Showing posts with label nuffnang. Show all posts
Showing posts with label nuffnang. Show all posts

Kata Ganti Nama



Kalau korang baca entry aku yang lepas-lepas pasti korang akan perasan penggunaan kata ganti nama bagi diri aku apa,dan aku pasti korang tak tahu aku guna kata ganti diri apa sebab aku tahu aku je yang baca balik entri kat blog aku ...err *pistol kat kepala* (jangan ikut itu hanyalah ayat hyperbo...oooooo ola kampung...=p)

Pada zaman dahulu *bunyi cengkerik* masa aku memula berblog, aku bahasakan diri aku Yaty, yela aku tak pernah bahasakan diri yaty kat orang lain,hanya kat blog je aku berani sebab mana aku nampak korang yang sedang baca ni kan,so tak malulah nak sebut nama sendiri,eh tak...bukan aku tak suka nama aku,sila baca betul-betul,orang melaka (tak pasti lah orang melaka daerah lain) yang aku ni area sungai udang,bahasa kan diri "orang" pada family ,sebagai contoh "emak orang nak keluar jap", bukan orang-orang tu tau T_T ,so aku tak berkesempatan nak guna nama sendiri kat dunia realiti,dunia maya pun jadilah ^_^.

Then lepas tu , aku guna domain cahayakehidupan.com , aku pun bahasakan diri dengan nama Cahaya atau CK(bukan jenama minyak wangi tu ea,aku perempuan k ) ,masa aku guna domain rancaklah juga blog aku masa tu,masa itulah aku cash Nuffnang aku dan itulah kali pertama dan terakhir aku cash sebab aku lenyap dari dunia blog dan mood nak berblog ke laut China Selatan  dan baru sekarang aku ada mood nak menaip balik even terkedik-kedik aku taip juga demi korang...eh.perasan betul..=P dan aku konon nak cash en Nuffnang tu,tetapi kesian akaun aku tak cukup haul untuk aku cashkan,jadi marilah sama-sama bantu aku (duit tabung belajar),sila klik iklan diblog ini...eh..terima kasih in advanced =)

Lastly,lepas aku ada mood nak berblog ni,aku guna kata ganti nama AKU untuk menyatakan diri aku  dan menceritakan tentang kehidupan aku dan kamu..eh...merepek..k wassalam..

Sumber gambar :Sini

Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad

Coretan Cahaya Kehidupan : Siapa pun kita,walau setinggi mana pun pangkat kita,kita adalah Hamba YANG MAHA ESA, Ingat tu...

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Hoi Diam Boleh Tak? || Hensem Muka Dia

Assalammualaikum readers,

Best sangat bila cuti sampai semalam , lagi best kalau cuti sampai Jumaat ni , lagilagilagi best kalau cuti sampai akhir bulan May ni , lepas tuh dapat ar surat notis pemberhentian kerja dari office kan =.= . Eleh korang pun sama cam aku kan, kalau boleh nak cuti je malas nak pergi kerja , apa?? Korang tak macam aku ? , korang suka pergi kerja…hurm ye la sebab korang ada admire kat office kan, sebab tu semangat semacam nak pergi kerja *gelak jahat. Yang penting tadi aku pergi kerja..haha

Meh sini aku nak cerita , hari itu dalam entry ini aku ada janji nak bawa anak-anak sedara aku pergi pantai kan , so kalau tak salah aku, last two week , aku bawa depa ni, yang terlibat adalah Amirul , Amirah Batrisyah , Uzair dan Amsyar . Semasa dalam kereta terjadi dua kejadian

Amirah : Arghhhh….arghhhhh….arghhhhh….*mimik muka tak boleh blah
Mak Long : Hoi….diam boleh tak? Apsal tetiba jerit ni?
*macam amirah faham plak kan,cakap pun tak pandai lagi.
Amirul : Mak Long Mira Memang cam ni , dia memang suka jerit
Mak Long : La yeke ,  ingat apa lah tadi

*first time dengar budak berusia setahun lebih menjerit-jerit tanpa sebab =.=

Amsyar : Mak Long..MaK Long..nengok muka Amirah , Hensem je bila dia buat muka cam tu
Amirul : oi cantik lah , bukan hensem, Mira perempuan bukan lelaki
Mak Long : ntah dak amsyar ni , kat sekolah BM dapat berapa ha? Cecakap2..
*berdekah-dekah kitarang gelakkan dak amsyar ni , amirah pun join sekali dengan jeritannya sambil buat mimik muka yang nak suruh orang lempang je…keh3..

