Showing posts with label kekuasaan Allah. Show all posts
Showing posts with label kekuasaan Allah. Show all posts

Pertama Kali (Cinta Allah itu lebih membahagiakan)

Hari-hari aku lalui macam biasa sehinggalah pada  Isnin lepas bersamaan 10 November 2014, Kereta aku buat kali pertama dirempuh oleh Sang raksasa sang Waja yang tidak berperikemanusiaan atau memang mungkin dia tak sengaja (cuba untuk bersangka baik) ,betullah kata Arwah Abah,kadang-kadang excident ni bukan datang dari salah kita tetapi salah orang, itu yang terjadi pada aku,dialah yang salah,polis sila tangkap dia...T_T

Semasa kejadian itu,aku jadi shock(kemain speaking) lantas aku panik, panik sampai aku tak tahu kat mana nak berhenti ,yang langgar aku tu dah berhenti cuma aku je,aku je tak tahu nak berhenti kot mana sebab dia berhenti betul2 kat masuk simpang,how come kan? ramai duk kata "kau berhenti jelah,orang tahu kau excident ,tak ada maknanya orang nak marah", aku masa tu gamaknya tiada kekuatan,kekuatan untuk berhenti dan keluar jumpa dia walhal sebenarnya dia pun cuak kot muka masa aku pandang dia,macam nak pandang dengan tak nak pandang,gitulah, cuma aku fikir masa tu,sikit je kot (lah sangat), Tetapi apabila aku dah sampai sekolah,aku keluar tengok,ya Allah,mahu gugur jantung aku,punyalah remuk fender aku (nama fender ni aku baru tahu nama dia sebab adik aku yang bagi tau,kalau tak jangan harap aku nak tau) 

Panjang plak aku cerita,malaslah nak taip panjang-panjang lagi,aku anggap ini ujian dari Allah,bak kata seorang kakak, " semua Allah punya,Duit yang kita ada pun Allah punya", aku tak pernah dengar nasihat itu selama ini kerana selama ini aku yang berkata begitu pada orang,senang kan nak habaq gitu ,jadi pada diri sendiri kau juga kena dibantu dengan kata-kata itu,nah pada masa itu Allah hadirkan kakak itu untuk menenangkan aku,hakikatnya aku tahu,tetapi biasalah aku juga manusia biasa,tak terlepas dari perasaan sedih ,geram dan marah.

Cuma,aku sangat bersyukur,aku rasa perasaan yang negatif itu sebentar cuma,sukar aku nak gambarkan apa yang aku rasa tetapi apa yang aku boleh kongsikan, "apa yang kita rasa (seperti marah,sedih,kecewa,terluka atau apa-apa yang negatif) kita berbalik lah kepada Allah kerana setiap apa yang terjadi didalam hidup kita adalah dengan Izin Allah"

weii (ok sorry terkasar plak nak cakap hai cam awkward plak kan) aku orang biasa,biasa-biasa sahaja,kalau orang biasa macam aku,Allah pun sayang,Allah bagi aku rasa hikmah Nya, inikan pula korang yang baik,alim,taat dan husnudzon dengan Allah kan? so please,aku mohon,engkorang tak perlu nak jadi negatif jika something happened pada hidup korang sebab semua yang terjadi sudah tertulis sejak usia kita 4 bulan didalam kandungan ibu kita lagi, percayalah "cinta" Allah itu lebih membahagiakan dari segalanya.Dan aku percaya ,inilah cara Allah nak Mentarbiyah aku untuk menghadapi ujian-ujian yang mendatang






Sebelum



Selepas



p/s : Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad, wa'ala alihi wasohbihi wabarik wasallim


Coretan Cahaya Kehidupan : Hikmah Nya aku dapat pergi kursus Nadi.

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Ujian


Pernah terbayangkan tak atau tak payah bayangkan,cuba imagine je ,eh tak sama ke dengan bayangkan? >_< . Kadang-kadang nikmat yang Allah bagi pada kita ,kita terlupa untuk mengucapkan syukur alhamdulillah atas nikmat yang Allah beri pada kita dan kita selalu ingat apa yang kita ada adalah hasil usaha titik peluh  kita walhal hakikatnya apa yang kita ada adalah "pemberian" Allah,tanpa keizinan Dia kita tak punya apa-apa . Yes memang betul asbabnya adalah dengan usaha dan ikhtiar kita,tetapi tak semua orang dapat relate antara asbab yakni usaha dan ikhtiar dengan keizinan dari Dia dan "pemberian Nya" .

