Showing posts with label silent readers. Show all posts
Showing posts with label silent readers. Show all posts

10 Tips Tingkatkan Traffic || Silent Readers || Tak Nak Caya Sudah

Assalammualaikum….

Apa itu Silent Readers?? Korang tau  tak maksudnya?ada orang kata silent reader ni ibarat fan didunia maya ,tapi bukan fan yang nyata lah,ianya wujud apabila traffic meningkat sedangkan aktiviti blogwalking jarang dilakukan atau lebih senang,traffic korang maintain even korang tak aktif berblogwalking.Tetapi kebiasaannya benda ni  berlaku kepada blogger yang dah Glamour dan Otai dalam dunia Blog ini…hurm…kadang-kadang bukan disebabkan itu juga,ada je blogger baru meningkat dengan cepat.


Analisis  yang dibuat oleh Profesor Dr Cahaya Kehidupan untuk meningkatkan traffic ialah

1.       Buatlah Tutorial



Tindakan Profesor Dr CK :  

Acapkali orang tanya cahaya macam mana nak buat tu,macam mana nak buat ni,cahaya tak buat pun tutorial itu,cahaya hanya mampu beri link blogger lain untuk mereka cuba.

-    Dapat pahala gak kan,sebab membantu naikkan Traffic empunya Tutorial


2.       Berkongsilah tips kecantikan luar dan dalaman




Tindakan Profesor Dr CK : 

Yang ni ada rasanya,Cuma cahaya tak letak kat main page TAB tips kecantikkan       je.Nanti cahaya try cari balik k.

3.       Berkongsilah Resepi Masakkan


Tindakan Profesor Dr CK : 

Ingat tak Mak Long pernah ajar buat Biskut Raya?

4.       Selalulah buat Contest/Giveaway


Tindakan Profesor Dr CK : 

Ingat tak tentang Pinky Giveaway?

5.       Selalulah join Contest/Giveaway yang dibuat oleh bloger lain


Tindakan Profesor Dr CK : 

Haa,yang ni agak degilkeraskepala nak join, kalau orang tak  tag,cahaya susah nak join.tetapikan selalunya kalau dah lebih sorang tag baru cahaya join..memangkaunipemalas rajin cahaya.

6.       Penulisan entry haruslah ikhlas dan jujur kerana secara tak langsung ia dapat memberi rasa sebenar kepada yang membacanya



Tindakan Profesor Dr CK : 

Semua entry-entry cahaya memang berkisar tentang diri cahaya ,so ,terpulang pada korang nak menilainya macam mana.

7.       Meletakkan sesuatu Tajuk Yang menarik



Tindakan Profesor Dr CK : 

Kalau terbaca tajuk ini “Rombongan Datang Membawa Hajat”. Agaknya korang ingin tak nak tahu apa isi kandungan entry itu?Nah..itulah yang dimaksudkan letak tajuk entry yang menarik..kuikuikui

8.       Kalau ada gathering,rajinkan diri untuk sertainya



Tindakan Profesor Dr CK : 

Cahaya ada sifat pemalumalumalukucing ,susah betul nak join benda-benda macam ni,maybe cahaya tak comelcantikcun cam korang semua yang comelcutecantikcun

9.       Buat Review pasal blog lain


Tindakan Profesor Dr CK : 

Baru je nak mula…siapa yang nak jadi orang pertama,sila inform k

10.   Hargailah Mereka yang Follow anda


Tindakan Profesor Dr CK : 
   Empunya follower yang ke 600 – itu entry yang pertama cahaya hargai follower blog ini..maybe ada yang lain lagi.
 bilalah nak dapat traffic yang sentiasa meningkat tak turun2..erk..berangan..*dush3...


Eh..eh…da lari tajuk la..ok2…tak kiralah korang ni nak jadi silent readers ke,power rangersbatmansuperman KluangMan ke..”apa yang penting Kerjasama”…adiossss

Coretan IOG : Pstttt  cahaya pun kadang-kadang suka jadi silent readers….korang plak bagaimana?

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Muslimah Biasa

 
Copyright©2011-2012. Segala penulisan diatas adalah Hak Milik cahayakehidupan