbalik lah kepada Allah kerana setiap apa yang terjadi didalam hidup kita adalah dengan Izin Allah"

weii (ok sorry terkasar plak nak cakap hai cam awkward plak kan) aku orang biasa,biasa-biasa sahaja,kalau orang biasa macam aku,Allah pun sayang,Allah bagi aku rasa hikmah Nya, inikan pula korang yang baik,alim,taat dan husnudzon dengan Allah kan? so please,aku mohon,engkorang tak perlu nak jadi negatif jika something happened pada hidup korang sebab semua yang terjadi sudah tertulis sejak usia kita 4 bulan didalam kandungan ibu kita lagi, percayalah "cinta" Allah itu lebih membahagiakan dari segalanya.Dan aku percaya ,inilah cara Allah nak Mentarbiyah aku untuk menghadapi ujian-ujian yang mendatang






Sebelum



Selepas



p/s : Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad, wa'ala alihi wasohbihi wabarik wasallim


Coretan Cahaya Kehidupan : Hikmah Nya aku dapat pergi kursus Nadi.

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Ujian


Pernah terbayangkan tak atau tak payah bayangkan,cuba imagine je ,eh tak sama ke dengan bayangkan? >_< . Kadang-kadang nikmat yang Allah bagi pada kita ,kita terlupa untuk mengucapkan syukur alhamdulillah atas nikmat yang Allah beri pada kita dan kita selalu ingat apa yang kita ada adalah hasil usaha titik peluh  kita walhal hakikatnya apa yang kita ada adalah "pemberian" Allah,tanpa keizinan Dia kita tak punya apa-apa . Yes memang betul asbabnya adalah dengan usaha dan ikhtiar kita,tetapi tak semua orang dapat relate antara asbab yakni usaha dan ikhtiar dengan keizinan dari Dia dan "pemberian Nya" .

Kadang-kadang Allah hanya beri kita hidup sederhana adalah kerana Allah tahu jika kita diberi kemewahan kemungkinan kita akan lupakan Dia,kita akan hanyut dengan kemewahan dunia dan aku tak maksudkan semua orang kaya itu lalai atau lupa,cuma ,ujian kemewahan dan ujian kemiskinan,ujian kesusahan selalunya akan mendekatkan diri kita kepada Allah yelah kita ni kalau susah baru terhegeh-hegeh nak cari Allah,baru nak cari tikar sejadah sembahyang malam,baru itu baru ini kan *sentap diri sendiri =( *, kalau time kita senang, ada je perkara lain yang buat kita leka sampai lupa nak beribadat pada Allah, thats whylah bersyukur jika Allah beri kita hidup yang sederhana,tak susah mana dan tidak mewah sangat.sama-samalah muhasabah diri, wassalam, terima kasih sudi baca =)



Sumber gambar : Sini

P/s: Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad

Coretan Cahaya Kehidupan : Ya Allah Beri aku kekuatan itu untuk menghadapi segala ujian Mu dan aku mahu hidup atas redha dari Mu...aamiin

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Himpunan Lagu DeHearty

Assalammualaikum
saat cahaya mendengar alunan melodi 
lirik yang dinyanyikan
amat menyentuh hati ini
korang nilailah sendiri


DEHEARTY


Jika diamati lirik lagu-lagu ini
pasti timbul keinsafan diri

yang baik itu datang dari Allah swt
yang buruk itu datang dari manusia itu sendiri
wa'allahu'alam

p/s : masuk blog cik cahaya baru mengenali  lagu Permata yang dicari
Thanks ye.

Coretan IOG : Dakwah juga boleh disampaikan melalui Lagu ^__^



Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Penawar bagi orang yang PELUPA

Assalammualaikum

alamak terlupa!!!

Korang tau ke apa maksudnya?yaty?senang je …jap ek nak rujuk kamus dewan bahasa dan pustaka…adeh..hohoho.Kenapakah perkataan ni wujud dalam entry kali ini..oh tidak..nanti ku berjangkit penyakit ini…syuhhh…syuhh…hahaha…

Setiap kali apa yang ku coretkan disini pasti ada kena mengena dengan diri ini,usah risau,ku tak suka untuk cerita hal orang.Blog ini adalah cerita tentang ku semata-mata,jika ada orang lain yang ku sebut,itu semua bersangkut paut dengan kehidupanku, tidak lebih dan tidak kurang pasti tercatat dalam pengalaman hidupku, so,kamu-kamu diluar sana ,kalo kamu tercatat disini maknanya kita ada BAU-BAU BACANG,sila hantar details serta alamat penuh ke ….fullstop…udah ku nyatakan,jika ku ada kelapangan..terkadang idea2 merapu terserlah..maaf kan ku…=P hehe


Kat mana kita tadi…oh ye PELUPA, yes i am, bak kata Puan Emak “umur muda lagi tapi da macam orang tua,cepat sangat lupa”…yes I admit it, ku mudah lupa,terlupa,kelupaan,melupakan dan sewaktu dengannya.Korang pernah alami tak,time jumpa kawan-kawan,dorang punya excited cerita zaman-zaman belaja dulu,alih- alih respons korang “oh ye ke,memang kita cam tuh dulu ek?”, sia2 je kena basuh seharian oleh mereka.The same thing jadi pada diriku, kesian cik Ana, cik D and cik Ikim tapi yang selalu kena macam tu cik Ana n cik D la, apabila kitrg berjumpa,pasti akan cerita story masa belaja dulu,dan acapkali (eceh..) ku pasti menanyakan “bila ye?,ada ke?, kenapa akak cam tu ek?,marah sebab apa?,keluar sebab apa?gaduh sebab apa?”..nah..bertubi-tubi soalan yang ku tanya pada mereka,dan ku akui mereka sangat baik-baik belaka seraya berkata “kak yat ni pelik la,takkan itu pun da lupa,aku ni setiap inci yang terjadi dalam hidup aku,aku akan ingat”kata cik D kepada ku,tak kurang hebat cik Ana pula “akak ni,takkan tak ingat kan dulu akak pernah marah tutt sebab dia nak bla bla bla..(lupa..)”.Amacam..baik kan mereka..ahaks..