Kadang-kadang Allah hanya beri kita hidup sederhana adalah kerana Allah tahu jika kita diberi kemewahan kemungkinan kita akan lupakan Dia,kita akan hanyut dengan kemewahan dunia dan aku tak maksudkan semua orang kaya itu lalai atau lupa,cuma ,ujian kemewahan dan ujian kemiskinan,ujian kesusahan selalunya akan mendekatkan diri kita kepada Allah yelah kita ni kalau susah baru terhegeh-hegeh nak cari Allah,baru nak cari tikar sejadah sembahyang malam,baru itu baru ini kan *sentap diri sendiri =( *, kalau time kita senang, ada je perkara lain yang buat kita leka sampai lupa nak beribadat pada Allah, thats whylah bersyukur jika Allah beri kita hidup yang sederhana,tak susah mana dan tidak mewah sangat.sama-samalah muhasabah diri, wassalam, terima kasih sudi baca =)



Sumber gambar : Sini

P/s: Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad

Coretan Cahaya Kehidupan : Ya Allah Beri aku kekuatan itu untuk menghadapi segala ujian Mu dan aku mahu hidup atas redha dari Mu...aamiin

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Maha Suci Allah (Part 1)

Aku tak tau nak mula bagaimana,tetapi aku pendekkan cerita sahajalah ea, mungkin aku bukan golongan penulis novel yang karang cerita macam "burung-burung terbang berkicauan ,angin kencang pun datang" k tak lawak pun awak...=_="

Kisahnya,pada tanggal 31 Ogos eh..tak..tak pada 6 September 2014(sabtu) aku pergi ke Masjid besi Putrajaya untuk Majlis Ijab&Qabul salah seorang adik beradik alam maya aku,best,itulah kali pertama aku bersua dengan dia,paling best (fefeeling kekonon +_+) ,first ayat yang keluar dari mulut dia adalah "kenapa muka along macam budak-budak?" (like serioulsy muka aku cam budak-budak?) aku terkejut kot masa tu,jarang orang kata muka aku macam budak-budak selalunya orang panggil aku KAKAK even orang tu aku rasa 10 tahun lebih tua dari aku,sadis kan? =(,but  well,berbalik kepada cerita tadi kan setiap orang punya pandangan yang berbeza,so tak payah nak argue sangat k....zzz =p


Marilah kita cerita rahsia(CSI ke apa rahsia bagai =_=) disebalik tajuk entri ini,semasa aku balik dari majlis itu,tergerak dalam hati aku,nak sangat beli sate Kajang dekat R&R Dengkil, kononnya nak bagi surprise la pada mak aku,"Mak orang beli sate",(sebab mak aku dah tak lalu makan nasi,kalau sate,dia OK =p) tetapi persoalannya bagaimana aku nak ke sana dari masjid besi?,ok memang betul neuron dalam otak aku bersambung mengatakan bahawa gunalah WAZE, but aku terfikir juga kalau perjalanan dari masjid besi ke R&R Dengkil itu memakan masa yang lama bagaimana?sebab aku duk bayangkan,masa aku ke masjid besi tu aku bukan exit ke KLIA,Shah Alam etc tu,aku exit ke kajang which is jauhlah kan pada pandangan aku masa tu. Aduh,time tu aku rasa,tak pelah lain kali jela,time aku ada kelas nanti aku belilah ,(sambil tu aku waze jalan untuk balik ke Melaka,yelah aku bukan orang KL mana tahu nak ke lebuhraya macam mana,lepas jumpa toll baru aku tutup waze,Motif aku cerita panjang lebar ni apa hal???)

Klimaks cerita ini adalah *ten ten ten tennnnnn* (dah kenapa kau nak ten ten sgt ni?? T_T),aku ikutlah waze tu and then semasa perjalanan nak keluar simpang ke lebuh raya,tiba-tiba aku rasa macam familiar je simpang tu,SUBHANALLAH (MAHA SUCI ALLAH) rupa-rupanya simpang itu keluar ke arah dalam 5 KM macam tu ke R&R Dengkil,guessed what i feel that time? tak tahu nak gambarkan bagaimana perasaan aku ketika itu sebab aku TERHARU DENGAN ALLAH,DIA BANTU AKU EVEN AKU HANYA TERDETIK JE DALAM HATI.Maka dengan penuh kesyukuran ,kesenangan kehatian,aku keberhentian (*over) ke R&R Dengkil dan aku bungkuskan sate Kajang sebagai BUAH TANGAN untuk famili aku ^_^