Sampai je kat pantai, perghh panas giler , matahari terpacak kat atas langit tu , berpeluh-peluh aku jaga mereka ni , dalam 5 minit lepas tu amsyar bersuara

Amsyar : mak long nak air ,haus lah
Mak Long : amboi2 baru je main buaian tak sampai 5 minit ,da nak air, ah tak ada main dulu , lepas ni baru beli air (kedekut seh..haha)

Aku tak lah kejam sangat, lepas dia request untuk kali kedua barulah aku bagi duit kat dia, then dia pergi beli kat pak cik van tu . Tengah-tengah layan amirah , tetiba amirah cam tercekik gula mentos , aku tepuk-tepuk belakang dia , nampak dah ok ,lepas tu tetiba dia muntah , adeh , nasib baik ibubapa yang lain tak ada kat situ, so aku buat2 cover seperti tak ada apa-apa berlaku , terus panggil mirul untuk ambil tisu dalam kete . Lepas dah lap baju and mulut dia , aku dan dia lepak dalam kete je , malas aku nak keluar , MALU kot …=P

jom layan gambar plak...




Time ni dah dapat nugget and air
*pemurah betul Mak Long dorang kan..haha =P



Dia sorang je boleh makan mentos tu
*mentos ni jugalah penyebab dia tercekik..hukhuk


Muka ala-ala model memanglah sombong kan
sebab tu tak mahu tengok camera =.=


selepas 150 juta kali panggil model kecik ini masuk dalam terowong 
barulah Model kecik  gagahkan diri masuk ke terowong ini


budak ni yang buat aduan Rakyat tu
kalau tak pegang kaki dia untuk gayut kat benda alah ni
memang dia tak berani lah (pose for snap picture buat muka gagah konon)
*shane nak jadi askar ??
actually cita-cita dia nak jadi Ustaz Amirul 
ehemehem


saja je letak gambar ni tanpa buat rotation
*exercise neck namanya
kuikuikui

Kesimpulan aku nak simpul kat sini , perghh penat derr aku layan kerenah mereka berempat ni lantas buat aku berfikir sejenak , bagaimanalah nanti aku nak handle anak sendiri , baru 4 aku dah tak larat inikan pula kalau anak sendiri lebih dari empat *pejam mata..haish... tak tercapai akalku . Ala time tu kan En Suami ada , so kitarang leh jaga sama-sama nanti tak lah penat sangat..ecececeh..lariiii sambil blushing..=P

P/s : for the next schedule belum di tetapkan lagi, until further notice (merujuk kepada anak sedara)


p/s/s : buka nuffnang tadi, terkejut bila dapat 1 BE baru iaitu dari DIGI,Digi memang selalu sayang kat aku (perasan jek), banyak kali aku dapat BE dari dia , by the way terima kasih Nuffnang , korang nak tau petua nak dapat BE versi aku ,korang boleh klik link kat bawah ni :
1. Kelip-kelip Mata Comel versi 1
2. Kelip-kelip Mata Comel versi 2
3. Kelip-kelip Mata Comel versi 3

*kalau tak jadi jangan marah aku , aku manusia biasa , yang tentukan Rezeki Allah , so sambil-sambil tu korang berdoalah supaya dimurahkan rezeki k ....sayang korang...>_<

Coretan IOG : Excited tak kalau tetiba ada orang nak masuk meminang korang?tetiba teringat 
lagu ini

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Entry Ini Mengabadikan Kenangan Terindah Dalam Hidup Aku || Terima Kasih Semua

Assalammualaikum readers,

Hek..hek..ini entry pendek je , just nak update pada pukul 10.10 malam tadi , aku telah refresh dashboard aku then ternampak follower dah mencecah 999, aku excited nak pi print screen,u know whatthefish (bukan mencarut ni..aku kata ikan ok) streamyx lembab plak tetiba, penat aku refresh banyak kali, still tak load full page blog aku, bistu camne aku nak print screen??grr, tepat pukul 10.11 malam aku refresh lagi dashboard aku, ommo..ommo..kali ini dah meningkat ke 1000, perghh aku dah start hangin kat streamyx kali ini kalau lembab gak kita bako je (adik farid ni cakap saya kakiDVD uish idokle teman ambil movie semua dari adik teman, teman ni tukang copy je keh3).. sekali lagi aku try buka blog aku , nasib baik kali ini OK plak *hahaha bosan doe story yang kau cerita...erk...

kisah ke kalau bosan pun?? ok sorry serius aku nak cerita serius ni, korang baik baca elok-elok, dan kalau boleh korang terjah lah blog dia, kerana dialah follower blog aku yang ke seribujutalemon tu .Nama dia Puterinuraqiliah ,ada keturunan raja ni sebab dia ada bagitahu kat aku tadi ..haha weii aku tipu je tu saja je nak tambah ajinomoto sedap apa..hek..hek..


