Assalammualaikum readers,
Tadi aku pergi kerja macam biasalah, tapi aku ada sikit kemusykilan bersarang dalam hati aku,kenapa dah dua hari aku bangun lambat ye, kalau dulu aku bangun 6.25 pagi tapi sejak 2 hari lalu aku bangun pukul 6.35 *ala 10 minit je kot memanglah seplohminit je pun tapi telah drag rutin harian aku, uwaaa sedih tau tak adakah aku patut salahkan ini blog sebab aku tido lambat kerana melayan ini blog *emo al elmo lah kau ni =O . Ececeh tak ada maknanya aku nak salahkan blog kesayangan aku ni, aku mestilah salahkan diri aku sendiri, dulu tido lambat,tapi boleh plak bangun awal, kenapa sekarang aku tak boleh plak?? Agaknya dua hari lepas aku mimpi jumpa Prince Charming kot sebab tu tak nak bangun asyik nak tido je ZZZzzzz *sedas pelempang kat pipi
Esok aku berazam nak bangun as usual, so, boleh lah aku teruskan rutin harian aku,amin. Oh ye sebenarnya aku gosok-gosok mata gak bila melihat jumlah follower blog I’m Ordinary Girl ni, terkejut tahap hantukaklimah balik uma soley..soley..siapa setuju angkat tangan macam saya(ucop wilcha) ,sebab aku pun tak sangka ada juga yang sudi follow blog aku ni. Aku sedar siapalah aku tanpa korang kan *budget artis kataKAU . JutaanJutawan terima kasih ye buat korang semua mmmuahhh..ewww (gaya inianwarhadi). Masa mula-mula aku berblog ni, tak pernah aku fikir pasal follower, sebab tu dulu kalau aku update pun aku yang baca balik *syok sendirilah katakan, time tu aku hanya nak jadikan blog aku ni as diary online aku je *diary kan rahsia sebab tu aku tak disclose kat umum (padahal dulu aku BUTA blog kot , dulu aku tak tahu pun apa itu blogwalking, apa itu nuffnang, apa itu STALKER, apa itu SPAM, apa itu SEO dan apa itu etc..erk...)
Aku tak kata aku dah pandai berblog sekarang ,kalau tengok orang datang komen pun,memang sikit sangat ,sebab setiap hari adalah proses belaja bagi aku, dan aku tak pernah sedih jika orang tak bagi komen,maybe dorang pun macam aku nak jadi SILENT READER, sometimes je aku bagi komen, itupun kalau aku dapat Hidayah untuk bagi komen =.=.
By the way, aku nak beritahu kepada blogger newbie , firstly korang tanyalah diri korang dulu kenapa korang nak berblog? lepas tu jangan segan silu tanya blogger yang berpengalaman yang pastinya bukan akulah, tanya pada blogger OTAI sebab aku belum masuk peringkat tu lagi keh3 .Masa mula-mula aku berblog, aku dibantu oleh Wan Hazel, dialah kaunter pertanyaan aku ,terima kasih ye wan sudi layan sis yang banyak kerenah ni..haha
Oklah,aku rasa dah penat nak menaip, aku nak layan lagu ni jap sambil mengenangkan Ashraf Muslim haha >_<
p/s : Boleh juga kalau nak tanya kat aku yang tak berapa nak lama ni ha , korang boleh tanya aku kat sini
Coretan IOG : Semua orang nak kejar dapat buffered earning nakkumpulduitbeliHP ,nengok aku,relax je,dah sebulan aku tak ada BE *padahal dalam hatisedihnakdead ..hahaha
Love.Peace.Respect
Jazakumullahu Khairan Kathira