Showing posts with label kehebatan Allah. Show all posts
Showing posts with label kehebatan Allah. Show all posts

Biskut Gery Salut Coklat VS Biskut Gery Salut Cheese

hai guys, weee dah lamanya aku tak ke sini ,serius wei,aku rindu, rindu sesangat dan ayat ni pasti akan menjadi mukadimah setiap kali aku nak update entry...bosan wei...bosan..tapi apa kan daya ,bila aku baca entry yang lama,aku senyum sorang-sorang (gila-gila juga aku ni an?) *hambar* =l , dan bila aku sedar akan kesenyuman itu aku pun rasa membuak-buak nak update entry but apa kan daya aku..................*sila isikan tempat kosong*.

Hari ini hari Sabtu bersamaan 25 Mac 2017, esok hari ahad bersamaan 26 Mac 2017, semester baru pun bermula,welcome to the student life guys eh tak to me la hihi...☺.ini adalah kali kedua aku ada kawan untuk pergi belajar sesama iaitu bersama fatihah, syukur alhamdulillah atleast ringan sikit bajet bila berkongsi kos perjalanan kan? *aamiin*

Ekseli, gini, aku nak cerita, kisahnya aku nak beli biskut gery salut cheese tu ,kalau korang tak familiar pi google ,tak kuasa aku nak tepek gambar walaupun hakikatnya pengakhiran cerita ,aku tepek gak gambar nanti...haha..*dush*

Aku mencari penjual di IG,alhamdulillah,aku jumpa setelah banyak kali aku buat research,hebat tak hebat nak beli biskut pun aku buat research untuk siapkan thesis kau...=P . Lepas tu aku dah sepakat dengan cikgu sekolah aku,nak beli yang bersalut coklat walaupun hati nak sangat yang cheese tapi aku pasrah dan redha bila cikgu tu nak coklat takmo yang cheese *muka redha*

Akhir sekali,seriuslah penat nak taip panjang-panjang,kena ingat aku bukan yang dulu,aku dah tua dah sekarang...motif...=P, sambung lagi ,nak dijadikan cerita perisa coklat itu rasanya biasa-biasa sahaja,so aku pun berhuhuhu lah dengan cikgu itu apabila dia pun tidak merasa teruja setelah merasainya.so, bersyukurlah kami dengan rezeki biskut gery bersalut coklat itu ,wajib bersyukur k,rezeki Allah bagi,jangan nak komplen bagai...*cermin*.

Pendek cerita walaupun perenggan atas dah mention akhir sekali ,kenapa ada perenggan ni lagi ye?hurmm..=P , adik aku ke indonesia kerana ada hal dengan bos dia kat sana,before one day dia balik, masa mak aku call dia,dia ada tanya nak pesan apa-apa tak,aku pun dengan pantas cakap "ce ko cari biskut gery salut cheese tu" , dia jawab "ha biskut apa tu"(biasalah adik aku ni mana ambil port biskut viral ni),"nanti orang anto gambar dia" kata aku dan dia pun jawab "ok".

so taraaaaaaaaa

jauh oii dia bermusafir , baru balik naik flight tadi,aku je belum pernah naik flight...sob..sob..
 p/s : gambar gery salut coklat malas nak upload...kwassalam..

Cahaya kehidupan : See, Hebatkan aturan Allah, Dia gantikan "kedukaan" itu dengan kemanisan pengakhirannya...Syukur Alhamdulillah.

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Maha Suci Allah (Part 1)

Aku tak tau nak mula bagaimana,tetapi aku pendekkan cerita sahajalah ea, mungkin aku bukan golongan penulis novel yang karang cerita macam "burung-burung terbang berkicauan ,angin kencang pun datang" k tak lawak pun awak...=_="

Kisahnya,pada tanggal 31 Ogos eh..tak..tak pada 6 September 2014(sabtu) aku pergi ke Masjid besi Putrajaya untuk Majlis Ijab&Qabul salah seorang adik beradik alam maya aku,best,itulah kali pertama aku bersua dengan dia,paling best (fefeeling kekonon +_+) ,first ayat yang keluar dari mulut dia adalah "kenapa muka along macam budak-budak?" (like serioulsy muka aku cam budak-budak?) aku terkejut kot masa tu,jarang orang kata muka aku macam budak-budak selalunya orang panggil aku KAKAK even orang tu aku rasa 10 tahun lebih tua dari aku,sadis kan? =(,but  well,berbalik kepada cerita tadi kan setiap orang punya pandangan yang berbeza,so tak payah nak argue sangat k....zzz =p