Tak lupa juga kepada follower yang ke 999 iaitu Farhanah Mokthar (maafle,tak dapat nak print screen sebab tenet lembab tadi =.=) nanti kita tengok rancangan sembilan sila baca tiga kali kat tibitiga k..peace..hehe


Ala napa yang lain monyok plak, tak baik merajuk tau, aku sayang semua follower aku , kalau aku nak listkan semua alamatnya aku tak tido ar malam ni dah la semalam aku merungut bangun lambat nanti esok aku merungut tak tido plak..haa sapa nak jawab tu...adeh.. Nama-nama yang disebut ini adalah insan-insan bertuah ala yang macam lucky draw tu itu gunanya englishedukesyen..hakhak..yang penting aku sayang  semua follower aku dan terima kasih lah sudi follow blog aku yang tak seberapa ni,juga buat silent readers terima kasih kerana sudi Like entry aku (if ada) . aku amat menghargai kedatangan korang ke sini...^_^

~~~~~~~~~TAMAT~~~~~~~~

Kita masuk bab nuffnang plak, entry semalam ada gak aku kelip-kelip mata comel kat en Nuffnang , dan korang nak tahu tak tadi aku buka akaun nuffnang tetiba ada menjelma buffered earning baru iaitu KFC , alhamdulillah ,baru merasa B.E kali keberapa ntah tak ingat setelah sebulan tiada disini


kalau nak tengok cam ne rupa  KFC chicken chop tu korang klik la ye akutakpaksa aku just mention je....peace

p/s : korang agak-agak lah kan en nuffnang tu terpikat dengan kelip-kelip mata comel aku ke?hahaha perasan je cik cahayakehidupan oiii..lariiikkks

p/s/s : konon entry pendek..panjang berjela dah ni..haha


Coretan IOG : Hari ini bersamaan 21 April 2011 jam 10.11 malam blog ini telah rasmi mempunyai follower sebanyak seribu (entry ini khas untuk mengenang saat detik angka 1000)

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

10 Minit Telah Menjejaskan Hidup Aku || Pesanan Dan Penghargaan

Assalammualaikum readers,

Tadi aku pergi kerja macam biasalah, tapi aku ada sikit kemusykilan bersarang dalam hati aku,kenapa dah dua hari aku bangun lambat ye, kalau dulu aku bangun 6.25 pagi tapi sejak 2 hari lalu aku bangun pukul 6.35 *ala 10 minit je kot memanglah seplohminit je pun tapi telah drag rutin harian aku, uwaaa sedih tau tak adakah aku patut salahkan ini blog sebab aku tido lambat kerana melayan ini blog *emo al elmo lah kau ni =O .  Ececeh tak ada maknanya aku nak salahkan blog kesayangan aku ni, aku mestilah salahkan diri aku sendiri, dulu tido lambat,tapi boleh plak bangun awal, kenapa sekarang aku tak boleh plak?? Agaknya dua hari lepas aku  mimpi jumpa Prince Charming kot sebab tu tak nak bangun asyik nak tido je ZZZzzzz *sedas pelempang kat pipi


Esok aku berazam nak bangun as usual, so, boleh lah aku teruskan rutin harian aku,amin. Oh ye sebenarnya aku gosok-gosok mata gak bila melihat jumlah follower blog I’m Ordinary Girl ni, terkejut tahap hantukaklimah balik uma soley..soley..siapa setuju angkat tangan macam saya(ucop wilcha) ,sebab aku pun tak sangka ada juga yang sudi follow blog aku ni. Aku sedar siapalah aku tanpa korang kan *budget artis kataKAU . JutaanJutawan  terima kasih ye buat korang semua mmmuahhh..ewww (gaya inianwarhadi). Masa mula-mula aku berblog ni, tak pernah aku fikir pasal follower, sebab tu dulu kalau aku update pun aku yang baca balik *syok sendirilah katakan, time tu aku hanya nak jadikan blog aku ni as diary online aku je *diary kan rahsia sebab tu aku tak disclose kat umum (padahal dulu aku BUTA blog kot , dulu aku tak tahu pun apa itu blogwalking, apa itu nuffnang, apa itu STALKER, apa itu SPAM, apa itu SEO dan apa itu etc..erk...)