Sound macam tak logik kan,korang akan rasa aku reka cerita,tetapi tak mengapalah aku sekadar nak berkongsi,tetapi sebenarnya tujuan entry ini adalah untuk mengabdikan kenangan indah dalam hidup aku dan apabila usia aku dah menjangkau 50-an aku nak baca balik entry-entry kat blog aku(sebenarnya tak sampai 50-an pun aku dah duk baca balik berulang kali ...=p)

Sumber : sini 

p/s : Jom Perbanyakkan Selawat , Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad 


Coretan Cahaya Kehidupan : entri ini kemungkinan akan berulang part by part cuma situasinya berbeza atau mungkin macam sama...=)



Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Tiada Daya dan Kekuatan Melainkan Dengan Allah || Pierre Andre


Entah mengapa, hati saya begitu terpanggil untuk berkongsi cerita Pierre Andre, wallahua'lam ,saya tak tahu nak taip apa tetapi hayatilah bingkisan Penghijrahan seorang Artis yang bernama Pierre Andre



UCAPAN Pierre Andre saat menerima trofi Anugerah Yasmin Ahmad pada Anugerah Skrin 2012 menggegarkan banyak jiwa. Bermacam persoalan dan andaian juga dibuat. Paling utama, kecenderungan anak sulung pelakon handalan Khatijah Tan itu terhadap ilmu agama terbuka jelas.

"Ya, benar sekarang saya sedang dalam penghijrahan untuk lebih mengenal agama dan Allah dan Rasul tetapi hijrah saya ini tidak akan berlaku secara drastik, saya takut fitnah," katanya membuka cerita tentang kehidupan baharu yang sedang dilaluinya ketika ini.

Jumaat lalu, Pierre membuka mulut di pentas yang disaksikan lebih empat juta penonton dengan kalimah 'Bismillah.'

"Anugerah paling hebat ialah kalimah 'Lailahaillallah,' jagalah kalimah ini dalam diri kita, love Allah dan love Muhammad," ucap Pierre dalam majlis itu.

Menghuraikan lagi mesej sebenar yang ingin disampaikannya, kata Pierre:

"Itu juga satu dakwah daripada saya. Saya memang minta doa kepada Allah agar jalan dakwah saya dibuka, dan Alhamdulillah saya diberikan kesempatan. Selama 10 tahun dalam bidang seni, itulah kali pertama saya diberi anugerah dan itulah siaran langsung pertama yang saya dapat untuk menyuarakan sedikit dakwah saya," katanya sambil meneruskan dengan satu pengakuan.

Demi untuk tidak mengelirukan khalayak terhadap perubahan yang berlaku ke atas dirinya, Pierre mengakui bahawa sudah lima bulan dia bergerak aktif dengan dengan mengikuti kumpulan tabligh.

"Saya sudah jadi pengarah filem sejak umur 21 tahun. Selama ini saya fikir itulah matlamat hidup saya. Akhirnya saya dapati hidup saya 'kosong.' Saya rasa dibohongi oleh dunia dan saya mula mencari.

"Seorang sahabat ajak saya menyertai tabligh. Pertama kali mencuba, saya terus jatuh cinta. Setakat ini, sudah empat kali saya keluar mengikuti aktiviti jemaah tabligh. Biasanya kami keluar selama tiga hari dan bermalam di masjid dan surau yang kami singgah. Alhamdulillah, Allah telah membuka pintu hati saya," katanya menyertai jemaah tabligh di Taman Permata, Ulu Kelang.

Berikut sedikit perbualan Sensasi Bintang bersama Pierre.

Mendalami agama itu banyak jalannya, kenapa pilih tabligh?

Orang selalu salah faham terhadap tabligh, tak kurang juga yang menuding jari masuk tabligh sebagai ikut ajaran sesat. Kita kena ingat, tabligh itu sifat Rasulullah. Rasulullah berdakwah selama bertahun-tahun sebelum turunnya hukum bersolat, puasa dan menunaikan zakat.

Bagaimana pula dengan kerja-kerja seni anda. Dunia hiburan sendiri dilihat lebih banyak mendedahkan seseorang itu ke jalan negatif?