Marilah kita cerita rahsia(CSI ke apa rahsia bagai =_=) disebalik tajuk entri ini,semasa aku balik dari majlis itu,tergerak dalam hati aku,nak sangat beli sate Kajang dekat R&R Dengkil, kononnya nak bagi surprise la pada mak aku,"Mak orang beli sate",(sebab mak aku dah tak lalu makan nasi,kalau sate,dia OK =p) tetapi persoalannya bagaimana aku nak ke sana dari masjid besi?,ok memang betul neuron dalam otak aku bersambung mengatakan bahawa gunalah WAZE, but aku terfikir juga kalau perjalanan dari masjid besi ke R&R Dengkil itu memakan masa yang lama bagaimana?sebab aku duk bayangkan,masa aku ke masjid besi tu aku bukan exit ke KLIA,Shah Alam etc tu,aku exit ke kajang which is jauhlah kan pada pandangan aku masa tu. Aduh,time tu aku rasa,tak pelah lain kali jela,time aku ada kelas nanti aku belilah ,(sambil tu aku waze jalan untuk balik ke Melaka,yelah aku bukan orang KL mana tahu nak ke lebuhraya macam mana,lepas jumpa toll baru aku tutup waze,Motif aku cerita panjang lebar ni apa hal???)

Klimaks cerita ini adalah *ten ten ten tennnnnn* (dah kenapa kau nak ten ten sgt ni?? T_T),aku ikutlah waze tu and then semasa perjalanan nak keluar simpang ke lebuh raya,tiba-tiba aku rasa macam familiar je simpang tu,SUBHANALLAH (MAHA SUCI ALLAH) rupa-rupanya simpang itu keluar ke arah dalam 5 KM macam tu ke R&R Dengkil,guessed what i feel that time? tak tahu nak gambarkan bagaimana perasaan aku ketika itu sebab aku TERHARU DENGAN ALLAH,DIA BANTU AKU EVEN AKU HANYA TERDETIK JE DALAM HATI.Maka dengan penuh kesyukuran ,kesenangan kehatian,aku keberhentian (*over) ke R&R Dengkil dan aku bungkuskan sate Kajang sebagai BUAH TANGAN untuk famili aku ^_^


Sound macam tak logik kan,korang akan rasa aku reka cerita,tetapi tak mengapalah aku sekadar nak berkongsi,tetapi sebenarnya tujuan entry ini adalah untuk mengabdikan kenangan indah dalam hidup aku dan apabila usia aku dah menjangkau 50-an aku nak baca balik entry-entry kat blog aku(sebenarnya tak sampai 50-an pun aku dah duk baca balik berulang kali ...=p)

Sumber : sini 

p/s : Jom Perbanyakkan Selawat , Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad 


Coretan Cahaya Kehidupan : entri ini kemungkinan akan berulang part by part cuma situasinya berbeza atau mungkin macam sama...=)



Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Saya Tak Kuat


Saya kehilangan rentak untuk bercerita,maybe ini bukan kepakaran saya ,mungkin juga sudah lama tidak menaip,jadi otak saya dah tepu,Ok MAYBE lah..”sigh”.Ya Allah,awkwardnya rasa menaip mukadimah ni,maafkan saya =_="

Kehidupan saya ok, syukur alhamdulillah baik-baik sahaja tetapi tipulah kalau saya kata hidup saya sentiasa gembira,hidup saya sangat bahagia,sebenarnya kebahagiaan itu begitu subjektif,susah saya nak gambarkan kerana apa kerana bagi saya MAMPU menghadapi ujian Allah dengan sabar dan redha pun sudah cukup memberi kebahagiaan pada hati saya dan itulah sebenar-benar kebahagiaan *muka serius* . Oh bukan kerana saya nak kata saya KUAT, TIDAK...sudah tentu Tidak , saya ni tak kuat,lemah ,lembik pula tu, kekuatan itu dari DIA ,iye dari Dia Yang Maha Esa n_n

Jadi, untuk apa saya nak bersedih ketika Allah memberi Ujian pada saya? sedangkan saya tahu Allah telah “merencanakan” sesuatu disebalik ujian Itu? Renung-renungkanlah dan bersangka baiklah (HUSNUDZON) pada Allah… =’)


    Sumber Gambar :
Sini


Coretan CK : saya sakit,kecewa,sedih,terluka,biarlah Allah sahaja yang tahu bagaimana rasanya..=')

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Jangan ditanya kenapa,kau sendiri punya jawapannya

Assalammualaikum readers,

Anyeonghaseayo  sambil kelip-kelip mata comel *comel tak?? =.=....uwaaaa aku rindu blog aku,aku rindu diri aku yang dulu,dulu aku rajin nak update blog, kenapa sekarang aku macam tak berNafsu nak update,kenapa dulu aku boleh update hari-hari,kenapa sekarang tidakkk??..kenapa…kenapa…u tell me whyyyy?? *kedua-dua tangan tekup telinga sambil tutup mata  .