Aku tak kata aku dah pandai berblog sekarang ,kalau tengok orang datang komen pun,memang sikit sangat ,sebab setiap hari adalah proses belaja bagi aku, dan aku tak pernah sedih jika orang tak bagi komen,maybe dorang pun macam aku nak jadi SILENT READER, sometimes je aku bagi komen, itupun kalau aku dapat Hidayah untuk bagi komen =.=.


By the way, aku nak beritahu kepada blogger  newbie , firstly korang tanyalah diri korang dulu kenapa korang nak berblog? lepas tu jangan segan silu tanya blogger yang berpengalaman yang pastinya bukan akulah,  tanya pada blogger OTAI sebab aku belum masuk peringkat tu lagi keh3 .Masa mula-mula aku berblog, aku dibantu oleh Wan Hazel, dialah kaunter pertanyaan aku  ,terima kasih ye wan sudi layan sis yang banyak kerenah ni..haha


Oklah,aku rasa dah penat nak menaip, aku nak layan lagu ni jap sambil mengenangkan Ashraf Muslim haha >_<


p/s : Boleh juga kalau nak tanya kat aku yang tak berapa nak lama ni ha , korang boleh tanya aku kat sini


Coretan IOG : Semua orang nak kejar  dapat buffered earning nakkumpulduitbeliHP ,nengok aku,relax je,dah sebulan aku tak ada BE *padahal dalam hatisedihnakdead ..hahaha



Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Kelip-kelip mata comel kat en Nuffnang

Assalammualaikum readers,

ehem..ehem...hari ini rasa lain je,ntahlah,mungkin penat bekerja kot ang tu memang lagu tu sikit-skit penat macam lah keje angkat kayu balak plak kan...hukhuk..baru kejap tadi bergayut dengan en dia,hurm...ada perkembangan ke?perghh..malu lah nak cakap...entah2 , tak mahu cakap....*blushing miaw2*agagagagaga

As usual la,kat opis tadi,pasti kena bahan,malas lah nak cerita apa yang jadi sebab blog ini dah mula diketahui oleh orang opis,ops..hai kawan-kawan *kelip-kelip mata comel kat dorang* hehehe..well,bukan sebab tu pun,tiada sebab cuma .....isk apa lah yang cuba ang sampaikan ni cik cahaya oiii =.=

Sabtu ni ada tournament bowling,apa nengok-nengok ingat cahaya tak pandai main ke?see my hand lah *sambil angkat tangan tunjuk kat webcam,konon2 assume korang nampak ..keh..keh..keh...padahal baru minggu lepas tangan tergeliat,  dah nak berlagak,apa kono la ang ni cahaya oiii...*sambil istighfar banyak2.


Sedih gila bai,blog ni dah tak ada BE,semua dah jadi ME,so,en nuffnang silalah beri BE baru untuk blog cahaya k *sambil kelip-kelip mata comel kat en Nuffnang..hehe peace



p/s : ICT Shah Alam jom pi nak?=.=

Coretan IOG : Target bulan 6 nanti akan......(sila sambung sendiri,ikut suka lah...=P)





Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Perkahwinan Adik Cahaya Kehidupan || Fuhhh..Penat Betul Menyiapkan Entry Ini


Assalammualaikum

Hai korang,apa khabar,maaflah lama menyepi,agak 2 minggu gak tak update blog, terima kasih yang sudi tanya kemana perginya cahaya aka yaty aka aku aka wa etc,kepada yang baru masuk ke blog ini,itu antara nama-nama yang tuan blog ini gunakan didalam setiap entry,penggunaan nama tersebut depends on mood tuan blog ini sendiri, tak nak lah nanti ada yang salah faham atau keliru dengan admin blog ini kerana hanya seorang sahaja yang kelolakan blog ini iaitu saya lah..hehe

Ok lah ,last update cahaya ada update busy kalah perdana menteri,kalau korang mengikutinya,korang pasti tahulah cahaya busy sebab apa,tapi cahaya tahu korang tak baca kan..kan…baik ngaku cepat…hahaha…(gila meroyan nak paksa orang baca pe hal plak kan…adeh…)
 
Tak mahu membebel panjang.korang layanlah dulu gambar-gambar di bawah


Pelamin bertemakan maroon gold




Cik Husna dihadapan,belakang jejaka kacak itu amy dan iwan(bj merah) semua kazen cahaya



My anak sedara Syahirah dan Jannah




Member daus,yang tahu nama hanya budak baju kuning tu je iaitu Black,nama penuh maaf tak tahu..haha