Mereka berdua pun da faham dengan perangai ku,kalau nak flashback,pasti dorang akan cerita secara terperinci dahulu..ini adalah untuk memastikan ku faham apa yang mereka katakan dan ku reponse dengan perbualan itu..(da macam contractor jumpa pegawai kerajaan untuk dapat tender plak..ahaks..)

Lain cerita apabila ku berada dirumah plak “mak, nampak tak mana orang letak bla…bla..bla..(lupa),orang rasa orang letak sini,tapi tak ada pun”,puan emak seraya menjawab “kau ni kan,tak habis2 lupa,cam ne la kau da ada laki nanti ,ntah2 hilang laki kau kat pasar raya..ok itu tipu puan emak tak jawab macam tu pun..ku lupa apa dia cakap tapi isi-isi penting nye tetap sama”umur muda lagi tapi lupa macam orang da tua umur 60 tahun”..see..makan dalam tu…=P


Cerita di office pula “ Kak ita,hari tu kita ada order file untuk A4 tak?”,kak Ita jawab “eh..tak tahu akak,awak yang order”..”huhu ok”..5 minit kemudian “yaty,memang ada,dalam list ni awak ada order file A4 satu kotak”..”owh ye ke..adeh..sori kak ita lupa la,da cari kat bilik stor,tak jumpa,tu yang saya tanya”..dengan selamba kak ita jawab “ haish awak ni,muda-muda lagi da lupa”..sopan je dia ngata kan..hak hak..=P 
Banyak sebenarnya yang yaty nak cerita tapi karang panjang berjela plak entry ni,yaty tahu korang kan malas rajin gila  membaca,so yaty cerita la setakat mana yang mampu (ayat cover ni..sebenarnya lupa apa nak citer...*ketawa lagi)


Setiap ubat ada penyakitnya..eh..eh..jap2..setiap penyakit kan ada ubatnya...baru betul..hehe,so,masa yaty tingkatan 6,cikgu Yusof (wah ku ingat nama cikgu ni..perkembangan positif ni) mengajar Bahasa Melayu,beliau pernah ajarkan satu ayat dimana kalau kita lupa letak barang,kita baca ayat ini,yakin 100% Allah akan temukan,insyaAllah nescaya kamu akan jumpa.yup betul tu cikgu,ku memang baca ayat ini tatkala barang ku sembunyi dari ku,alhamdulillah setakat ini,ku jumpa tempat persembunyian mereka.Paling lama pun hilang seminggu,masuk hari ke 8,tanpa sedari,buka almari,nampak benda tu,ajaib kan,masa duk cari macam orang gila tak pula nak muncul,itulah hebatnya Allah,DIA tahu segala-galanya.Dari tadi duk ceramah macam Ustazah Siti Nur Bahyah,ayatnya yaty tak beritahu lagi..ok2...sabar k,sila ambil pen dan kertas salin ayat dibawah

Rabbi Yasir Wala Tu'asir rabbittommin bil khoir

ringkas je kan,inilah ayat magic Al-quran.selamat mencuba

p/s : entry ni da ku tulis semasa di ofis.maybe tadi ku excited nak tulis, macam-macam idea ada,tapi malam ni,hurm....lupa kot...tettt..=P

Coretan IOG : janji tak lupa nak solat ,yang lain boleh di adjust lagi tapi solat?jawab la sorang-sorang di alam barzah nant..renung-renungkanlah.


Love Peace Respect


Like or Not , its up to u Share

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Allah sayangkan Kita



Assalammualaikum
Pagi tadi bgn,ingat hari ini hari sabtu..eheh..silap hari Khamis la
almaklumklah semalam Melaka ambil cuti awal Ramadhan
so,berangan la konon nak cuti sampai jumaat
(mimpi ko yaty..=P)
pepagi yang mulia ini tak mo emo2
lukisan atas tu da beritahu segala2nya
now,blog ini sedang sakit
ujian bagi yaty
sabar je la
udah report ke blogspot tadi
tengah tunggu reply mereka
harap2 dapat settle cepat la
k la,
whatever pun,pada korang semua
ingat pesanan lukisan diatas
semoga sama2 mendapat kemanisan iman yang sebenar
InsyaAllah..^__^


P/s : lukisan ke 3 from yaty

Coretan IOG : kadang2 org tak dapat detect yaty sedih or gembira kerana sedih itu didalam,gembira itu diluar..>__<


Love Peace Respect


Like or Not , its up to u Share

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Muslimah Biasa

 
Copyright©2011-2012. Segala penulisan diatas adalah Hak Milik cahayakehidupan