Mulanya saya fikir begitu, tapi sahabat saya larang. Saya masih boleh berdakwah dalam bidang filem tapi kena lebih berhati-hati dalam bab agama. Paling utama kena masukkan unsur dakwah. Sekarang saya tiada karya terbaharu selain filem-filem yang telah dibikin sebelum saya berhijrah, jadi, jangan nilai siapa saya ketika dahulu, tapi nilai siapa saya ketika ini.

Mungkin ada perkembangan terbaharu yang lain?

Sekarang saya terlibat dengan projek filem pendek bersama kawan-kawan, selebihnya (saya) buat kerja-kerja penulisan. Saya mahu siapkan novel pertama, mungkin judulnya berbunyi Perjalanan Ke Darul Salam. Ia tentang penghijrahan seorang lelaki yang selama ini hidupnya kosong.

Adakah itu kisah sebenar yang berlaku kepada diri sendiri?

Tidak juga. Itu pemerhatian yang saya lihat selama ini.

Bagaimana amalan agama anda sebelum ini?

Selama ini pun saya percaya kepada Allah, tapi tahap keyakinan itu tidak seperti sekarang. Dahulu, saya Islam kerana dilahirkan sebagai orang Islam, sekarang saya Islam kerana kefahaman dan keyakinan saya terhadap agama Allah ini.

Ada sebarang sasaran?

Saya berminat mahu jadi pendakwah. Sebenarnya saya ada azam. Jika selama ini saya keluar selama beberapa hari sahaja, selepas ini saya mahu keluar rumah selama 40 hari pula. Kalau diizinkan Allah mungkin boleh sampai empat bulan dan kalau ada kekuatan mungkin dipanjangkan lagi selama setahun dan bukan hanya di Malaysia sahaja.

Apa rancangan Pierre dalam tabligh?

Nikah itu sebahagian daripada iman, saya juga mahu ke arah itu. Bagi saya, pengisian tabligh tidak boleh dilihat secara luaran sahaja, lihat juga dalaman. Ibaratnya, kalau hendak tinggalkan keluarga selama empat hari, bekalan yang ditinggalkan juga harus cukup untuk empat hari.

Apa kata kedua ibu bapa anda setakat ini?

Mummy (Khatijah Tan) sangat menyokong keputusan saya, ayah juga begitu sebab saya bukan buat perkara tidak baik, sebaliknya saya belajar dan mahu mengenal agama. Sejak sertai tabligh juga rezeki saya bertambah.

via kosmo! online 

Sumber gambar dan artikel : FB Page Jkkk Fan Club


Ramai artis yang sudah berhijrah tetapi masih ramai juga yang masih "terleka" diluar sana, marilah sama-sama kita doakan semoga mereka mendapat "hidayah" daripada Allah SWT dan semoga Allah beri kita kekuatan untuk terus istiqamah berada dijalan-Nya..aamiin...

Coretan CK : Tiada Daya dan Kekuatan Melainkan dengan Allah, SubhanAllah, Alhamdulillah , Allahuakbar ,HasbunAllah Wa ni'mal wakil =')

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Saya Memang Gayat



Ketika perlawanan bola tampar di tempat kerja tadi,tergerak hati saya untuk mendongak ke langit, saya terkejut melihat awan begitu dekat jaraknya dengan kepala saya,mungkinlah saya ni gayat eh tak memang saya gayat pun >_< , Maha Suci Allah,saya memang suka tengok langit, awan,bulan bintang etc, sebab dengan melihat ciptaan Allah ,saya akan merasa saya ni Hamba je, bukan siapa-siapa pun.

Paling seronok,saya main kejar-kejar dengan awan itu, awan ikut gerakkan saya, saya ke kanan dia ke kanan, saya ke kiri dia ke kiri, oh, betapa gayatnya saya..=_="

Tetapi tidak kisahlah orang nak kata apa pun, bagi saya, selagi saya hidup, saya memang suka melihat alam yang begitu luas ini dan ia juga mengingatkan saya supaya tidak leka dengan dunia dan tidak tergoda dengan tipu daya syaitan (nau'zubillah)


ini disnap semasa di padang bola tampar (no edit and crop)

ini pula disnap semasa sampai dirumah (no edit and crop)..guess what,awan ikut saya balik...(ok saya tahu bumi berpusing :p )


Coretan CK : kita boleh sahaja kata itu kaedah Sains tetapi hakikatnya itu semua dari Allah, peace , renung-renungkanlah  =')

Love.Peace.Respect


Jazakumullahu Khairan Kathira

Muslimah Biasa

 
Copyright©2011-2012. Segala penulisan diatas adalah Hak Milik cahayakehidupan