My Mom duduk kat depan pintu gerbang,orang salam dapat duit…penuh satu bag dapat angpau..leh minta sikit kan mak…keh..keh..keh.. 



Anak kazen ,Hasif namanya..comel…hehe mak sedara dia pun sama kan..kan…dush3..=P



Adik Arwah abah,Pak cik Manin yang duk tengah tu,takkan budak kecik tu  plak kan..hehe..kalau korang nak tahu, rupa Pak Cik Manin saling tak tumpah macam arwah abah..masa dia datang ,kitarang adik beradik panggil dia abah..huhu..rindu kat abah..



Gambar sabotaj by Kak Long..blur je kan..isk =P



Kak Long (tengah) dan 2 anak daranya yang sudah besar panjang.anak dia ada 7 orang ,yang ni 2 teratas.



Kak Lang dan Kak ina



Farah(kawan sue),me dan Suhana(BFF) 



 Kak Ina,Kak Long,Kak Maimon



My anak sedara,yang kedua dari kiri tu bukan..hehe



Pengantin di arak dari bawah



Pengantin dah naik atas bukit rumah



Dari kiri Kak Ros,Husna,Wife Iwan(ngah sarat mengandung)



Comelkan cupcake tu….sponsor by Kak Liza anak Pak Tunggal



Iwan,me,husna dan Amy



Bersama Daus dan adik Ipar Normala




 Ok yang ni pagi tadi,berangan naik pelamin..hahaha (credit to self timer…)



Traffik dari bulan October hingga ke November amatlah mendukacitakan,berpadananlah dengan kemalasan kebusyan dan kerajinan tuan blog untuk update blog,tetapikan yang buat cahaya terharu sangat,bila buka nuffnang,cahaya telah dapat 4 Buffer Earning,syukur Alhamdulillah,nuffnang terus beri sokongan untuk cahaya terus berblogging.Ada sebab mengapa cahaya down untuk berblogging,hurm..takpelah itu biarlah menjadi rahsia dalam diri cahaya.apa-apa pun terima kasih kepada korang yang sudi bertandang ke blog IOG ini.InsyaAllah mulai hari ini,cahaya akan bergiat aktif balik dalam dunia blog ini,tunggu kunjungan balas dari cahaya k..(tak boleh bleh doe macam ramai plak yang datang blog ini ,padahal tadi baru cakap traffic turun mendadak..hahaha)

Sembang merupakan orang yang selalu bertandang ke Blog IOG ini.cahaya tak lah kira, tapi setiap kali lihat SB,pasti ada nama Sembang.Thanks ye Sembang sudi bertandang ke Blog ini tanpa rasa jemu walaupun cahaya tak balas kunjungan tapi sembang tetap datang kesini…sob3…terharu..kepada yang lain janganlah rasa kecil hati,kalau boleh cahaya nak senaraikan semua,tapi karang panjang berjela-jela plak entry ini…..hehehe

Tidak lupa kepada follower baru blog ini,thanks kerana sudi follow,tapi haraplah kita boleh berinteraksi sesame sendiri kerana itu lebih bermakna daripada yang follow tapi sunyi sepi je…huhu..cahaya pun ada kekurangan juga tetapi insyaAllah dari masa ke semasa cahaya akan cuba perbaiki…..che…wah…

Rasanya cahaya dah membebel panjang,mesti korang penat baca kan…terima kasih ye sudi baca ..sayang korang semua..mmmuahhh…adeh…malu….hehehe…

Coretan IOG : Semangat berblog kembali lagi..yeah…





Love Peace Respect Share

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

berapa nilai NUFF IOG?



kali ni nak citer pasal buffered earning
ada 3 kempen sedang dijalankan..
1. Digi Broadband
2. Super GT SS
3. DIGI prepaid Live (new campaign)
kepada sesiapa yang sudi klik nuff yaty

yaty ucapkan ribuan terima kasih
walaupun tak pernah dpt cheque dr nuff
tp happy
ada juga nilai dlm akaun nuff yaty
walaupun sikit tetapi yaty amat menghargai
apa??nak tau berapa??
tettt..secret..tak byk cm korangnya kan..tapi boleh la..huhu

coretan IOG : u click me i will click u...i promise..=]

LOVE PEACE RESPECT


Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Muslimah Biasa

 
Copyright©2011-2012. Segala penulisan diatas adalah Hak Milik cahayakehidupan