Peliklah,Kenapalah dengan dia ni ek?

Assalammualaikum readers,

Pagi tadi,aku mulakan hari dengan hantar daya kat depan,lepas tu aku gosok baju,lepas tu aku mandi,jam di dinding menunjukkan 5.55 pagi,best kalau aku tido balik,maka aku pun tido.aku tidur-tidur ayam je kot (cam ne ayam tidur ek) ,bukan boleh lena pun.pukul 6.30 baru  aku bangun..hekhek tidur-tidur ayam konon.

Tadi kat ofis,masa aku balik dari tandas,tetiba nama aku dipanggil,aku toleh,dia senyum,aku pun senyum ,pastu aku jalan lagi,dengar dia panggil…aku malas nak toleh,ramai laki kat situ,apa ingat aku suka ke kau panggil aku banyak kali,malu lerr,kau tu dah kawen ,kena ingat sikit,ada batas-batasnya.grrr..

Aku pun tak faham apa yang dia nak sebenarnya,jumaat lepas dia panggil aku then kata ada orang kirim salam kat aku,aku jawab dalam hati je  la ,malas aku nak tanya siapa,karang jawab yang bukan-bukan plak,lepas tu aku tanya pasal wife dia yang sedang sarat mengandung tu(aku memang kenal wife dia),terus muka dia berubah,jawab cam nak tak nak je,eh..apa hal dengan kau ni ha?.Aku peliklah,kenapalah dengan dia ni ek?

Dah..dah.. aku malas nak fikir,yang penting aku tak pernah kacau orang,orang je selalu kacau hidup aku *artis pun tak macam kau cahaya T_T.

Coretan IOG : aku percaya semua insan diciptakan untuk berpasang2an.Ya Allah tunjukkanlah siapakah jodoh ku.amin.

p/s : jangan pelik,cerita ni hari Isnin,tapi dek kerana streamyx cam hampeh,hari ini baru boleh publish




motif : aku saja je nak tunjuk watermark yang baru aku buat semalam
model : uzair (anak sedara)

pssstt esok aku nak cerita pasal mimpi aku semalam,seriusly,memang dalam mimpi tu menunjukkan aku sangat bahagia...=')

ok papai...

Love.Peace.Respect

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

0 coret kat sini:

Muslimah Biasa

 
Copyright©2011-2012. Segala penulisan diatas adalah Hak Milik cahayakehidupan