Tinggalkan persoalan WHY itu kerana aku sendiri susah nak jawab,benarlah kata orang manusia cepat berubah, hari ini orang suka kita maybe  esok lusa orang tak suka kat kita same goes to me,I can’t be perfect for others and I’m just being  my self, pretend to be happy but actually not,pretend nothing happened but the problem was exist. So kitaran hidup manusia memang begitu. Dalam Al-Quran ada menyatakan :Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya ". Kata-kata inilah buat aku kuat dan tenang untuk menghadapi ujian dari Allah.


Ini kisah benar,bukan rekaan,ianya terjadi pada diri aku sendiri. Ahad lepas aku rasa kepala aku sakit sangat,tapi aku ni bukan jenis suka makan ubat dan kalo boleh aku memang nak avoid ubat ni (doktor pun aku jarang jumpa,nurse je selalu..erk..apakah?),so apa yang aku buat,aku baca Al-Fatihah 7 kali kat dalam air masak,then aku minum sambil berdoa semoga sembuh sakit kepala aku ni ,beberapa jam lepas tu,kepala aku still sakit lagi,aku tak putus asa,aku buat lagi macam tadi,then setelah baca aku minum air tu,even belum sembuh sakit kepala ,aku baring tutup mata sambil zikir dalam hati,sehinggalah aku lena. 
Aku terjaga pada pukul 3.00 pagi , still aku rasa sakit lagi ,malahan time tu aku rasa kepala aku dah nak pecah kebabom kuar percikkan api ,aku nak kuar pergi ambil panadol,aku tak berani camne kalau ada yang sapa…hehehehe weii pehal ko mengilai kat sini plak…so aku pun berazam nak makan panadol esok pagi kerana sakit itu buat aku tak boleh nak tido ,aku paksa gak mata aku untuk pejam sambil tu aku berzikir, dalam masa yang sama aku pun berdoa dalam hati “ya Allah aku yakin hanya KAU sahaja bisa menyembuhkan sakit ku ini tanpa makan panadol” .*serius aku tak suka makan ubat T_T

Aku bangun keesokkan harinya,sakit kepala giler aku tu dah hilang. Aku tak tahu nak luahkan macam mana,aku terharu sangat-sangat,dan bersyukur kerana Allah dengar doa aku, Dengan izin DIA sakit kepala aku sembuh tanpa makan panadol activefast (activefast pilihan saya iklan jap) ,dengan hanya minum air yang dibaca 7 kali surah Al-Fatihah sahaja,sakit kepala aku hilang .Itulah kehebatan Allah,jika DIA berkehendakkan sesuatu maka jadilah ia (kun fayakun)

Kesimpulannya,bukan sebab sakit kepala ni aku tak update blog tetapi ada perkara-perkara lain yang aku tak boleh nak disclose kat sini,biarlah ianya luput dari ingatan aku,sebab aku tak suka nak ingat perkara yang buat aku sedih,kecewa,terluka etc,aku suka untuk ingat perkara-perkara yang buat aku rasa happy walaupun sebenarnya aku seorang pelupa . =.='


Hidup mesti diteruskan ,even kau jatuh macam mana pun kau harus bangun kerana tiada siapa yang dapat membantu melainkan diri kau sendiri.Allah nak bagi rezeki pun ,DIA tengok pada usaha manusia,kalau setakat kau berdoa siang malam pagi petang berterusan sampai next year tanpa usaha,kau tak payah bermimpi nak capai apa yang kau impikan.



alolo pesal cumel sangat ni
muah..muah..muahh..>_<


Coretan IOG :  jangan tanya kenapa kau tak dapat apa yang kau impikan,tetapi kau harus tanya apa yang telah kau usahakan untuk mencapai apa yang kau impikan,jika kau dah usaha tetapi still tak berjaya ,mungkin impian kau itu tidak baik untuk kau,hanya Allah sahaja tahu apa yang terbaik untuk kau.so kau janganlah bersedih percayalah sesungguhnya setiap yang terjadi pasti ada hikmah disebalikNYA

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Muslimah Biasa

 
Copyright©2011-2012. Segala penulisan diatas adalah Hak Milik cahayakehidupan